Tanah lapang

Ahad, 27 Disember 2009

Kejadian yang mengejutkan

Salam mahasiswa dan salam perpaduan..



Selangor/KL, Kelantan, Perak, Negeri sembilan dan Johor..

Sebenarnya aku nak post benda ini dah lama cuma tak de idea untuk menggarapkannya menjadi cerita.. So, aku cuma nak bagi korang tengok gambar-gambar ni semua dan aku rasa korang dapat teka apa yang berlaku..
Aku rasa yang bersih pun aku dengan syukri sahaja. Lain dah jadi ayam KFC kena salut dengan telur dan tepung..


Suasana yang penuh dengan tepung dan telur yang menjadikan keadaan lebih kunchalana dan gamat. Namun ia tidak ada kaitan dengan gamat di pulau langkawi walau kami ini juga berada di pulau.


Nampaknya syukri begitu pening melihat ragam adiknya, fedit yang berseluar tidur pada malam itu. Aku rasa syukri akan fiqir begini, "Aku dah agak semua ni nak jadi"..



Kek yang menjadi santapan mereka pada malam itu.


Dua orang bersaudara ini begitu teruja dengan apa yang berlaku. Lihatlah wajah-wajah ceria mereka di malam itu.



Nampaknya Syukri makin pening dan tertekan.. Kesian uncle syukri..Hahahha

So sweetkan?


Makan! Kunyah! Dan telan!


So, apa seterusnya?Tak ada komen nampaknya dato...
HaHahaha..
(Semua ni gambar dari Kamera aku sempena hari ulang tahun kelahiran Saudara terjun ke langit pada 2hb 11 2009)

Sabtu, 26 Disember 2009

Kembali!!!!!!!!!!

Salam aspirasi, salam mahasiswa dan salam perpaduan..

Tepat pukul 1330 semalam, aku selamat mendarat di USM(A) dan maka tamatlah cuti aku selama sebulan.. Kembali ke Desasiswa Tekun dan kembali menggilakan jiwa di pusat pengajian sains kemasyarakatan USM.. Sebulan macam sehari.. Macam-macam berlaku sepanjang sebulan ni dan paling banyak menyedihkan. Tapi aku pasrah dan redha dengan apa yang berlaku. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Aku Remie seorang yang cekal dah tabah. Semangat harus ada dan jangan pandang belakang lagi kecuali ketika memandu atau melihat orang yang memanggil dari belakang. Paling penting jangan main belakang. Hahahahah

Sepanjang perjalanan dari Gombak ke Pulau Pinang bertemankan hati sunyi dan lagu-lagu indie mahupun retro dari sinar.Fm dan X.Fm, lagu dari kuchalana dan butterfinger menjadi penghibur hati dan pemberi semangat kepada aku untuk semester baru ini. Nak pecut laju di lebuhraya, nanti aku akan bersemadi di pusara lebuhraya macam lagu ekamatra atau dikejar oleh Proton Perdana dan Nissan X-trail peronda lebuhraya.

Semestar baru kian menjelma. Aku berharap kali ni aku akan dapat sijil dekan walau aku tau mungkin mustahil tapi apa pun tak mustahil jika berusaha dengan gigih tapi bukan menghafal dengan gigih. Apa-apa pun, itu hak masing-masing punya jalan untuk berjaya. Kepada kawan-kawan sekalian, selamat berjaya dalam semestar baru ini.. Marilah kita sama-sama mencapai kejayaan dan kecemerlangan.
Kembara kita masih panjang dan halangan makin banyak yag datang. Semoga kalian tabah dan cekal.

Aku tujukan lagu ini buat kalian semua.

memanglah penat tapi macam mana nak buat,
sudah terlambat baru nak cepat, terperanjat,
harap maafkan, diatas segala kesulitan,
perselisihan yang dihadapi, selama ini,
amat dikesali.
takkan berulang lagi!
KEMBALI, kembali kepada selamanya,
KEMBALI, kini ku bangun sedar dari mimpi,
KEMBALI, kembali kepada petak pertama,
ku mahu hidup 1000 tahun lagi
saya tak akan, mengambil kesempatan walupun,
diriku ini kesempitan di awan ke Sembilan,
kotaraya, kosmopolitan ini penuh dengan
iblis dan syaitan penuh dugaan,
KALAU JATUH LAGI,
BERDIRI KEMBALI!!!
SEKALI LAGI!!!
KEMBALi
ku mahu hidup 1000 tahun lagi.

Adakah seorang manusia berhak untuk berasa benci?

Salam perpaduan, salam kemanusiaan dan salam penyatuan seluruh umat manusia..

Kebencian? Perasaan yang berlawanan dengan perasaan kasih sayang. Tapi kenapa perasaan ini wujud? Kerana perasaan kecewa, iri hati dan dengki kianat. Tetapi bagi aku kebencian akibat kecewa amat bahaya sekali.  Ia mampu mengakibatkan permusuhan antara dua insan manusia..Atau satu insan dan emosinya sendiri. Kesannya kematian salah seorang dari dua insan itu atau insan itu sendiri.. Aku pernah lihat kes-kes sebegini dan di media massa juga sering memaparkan kejadian sebegini rupa..

Aku? Kebencian dan kesedihan adalah permainan dalam hidup aku. Aku pernah dibenci dan membenci. Bermusuh dan dimusuhi. Mulut aku ketawa, hati aku menangis.. Cuma perasaan cemburu, iri hati atau dengki tidak ade dalam kamus hidup aku.. Sampai orang kata aku tak ada perasaan.. Sebenarnya aku bukan apa, buat apa nak cemburu dengan orang.. Nasib dan takdir masing-masing tak sama.. Ada lebih, ada kurang.. Jadi kenapa kita perlu iri hati? Bersyukurlah dengan apa kita ada..

Oh....Sebelum terlupa, adakah manusia berhak untuk membenci? Bagi aku terpulanglah...Hak individu... Hak masing-masing.. Kalau mereka rasa berbaloi, kenapa tidak? Macamana dengan anda diluar sana? Adakah anda memliki jawapan yang tersendiri?

Lagu yang aku tuju khas buat seseorang yang paling istimewa buat aku walau dia bukan milik aku.


Khamis, 24 Disember 2009

Rekaan semata-mata

Salam aspirasi,salam mahasiswa dan salam perpaduan.

Salam pembuka bicara,
sinis semanis gula,
sindiran bukan kenal siapa,
tidak kira apa jua,
lantak orang nak kata apa.

Terima kasih untuk tidak bersetuju.

Okla,bosan juga asyik tulis benda serius walau dalam keadaan main-main..Apa kata hari ni aku reka satu cite..Tapi sebelum tu aku nak mintak maaf kat Saudara Adnan dan Cik Fana kita.Ini lawak semata-mata.Tiada kaitan antara mereka.Cuma aku guna gambar mereka berdua.Hehehehe




Apa agaknya isi perbualan mereka ini?Anda boleh tolong huraikan? Tapi macam adnan boleh aku agak dia cakap apa. Hahahaha
Aku rasa dialog depa lebih kurang macam ni kowt.
hehehe
Sesapa terutama ahli jemaah candu minda, sila reka diaolog anda jika anda mahu.
hehehe
Fana dan adnan, aku mintak maaf yek?hehehe

Rabu, 23 Disember 2009

Malaysia dan Formula one....

Salam mahasiswa, salam aspirasi dan salam perpaduan seluruh umat manusia.

Salam sinis pembuka bicara,
mari kita bermain kata,
pujian umpama gula..

Malaysia terkenal dengan pelbagai pencapaian terutama dalam bidang sukan. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Malaysia terutama kepada pasukan bola sepak bawah 23 tahun kita kerana berjaya mengakhiri musim kemarau pingat emas bagi acara bola sepak.. Walau apa pun, pasukan vietnam juga memang hebat dan jika tak hebat, mengapa cuma satu gol sahaja dihasilkan oleh Malaysia.. Sesuatu keputusan yang diluar jangkaan.. Apa-apa pun tahniah buat Malaysia..

Sejarah Malaysia dan sukan permotoran.


Malaysia sebenarnya sudah lama terlibat dalam sukan permotoran terutama dalam formula 1 khasnya.. Ia dipercayai bermula dengan penajaan terhadap pasukan Stewart Grand Prix pada tahun 1996 dan pasukan Sauber Petronas juga pada tahun yang sama. Tidak lama selepas itu, Malaysia telah membina sebuah litar di sepang dan membuatkan ramai orang seperti pekerja estet dan orang asli terpaksa berpindah. Pada tahun 1999,Litar antarabangsa sepang(Track ni bagus tapi nak guna kena bayar mahal. Mana tak kami geng kereta racing kat jalan biasa) siap dibina dan Grand Prix Malaysia pertama telah berlangsung dan sinilah bermulanya Malaysia menjadi Hos atau tuan tanah kepada sukan permotoran berprestij ini. Disini juga dapat dilihat seorang pelumba formula 1 malaysia pertama mucul dan selalu kalah dalam setiap perlumbaan sehingga beliau terpaksa melupakan karier beliau dalam formula 1. Beliau adalah Alex Yoong.
Kini Malaysia mengorak langkah dengan penubuhan Lotus F1 Racing.



