Tanah lapang

Khamis, 23 Disember 2010

Apa hala tujuku?

Mencari ruang untuk meluahkan,

bukan tidak berteman tetapi ada perkara orang lain perlu tambah sebagai pengetahuan,

Bukan mahu mencerita kisah peribadi dan dalam kain sendiri,

tetapi aku sudah buntu untuk meluahkan isi hati,

ah! aku tidak peduli..

Diri ini sepi tidak berteman,

walau aku tidak keseorangan,

tetapi aku tetap keseorangan,

Semakin hari aku merasakan aku makin tenggelam,

bukan tenggelam sebab hanyut di lautan,

hanyut dalam kekesalan, kesedihan dan kecelaruan,

aku pening dan buntu,

aku tidak tahu apa yang perlu,

lemahnya aku,

gagalnya aku,

aku sudah buntu,

walau sudah banyak yang berlaku,

namun aku tetap begitu,

aku tidak mahu,

berkelakuan sebegitu!

Jumaat, 10 Disember 2010

Siapa?

Persoalan ini senang dijawab namun, apakah jawapan sebenarnya?

Siapakah kamu?
Siapakah aku?
Siapa mereka?


Jawapan tetap ada namun, adakah jawapan itu jawapan sebenar bagi persoalan ini?

Isnin, 15 November 2010

Setiap pembalasan pasti terbalas jua.

Kalau dahulu, seorang akan berkata, pembalasan akan diperolehi pada hari kiamat.
Jadi, selepas itu, ramai orang ramai akan membuat dosa dan kesilapan. Tapi hanya tersedar pada masa susah atau menghadapi masalah. Namun, itulah manusia yang dikatakan tidak sempurna. Semua manusia adalah sama. Tidak ada beza. Hanya bezanya terletak pada akal fikiran mereka dan hati mereka.

Manusia juga akan mengulangi kesilapan sama. Walau sudah diberikan peluang kali kedua dan seterusnya, mereka tetap akan lakukannya.

Begitu juga aku. Aku tidak tahu ke mana lagi harus diluahkan kekesalan ini.Aku sudah penat sebenarnya. Tapi aku tetap begitu.. Ingin berubah. Tetapi tetap perkara itu berlaku.. Adakalanya aku ingin pergi atau hilang terus dalam hidup ini. Namun, kalau begitu, aku tetap begitu. AKu sudah penat, malu, kecewa dan sebagainya.

Apa yang perlu aku lakukan?

Selasa, 9 November 2010

Sudah-sudahla.

Salam kemanusiaan.

Aku lama tidak menjengah dan menconteng ruang maya ini. Walau tidak segagah macam Tuhan Baru ciptaan Yahudi yang aku kira sebagai Yahudi Ashkenazi bernama Mark Zuckerberg yang menjadi kegemaran sekarang. Namun aku tetap suka ruang maya ini kerana idea boleh disampaikan lebih jelas dan terperinci.


Isu orang asli semakin mendapat perhatian. Walau secara jujurnya, pihak kerajaan secara amnya, seolah-olah ingin menutup isu tentang orang asli terutama untuk dihebahkan kedalam media arus perdana. Aku bukan ingin menuduh secara membuta-tuli namun itulah apa yang aku lihat selama ini. Persoalan yang mengusutkan aku ialah, mengapa sesetengah pihak begitu takut dan fobia pada orang asli. Adakalanya orang asli yang memegang kad pengenalan biru berstatus warganegara Malaysia dan berstatus masyarakat pribumi sering diabaikan. Pihak kerajaan lebih mementingkan atau lebih memberikan perhatian kepada orang rohingya yang datang naik tongkang dari Myanmar atau mat bangla yang kerja stesen minyak atas nama KEMANUSIAAN. Mereka diberi makan dan perhatian lebih dari warganegara sendiri. 


Aku tahu yang orang asli ini tidak begitu memberikan sumbangan kepada negara bahkan jika bagus segala bantuan atau peruntukan orang asli diberikan kepada golongan PENDATANG itu. Kerana ianya lebih afdal kerana ia atas dasar KEMANUSIAAN. Betul tidak? ( Ini ayat menyindir kalau bangang sangat. )

Aku tidak faham mengapa situasi ini terjadi. Tanah diambil atas dasar pembangunan. Kubur dimusnahkan atas tiket kemajuan. Hutan digondol demi perindustrian. Aku faham semua tu tapi mengapa tanah orang asli? 

Orang asli juga sentiasa dihina. Mengapa mereka perlu dihina? Diganggu? Ada mereka mengganggu-gugat hidup sesiapa di Malaysia? Ada meminta hak sama rata macam Parti "Houstan Rocket"? Ada mempersoalkan hak keistimewaan mereka? Mereka cuma tidak mahu hidup mereka diganggu, kewujudan mereka diiktiraf dan apa mereka ada, jangan dirampas atau diambil.

Tidak dinafikan kerajaan ada memberikan bantuan. Terima kasih kepada kerajaan. Aku bukan salahkan kerajaan dalam isu orang asli ini namun yang aku persoalkan kenapa orang asli kena hina dan perlekeh? Aku tau orang asli tidak akan memberontak. Tapi sarang tebuan jangan dijolok.  

Aku jangka, jika orang asli bersatu dan mempunyai pemimpin seperti dia ini pada masa akan datang, macamana? Takde Colt M4 atau MBT PT-91 atau kapal selam scorpean class pun, setakat thompson dan Lee-enfield pun jadi.

Rabu, 29 September 2010

selemah itu

Lama tidak berkata ruang hitam tidak bersempadan ini. Aku sudah lama tidak menjelajah ruang ini kerana tiada kesempatan.. Aku ingin mengadu sesuatu tetapi aku tidak tahu. Aku berasa bercampur baur. Tidak keruan umpama kapal tidak berlayar hanyut di laut yang tiada hujung dan pangkal. Hanya bergantung kepada takdir dan nasib yang telah ditentukan.

Pelbagai cubaan telah aku tempuhi, pelbagai masalah telah aku hadapi, umpama tidak ada noktah dalam hidup ini, pelbagai perkara wajib ditangani. Aku sedih dan kecewa. Aku tidak mampu untuk ketawa. Aku tidak tau berbuat apa.. Aku perlukan petunjuk dari -Nya.

