Tanah lapang

Jumaat, 6 November 2009

Topeng disebalik wajah

Salam sejahtera ku ucapkan, ini bukan kata sindiran atau neguran. Sekadar ingin bermain kata-kata yang tersirat.

Topeng disebalik wajah? Apa yang tersembunyi disebalik wajah?
Ia umpama wajah disebalik wajah. Ia misteri dan tersembunyi..
Adakalanya indah, adakala menakutkan..
Yang nampaknya indah tidak semestinya cantik,
yang buruk tidak semestinya hodoh.





 (Inilah wajah-wajah yang mengambarkan siapa aku. Bertanduk tidak semestinya syaitan.)

Kenapa aku tak suka dedahkan muka dengan meletakkan gambar di dalam blog atau di mana-mana lama sosial yang ada? Pertama semestinya sebab aku rasa wajah aku tidak mempunyai "nilai komersil yang boleh di komersilkan"..Kedua,aku memang suka macam tu.. Jangan kata aku pengecut sebab aku bagi info pasal diri aku.Aku ada dimana dan aku buat apa.. Sebab aku suka tinggalkan persoalan walau aku tau orang takkan hiraukan sebab manusia tidak sukakan persoalan. Walau hidup ini penuh dengan persoalan yang sukar dijawab.Ketiga,  aku suka letak gambar-gambar watak sesuatu cerita bagi mengambarkan personaliti aku. Sebab watak-watak itu memang benar mewakili aku kerana ia banyak menunjukkan banyak persamaan dengan watak aku. Gaya bercakap, attiude, sikap dan sebagainya. Mungkin bagi pembaca yang sudi melawat laman ini, berasa bosan dengan kata-kata saya ini kerana mungkin kata-kata yang ada didalam lama ini, ia tidak jelas, bosan dan paling penting laman ini  bukan bersifat "diari peribadi" yang menceritakan segala apa yang dilakukan termasuk berapa kali mandi dalam sehari.

Tapi sebagai manusia yang berakal dan bertamadun, aku tidak menafikan hak sesiapa untuk berkata tapi orang lain pun tidak mempunyai  hak untuk menghalang aku berkata apa. Orang lain boleh maki aku, kenapa aku tak boleh maki orang?

Bila aku berfiqiran sebegini, orang tak suka. Tapi mereka tidak sedar sebenarnya mereka juga bersifat demikian. Nak tau apa dia? Buruk dan busuk sendiri tak nampak dan bau tapi apakan daya siapa aku?

Bila kawan ramai keliling kita, cakap besar tunjuk belang,
bila sorang-sorang, pengecut pemalu,
macam semua orang.

Saya juga bukan sempurna, tapi saya tahu,
dosa pahalaku tuhan sahaja yang tahu.


7 ulasan:

  1. ko pakailah apa2 topeng sekali pun, asalkan ko bahagia..jangan jadi syaitan yang bertopengkan manusia sudah la..

    BalasPadam
  2. Disebalik wajah yang cantik, tersembunyi tengkorak yang menakutkan.

    Remie, Keluang Man tu hang jugak ke? Kalau hang Keluangman, Tiongman tu sape? Oh, kirenya hang boleh terbang la jugak sikit2 nie..haha.

    Apa pasal hang pegi kelas tak pakai topeng mie? hahaha..buat macam Bandi Amuk..

    Remie, gua rasa lu ada jugak dedahkan gambar lu dalam blog lu yang lepas. Lu ada juga dedahkan identiti lu sedikit sebanyak. Macam mana pula ni?

    BalasPadam
  3. Din, sebab tu aku cakap aku bukan pengecut.. Aku ada tunjuk gak muka aku dalam laman sosial lain tapi aku tak la tunjuk sangat. Akukn tidak suka jual muka sangat. Ko taukan aku cakap pasal apa? Kan kita dah cakap pasal ni ritu? Pasal jual muka? Mencapub?

    BalasPadam
  4. tak apalah remie..dalam blog aku dah terpampang muka korang..

    semua dah kenal ko..

    izzuddin..keluangman dengan tiongman itu penghuni tetap hospital tampaoi, ko jangan nak samakan remie dengan dia orang..tapi watak keluangman dengan tiongman tu sesuai untuk ko dengan remie..maklumlah tiongman suka merepak yg bukan2

    BalasPadam
  5. hurmm..mcm mana pulak yang bertopeng tp hanya untuk melindungi hak-hak peribadi??

    BalasPadam
  6. Emm...Yang tu boleh diambil kira...Sebab tu saya tak menafikan hak mereka..Hahaha

    BalasPadam
  7. ohh anda ni mesti sepupu sepapat exbf saye....dia pon pakai topeng ala ala tu time bertugas..awww

    BalasPadam