Baru-baru ini, media cetak dan media elektronik telah memaparkan tentang penubuhan pasukan One Malaysia F1 atau nama lain iaitu Lotus F1 Racing teams iaitu satu pasukan baru yang akan mewarnai sukan formula 1 edisi 2010. Apa yang saya faham ialah ia merupakan  idea dan usahasama antara Kerajaan Malaysia dan sebuah konsortium usahawan malaysia seperti Proton (pemilik Lotus Cars), Litar Antarabangsa Sepang (SIC), AirAsia, Naza Motors, Persatuan Sukan Bermotor Malaysia dan Persatuan Automobil Malaysia. Walaupun demikian, kerajaan Malaysia menegaskan bahawa pihaknya sendiri tidak melabur dalam pasukan F1 ini selain melabur melalui Proton. Khabarnya kepala bagi pasukan ini ialah seorang tokoh kapitalis penerbangan Malaysia iaitu Dato Tony Fernandes iaitu pengasas kepada syarikat penerbangan AIR ASIA(Semua orang boleh terbang)... Manakala para pemandu atau driver atau bahasa kaminya "JOKI" bagi pasukan ini ialah Jarno Trulli dari pasukan Toyota dan Heikki Kovalainen dari pasukan Mclaren.





Salah seorang anak tempatan yang sudah berkurun cuba untuk jadi pelumba F1 iaitu Mohamed Fairuz Fauzy akan menjadi pemandu uji merangkap pelumba ketiga dalam pasukan ini. Bagi aku, orang itali dan orang finland ini sebenarnya tidak dapat mana-mana tempat dalam pasukan lain dalam kalender formula 1 pada tahun 2010.Tapi aku akui mereka berdua ini bagus dan pernah menaik podium dengan bekas pasukan masing-masing.


 

 Tak tau la macamana dia ni esok.. Aku tak yakin bukan sebab dia orang melayu atau apa tapi aku memang tak yakin. Tapi apa-apa boleh jadi nanti. Harap-harap dia berjayalah..



Persoalannya sekarang ialah, adakah semua ini memberi faedah kepada ke semua rakyat Malaysia tentang semua ni? Memanglah ia menawarkan sumber pekerjaan dan ia juga membantu dalam penambahan pendapat negara. Pembinaan Litar sepang dikatakan sebagai pusat sukan bermotor bagi negara dan rakyat.. Tapi hanya pasukan yang bermodal besar sahaja yang mampu menyewanya. Dulu ada litar batu 3 speedway di Shah Alam tapi TOYOL dah kebas tempat tu jadi kawasan perumahan mewah. Racing kat jalan biasa pula kena kejar dengan Skuad 42 dengan peronda lebuh raya.

Ia juga akan mengharumkan nama negara di mata antarabangsa dan rakyat kena berasa bangga dengannya.. Persoalannya sekarang, rasa bangga tu boleh beri makan kepada jutaan rakyat malaysia yang masih kais pagi makan pagi, kais petang makan petang?

Isnin, 21 Disember 2009

Benda macam ni pun boleh hilang?

Salam mahasiswa, salam aspirasi dan salam perpaduan..





Baru-baru ni kita digemparkan dengan kehilangan enjin jet pejuang.



Hemmm..Makin pelik sistem pertahanan Malaysia ni.. Adakah sistem pertahanan negara kita makin teruk? Boleh di jual beli? Setakat ni enjin aku rasa, aku boleh maafkanlah.. Tapi aku rasa tak boleh di maafkanlah juga. Sebab aku rasa makin teruk Malaysia.. Ingat ni main-main ke? Entah-entah maklumat kekuatan kita pun diaorang dah jual. Atau boleh dapat secara teliti adan terus dalam wikipedia. Dulu kes Al-Maunah, berapa ratus rifle dengan lain-lain peralatan boleh hilang.. Kena angkut bodoh macam tu jek. Mungkin sentri yang jaga bunker dia budak baru lapor diri jadi askar dan terus kena jaga sentri. Atau dia dah mengantuk sebab dah berapa hari tak tidur kena sentri.

Nak salahkan sapa dalam hal ni? 
Depa nak buat apa dengan enjin jet ni? Nak buat kereta batman?



Ke Kapal terbang nak tabur baja kat sawah?

Pemimpin duk sibuk hal ketuanan dan segala macam hal yang mengarut lain. Hal benda macam ni dibiarkan. Yang pembangkang duk nak memerintah, kononnya dia yang adil dan bersih.. Porah! Kalau malaysia perang, depa yang lari dulu. Lepas ni aku nak tengok apa pula yang hilang.. Jangan aku dengar KD Hang Tuah kat labuan tu pula yang tetiba hilang kena jual sudahlah. Atau pun Kapal selam Scorpean yang dibangga-bangga sangat tu.
Nak salahkan siapa dalam hal macam ni?



GILA!

Ahad, 20 Disember 2009

Tukar

Salam mahasiswa, salam aspirasi dan salam penyatuan umat manusia.

Bukan di akhirat sahaja dan bukan di padang mat sirat.

Salam sinis pembuka bicara,
alunan lagu yang bersuara,
berbicara dan berkata tanpa suara,
alangkah indah bermain bahasa.

Sinis bukan bermakna menghina,
apatah lagi mahu mewujudkan dendam dan sengketa,
sinis itu semanis gula,
rasanya manis tapi kesannya berbisa.

Jangan kita seperti semut yang mati kerana gula.

Proton mahu menukar model Proton Waja yang ada sekarang dengan model baru yang berasaskan model Mitsubishi Lancer..

Berasaskan model Lancer? Habis selama ni bukan berasaskan Mit.Lancer? Kalau anda para penonton mahu tahu, hampir semua model Proton adalah berasaskan model Kereta Mitsubishi. Kecuali saga BILA LARUT MALAM(BLM).


Bermula dengan Proton saga.. Ia diambil dari Mitsubishi Lancer Mirage. Kita di malaysia guna 4G13 atau 4G15 kaburator tapi di jepun guna injection.. Mungkin berkuasa pada tahun 1986 tapi kureng bila dah naik usia jadi 10 tahun..Tapi model saga ni la ramai golongan muda macam aku cari untuk disumbat dengan 4G92 atau 4G61..hehehe



Sekarang Proton nak ganti model Waja dengan model baru berasaskan model Mitsubishi Lancer.. Tapi bukan Proton Waja ni pun daripada casis lancer kew? Terutama model yang guna engine 4G16 dengan 6A11 V6..
 Aku bukan nak perkecilkan proton cuma aku harap janganlah kualiti nak diabaikan... Ni aku tgk, bila kemalangan, hancur habis kereta tu... Terutama Proton Saga BLM.. Aku juga rindukan model-model edisi terhad macam Satria GTi, Wira 1.8, Putra, dan Waja 1.8 atau satria R3(bukan satria Neo)..

Khamis, 17 Disember 2009

Kenapa?

Salam perpaduan,salam mahasiswa dan salam aspirasi..

Sinis pembuka bicara,
bukan mahu mengata atau menghina,
ingin mengubah rasa dan perisa,
ini luahan rasa..

Ini blog bukan diari peribadi,
duk cerita hal dalam kain sendiri,
jangan siapa terasa hati,
ini cuma pandangan peribadi.

Perkara ini selalu aku dan sahabat candu minda sering lakukan. Kami sering mengelak untuk bercakap atau bertembung atau duduk bersama apatah lagi bercampur dengan golongan yang kami labelkan sebagai golongan elit. Mereka ini terdiri daripada golongan cerdik pandai atau penghafal terbaik, pelajar yang mempunyai pengaruh di kalangan pelajar atau pihak Universiti, golongan yang cantik dan kacak bergaya, anak-anak golongan elit yang memandu Kia Sorento atau Mercedes Benz dan lain-lain golongan lagi yang agak berbeza dengan kami. Namun begitu, kami dan mereka tetap sama sebagai manusia.

Tetapi kami tidak pernah membenci mereka walau sekali.

Berbalik pada tujuan asal, aku cerita benda ini bukan mahu meraih simpati atau apa.. Cuma nak cerita dan ini bukan segmen tak puas hati.. Cuma menjawab persoalan seorang kawan. Tapi sebelum tu, aku nak mintak maaf terutama kat "Honey" aku.. Ini bukan nak bagi sakit hati kamu tetapi sekadar menjawab soalan kawan sahaja. Soalannya berbunyi, "Remie, Kenapa ko tak nak ngorat "dia" walau dah terang-terang suka dengan ko?".. Lalu aku pun dengan serius lagi riaknya dan meminjam mimik muka syukri untuk menjawab, "Aku tak nak.. Dia anak "lord"... Aku lemah dan lemas dengan anak lord ni.. Lagipun, akukan dah ada awek."..

Anak lord? "Lord" bagi aku dalam situasi begini ialah, anak orang kaya.. Walau kita tau terang-terang mak bapak dia yang kaya dan bukannya dia.. Hahahaha.. Tapi itulah hakikatnya.. Aku memang tak nak couple apatah lagi kahwin dengan anak orang kaya.

Pertama sebab aku segan.. Aku orang biasa.. Hidup biasa dengan kesusahan. Suka makan ubi kayu dengan ikan masin. Lepak di gerai tepi jalan bukan makan di hotel. Pakai Dr. Martens bukan Prada atau Gucci.. Pakai Lonsdale bukan jenama mewah lain. Pakai Nissan sunny bukan Mercedes Benz.

Kedua, aku tak handsome. Segan beb.. Awek macam puteri raja tapi berkepit dengan ..

Memang la kata orang, cinta mampu mengubah segalanya dan aku akui kebenarannya. Tapi rendah diri dan sedar diri perlu ada. Berpijak pada bumi yang nyata.