Menangis mata darah tidak berguna lagi. Aku tidak berdaya lagi.. Aku malu dengan diri ini. Dengan apa telah aku lalui.. Maafkan aku.. Aku tidak mampu lagi.. Aku tidak mahu kehilangan apa-apa lagi. Tolonglah.. Aku merayu dengan rendah hati. Aku tidak sanggup kehilangan apa lagi. Aku tidak mahu.. Aku mahu pergi.. Tapi ke mana, aku tidak pasti..

Penyesalan terbuku dihati.... Tidak berguna lagi.... Aku gagal lagi dalam hidup ini....

Ahad, 15 Ogos 2010

Adakah anda sudah bersedia?

Salam mahasiswa,
salam kemanusian,
salam perpaduan.
Ini bukan pasal perpaduan UMMO dan PAS.




Mahasiswa dan politik? Bagi aku isu ini dah lapok dan bukan sesuatu yang asing bagi aku dan mahasiswa yang lain. Jika kita lihat di tabir masa lalu, tidak kira di Malaysia atau di luar negara, mahasiswa memainkan peranan penting sebagai agen perubahan dalam sesuatu sistem politik. Contoh seperti, regim suharto di Indonesia telah tumbang oleh gerakan mahasiswa.Bahkan di Malaysia juga, mungkin ramai tidak mengetahui tentang gerakan mahasiswa dalam menentang ketidakadilan dalam sistem politik. Antara peristiwa penting yang mejadi catitan sejarah ialah perjuangan kaum pelajar untuk setinggan Tasek Utara yang dirobohkan rumah mereka pada penghujung tahun 1974. Kemudiannya pada Disember 1974 berlaku satu demonstrasi besar-besaran oleh kaum pelajar bagi memperjuangkan nasib petani-petani miskin di Baling. Walaupun ini bukan sejarah yang begitu membanggakan, namun ini sahaja yang dapat dilihat tentang kebangkitan gerakan mahasiswa di Malaysia.



Baru-baru ini, ada khabar gembira buat semua mahasiswa di mana wujud cadangan bahawsa penglibatan mahasiswa dalam politik luar khasnya akan dipertimbangkan oleh pihak Kementerian pengajian tinggi. Namun, cadangan ini masih dalam kajian dan penelitian yang tinggi. Bagi aku, isu ini isu basi. Pada pandangan peribadi aku yang dangkal ini, adakah mahasiswa dan mahasiswi di Malaysia ini sudah bersedia menghadapi apa yang dipanggil sebagai real politic? Situasi politik yang sebenar yang penuh dengan penipuan, tipu muslihat dan sebagainya. Secara peribadi, aku merasakan bahawa mahasiswa dan mahasiswi sekarang tidak bersedia lagi. Ini kerana beberapa masalah dan kekangan berdasarkan pemerhatian dan kajian aku selama 2 tahun di USM.. Sebab dan halangan pertama ialah:

1) Kebanyakkan pelajar yang mahu terlibat dalam politik ini sebenarnya masih belum tahu apa erti sebenarnya  apa yang dikatakan sebagai "real politic".
2) Menganggap situasi politik di luar sama seperti berada di dalam kampus.
3) Pemikiran belum lagi matang dan bersikap kebudak-budakan.( Cepat melenting, merajuk, menangis dan bertuhankan emosi ketika membuat keputusan)
4) Tidak berjiwa merdeka dan bebas.( Pemikiran yang tidak luas )
5) Menganggap ilmu hanya diperolehi dari buku dan teori dari kelas.( Segalanya ada dalam nota kuliah dan buku di perpustakaan)
6) Mahu terlibat dalam politik kerana bukan mahu memajukan negara dan bangsa. ( Sekadar mahukan publisiti dan perhatian)
7) Menganggap politik sebagai satu medan untuk berseronok dan bukan sesuatu yang serius.
8) Bersikap bias dan tidak adil. Hanya bergantung pada satu sisi sahaja.
9) Ingin menunjukkan bakat walau mereka tidak ada bakat dalam politik.
10) Tiada kemahiran untuk memimpin dan tidak mahu dipimpin dahulu.



Kebanyakkan mahasiswa dan mahasiswi yang mahu terlibat dalam politik pada pandangan aku adalah seperti gambar di atas ini. Mat dan minah skema. Mereka ini bagus. Kesedaran sudah ada. Namun, secara peribadi, aku rasa mereka belum bersedia. Belum bersedia menghadapi realiti politik sebenar di luar sana. Kalau hendak tahu, orang yang hebat dan sudah bersedia dengan realiti politik sebenar tidak akan terburu-buru untuk terjun ke dalam dunia politik ini. Mereka sentiasa peka dengan situasi politik dan tahu rencana politik yang bakal berlaku. Namun mereka tidak terburu-buru.












Ini adalah antara wajah-wajah orang-orang yang hebat dalam bidang politik mahasiswa, namun mereka tidak terburu-buru.
Mereka semua(kecuali saya yang bertali leher ungu itu) tidak terburu-buru, tidak emosi dan sentiasa membuat penaakulan yang kreatif dalam membuat tafsiran politik. Saya bukan mahu mengangkat mereka tetapi inilah wajah-wajah yang akan menggegarkan bukan sahaja politik mahasiswa malah politik negara pada zaman akan datang pada hemat saya.

P/s - Kepada din, syuk dan shahril, sorry beb.. Aku tak tau nak taruk gambar sapa.. Hahahah

Rabu, 28 Julai 2010

Cubalah cepat sikit

Salam mahasiswa dan salam perpaduan,
ini bukan cerita pasal perpadua,
apatah lagi perpaduan UMMO dan PAS,
cerita tentang ragam manusia,
yang tidak kenal erti hormat dan pentingkan rasa.

Benda ini sudah selalu berlaku. Ia umpama sudah menjadi norma dalam kehidupan manusia yang sudah bertamadun ini. Sikap yang diambil mudah tapi membahayakan. Memang banyak tetapi aku cuma hendak cerita satu sahaja. Bukan aku sahaja yang mengadu dan mengeluh, tetapi ramai lagi yang begitu. Selama ini, aku tidak menghiraukan perkara ini namun, bila aku makin tidak hiraukan, makin menjadi-jadi pula. Nak tau apa? Sikap terhegeh-hegeh sesetengah manusia. Sikap ini secaranya umumnya memperlihatkan sikap manusia yang lewa dalam semua perkara, menganggap hidup ini mudah, dan sebagainya. Namun, secara peribadi, aku melihat manusia sebegini adalah manusia yang angkuh dan tidak berdisiplin.