Tapi ini pendapat peribadilah..Aku bukan  mewakili semua sekali..hehehe

Dan ini bukan Diari peribadi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Selasa, 15 Disember 2009

Malas nak cerita.

Salam mahasiswa,salam aspirasi dan salam kemanusiaan.

Salam sinis pembuka bicara,
Sudah jemu bercerita pasal politik,
walau belajar pasal politik,
politik malaysia di kuasai badut dan kartun,
tak boleh kutuk lebih-lebih,
kerana ada yang akan panas punggung,
bukan si badut atau si kartun,
tetapi si penyokong yang kelam-kabut,
bodoh sombongnya mereka tidak boleh ditegur,
hak mereka jangan diperheboh,
merekalah tuan,
mereka berkuasa,
aku tuan engkau hamba,
si hamba berkuasa,
si tuan menderita,
kutuk sana,mengata sini,
dasar tak sedar diri,
ibarat meludah ke langit,
terkena muka sendiri,
takut pada realiti,
hidup dalam fantasi.

Sedar tak sedar,
maruah diri sudah tiada lagi.

Sabtu, 12 Disember 2009

Ragam orang atas jalan kita bahagian satu

Salam perpaduan dan salam kemanusiaan.
Unite we for the right,
salam sinis pembuka bicara.

Aku percaya yang hampir  semua orang ada lesen memandu dan pernah memandu di jalan raya secara sah atau haram. Jangan tipu atau mahu menipu, aku pun pernah buat semua tu. Pejam celik, sudah hampir 10 tahun aku memandu dijalan raya dengan 5 tahun secara haram dan hampir 5 tahun lagi secara sah. Nampak sangat aku ni bukan mat skema yang memperjuangkan "kedaulatan undang-undang".. Setakat ini tidak pernah disaman oleh polis, JPJ dan majlis pembandaran mana-mana negeri atas kesalahan trafik. Bukan aku mahu mendabik dada atau mengangkat diri, rekod peribadi aku ialah 2 jam 50 minit rekod paling pantas aku pernah catat dari penang sampai Kuala Lumpur dengan perodua MYVI standard (Lepas jambatan pulau pinang pukul 7pm dan sampai di Hospital sungai buloh tepat jam 9.50pm.). Dengan Perodua Kembara atau Daihatsu Terios dengan ubahsuai minor dengan catatan masa 3jam lebih atau tepat 4jam (Dalam keadaan hujan lebat). Agaknya kalau aku pandu Toyota Supra aku dulu, lagi pendek catatan masa aku.Tapi bukan itu aku mahu aku ceritakan.

Aku nak cerita tentang kebodohan pemandu jalan raya dan aku akan senaraikan apa kebodohan itu berdasarkan apa yang aku ingat. Kebodohan pertama ialah Tak mahu atau tak guna lampu isyarat atau lampu "signal" semasa ingin memotong, masuk simpang atau sebagainya. Ini kebodohan paling ketara. Aku selalu terkena. Orang selalu masuk simpang dengan keadaan tiba-tiba. Tanpa sebarang isyarat atau tanda. Bayangkan dalam kelajuan tinggi dengan tiba-tiba masuk kiri atau kanan jalan dengan brek kecemasan. Ada kalanya diiringi senyuman dan ketawa gembira. Mungkin merasakan diri mereka hebat jika berbuat demikian. Kalau orang langgar mereka, mereka akan buat satu soalan paling bodoh iaitu "Awak tak nampak saya nak masuk?".. Mereka berasakan mereka tidak bersalah walau mereka tau mereka sebenarnya bersalah. Aku pernah kena macam ni. Memula aku senyum, aku cakap kita selesai cara elok tapi dia tak mau. Dia kata aku salah. Dia tolak-tolak aku. Mungkin dia nak tunjuk hebat kat awek dia kat dalam kereta dia. Aku diam, aku buka but kereta dan aku tunjal remington model 870 dekat muka dia. Terus terkencing dia.(Part ini aku tipu jek sebab na bagi gempak cerita..Hahahahaha)

Kebodohan kedua ialah Membunyikan hon dengan niat menyuruh orang dihadapan bergerak walau keadaan lampu isyarat masih merah ketika di lampu isyarat.. Ini pun jenis-jenis orang yang bodoh.. Lampu merah tapi suruh orang depan gerak. Walau mungkin tidak ada kenderaan dari arah bertentangan tapi kita mana tau ada "Roket" akan lalu.. Tapi orang depan dia kalau gerak juga bermaknanya dia pun bangang jugalah.

Kebodohan ketiga ialah bagi isyarat nak ke kiri tapi ke kanan. Ini pun satu bodoh dan menyusahkan orang lain. Benda ini selalu jadi kat aku. Aku kadang-kadang naik takut. Bahaya orang macam ni.. Orang yang tiada tujuan dan hala tuju.. Orang yang tiada wawasan.. Hahahaha

Cukuplah setakat ini.. Nanti aku sambung lagi. Anda semua boleh bagi pendapat kalau mahu. Terima kasih.

Selasa, 8 Disember 2009

Siapa yang berhak sebenarnya?

Salam sinis pembuka bicara.

Sudah lama tidak mencatat diruang siber ini. Ingat nak buat tentang tribute tentang perkara yang berlaku sepanjang semester lalu. Tapi ada isu menarik yang bermain dalam akal fiqiran ini. Kawan-kawan sibuk berkata tentang PLKN dan BTN. Pelbagai hujah dikeluarkan mengikut fahaman masing-masing. Ada pro dan kontra tapi itu semua dunia bak kata Syukri sahabat saya.

Semua perkara tersebut dilakukan demi melahirkan masyarakat yang bersatu padu, saling menghormati dan memahami antara satu sama lain. Ia juga dilihat sebagai satu medium atau alat atau jika lebih tepat sekali bagi faham saya ialah ia merupakan sebuah "kilang" untuk melahirkan seorang warganegara yang patriotik atau seorang patriot sebuah negara.

Persoalannya disini ialah, adakah ia benar-benar melahirkan seorang warganegara yang patriotik? Atau apa yang saya dapat lihat ialah, kebanyakkan yang pergi ke program sedemikian, apabila tamat, mereka berubah menjadi manusia yang baru. Ibarat bayi yang baru lahir. Ada yang bagus. Tapi majoritinya menjadi seorang yang takbur dan angkuh. Mereka merasakan mereka sudah hebat dan berhak mempersoalkan adakah orang lain patriotik seperti mereka? Dimana tahap patriotisme orang lain yang tidak berkesempatan untuk serta dalam program ini? Apakah mereka berhak untuk berbuat sedemikian? Siapa mereka?

Secara jujur, saya mengakui program terbabit bagus dan berjaya. Bukan berjaya melahirkan seorang rakyat yang patriotik tetapi program ini berjaya dijalankan dengan jayanya. Pada saya yang tidak berpeluang mengikuti program seperti ini terutama PLKN kerana sudah menyarung seragam hijau selama 3 tahun dan 3 tahun bagi seragam biru, bagi saya yang serba kekurangan ini, ingin memberitahu bahawa, patriotisme seseorang bukan diukur dengan berapa kali menghadiri kursus BTN atau tabik hormat sambil menangis kepada bendera jalur gemilang. Tapi dengan bermula dengan hati yang ikhlas. Bak kata saudara Adnan Mokhtar dalam satu mensyuarat, "Kita kalau nak buat apa pun, pokok pangkalnya kita kena ikhlas. Kalau tak ikhlas, apa pun tak jadi.".

Lagi satu, adakah ia menyatupadukan semua masyarakat di Malaysia? Dalam kem mungkin ya tapi apabila di luar macamana? Adakah semua rakyat Malaysia bersatu? Tiada sangsi antara satu sama lain? Saya rasa tidak. Sebab masih timbul isu perkauman. Saling mempersoalkan antara satu sama lain.

Saya disini bukan mempersoalkan tentang relevan atau tidak PLKN atau BTN ini.. Cuma saya menyampah dengan segelintir manusia yang kononnya patriotik ini yang gemar memperkecilkan orang lain. Saya ingin melihat sejauh mana patriotisme yang ada pada mereka. Apakah mereka berhak mempersoalkan tahap patriotisme orang lain? Kalau ditakdirkan Malaysia ini berperang, jika mereka ini sudah cabut lari dari medan, saya sendiri akan memburu mereka kembali jika saya tidak gugur lagi

(Kalau nak jadi seorang yang patriotik, mulakan dengan perkara yang kecil seperti contoh jaga kebersihan negara dengan buang sampah dalam tong sampah.)

Siapa yang berhak sebenarnya?

Selasa, 24 November 2009

Tengok?Betul tak apa pak cik cakap?

Pelajar terlibat dengan dadah ditahan oleh polis..
Lebih lanjut tentang hal ini, sila klik dan tubik disini..

Ahad, 22 November 2009

Politik dan Serangan peribadi

Salam perpaduan dan unite we for the right.

Salam sinis pembuka bicara
Sinis semanis gula...

Serangan peribadi? Apa tu? Pak cik pun tak taulah maksud yang jelas tentangnya. Yang pak cik tahu, ia satu serangan secara lisan terhadap mental dan fizikal.. Dimana ia menyentuh mengenai keperibadian dan aib seseorang manusia.. Seperti tebiat buruk, sejarah hitam atau sebagainya.. Biasanya ia menjadi senjata semua orang bila dah terdesak terutama ahli politik kelas tiga atau tidak berkelas langsung.. Pak cik lihat, banyak serangan peribadi telah dilakukan. Ia bukan mengkucar-kacirkan arena politik tanah air malah kestabilan negara.. Bila pihak berkuasa ambil tindakkan pula, semakin kusut masalah yang dihadapi.

Tidak kira siapa pun, akan terlibat dalam dalam melakukan serangan peribadi ini... Samada ahli politik yang berteraskan parti agama atau kaum. Semua akan terlibat.. Mungkin mereka dalam keadaan tak sedar kerana terlampau terdesak atau terlalu hendak untuk "menetak" orang..

Namun, setiap perkara ada pro atau kontra.. Secara peribadinya, pak cik rasa serangan ini bagus terutama dalam politik itu kerana rakyat perlu tahu tentang keperibadian bakal atau pemimpin mereka yang sedia ada.. Adakah seorang pemimpin itu akan diterima jika moralnya buruk? Contoh seperti di barat dimana, terdapat pemimpin tertinggi dalam kerajaan terlibat dalam kegiatan homoseksual... Adakah rakyat khasnya di Malaysia ini akan menerima pemimpin seperti itu? Mungkin sama golongan itu mungkin terimalah tapi adakah semua rakyat negara itu gay? Jika beliau seorang yang boleh membuat kerja juga pun, belum  tentu akan diterima oleh rakyat.

Manakala negatifnya pula, serangan peribadi ini pula dikuatiri akan mendatangkan fitnah dan sebagainya.. Kebanyakkan serangan peribadi ini di sebarkan melalui Khabar angin kerana mudah tersebar dan rakyat mudah percayai khabar angin kerana ia percuma dan cepat walau ia tidak tepat atau memang selalu tidak tepat.. Bila melalui keadaan ini, ia akan menimbulkan keadaan tegang atau sedikit "Kucar-kacir"..Adakah rakyat mahu keadaan seperti ini?

Namun, setiap orang ada pendapat atau pendirian mereka.. Ini adalah pandangan peribadi dari saya.. Seorang pemerhati bebas..

Khamis, 19 November 2009

Apa yang ada pada pelajar universiti?

Salam perpaduan dan unite we for the right...

Salam pembuka bicara,
jangan marah atau berduka,
pak cik datang untuk berbicara,
sinis pak cik semanis gula,
harap semua akan terima..

Sebenarnya pak cik malas nak cerita tentang hal ini.. Bukan apa, mungkin sudah lapok ditelan zaman atau isu ini sudah tidak menjadi relevan pada zaman sekarang.. Ada apa pada pelajar universiti? Apa dia? Macam-macamlah... Ada motor, ada kereta dan ada macam-macam.. Perangai pun macam-macam.. Adatlah manusia.. Pelbagai ragam dan sikap.. Pak cik nak buka topik iaitu seks dan dadah di kalangan pelajar universiti.

Emmm... Perkara ini biasa sahaja sebenarnya.. Tidak penting pun bagi sesetengah pihak terutama pihak universiti kerana janji pelajar bayar yuran, ikut program universiti dan belajar ikut arahan, itu sudah mencukupi. Sebab kalau mereka prihatin, mungkin masalah ini dapat di kurangkan sekurang-kurangnya. Betul tak? Ini bukan fitnah.. Semua ini realiti seperti akademi fantasia atau malaysian Idol..

Seks? Bila sebut benda ini, ada yang seronok, ada yang teruja, ada yang malu tapi mahu, ada juga yang pura-pura buat tak tahu.. Seks merupakan aktiviti "kemuncak" bagi terutama pasangan kekasih atau "couple" di universiti.. Seks ini sebenarnya isu biasa jika dibincang secara ilmiah atau sebagainya. Cuma ia menjadi salah jika dibincang secara berlebihan. Dulu zaman video 3GP(Third generation platform Video) sedang memnucak di mana telefon bimbit berkamera, mempunyai kad memori yang boleh menyimpan kenangan "memori daun pisang", pak cik suka tengok video cerita "Haru-biru" terutama "keluaran" anak tempatan dan 100% buatan Malaysia.. Pelbagai aksi yang terlebih 18sx hell-lywood "lakonan" para aktor dan aktress "Malaywood".

Tambah lebih menarik lagi, mereka melakonan secara spontan dan tak perlu hafal skrip macam Seniman Bujang Lapok yang pergi uji bakat nak jadi pelakon. Suka tengok bukan apa, sebab nak tengok sapa pelakonnya.. Setakat ini ada 2,3 orang yang pak cik kenal kerana mereka adalah junior pak cik masa sekolah dahulu.. Hebat! Mereka tidak perlu kelas lakonan dan lakonan mereka berkesan sekali. Masa ini juga banyak para pelakonnya adalah remaja sekolah atau tidak. Pelajar kolej atau universiti. Sama bangsa atau "PBB"..

Seks dimulakan dimulakan aktiviiti ringan-ringan kemudian berat-beratlah.. Bila dah berat, perut dan badan makin berat terutama si perempuan. Mungkin kerana bertambah berat sebab bawak dua badan. Bila dah kantoi, semua sayang hilang, baby yang lahir ke longkang. Yang membuang buat muka bangang.. Bila berulang, boleh buang.. Hotel murah jadi tumpuan.. Sebab budject nak dibawa ke hujung bulan.. Kalau tak dalam hutan, janji puas hati senang. Tak kira lebai atau PMI, kalau dah setan masuk badan, tudung dan kopiah lebai semua terbang.. Jangan ingat pasangan NERD atau skema ini tak terlibat.. Ada juga.. Duk ajak orang sembahyang berdakwah lepas dating kat tasik aman damai.. Apa cerita?

Dadah? You get yourself high! Hahahah.. Dadah isu biasa juga di universiti.. Dalam seratus orang, ada seorang yang guna. Ada yang guna sebab sakit, ada yang guna sebab nak tahan lama bila belajar dan ada yang guna sebab nak suka-suki.. Pak cik "Cadangkanlah" kepada golongan penghafal di luar sana, kalau nak hebat lagi skil menghafal anda, ambillah dadah kerana ia baik untuk anda.. Tapi pak cik pun boleh "high" juga tanpa mengambil dadah iaitu buat tugasan pada saat akhir dengan tak tidur selama 2 hari.. Hahaaha

Semalam, pak cik baru tahu tentang sesuatu kebenaran.. Ada kawan pak cik di campus ini yang mengambil ganja.. Pada mulanya, pak cik ada perasan tapi tidak mahu mendatangkan fitnah dan kesangsian kepada sesiapa... Perbuatannya itu tersembunyi di sebalik sikapnya yang ceria dan suka buat orang ketawa.. Beliau juga seorang yang menjaga amal ibadatnya seperti solat dan sentiasa berpuasa sunat.. Ada juga "kecacatannya".. Mungkin ada sebab kenapa dia buat macam tu.. Semoga dia berubahlah... Bak kata Dr. Zaini, pensyarah sains politik USM dalam kuliahnya, "Jangan nafikan hak mereka".

Pak cik pun tak nak cakap lebih-lebih sebab akan datang pak cik pun tak tau macam mana.. Mungkin lagi "TEGHOOOOKKK" agaknya.. Sekadar renungan buat semua...

Isu yang kita dapat? MORAL seorang pelajar universiti..

Selasa, 17 November 2009

Engkau main lif untuk berjaya, aku daki tangga yang aku bina untuk berjaya.

Salam perpaduan dan Unite we for the right.

Salam pembuka bicara,
indah bahasa jangan dilupa,
berkata benar sentiasa,
walau sinis itu semanis gula,
pahitnya kena diterima jua.

Pak cik sebenarnya malas nak cerita dan ungkit kembali apa yang sudah lepas.. Bak kata orang, barang yang lepas jangan dikenang. Tapi pak cik kena cerita juga demi pembaca semua. Bukan pak cik nak menjatuhkan sesiapa atau mahu menghina sesiapa.. Semua ini jadi pedoman untuk semua.. Terutama adik-adik dan rakan-rakan yang sedang berjuang dengan pena dan kertas di medan peperiksaan di sekolah atau di universiti.

Entry kali ini sebenarnya bagi menyambut entry rakan-rakan seperjuangan Candu Minda dan geng Meja Kedai kopi.. Teringat pak cik tentang bait lirik lagu Cerita Kedai Kopi oleh Malique Too Phat featuring Salam Dan Dj Fuzz... "Cerita kopi, tiada hakim tiada saksi, cerita sensasi di kedai kopi".. Kami berbincang sama-sama tentang semua perkara tidak kira apa jua.. Isu sensitif juga dibincang. Kami terbuka dan menerima.. Tiada persetujuan, perkara biasa.. Adatlah ketika berbicara.. Kadang-kala isu kami bincang adalah remeh bagi sesetengah pihak. Tapi kami tidak peduli apa orang kata. Laman Blog menjadi tempat kami menyambung perbincangan. Tapi kami saling berbeza pendapat kerana kami berbeza tempat asal, berbeza umur, berbeza kursus major dan minor, berbeza minat dan berbeza bangsa. Kami tetap mempunyai persamaan.. Iaitu Kami memegang kata-kata ini "Terima kasih untuk tidak bersetuju"..