Di kampus ini, aku selalu memerhati pelbagai ragam dan jenis manusia. Sikap terhegeh-hegeh mereka selalu terjadi ketika berjalan ke kelas atau ke mana-mana sahaja di kampus ini. Adakalanya, mereka menghalang pergerakkan orang lain dan adakalanya akan mendatangkan bahaya kepada orang lain. Contohnya ialah, semasa melintas jalan atau menyusuri jalan raya, para pemandu terpaksa mengelak kerana tidak mahu melanggar si pejalan kaki tadi. Namun, ada juga pejalan kaki ini seolah-olah sengaja untuk menimbulkan masalah.

Contoh seperti petang tadi, aku tidak mahu timbulkan bias jantina. Namun aku hampir melanggar atau "dilanggar" oleh sekumpulan pejalan kaki yang terdiri daripada pelajar perempuan dan kereta di belakang aku juga hampir melanggar mereka. Namun, apabila dibunyikan hon, mereka hanya ketawa dan berlalu seolah-olah tiada masalah. Sedangkan mereka tahu bahawa perbuatan mereka boleh mendatangkan masalah.

Sikap kedua pula ialah, ketika di lampu isyarat. Ada diantara pengguna jalan raya, menggambil kesempatan untuk memperbetulkan kedudukan atau merancang pemanduan ketika lampu isyarat menunjukkan warna merah. Namun, ada juga yang bahalol di mana berbual , tayang dan jual muka, dan mengorat. Apabila lampu bertukar hijau, mereka adakalanya tidak menyedarinya dan lewat memberi respon. Apabila di hon atau ditegur, ayat pertama sekali yang pasti ialah "Tak boleh sabar sikit kew???????".. hahahhahaha
Memang la tak boleh sebab kat lampu isyarat. Sudahlah lampu isyarat tu cepat bertukar arah, lagi mau main-main ka? Orang lain nak cepat.

Sabtu, 24 Julai 2010

Bukan menafikan tapi sekadar mahu tahu

Salam perpaduan,
salam satu harapan.

Mukadimah pembuka bicara, bukan menghina atau mengata, bukan emosi dan sakit hati tetapi kepala pening asyik fikir apa yang dah jadi.

Semalam ada perkara yang menyakitkan jiwa telah berlaku. Saya hampir bertekak dengan pengawal keselamatan kerana beliau cuba menghalang saya membawa masuk kenderaan ke dalam kawasan asrama saya di kampus. Beliau mengatakan bahawa saya tidak memiliki pas masuk yang baharu dan saya harus meletakkan kereta saya di luar kawasan asrama. Secara peribadi, saya akur dengan arahannya itu dan tidak menafikan hak dan peranannya sebagai penguatkuasa undang-undang di dalam kampus ini disamping mengetahui undang-undang universiti ini. Disamping itu juga, permohonan saya untuk mendapatkan pelekat, pas baharu masih dalam proses dan paling penting ialah, permohonan pelekat dan pas baharu hanya baru dibuka kepada pelajar seperti kami hanya pada minggu lalu dan sidang akedemik yang baru bermula hanya dua minggu!!!!!!!! Namun, apa yang saya persoalkan di sini, mengapa banyak kenderaan lain yang diletakkan di dalam kawasan asrama terbabit dan saya melihat tidak ada sebarang tindakan daripada pihak keselamatan terbabit.



Apa yang saya lihat ialah, kebanyakkan kenderaan yang diletakkan di dalam ruang letak kereta di dalam kawasan asrama ini kebanyakkannya adalah milik pelajar tahun pertama yang tidak langsung mempunyai pelekat kenderaan sidang akademik yang lalu!!!!! Apa yang saya faham ketika mula-mula belajar di kampus ini dahulu, kami pelajar tahun pertama dilarang menggunakan kenderaan dan tidak mendapat peluang untuk mendapatkan pelekat dan pas kenderaan melainkan anda mempunyai jawatan dalam persatuan dan anda merupakan anak kepada VVVIP yang mempunyai akses dan kelebihan tersendiri.

Pernah satu ketika dahulu, semasa saya dalam tahun kedua pengajian, saya pernah bertanya kepada seorang pengawal yang bertugas di kampus ini tentang mengapa mereka tidak menahan pelajar atau menyaman pelajar tahun pertama yang membawa kenderaan dalam kampus, jawapan beliau ialah "diaorang tu lain..". Lain? Apa bezanya kami dengan mereka? Mulia sangatkah kedudukan mereka sebagai kumpulan pelajar "APEX" yang pertama? Kebanyakkan daripada pelajar tahun pertama ini tidak menghormati dan tidak mematuhi peraturan. Seperti meletakkan kenderaan sesuka hati. Pernah sekali, kereta saya telah tercalar kerana ada pelajar tahun pertama cuba mengeluarkan kenderaannya dari petak tempat letak kereta dari ruang sempit. Kereta saya berada dalam petak yang betul manakala kereta pelajar terbabit berada dalam keadaan serong! Saya cuba menegur namun pemandu terbabit hanya menjengkilkan mata kononnya ingin tunjuk hebat. Saya cuma berdiam diri dan melihat di samping memegang "steering lock" kereta sambil membayangkan apa jadi jika saya menghayunkan besi padu itu ke arah kepala pelajar tadi. Namun saya masih waras dan bersabar sahaja.



Sikap begini juga bukan berlaku oleh pelajar tahun satu tetapi pelajar luar negara. Sama sahaja. Pernah seorang "babarian padang pasir" membunyikan hon ketika lampu isyarat sedang merah, menyuruh kenderaan dihadapannya bergerak. Tetapi pemandu dihadapannya enggan kerana lampu isyarat masih berwarna merah. Pak arab terbabit terus meluru meredah lampu merah terbabit sambil menunjukkan isyarat lucah ke arah pemandu kenderaan dihadapannya. Saya dan rakan menyangka pak arab terbabit, mempunyai hal kecemasan namun, apabila sampai di hadapan pondok pengawal, pak arab terbabit berhenti hanya untuk mengambil rakannya di tepi jalan sambil berborak dan bergelak ketawa. Perkara terbabit turut di saksikan oleh para pengawal keselamatan yang bertugas di pondok pengawal terbabit namun, tiada sebarang tindakan.