Kembali pada cerita, pak cik nak cerita la.. Pak cik ni bukanlah pelajar yang bijak atau disayangi oleh guru-guru di sekolah dulu. Bahkan jika mengenang kembali pada zaman awal persekolahan dahulu, pak cik merupakan pelajar paling lemah sekali. Pernah dapat tempat terakhir pada peperiksaan.. Bahkan pernah dicop sebagai pelajar tiada harapan dan tiada masa depan. Pernah dihina kerana kebodohan, lagi bila mereka tahu pak cik ini orang asli, lagilah orang hina. Tapi pak cik nekad untuk berubah. Pak cik bangkit untuk berjaya.. Walau tidak pernah cemerlang tapi pak cik bangga sebab semua itu hasil usaha pak cik sendiri. Masa sekolah menengah, semua orang kenal pak cik siapa.. Pengawas paling poyo di sekolah. Yang lelaki kata pak cik perasaan bagus, yang perempuan kata pak cik perasaan handsome. Tapi pak cik tahu satu sahaja iaitu pak cik lebih bagus menggunakan akal dan fiqiran dari mereka. Cikgu-cikgu kebanyakkannya pun tak suka pak cik.. Terutama selepas SPM.. Dulu pak cik pernah terasa seperti dihina kerana mahu mengambil subjek tambahan masa untuk SPM.. Ada seorang guru pernah berkata, "Can u handle this subject? This subject is only for science student.. I dont think u can handle this subject". Pak cik tak kisah dan pak cik belajar sendiri dengan bantuan seorang guru.. Kesimpulannya pada hari keputusan SPM, Pak cik dapat keputusan yang agak baik walau tak cemerlang tetapi mampu buat mak pak cik menangis gembira.. Pak cik dapat 4B untuk subjek yang pak cik belajar sendiri itu dan ada pelajar aliran sains yang hari-hari disuap dan ditatang dengan minyak penuh, gagal.. Bukan mahu mendabik dada tapi itulah hakikatnya. Kemudian, pak cik sambung pengajian ke tingkatan enam walau dapat melanjutkan pelajaran ke UITM.. Paling penting tak perlu ambil kertas julai atau belajar di sekolah swasta.

Masa STPM, buku setebal 200 hingga 400 muka surat menjadi teman.. Sejarah dunia, sejarah asia, tamadun islam, pengajian am, bahasa melayu, geografi.. Jika ditimbang, mau dekat 10 kilogram buku kami pikul ke sana-sini semasa belajar setiap masa. Kami juga di minta supaya sentiasa peka dengan isu-isu semasa yang boleh dikaitkan dengan pelajaran yang kami pelajari.. Melalui ini juga, pak cik memulakan langkah untuk belajar berfiqir tentang dunia luar. Kami cuba memahami sejarah yang telah berlaku, apa kesannya, dan apa yang akan berlaku seterusnya. Geografi apa yang mempengaruhi sesetengah manusia dan fizikal dunia. Pengajian am tentang dasar negara, undang-undang am, politik, pentadbiran, dunia semasa dan sebagainya. Bahasa melayu pula tentang fonologi dan sebagainya yang memeningkan kepala. Setahun setengah perjuangan kami di tingkatan 6 dan kami kena muntahkan segalanya dalam masa 4 hingga 5 hari sahaja.. Yang akan menentukan hala tuju kami samada ke universiti atau sebagainya.

Apabila selesai peperiksaan STPM, kertas kami ditanda oleh entah siapa.. Entah di mana. Sedar-sedar keputusan entah sudah keluar. Tak boleh nak bodek atau diampu si pemeriksa.. Tidak seperti Universiti atau mungkin di kolej matrikulasi.. Muka baik dan lawa, dapat baik. Muka hodoh dan bukan kaki bodek, sudah tentu digagalkan atau tak dapat yang baik.. Walau jawapan yang diberikan lebih baik. Masa STPM, sapa yang jadi pengawas, akan terbabit dalam isu masalah disiplin pelajar lain. Adakah di  universiti atau matrikulasi ada macam ni? Sudah tentu tidak rasanya. Lagi-lagi di kolej matrikulasi..Kerana sudah tentu mereka dari golongan yang baik-baik dan bijak.. Sudah tentu tidak bermasalah.

Universiti.. Pak cik dengar sebagai gedung ilmu paling lengkap selepas sekolah. Kita boleh dapat apa sahaja ilmu.. Samada di perpustakaan atau melalui pensyarah sendiri.. Disini juga terkumpulnya segala bangsa manusia dari pelbagai jenis dan rupa, asal usul dan negara.. Boleh bertukar-tukar ilmu yang ada.. Tapi sayang sekali.. Pak cik tengok apa yang akan dihasilkan universiti hanya mungkin hanyalah bakal  kaki bodek dan kaki ampu sahaja.. Atau penghafal terbaik dari seorang pelajar atau ahli intelektual yang kritis dan kreatif.. Bukan seseorang yang mampu menghasilkan dan memikirkan sesuatu yang Avangard(kalau ejaan salah tolong betulkan)... Paling penting ialah melahirkan seseorang yang tidak boleh belajar atau menerima hakikat terutama HAKIKAT TENTANG KEGAGALAN.. Insan yang lemah dan lembik.. Perlu di tongkat atau di sokong. Tidak merdeka dan bebas.. Semua mahu ikut buku. Bila dimarah akan menangis,bila ditegur akan melenting.. Aset penjahanam negara dan keintelektualan dunia.

Pak cik tahu pak cik tidak bijak mana.. Tapi golongan seperti pak cik inilah yang sedar tentang semua ini.. Kita belajar untuk dapat ilmu dan pengetahuan.. Bukan untuk segenggam kertas bernama ijazah semata-mata dan bukan jadi penghafal terbaik..

Penutup bicara yang tidak seberapa..

Terima kasih untuk tidak bersetuju.

If i born as a loser, but i will be die as a winner..


Not to be the best but should be the great..

Sabtu, 14 November 2009

Langkah yang bermula yang hampir berakhir

Salam perpaduan dan salam kemanusiaan...

Unite we for the right..
Sinis semanis gula,
salam pembuka bicara..

Sudah hampir seminggu aku tak buat sebarang catatan dalam ruangan maya ini...Bukan tak ada idea tapi sibuk di medan "perang" yang menyesakkan fiqiran aku. Akan tetapi ia sudah hampir berakhir.. Nak tau apa? Exam la... Apa lagi... Sepanjang seminggu tu, macam-macam benda berlaku. Kucar- kacir hidup aku dan kuchalana fiqiran Sampai aku lupa apa yang berlaku.. Ada duka, ada gembira. Minggu depan, aku akan kembali menyedut udara Batu 12 Gombak setelah hampir sebulan lebih menyedut udara Pulau Pinang. Akan sebulan juga aku disana sehingga kembali ke Pulau Pinang. Pejam dan celik, kunyah dan telan, sedut dan hembus, sedar tak sedar hampir 2 tahun aku menuntut ilmu di Pulau yang sesak ini tapi jasanya besar kepada aku. Banyak aku pelajari dan aku ketahui.. Setahun setengah lagi baki pengajian aku jika mengikut jadual dan aku akan melangkah kembali ke dunia luar walau aku sudah terdedah dengan senario dunia luar.  Adakah aku cekal dan tabah menghadapinya? Ah! Lupakan seketika hal ini. Hidup mesti di teruskan.

Semester satu tahun  kedua pengajian aku ini, banyak perkara sudah terjadi. Setakat ini, semester ini merupakan semester yang paling seronok bagi aku. Aku mengenali ramai orang dan ramai sifat. Ada gembira dan duka antara kami. Disamping itu, semester ini aku berasa bahagia kerana hati yang kosong sudah berisi.. Kembara aku makin luas, jejak langkah aku makin panjang. Perjuang aku jelas cuma masih terhuyung-hayang mencari arah sebenar. Oh,sebelum terlupa aku ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan lagi penggunaan kereta lama kerana aku pun salah seorang dari pengguna kereta lama juga.. "Jasa" pihak kerajaan tidak saya akan lupakan.

Setiap langkah yang bermula, pasti berakhir. Walau kita mara selangkah sekali pun setiap masa, namun langkah itu akan berakhir jua. Sudah la setakat ini..Nantikan coretan peristiwa yang telah berlaku sepanjang semester ini. Tapi bukan kisah cinta atau berapa kali saya kecewa kerana ditipu oleh kedai alat ganti kereta.

Jumaat, 6 November 2009

Topeng disebalik wajah

Salam sejahtera ku ucapkan, ini bukan kata sindiran atau neguran. Sekadar ingin bermain kata-kata yang tersirat.

Topeng disebalik wajah? Apa yang tersembunyi disebalik wajah?
Ia umpama wajah disebalik wajah. Ia misteri dan tersembunyi..
Adakalanya indah, adakala menakutkan..
Yang nampaknya indah tidak semestinya cantik,
yang buruk tidak semestinya hodoh.





 (Inilah wajah-wajah yang mengambarkan siapa aku. Bertanduk tidak semestinya syaitan.)

Kenapa aku tak suka dedahkan muka dengan meletakkan gambar di dalam blog atau di mana-mana lama sosial yang ada? Pertama semestinya sebab aku rasa wajah aku tidak mempunyai "nilai komersil yang boleh di komersilkan"..Kedua,aku memang suka macam tu.. Jangan kata aku pengecut sebab aku bagi info pasal diri aku.Aku ada dimana dan aku buat apa.. Sebab aku suka tinggalkan persoalan walau aku tau orang takkan hiraukan sebab manusia tidak sukakan persoalan. Walau hidup ini penuh dengan persoalan yang sukar dijawab.Ketiga,  aku suka letak gambar-gambar watak sesuatu cerita bagi mengambarkan personaliti aku. Sebab watak-watak itu memang benar mewakili aku kerana ia banyak menunjukkan banyak persamaan dengan watak aku. Gaya bercakap, attiude, sikap dan sebagainya. Mungkin bagi pembaca yang sudi melawat laman ini, berasa bosan dengan kata-kata saya ini kerana mungkin kata-kata yang ada didalam lama ini, ia tidak jelas, bosan dan paling penting laman ini  bukan bersifat "diari peribadi" yang menceritakan segala apa yang dilakukan termasuk berapa kali mandi dalam sehari.