Saya bukan mahu menghentam atau menghina. Tetapi apa yang terjadi ini, buat saya tertanya-tanya.

Sabtu, 17 Julai 2010

Bukan berdendam apatah lagi menaruh dendam

Salam mahasiswa dan salam perpaduan.

Mukadimah dilupakan buat seketika,
kita teruskan kepada cerita.

Perbalahan sentiasa berlaku di dunia ni. Setiap makhluk di dunia ini pasti berbalah dan ianya tidak hanya terjadi kepada manusia sahaja. Saya juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan ini kerana saya manusia biasa dan tidak seperti orang lain yang "sacred".. Saya tidak suka cari masalah dan tidak suka masalah, saya tidak suka mengganggu hidup orang dan tidak suka di ganggu orang. Saya tidak kisah dibenci atau tidak disukai. Saya tidak akan menangis atau kecewa sama sekali. Bukan kerana ego di hati, tetapi bagi saya, ia sudah menjadi lumrah hidup di dunia.












Jika orang menyakiti saya, saya akan biarkan buat kali pertama, saya akan maafkan buat kali kedua dan saya akan pecahkan kepala mereka jika buat kali ketiga. Bukan kerana dendam atau apa, sekadar ingin menyedarkan diri mereka agar tidak menganggap orang yang pendiam ini adalah orang yang bodoh dan lemah.

Jumaat, 16 Julai 2010

Pelatih PLKN sebagai aset pertahanan negara?

Salam mahasiswa dan salam perpaduan,
Pak ngah kembali dengan cerita baru,
bukan cerita pasal cinta dan rindu,
bukan lagi cerita pasal "PLU".

Pagi tadi saya terbaca dalam akhbar online di mana ada menteri mengatakan bahawa pelatih Program Latihan Khidmat Negara atau PLKN adalah aset penting dalam unit pertahan negara. Sebelum itu, saya ingin meminta maaf jika hujah saya di dalam blog ini tidak tepat atau salah. Al-maklumlah, saya ini bukan pernah menjalani latihan sebagai pelatih PLKN atau lain-lain program setaraf dengannya. Kawad pun tidak pernah seumur saya apatah lagi memegang senjata. Kesiankan? Bukan apa, bukan minat saya terhadap perkara-perkara begini.
Sebelum itu, apa kata wikipedia tentang PLKN?

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan kursus latihan wajib bagi sesetengah daripada mereka yang baru menamatkan pendidikan sekolah menengah di Malaysia. Ia bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Program ini bukanlah bersifat Kerahan Tenaga dan tidak mengikut mana-mana model daripada luar kerana dilaksanakan menurut cara Malaysia.



Demikian tadi dari wikipedia bahasa melayu menjelaskan serba sedikit tentang PLKN. Sebelum itu, saya buat post ini bukan sebab hendak menghentam program ni. Tapi ingin berkongsi sedikit info hasil daripada pemerhatian saya sejak program ini dilaksanakan. Program ini berjaya dilaksanakan tapi gagal menghasilkan pelatih atau "Volunteer paramiliter units" jika mengikut istilah saya sendiri. Sebenarnya banyak lagi program begini.. Yang terkenal tentulah Pasukan Latihan Pegawai Simpanan atau PALAPES atau Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi atau SUKSIS di universiti tempatan di Malaysia. Tetapi jangan lupa pada Pasukan Kadet Bersatu Malaysia(PKBM) dan Kor Kadet Polis di sekolah-sekolah menengah di Malaysia. Kepada sesiapa yang pernah menyertai PKBM pada era tahun 2001 hingga 2003, sudah pasti sesiapa jua tidak akan melupakan era itu.. Mereka dilatih pelbagai kemahiran dan kepakaran seperti kawad, asas senjata api, teknik pertempuran, komunikasi, undang-undang dan sebagainya seperti tentera dan polis sebenar.



Kembali kepada tujuan asal saya mengapa saya menulis post ini, bagi saya, program ini gagal melahirkan insan-insan yang berjiwa patriotik. Secara peribadinya, saya rasa sukar sekali kerana ia memerlukan kesedaran dalam diri seseorang individu itu sendiri. Saya tidak mengatakan program ini gagal. Tapi gagal melahirkan insan yang diharapkan. Hasil daripada temubual dan kaji selidik saya yang tidak seberapa ini, saya mendapati kebanyakkannya menyertai program ini atas dasar terpaksa dan sekadar ingin mencuba. Apabila sudah menyertai program ini, mereka akan buat perangai seperti ponteng latihan atau tidak bersungguh-sungguh dalam latihan. Dengan erti kata lain, mereka tidak mempunyai jiwa tentera dan polis ketika menyertai pasukan ini. Semangat itu tidak ada. Adakah orang sebegini akan mempertahankan negara jika berlaku? Maaf saya katakan, tidak.

Mungkin saya tidak layak untuk berkata sebegini namun saya berhak untuk memberi pendapat. Niat saya cuma 1, bukan 1 Malaysia tetapi jika sesiapa ingin menyertai program ini, anda harus mempunyai "jiwa" yang sesuai. Jika tidak, jangan buang masa. Jangan cemarkan pasukan dengan sikap anda. Dan lagi, saya ingin menegur sikap anggota yang suka bersuka-ria ketika menyertai pasukan atau program sebegini. Ingin saya pesan, tidak salah untuk "enjoy", mengumpul kawan atau kenalan, "mencapub"( mencari publisiti terutama orang macam ???????( Nama terpaksa dirahsiakan.) dan sebagainya. Cuma jangan lupa pada tanggungjawab dan peranan asal anda. Jika "red alert" terjadi, jika anda cabut dari medan, saya juga akan sibuk "berperang" namun, bukan dengan musuh yang menyerang kita tetapi saya sendiri akan mencari memusnahkan kalian sendiri jika saya tidak mati atau cedera lagi.. ( Bukan emosi atau apa-apa, sekadar pelengkap bahasa)

Oh ya, sebelum terlupa, saya juga ingin menegur sikap sesetengah anggota pasukan simpanan ini, ada yang terlalu bersemangat sehingga menyebabkan orang lain sakit hati dan tertekan. Kepada mereka saya ucapkan, tahniah. Tetapi janganlah paksa orang lain untuk bersikap seperti anda. Kerana mereka adalah mereka, anda adalah anda. Masing-masing mempunyai masalah sendiri, ok? Janganlah paksa mereka. Anda baru reserve bukan regular.. Bawa-bawa sedar dirilah.. Buat cara macam reserve. Rakan-rakan saya di Unit trafik PDRM dan Regimen Artileri pun biasa-biasa sahaja bila mereka di luar tugas walau mereka regular.