Tapi sebagai manusia yang berakal dan bertamadun, aku tidak menafikan hak sesiapa untuk berkata tapi orang lain pun tidak mempunyai  hak untuk menghalang aku berkata apa. Orang lain boleh maki aku, kenapa aku tak boleh maki orang?

Bila aku berfiqiran sebegini, orang tak suka. Tapi mereka tidak sedar sebenarnya mereka juga bersifat demikian. Nak tau apa dia? Buruk dan busuk sendiri tak nampak dan bau tapi apakan daya siapa aku?

Bila kawan ramai keliling kita, cakap besar tunjuk belang,
bila sorang-sorang, pengecut pemalu,
macam semua orang.

Saya juga bukan sempurna, tapi saya tahu,
dosa pahalaku tuhan sahaja yang tahu.


Rabu, 4 November 2009

Kenapa bersikap Tembok pecah?

Salam pembuka bicara,
sinis semanis gula,
tora datang lagi,
mahu buat kecoh diruangan ini..

Bersikap seperti "tembok pecah"? Ayat ini keluar dalam komen di blog saudara syukri.. Saya menggambarkan Tembok pecah ini sebagai satu sikap di mana kita cuba melindungi atau menyembunyikan sesuatu yang penting dan berharga dari penglihatan atau pengetahuan orang lain tapi dalam masa yang sama, kita sebenarnya mendedahkanya kepada orang lain tanpa kita sedar atau sedar.. Ibarat seperti si gadis yang bertudung litup tapi memakai pakaian yang menjolok mata.. Atau kita melakukan sesuatu pekerjaan tapi dalam melakukannya, kita tidak ikhlas dan kita menunjukkan ketidakikhlasan kita dalam masa yang sama.
Kalau tak faham, tak apa.. Kalau salah, sila betulkan saya..

Terima kasih untuk tidak bersetuju...

Khamis, 29 Oktober 2009

Manusia mangsa perang kita peduli, binatang mangsa perang ada kita peduli?

Salam aspirasi, salam perpaduan dan salam mahasiswa sejagat.

Sinis semanis gula,
sindiran yang bisa,
tak suka tak apa..

Terima kasih untuk tidak bersetuju..

Selalu kita lihat di dalam alat propaganda sama ada yang bercetak atau secara digital, di dalam peperangan, manusia sering digambarkan sebagai mangsa peperangan yang harus dibantu, yang harus diberi perlindungan atas dasar sesama manusia dan sesama makhluk bernyawa. Saya tidak menafikan kebenaran itu kerana ianya benar  belaka. Tapi jika benar-benar kita memikirkan nyawa sesama makhluk tuhan yang bernyawa, bagaimana haiwan yang bernyawa turut terperangkap di dalam peperangan itu? Ada diantara haiwan terbabit terperangkap akibat dikurung oleh manusia. Mereka lagi lemah dari manusia kerana haiwan tidak mempunyai "AKAL" seperti manusia. Bahkan saya juga mendapat berita bahawa ada manusia menjadikan haiwan sebagai perisai mereka ketika berperang. Saya amat tidak bersetuju sekali dengan tindakan mereka ini. Haiwan juga adalah bernyawa. Bukan seperti kereta kebal atau APC. Kulit mereka juga tipis seperti kita manusia. Mereka tidak mempunyai suara yang difahami seperti manusia untuk  meminta-minta perlindungan.

Kenapa perlu korbankan nyawa haiwan yang lemah kerana kebodohan manusia yang suka berperang? Bagi yang mengenali saya dengan rapat, mereka tau saya ini memang mempunyai fiqiran yang gemarkan keganasan dan peperangan. Saya akui saya memang ganas, jahat dan zalim. Tapi zalim saya hanya pada manusia tidak pada haiwan. Kerana mereka lemah dan tidak boleh berfiqir seperti manusia. Saya zalim hanya pada manusia yang tidak mahu berfiqir panjang dan bertuhankan emosi. Nak perang, perang sama manusia. Kenapa perlu libatkan haiwan? Apa dosa mereka?

Jika ada yang berfiqir, haiwan mati tak mengapa kerana boleh di tukar ganti. Maka tidak salah jika saya pula berfiqir, manusia mati pun boleh ditukar ganti. Adil bukan? Mungkin ramai mengatakan saya ini gila kerana saya berfiqir begini terutama "Orang Itu".. Tapi itulah saya. Disini juga saya bukan meminta anda semu semua menjadi vegetarian supaya tidak makan daging atau tidak membunuh nyamuk yang menghisap darah anda, mustahil anda sebodoh itu. Betul tidak?

Saya kalau boleh nak berleter lagi tapi malas nak menaip. Sebab saya rasa, para pembaca blog ini memang terdiri dari golongan yang bijak dan berakal. Jadi tentu anda memahami mesej yang cuba saya sampaikan. Sebab saya tulis benda ini bukan dalam bahasa saya iaitu bahasa semelai apatah lagi dalam bahasa siam yang hanya difahami oleh saudara Santhi..
(Cerita ini baru berkaitan dengan kasih sayang. Bukan antara kasih sayang antara sesama manusia, tapi kasih sayang sesama makhluk bernyawa.)

Lelaki yang suka merajuk menjadi pilihan wanita zaman kini?

Salam apirasi,salam mahasiswa dan salam perpaduan.

Sinis semanis gula,
salam pembuka bicara,

sindiran yang penuh bisa,
siapa yang terasa,
padan muka,
ini blog peribadi milik saya,
apa saya nak kata,
saya punya suka.


Lelaki yang kuat merajuk dan bersifat keanak-anakan dikatakan lelaki maskulin yang sejati? Tidak dinafikan lelaki ada yang bersikap lembut,mudah terasa dan sebagainya. Tidak dinafikan mereka ini lelaki yang romantik dan berjiwa sentimental.. Berseni dan berbakat. Mampu membuatkan ramai gadis menjadi cair dan terpikat. Ditambah juga dengan pakej memiliki rupa paras yang kacak, bijak bergaya, bijak akal fiqirannya dan sebagainya. Jika memiliki kekayaan wang ringgit, itu sudah menjadikan mereka cukup sempurna di mata gadis-gadis. Saya berkata begini bukan kerana saya tidak memiliki satu pun ciri-ciri lelaki idaman para gadis di luar sana dan saya tidak pernah rasa kecewa (bukan kerana ego tapi kerana sifat sentiasa berpijak pada bumi yang nyata dan bersikap sentiasa sedar diri disamping sentiasa bersyukur dengan apa yang tuhan kurniakan pada saya.).

Ada sesetengah manusia itu merajuk pada benda yang kecil sahaja seperti tidak dijemput untuk berbual sama, untuk mengulangkaji pelajaran bersama(Pernah terjadi dihadapan mata saya sendiri.) dan lain-lain yang remeh lagi temeh. Saya bukan menafikan hak mereka untuk merajuk atau apa. Sebab saya tahu mereka juga manusia yang mempunyai perasaan. Sedangkan saya ini "mesin perang" pun masih ada hati dan perasaan. Cuma tak seperti mereka sahaja. Cuma saya ingin nak persoalkan di sini ialah, bawa-bawa bertenanglah. Hal kecil takkan nak menangis sampai menghentak-hentak kaki macam budak kecil mahukan gula-gula. Awak dah dewasa, boleh jadi bapa dah. Takkan bila dah ada anak nanti, si anak yang masih kecil, memujuk bapanya yang sudah berumur 30an yang merajuk kerana si anak tumpahkan susu pada baju bapanya? Dah terbalik dah tu, kawan. Tahniahlah jika mereka mahu berubah. Jika tak mahu berubah, pun tahniahlah kerana mereka berjaya mengekalkan sikap dan sifat mereka yang cengeng tu.. Hidup dan mati sebagai si cengeng..

Dunia makin pelik, lelaki suka merajuk macam perempuan. Lebih baik potong yang kat bawah tu jadi perempuan betul..Hahahaha..
Remie makin kasar dan biadap,
tapi itulah dia.
Lie is lie.

Menentang separuh mati tetapi menyokong sepenuh hati,
itulah sifat manusia pada masa kini.

Terima kasih untuk tidak bersetuju.

Rabu, 28 Oktober 2009

Aku perasaan bagus?

Salam mahasiswa,salam aspirasi dan salam perpaduan.

Mukadimah pembuka bicara,
sinis semanis gula,
ku tujukan buat seseorang,
akan ku goncang perasaannya sehingga panas.

Aku perasaan bagus?Ayat tu aku dengar dari seseorang.Aku perasaan bagus?Sebenarnya aku saja buat macam ni.Aku nak tengok apa reaksi orang lain..Ramai orang kata macam tu..Tapi kadang-kadang aku tak sedar apa aku buat.Tapi tu la..Atleast aku tak menipu.Aku cakap benda yang betul jek.Tak suka tak apa..Aku ucapkan pergi matilah..Aku tak emosi dan rasional emosional..Dia nak aku berlagak betul,ok..Aku berlagak sekarang..So what?Apa neraka?(Pinjam ayat ko,siaran tertunda)

Ini diri aku sebenar..Suka cakap kasar..Sebab apa?Aku orang yang kasar..Aku bukan budak "Skema Dogs"..Ini diri aku sebenar..Aku cakap takkan tapis..Sebab kalau aku tapis,macam menipu pula rasanya..Jaga hati?Nak aku menipu semata-mata nak jaga hati?