(P/s- Rindukan bau 5.56mm yang dilepaskan dari M-16 dan AUG di pagi hari.)

Emm... Berusaha la sikit..

Salam sinis pembuka bicara,
tidak kenal takut atau rasa curiga,
tidak kisah apa orang lain hendak kata,
ini adalah jujur dari hatinya,
tidak berselindung disebalik tembok bata,
tidak gentar walau sedikit jika dicerca.

Kembali! Sudah kembali ke USM(A) setelah bercuti selama dua bulan. Cuti yang sibuk dan tiada peluang untuk bertemu kawan-kawan dan berpeleseran hingga lewat malam atau memecut laju di sekitar jalan-jalan di Kuala Lumpur dengan kereta burukku. Namun aku puas kerana tanggungjawab aku sebagai anak kepada seorang abang sulung dalam 4 orang adik beradik sudah tertunai. Aku puas walau tertekan..heheh.. Pelbagai perkara terjadi sepanjang aku dikampung.. Benda yang tak sepatutnya terjadi sudah terjadi.. Apa sudah jadi.. Namun itu sudah takdir yang sudah ditetapi.



Aku tidak mahu bercerita lebih panjang lagi.. Cuma ada benda yang menarik perhatian aku hari ini ialah isu pemberian biasiswa JPA. Isu ini menjadi isu kerana banyak pihak menyuarakan rasa tak puas hati kerana proses pemberian biasiswa ini adalah mengikut kaum.. Terutama di kalangan orang bukan bumiputra. Bagi mereka ianya tidak adil. Ia perlu diberikan secara sama rata kepada semua kaum. Bagi aku isu ini isu lama yang sudah lapuk.. Aku ingat semua sudah faham tapi masih ada yang kayu atau sengaja buat-buat kayu.

Bagi aku, kenapa orang bumiputra atau pribumi diberikan peluang lebih dalam penerimaan biasiswa terutama dari JPA? Pertama, bagi aku orang-orang bumiputra atau pribumi ini bukanlah pandai sangat dan kebanyakkannya datang daripada keluarga bukan orang senang. Kedua, orang-orang pribumi dan bumiputra ini kebanyakkannya bukanlah cerdik sangat genetiknya dan agak "rare" lah jika mereka memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan ( kecuali untuk kaki hafal dan kaki meniru dalam exam ). Ketiga, kalau tidak silap aku, sudah banyak kerajaan bagi biasiswa kepada orang bukan bumiputra dan pribumi namun apabila mereka sudah menamatkan pengajian, mereka sudah disyaratkan untuk berkhidmat kembali dalam sektor awam sebagai timbal balas atas pemberian biasiswa kepada mereka tetapi mereka tidak mahu kerana dengan alasan, mereka lebih suka berkerja di luar negara kerana ia lebih lumayan.

Sebelum aku menutup kolum ini, jika ada lagi, aku tambah lagi..heheh.. Aku nak pesan, kalau nak berjaya, kita kena berusahalah sedikit. Hidup ini tidak boleh di manjakan sangat.

Sabtu, 26 Jun 2010

Macam tu agaknya...

Salam sinis pembuka bicara,
kini blog ini kembali bernafas semula,
setelah facebook aku aku matikannya.

Hari ini ada cerita yang agak lama aku perhati. Namun, aku tinggalkan "front page" aku dulu. Aku nak fokus pada hal lain. Baru ini tadi aku tengok, seekor anak kucing yang dibuang oleh entah mana "najis berat"( ada tak gelaran bagi najis ini lagi? Yang lagi hina?) depan rumah aku berdiri depan pintu rumah. Aku tengok anak kucing tu macam nak masuk, tapi dia macam was-was. Mungkin dia macam faham. Mungkin dia tahu yang kehadirannya dibenci manusia. Bila aku dukung, usap kepala dia, aku tengok dia macam sangat-sangat gembira. Lepas tu aku ternampak seekor anjing dengan 3 ekor anak kecilnya melintas depan aku. Si ibu anjing itu, cukup melindungi anak-anaknya sebaik mungkin. Anjing tersebut juga adalah anjing liar yang sering merayau-rayau mencari sisa makanan untuk hidup.

Seekor ibu anjing yang kurus kering, tidak cukup makanan, namun dia tetap melindungi anak-anaknya dan menyusukan anak-anaknya selagi mampu. Walau dia sendiri makan tak cukup aku rasa. Sedangkan manusia yang berakal dan mampu menjaga anak-anak, sanggup membuang atau menggugurkan anak demi kepentingan masing-masing. Ada yang paling hina, menggugurkan anak-anak yang dikandung demi cita-citanya dengan beranggapan, anak tersebut penghalang impian mereka. Secara ini dengan waras dan relevannya, aku mengatakan bahawa, manusia seperti adalah lebih hina daripada anjing dan anjing lebih mulia sehingga boleh memijak kepala mereka.

Selepas itu, sikap manusia yang gemar menyeksa dan mendera binatang lemah. Aku melihat mereka begitu berbangga melihat binatang itu kesakitan, cedera ataupun mati. Seolah-olah ia satu kepuasan. Terutama orang-orang di kampung aku ini. Yang buat ini bukan budak muda yang tidak matang malah orang tua yang nak ke kubur pun ada. Kadang-kadang aku bertanya dalam hati, cuba bayangkan jika anak atau cucu mahupun orang yang mereka sayang, aku hentak dengan batang paip atau aku tembak dengan shotgun guna buckshot shell. Sedih tidak mereka? Binatang tersebut adalah mahkluk bernyawa dan mempunyai perasaan.Yang penting, mereka juga mahkluk tuhan seperti kita. Dicipta atas fungsi dan peranan tertentu. Kenapa kita yang manusia yang mulia dan mempunyai akal bersikap sebegini. Bukankah kalau tak suka tu, buat tak tahu saje. Tak boleh ke? Manusia. Kalau ditegur, melenting. Tunjuk lagak namun, kena acu pistol di muka, menangis macam nak gila.

Melihat kucing di muka pintu tadi, aku rasa begitulah juga kita manusia jika kehadiran kita dibenci.

Rabu, 23 Jun 2010

Entahlah.. Hidup yang bosan dan ku mahu pergi.

Salam sinis pembuka bicara.
Melihat dunia ini penuh sengketa.
Kononnya demi kasih sayang yang berharga.
Akan ku ramalkan ia akan penuh pengkhianatan dan tipu daya.
Muka yang suci tidak semestinya mulia.
Hatinya busuk umpama syaitan durjana.
Namun itu orang semua buta,
melihat yang benar itu salah belaka.

Lama sudah aku tak update "diari peribadi" ini. Bukan apa, sibuk sedikit dengan pelbagai perkara. Sehingga darah naik selalu naik kepala, dan doktor pun dah kata, awak kena jaga-jaga. Ah! Itu semua dunia. Aku sakit atau mati ke, aku peduli apa. Selagi aku hidup, aku akan terus menikmatinya. Aku bersyukur dengan kurniaan-Nya.

Kembara yang jauh hingga ke tengah laut di dunia. Indonesia aku jelajahi untuk seminggu lamanya. Pelbagai perkara aku perolehi disana, pelbagai ragam manusia dapat aku lihat di mata. Indah sungguh tempat orang, namun tanah air sendiri tetap dikenang. Terima kasih wahai teman, kerana membawa aku menambah pengalaman. ( Aku tak dapat upload gambar sebab line macam sial kat kampung ni. Aku nak keluar orang tak bagi, takut aku mati dilanggar lori. )

Sudah hampir dua bulan aku bercuti, kini sudah tiba untuk aku kembali. Namun kini hanya setahun berbaki, akan ku doakan supaya aku tidak kembali ke sana selepas itu lagi. Cukup 3 tahun aku di sini, tiba masanya untuk aku pergi. Siapa yang mahu kekal disini, silalah berkubur disini apabila mati. Ah! Kutuk apa pun tidak berguna lagi, nanti aku yang di maki. Kerana hati mereka suci dan tidak berdaki. Aku tidak berhak untuk dipuji, kerana caraku berbeza sekali. Aku pun tidak peduli, kerana aku bukan cari publisiti.

Kembara aku juga bersambung kembali, banyak tempat akan terus ku terokai. Namun kini, aku mungkin lebih bersendiri, bertemankan bayang dan si matahari. Aku tidak perlu diekori, walau apa pun yang terjadi, jangan duk sibuk nak peduli, walau aku tahu mereka tidak akan peduli walau sekali.

Tamat sudah setahun itu nanti, aku akan hilang bukan berlari. Aku akan menghilang bukan bersembunyi. Cuma aku mahu pergi. Mungkin tidak akan kembali tapi bukan sebab aku dah mati kalau belum ajal lagi. Ada banyak perkara yang aku mahu cari. Bukan wang, harta, kemasyuran dan tempat duduk mewah aku ingini. Aku ingin mencari apa ertinya hidup ini. Jangan risau wahai saudara dan saudari, akan ku doakan kebahagiaan kalian nanti, kalian akan hidup gembira tidak terperi, cuma ku harapkan kewujudan aku jangan dikenang sekali.

Hidup aku tidak penuh pura-pura. Apa yang benar, hanya itu aku percaya.Namun aku tidak pernah benar di mata mereka, kebenaran hanya dipihak mereka.

Hati umpama kaca, sekali dijentik akan pecah segalanya,
namun aku bukan sempurna,
untuk menatang kaca yang berharga,
namun itu tidak mengapa,
mungkin akan tiba jua masanya,
saat bahagia akan menjelma.

- Mengharap sesuatu yang lebih baik dengan mencari cinta yang sempurna -Itulah manusia.

( Semua ini tiada kaitan dengan sesiapa, sekadar dari kaca mata insan yang hina. Berkata tidak bersuara dalam dunia yang penuh tipu daya, bukan berniat untuk menghina atau mengata, sekadar renungan bersama. Inilah segalanya berlaku di dunia, cuma ia di titip umpama cereka hidup manusia. Tidak faham tidak mengapa. Tak faham, jangan baca. Buat pening kepala, nanti jadi gila, nanti penuh pula hospital bahagia.)

Sabtu, 8 Mei 2010

Diberhentikan? Cakap sahaja kena pecat.

Salam kuasa ketiga.



Aku dah balik ke Kuala Lumpur untuk bercuti antara sidang. Maka aku sudah masuk tahun 3 dalam pengajian aku. Maknanya aku sudah masuk tahun akhir. Peh! Dah nak habis dah.. Tak sabar rasanya. Nak kerja. Master @ Sarjana? Go to hell.. Nanti dulu.. Sapa nak sambung, sambung la.. Hak korang. Selamat berjaya mencapai cita-cita korang dan aku tumpang gembira dengan kejayaan korang.

Sudah dua hari aku di rumah. Agak bosan. Esok hari ibu. Selamat hari ibu buat para ibu-ibu di luar sana. Aku banyak habiskan masa baca buku, buka facebook, dan tonton TV.

Kembali kepada cerita asal aku. Hari ini aku baca surat khabar dan aku terbaca cerita ini. Perkhidmatan pegawai pemerintah KD Sri Inderapura ditamatkan 
Ingat lagi kes kapal perang TLDM terbakar dan hampir karam? Hari ini pegawai pemerintah besi buruk tu diberhentikan atau lebih tepat sekali bagi aku diberhentikan dari perkhidmatan. Aku tau aku bukan "tentera" apatah lagi bukan seorang anggota Navy yang sama  ada regular atau semestinya aku bukan PSS.. Aku cuma peminat senjata dan seorang penganalisis yang tidak bertauliah. Namun aku berhak mengeluarkan pendapat aku. Baru demokrasi. 


Hari ini pegawai pemerintah atau C.O( Commanding officer ) bagi besi buruk ni telah diberhentikan perkhidmatannya atas kejadian itu setelah dihadapkan ke court-martial dan di dapati bersalah disamping perlu bertanggungjawab kepada kejadian itu.( Bagi askar yang bunguk sangat, court martial adalah mahkamah tentera.) Aku akui, sebagai pegawai, kita perlu bertanggungjawab ke atas yang berlaku. Walaupun benda tu besi buruk sekalipun, ia adalah aset negara yang perlu dijaga. 