Kepada yang tak puas hati tu..Cakap depan beb..Aku ok jek..Aku tak macam ko..

Hantu kamu

I never said I'd lie and and wait forever
If I died we'd be together
I can't always just forget her
But she could try

At the end of the world or the last thing I see
You are never coming home
Never coming home
Could I?
Should I?
And all the things that you never ever told me
And all the smiles that are ever ever

Ever
Get the feeling that you're never
All alone and I remember now
At the top of my lungs in my arms she dies
She dies

At the end of the world
Or the last thing I see
You are never coming home
Never coming home
Could I?
Should I?
And all the things that you never ever told me
And all the smiles that are ever gonna hold me

Never coming home
Never coming home
Could I?
Should I?
And all the wounds that are ever gonna scar me
For all the ghosts that are never gonna catch me

If I fall
If I fall

At the end of the world
Or the last thing I see
You are never coming home
Never coming home
never coming home
Never coming home
And all the things that you never ever told me
And all the smiles that are ever gonna hold me
Never coming home
Never coming home
Could I?
Should I?
And all the wounds that are ever gonna scar me
For all the ghosts that are never gonna

Ingatlah

Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari.


...pasanganku


Bila sedih, aku cari....Mak


Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku


Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak


Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku


Bila berduka, aku peluk erat....Emakku


Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku


Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak


Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku


Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"


Selalu.. aku ingat pasanganku


Selalu.. Mak ingat kat aku


Bila-bila... aku akan talipon pasanganku


Entah bila... aku nak talipon Mak


Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku


Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak


Renungkan:


"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...


bolehkah kau kirim wang untuk Mak?


Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".





Berderai air mata jika kita mendengarnya........





Tapi kalau Mak sudah tiada..........


MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....





Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....


berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....


berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....


berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......


berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....


berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....





Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

yg masih mempunyai ibu terus lah mnyayangi ibumu krn tiada nilai didunia ini jika hendak dbanding kan dgn pngorbanan ibu terhadap kita...



"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah kepada sahabat- sahabat anda.


§ 1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu


§ 2-4 orang : Kamu sayang ibumu


§ 5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu


§ 10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu dan awk ckup sgt syg ibu awk...Cry

                      rindu ibu....

Sabtu, 24 Oktober 2009

Aku Bukan Anak Cukong

Salam Aspirasi,Salam Mahasiswa, dan Salam Perpaduan.

Tora datang lagi,
dengan isu merapu yang orang takkan peduli,
ini bukan pasal cinta tiga segi.

Sinis semanis gula.. Sindiran yang bisa umpama bisa.

Cukong? Saudara Siaran Tertunda menggunakan istilah ini sebagai menggambarkan tentang saudagar-saudagar kaya yang terdiri dari kaum cina. Bukan bermaksud Rasis atau sebagainya, lebih kepada "Code Name" dalam perbualan kami dalam seharian. Terlebih dahulu,aku nak jelaskan aku bukan keturunan cina dan apatah lagi tidak pernah menjejakkan kaki ke China. Terlebih dahulu,aku nak mintak maaf la sebab aku sendiri tak tau apa sebenarnya maksud "cukong" tu. Aku nak jelaskan disini, aku bukan anak orang kaya. Sebab aku tengok semua orang terutama perempuan ingat aku anak orang kaya. Aku pun tak faham kenapa. Takkan kerana aku bawa kereta kat campus ni,orang dah kata aku orang kaya? Kaya la sangat.
Kalau nak tau terutama awek-awek yang kat luar sana, aku Remie Bin Ramli ni bukan anak orang kaya. Aku cuma orang biasa saja.. Kalau anda semua nak rapat-rapat dengan saya sebab sangka saya banyak wang dan duit,baik korang gi terjun bangunan la. Salah orang beb!

Kalau nak tau, Parent aku dua2 kakitangan kerajaan jek. Bukan pegawai kerajaan yang ada contact dengan Cukong.. Kalau bab kereta,aku ni agen used car la. Aku tukang jual kereta. Bukan tokey kedai kereta. Kalau korang nak tau, kereta bukan barang mewah lagi tau. Kawan-kawan aku kerja stesen minyak dengan gaji Rm1000+ pun boleh pakai Proton Waja ,Satria GTi dan ada yang pakai Mercedes Turbo.. Boleh saving duit dan bagi kat mak ayah lagi. Nak tau kawan-kawan aku duk mana? Kat Gombak. Gombak tu kalau nak tau cuma 10 minit dari Kuala Lumpur. Tempat kos sara hidup paling tinggi. Aku orang Gombak sejati. Berbalik pada permulaan cerita, aku nak tegaskan disini, ada kereta bukan bermakna orang kaya dan orang senang. Aku bersyukur sangat walau hidup aku tak mewah, rezeki tu tetap ada walaupun sedikit buat aku dalam sehari. Sebab tu aku tak pernah memanjakan hidup aku. Makan kat Restoren mewah, pakai pakaian yang mahal. Bukan aku tak mampu cuma aku tidak mahu dan tetap tak mahu. Lagipun tekak aku cuma boleh terima makanan kat gerai biasa sahaja. Aku boleh makan kat mana sahaja walau kedai tepi jalan. Makan hotel atau tempat yang ada kelas? Baik aku pergi kelas memasak lagi baik. Sebab apa? Aku cuma orang biasa. Kalau aku jadi orang berkuasa pun, aku lebih suka makan ubi kayu cicah ikan kering dari makan pizza extra Cheese.

Aku tak halang orang lain nak buat benda yang berbeza dari aku. Aku tak nak pun. Cuma aku nak jelaskan sahaja perkara sebenar. Bukan apa, kesian kat orang-orang kat luar sana yang ingat aku orang kaya.

Ahad, 18 Oktober 2009

Satu tinggalan sejarah yang akan hilang

Salam mahasiswa,salam aspirasi dan salam perpaduan.

Mukadimah pembuka bicara,
sinis semanis gula,
ini bukan cerita cinta atau tentang kekasih yang main kayu tiga,
bukan lagi tentang kecewa bercinta.

Terima kasih untuk tidak bersetuju..

Pagi ini buka internet baca surat khabar "secara talian"..Ada satu lagi tinggalan sejarah yang akan hilang dek kerana mengejar keuntungan dan kebendaan.Macam nak dihentak dengan AIM9-sidewinder heatseekers missile kat kepala mereka yang bersikap sedemikian.Pudu Prison atau Penjara Pudu yang berhampiran dengan Ibupejabat Polis kontigen Kuala Lumpur.Tu pun kalau sengal tak tau gak terutama orang Kuala Lumpur sejati,tempat ini juga dekat dengan Times Square KL..Kat sebelah jek.Nampak dari stesen Monorail.Kalau tak tau juga,nanti aku sumbat sendiri anda semua ke dalam tu.Bagi aku,ia harus dikekalkan kerana ia juga tidak ubah sebagai mercu tanda yang bersejarah di Kuala Lumpur.

Penjara Pudu di Kuala Lumpur dibina semasa zaman penjajahan British pada 1891 untuk mengurungkan 600 orang banduan.
Blok-blok baru kemudian ditambah sehingga enam buah dan mengandungi 130 buah sel dengan kapasiti untuk sebanyak 2,000 banduan. Walaupun begitu, pada 1985, lebih daripada 6,500 banduan dipenjarakan dan menyebabkan banduan terpaksa tidur bergilir-gilir. Keadaan kekurangan ruang yang amat pesat itu telah memaksakan Penjara Pudu berpindah.
Pudu Prison KL Aerial.jpg
Penjara Pudu dibuka kepada orang awam untuk lawatan pada 3 Mei 1997, lebih daripada enam bulan selepas banduan terakhir dipindah keluar ke kemudahan moden di Penjara Sungai Buloh.  Sebahagian besar perbelanjaan itu ditelani oleh pembinaan bilik pameran untuk memperagakan koleksi memorabilia dan rekod-rekod sejarah.

Bagi aku,tempat bersejarah walau aku tak pernah masuk penjara ini sebagai penjenayah atau pelawat.Setiap kali aku lalu depan penjara ini,aku fiqir macam-macam. Mungkin bagi anda semua yang tidak sependapat dengan saya(bukan sama tangga gaji,Syukri.),anda semua patut fiqir,sebanyak lagi tinggalan sejarah akan hilang dek kemajuan?Orang luar datang Malaysia bukan sebab nak tengok kemajuan tapi tinggalan sejarah yang menjadi identiti kita.Bukan tentang Konsep 1 Malaysia kita.Aku tengok,kebanyakkan orang Malaysia ni makin tak sedar diri.Kalau mereka mengatakan Penjara Pudu ini merosakkan imej Kuala Lumpur,bagi aku lagi merosakkan imej Kuala Lumpur dengan Mat Rempit,lorong Haji Taib,jalan P.Ramlee dan perangai anak-anak muda Malaysia yang suka "buka api" walaupun depan Masjid KLCC..Minum arak masa merdeka,kebanggaan rakyat Malaysia?Mat Salleh kata Serve on you!(Padan Muka Hang!)