Korang semua tau tak? Apa nama sebenar KD Sri Inderapura ni? USS Spartanburg. Kapal Landing tank(Kapal angkut kereta kebal dari laut ke darat) yang aku dengar pernah berkhidmat semasa perang Vietnam( Perang yang menggerunkan kerana askar Vietcong kejar askar U.S dengan parang). Maknanya Malaysia guna, dah second hand. Diulangi, second hand atau terpakai! Perang Vietnam dah tamat selama 30 tahun.









Kesimpulannya ialah, bagi aku tak patot la pegawai tu dipecat begitu sahaja. Sebab apa? Kebakaran tu akibat litar pintas. Litar pintas ni biasala.. Sebab benda tu dah lama.. Buruk. Elok jadi tukun jek. Kerana nak tutup malu, seorang pegawai dipecat. Seorang lagi jadi kambing hitam bagi menutup kesalahan orang lain.

 

Sabtu, 1 Mei 2010

Cerita dari cartoon networks

Hahahhah

Hari ni, blog ni jadi diari peribadi. Bukan sebab nak publisiti, perhatian dan apatah lagi terdesak inginkan kasih sayang seseorang macam sesetengah orang. Namun, konsep tetap biasa dan  bersahaja. Sindiran yang panas dan berbisa seperti 7.26mm yang ditembak dari M60 atau AK-47 yang tepat mengenai kepala seseorang yang kemudiannya mati tak sempat mengucap.

Kembali kepada tajuk asal cerita ini, aku menulis sambil melayan lagu "bebot' daripada Black Eyes Peace nak cerita tentang satu pasangan yang aku kira kekasih. Aku selalu duk perhati mereka daripada jauh kerana aku tidak mengenali mereka. Namun aku mengenali salah satu watak dalam drama cinta melayu mereka( Sebab diaorang ni melayu.). Aku selalu melihat mereka "berdating" disekitar campus ini terutama disekitar cafe desasiswa dan sebagainya. Ketika mereka berdating disekitar campus, mereka akan diiringi oleh seorang budak lelaki(aku amat mengenalinya kerana beliau adalah kenalan aku) yang aku kira sebagai pengawal dan pemandu bagi pasangan kekasih itu.

Aku kasihan melihat kenalan aku itu. Namun aku adakalanya marah dan adakalanya, terasa lucu kerana pelbagainya ragam manusia ini. Aku mendapat maklumat bahawa kenalan aku ni pernah menyimpan perasaan terhadap si perempuan pasangan kekasih ini. Namun perempuan itu tidak menerima cinta kenalan aku ini kerana kononnya dia memerlukan lelaki yang 'beriman untuk membimbingnya ke jalan yang benar". Hahahhahhahahhaha

Namun, aku kagum dengan kenalan aku itu mempertahankan apa yang dirasakan benar baginya dan sanggup melihat wanita idamannya memperkotak-katikkan hidupnya. Kalau aku, dah lama aku blah atau aku langgar dengan troli tesco kalau tak puas hati sangat. hehehhe

Lawak kowt. Lelaki beriman. Mana ko nak cari beb.. Ko couple dengan pak lebai pun belum tentu ko dapat lelaki beriman. Hahahhaha. Aku tengok boyfriend dia pun huru-hara gak.  Namun, aku sebagai manusia yang berakal, tidak menafikan haknya. Namun dia pun tidak berhak menafikan hak aku untuk mengutuk dan mengata mereka. Baru demokrasi. heehehee

Aku nak tengok, sejauh mana kenalan aku ni tadi sanggup bertahan. Aku nak tegur tapi aku malas nak campur hal orang. Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya. Hehehhee



Moralnya ialah, macam-macam sikap dan ragam manusia yang kita dapat lihat di dunia ini. Warna-warni manusia.hehhehe

Aku bukan nak sindir atau kutuk sesiapa dalam hal ini. Cuma bercerita apa yang aku nampak sahaja, kalau terasa, apa aku nak kata, pergi mati de.

Khamis, 22 April 2010

Sunyi? Sendiri? Kecewa?

Salam pembuka bicara,
Kali ini tiada kaitan dengan kuasa ketiga.

Esok ada exam tapi aku masih sempat update blog ni. Bukan apa, ada satu soalan yang orang asyik tanya kat aku dalam minggu ni. Mereka tanya, ko anak tunggal, tak rasa sunyi kew? Tak boring takde adik beradik? Ko kawan pun tak ramai.

Aku cuma mampu tersenyum. Aku jawab, " aku dah lahir seorang. Hidup aku cuma ada mak dan bapak aku sahaja. Aku hidup tak mewah walau hidup seorang. Hidup dikawal walau umur dah naik belasan tahun.". Aku dah biasa hidup seorang. Aku tidak mengharapkan simpati orang untuk mendampingi aku. Orang tak mahu rapat dengan aku, apa lagi aku nak buat? Aku tak terhegeh-hegeh.



Selama ni, aku susah senang, aku seorang. Aku mampu berdiri seorang selama ini(kecuali sekali sahaja orang bangunkan aku semula setelah aku benar-benar jatuh.). Kecewa, sedih dan duka adalah permainan hidup aku. Aku biasa dikecewakan. Bagi aku, adatlah hidup didunia. Aku senyum dalam duka. Aku cerita ni bukan kerna nak simpati. Mintak maaf.. Aku bukan terlalu terdesak mahukan perhatian.

Ada orang kata, aku tidak pernah hargai sesiapa yang ada bersama aku. Jawapan itu salah sama sekali. Aku sentiasa menghargai apa sahaja yang ada. Cuma aku tak tunjuk sangat. Aku gemar melakukan sesuatu tanpa alasan. Sebab banyak cakap pun tak guna, buktikan dengan perbuatan. Mungkin akan mengambil masa yang lama dan akan menghilangkan orang yang tidak sabar. Aku nak dia sedar sendiri apa yang aku buatkan untuk dia.

( Aku rindukan seseorang. Aku mimpi dia semalam. Aku harap aku akan mimpi dia lagi malam ni. Walaupun dia dekat namun jaraknya jauh untuk aku. Biar aku pilih derita merinduinya. )

Isnin, 12 April 2010

Apa cerita ya?