Dulu UM nak dialihkan sebab tapak dia bernilai untuk di"kome memang sial"kan(Komersilkan)..Lepas tu apa pula?Bangunan Sultan Abdul Samad kat dataran pula nak dirobohkan untuk dijadikan Starbuck?Kemajuan tak salah tapi cara menghalakan kemajuan tu salah.Cukup la dengan apa yang ada.Nak buat hotel dan kondomium banyak-banyak buat apa?Banyak projek terbengkalai sana-sani tu,buat semula. Buat jalan bertingkat-tingkat tapi sesak juga.Kemajuan yang menyesakkan.
Baik fiqir pasal tanah kubur yang tak cukup kat kawasan bandar lagi baik.Okla,sampai disini,jumpa lain kali,terima kasih daun keladi.
Kepada sapa yang tak faham cerita ini,baca sambil fiqir dan buka hati.Kalau malas gak nak buat semua ini,pergi mati.Jangan meyemak kat dunia ini.Kalau sesapa terasa gak,pun aku ucapkan pergi mati.
Nak tau lebih lanjut tentang benda ini?

Noktah bertindih (:) yang bertanda soal (?)

Salam mahasiswa,salam aspirasi dan salam perpaduan.

Hari ini aku terfiqir tentang satu istilah baru...Tapi aku pun tak tau la samada isitilah ini tepat penggunaan ayat dan maksudnya bagi orang lain.Tapi aku tetap nak ketengahkan idea aku.Tapi sebelum itu aku ingin mengucapkan Terima kasih untuk tidak bersetuju,penatnya menulis dalam bahasa baku...Emm..Istilah itu berbunyi "Noktah bertindih (:) yang bertanda soal (?) " yang bermaksud bagi aku ialah sesuatu perkara yang zahirnya nampak sudah selesai tetapi hakikat sebenarnya ia belum selesai.Contoh seperti,ada satu tugasan itu mempunyai dua perkara yang harus diselesaikan.Kita sudah menyelesaikan satu perkara didalam tugasan itu.Namun,kita masih ada satu lagi tugasan.Sebagai manusia normal kita tentu berasa lapang dan senang sehingga kita lupa sebentar tentang perkara kedua.Satu lagi contoh ialah,kita sudah berjaya dengan kehidupan pada masa sekarang,adakah kita akan berjaya lagi pada masa akan datang?Sekali kita berjaya pada masa sekarang,adakah kita akan berjaya buat kali kedua pada masa akan datang?

Jumaat, 16 Oktober 2009

Tetap merdeka!

Oh, bunga di medan perang,
Yang semerbak di pangkuan ibu,
Mekarlah dikau dalam berjuang,
Sebarkan wangi di atas kuburku.

Tetap merdeka.

Suara yang tidak dihiraukan

Aku berkata tanpa suara di ruangan ini.Namun,siapa aku,bukanlah sesiapa.

Persoalan bermain didalam minda aku,
malam sepi bertemankan cahaya lampu,
bunyi cengkerik umpama berlagu,
jalan hidup penuh berliku,
kembara seorang tanpa tuju,
hati ni tak sunyi apatah lagi pilu,
aku tak perlu mengeluh dan keliru,
aku pasrah apa yang akan berlaku,
kerna siapa aku untuk menhalang apa yang berlaku.

Berkata aku tanpa suara,tangisan aku tanpa air mata,
luka aku tidak berdarah,apa orang kata aku tak endah.

Isnin, 12 Oktober 2009

Balik!

Salam aspirasi,salam mahasiswa sejagat dan salam perpaduan.
Mukadimah bicara dimulakan dengan ucapan Terima Kasih untuk tidak bersetuju.

Balik selagi mereka masih ada.Jangan asyik taksub dengan kebebasan di Universiti ini.Walau mereka kata tak perlu kita balik,tapi sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menjenguk mereka kembali.Tidak cukup dengan sekadar sms atau telefon.
Jangan bila mereka dah tak ada,baru nak meraung macam nak runtuh dunia,
bila ada buat tak tahu saje.Asyik menyalahkan takdir dan ajal yang memanggil mereka.
Balik!

Back to the roots

Salam aspirasi,salam mahasiswa sejagat dan salam perpaduan.
Pembuka kata seperti biasa,Terima kasih untuk tidak bersetuju.
Ini bukan kisah peribadi diri atau pasal cerita kekasih hati main kayu tiga,
Jauh sekali tentang cinta dan duka,
jauh lagi dari syurga atau neraka.

Kenapa tapi tak salah?Belajar dan memperlajari budaya dan bahasa lain.Tidak salah walau seinci atau sebesar zarah tapi seolah-olah membelakangkan budaya sendiri.Adakalanya,budaya sendiri dipandang jelik seolah-olah hina sekali.Apa sudah jadi?Muka melayu kononnya jepun.Fesyen dan artis jepun semua tau tapi disiplin kerja cara jepun pula buat tak tau.Pop dance tahu tapi zapin tak tahu.Pizza tahu tapi ubi kayu tanya dulu mak yang mana satu.Kenape ini berlaku?Adakah aku jek yang tak maju?Masih dengan style dulu.

Provokasi

Aku memang suka buat provokasi.Hahaha..
Sebab aku nak tengok apa reaksi orang,
apa sifat sebenar mereka,
adakah cengeng seperti sesetengah manusia?
mudah melenting dan marah?
Apa guna belajar sosiologi kalau tak buat macam ni?Hahaha
Takkan nak jadi PTD jek kowt.

Kapal Propaganda Yang Senget Sebelah

Salam masiswa,salam aspirasi,salam sosialis dan salam perpaduan.

Rasanya tidak terlambat saya,insan kerdil penggegar dunia ingin mengulas mengenai satu kenyataan atau satu wawasan yang dipanggil 1 Malaysia.
Disini saya bukan ingin mempersoalkan samada bahawa 1 Malaysia ini adalah gagal atau tidak mencapai matlamat yang dimahukan.Cuma saya ingin katakan bahawa adakah saya yang terlepas pandang atau saya yang tidak melanggan astro dirumah.Saya melihat di semua unit Propaganda kerajaan atau swasta yang percuma mahupun unit propaganda yang berbayar,hanya memberi fokus kepada 3 kaum utama sahaja dalam menerangkan dan mempromosi matlamat 1 Malaysia ini.Sedangkan konsep ini melibatkan semua lapisan etnik dan kaum di Malaysia.Adakah kerana mengikut majoriti semata-mata?Kenapa yang sudah diketahui ramai pun mahu dihebohkan lagi?Kenapa yang tertinggal ini seolah-olah dilupakan?Adakah kaum lain tidak mempunyai nilai eksklusif seperti kaum majoriti yang lain?Saya bukan mahu bersifat rasis dalam hal ini.Saya cuma ingin mempersoalkan ketelusan pihak media dalam menjayakan matlamat ini.Jika tidak,memang benarlah konsep ini hanya satu retorik semata-mata.
Kegagalan unit propaganda boleh membuatkan satu kegagalan besar buat negara.
Saya bercakap bukan kerana cemburu kerana saya bukan dari mana-mana kaum majoriti di Malaysia walau saya mempunyai hak yang sama seperti Orang Melayu.
Cuma inginkan kepastian sahaja.
Mungkin catatan ini tidak akan dibaca kerana saya tidak bercerita tentang hiburan dan kisah hidup saya.Mungkin para pelawat tidak memahami apa yang saya cuba katakan disini atau mereka tidak cuba untuk memahaminya.Tapi saya tidak kecewa walau sedikit dan tidak bertujuan meraih simpati.

Isnin, 5 Oktober 2009

Anda semua mahukan pemimpin yang cengeng?

Salam mahasiswa,salam aspirasi,salam kemanusiaan.Semoga semua dapat keberkatan.


Pemimpin yang cengeng?Bagi Pak Cik,orang macam ni tak layak jadi pemimpin.Ciri-ciri pemimpin cengeng.

1)Bila dikritik,emosi,
bila ditegur,terasa hati,
bila berhujah,penuh emosi.
Cakap perjuangan penuh moral dan kredibiliti.Tapi suka maki dan hina orang sana-sini.Pendapat orang tak nak terima sama sekali,ikut suka hati.Bila orang tak sokong dia,dia kata orang tu sesat dan munafik.
Kononnya kalau sokong dia,aman dunia dan akhirat,padahal dia kat belakang duk sibuk buat maksiat.

2)Cakap dia tak korap,please la kawan.Semua benda kat dunia ni korap.
Cakap dia adil dan saksama,yang bahagia dia,yang seksa kita.

3)Agama dijadikan modal dalam perjuangan.
Woi!Siapa dia nak mengkafirkan orang?
Dia kata dunia tak penting,bila dia berniaga,barang 10sen jadi 50sen.

Ini ciri paling ketara pada seorang pemimpin yang cengeng.

-Cakap banyak,buat kerja sikit.
-Janji lain,buat lain.

Jadi,pak cik nak tanya para pelawat sekalian,apa pilihan anda sekalian?
Kalau pak cik,PAK CIK ELAK untuk pilih orang macam ini jadi pemimpin.
Kalau orang macam ni terkam  pak cik macam harimau,PAK CIK TENDANG MACAM TIKUS.
Lepas tu PAK CIK KELUAR KUNCI KELANTAN.DIA TERSEPIT,KEMUDIAN,PAK CIK SABIT KEPALA DIA,DIA BERPUSING MACAM GASING.Apa jadi lepas tu?Tanya pada
http://syukri2103.blogspot.com/..Dia ada jawapannya.