Salam kuasa ketiga

Aku cuma mahu mengisi ruang senggang aku ini. Aku ingin mengutarakan satu persoalan.

Apabila aku mengatakan sesuatu, ada manusia akan sanggah dan mengatakan ianya tidak benar sama sekali bagi mereka.
Namun, ada ketikanya, manusia itu akan mengatakan perkara yang sama, dan beliau mengatakan ianya benar sama sekali baginya.
Aku bukan nak marah atau nak sindir sesiapa. Cuma aku pelik dengan sikap manusia begitu. Kadang-kadang aku rasa kelakar.

Selasa, 6 April 2010

Khianat! Pengkhianat dan cakap tak serupa bikin.

Salam sejahtera kepada pengunjung semua.

Salam sinis pembuka bicara,
sinis itu semanis gula.

Kata-kata ini bukan kata-kata kosong sahaja,
aku sudah muak bergelumang dengannya.

Khianat, pengkhianat dan mengkhianati, merupakan satu perbuatan yang paling bahaya, menyakitkan, merugikan dan segala lagi macam kesan yang negatif akibat daripada perbuatan ini. Perbuatan dan sikap ini juga boleh meruntuhkan apa jua seperti organisasi, kumpulan, puak, bangsa, negeri dan negara atau satu tamadun. Mengikut sejarah juga, banyak empayar atau negara yang kuat pada awalnya, runtuh akibat daripada perbuatan khianat ini. Perbuatan ini juga terbahagi kepada sukarela dan paksa-rela atau tanpa disedari kerana ia bergantung kepada keadaan. Biasanya, orang yang bersikap begini amat pandai bersikap "talam dua muka". Jujurnya, bagi pendapat peribadi aku, sikap begini ada pada semua manusia.

Suka rela untuk bersikap khianat adalah muncul daripada sikap tamak, dendam, dengki atau iri hati, kecewa dan sebagainya. Orang yang bersikap begini biasanya adalah "Duri dalam daging" dalam satu kumpulan. Mereka mampu meruntuhkan sesuatu kumpulan itu kerana mereka sendiri adalah berasal daripada kumpulan itu sendiri dan segala kelemahan kumpulan terbabit berada dalam tangan mereka. Biasanya pengkianat sebegini akan dihukum bunuh jika tertangkap..

Paksa rela pula akibat daripada sesorang itu telah dipaksa oleh pihak lain untuk mengkhianati pihaknya. Ugutan biasa melibatkan nyawa dan keselamatan atau aib dan maruah individu itu sendiri atau keluarganya. Biasanya, individu yang terlibat dalam situasi begini akan berfikiran tidak waras kerana terlalu bimbang dan takut. Dalam hal begini, individu yang terlibat tidak boleh dipersalahkan 100% kerana mereka tidak mampu berbuat apa ketika itu.



Seterusnya ialah sikap khianat tanpa disedari. Dalam situasi begini, ia boleh dilihat dalam pelbagai aspek. Antaranya mereka yang gemar bercakap, mereka ini adakalanya akan membongkarkan rahsia tanpa disedari. Mungkin ini adalah kelemahan mereka. Atau sikap yang gemar menyimpan "kelemahan" di tempat yang tidak sesuai dengan beranggap ia akan selamat.




Paling akhir sekali ialah, sikap cakap tak serupa bikin. Sudah pasti anda tertanya-tanya mengapa dikaitankan dengan sikap khianat. Cakap tak serupa bikin ini adalah sikap dimana seseorang itu berkata-kata dengan penuh tekad dan azam. Namun, kata-kata itu hanya tinggal kata-kata sahaja. Aku pun pernah bersikap begini namun aku tidak pernah mengkhiatnati sesiapa. Aku hormat dengan orang dan tidak pernah menuntut seseorang mengotakan janjinya kepada aku. Tapi apabila aku persoalkan sesuatu, mereka akan memberikan seribu satu alasan kepada aku. Bagi aku, jangan cakap kalau tak boleh buat. Hipokrit namanya. Tapi apakan daya, manusia tidak sempurna.

Moralnya disini, jangan marah jika dikhianati. Imbas kembali apa yang sudah anda lakukan.

P/s- Sapa terasa, padan muka. Cermin-cerminlah muka.

Khamis, 1 April 2010

Akhirnya ada yang sependapat dengan aku.

Salam mahasiswa, salam aspirasi dan salam kuasa ketiga.



Syukurlah.. Semalam, forum WACANA DEMOKRASI DI KALANGAN GENERASI MUDA anjuran Kelab Sains Politik USM selamat diadakan dan segalanya berjalan dengan lancar walau pada mulanya penuh dengan cabaran. Kepada rakan-rakan di Kelab Sains Politik, tahniah dan syabas atas usaha yang anda semua lakukan. Disini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan peralatan audio untuk majlis pada malam itu. Ribuan kemaafan jika ada salah dan silap saya sepanjang perjalanan program disamping itu saya juga ingin meminta maaf kerana saya tidak mampu memberikan yang terbaik pada malam itu.

Sambutan forum ini agak menggalakkan walaupun pada malam yang sama juga, saya difahamkan bahawa banyak aktiviti lain berlaku di USM seperti AGM dan peperiksaan disamping keadaan cuaca yang tidak mengizinkan kerana hujan turun sejak petang. Forum ini dikendalikan oleh saudara Izzudin atau pemilik blog terjun ke langit.blogspot sebagai moderator. Manakala ahli panel pula terdiri daripada Prof Madya Ahmad Fauzi dari Pusat Pengajian Jarak Jauh USM, Dr. Abu Bakar selaku ahli panel kedua yang didatangkan khas daripada UUM dan ahli panel ketiga ialah En. Mohammad Maliki iaitu presiden bagi Majlis Belia Malaysia dan bekas pelajar USM sendiri.

Perbincangan isu hangat di mana apa yang saya faham dapat lihat ialah, ahli panel memberikan hujah mereka berdasarkan sejarah, peranan kerajaan dan sebagainya. Contohnya seperti Dr. Abu Bakar dari UUM, beliau memberikan hujah mengikut perspektif negara indonesia kerana beliau adalah rakyat indonesia. Ini agak menarik kerana ia boleh dilihat forum ini agak bersifat international.

Manakala En. Maliki melihat dan memberi perspektif mengikut perspektif beliau dari sudut belia di Malaysia. Peranan belia, apa yang perlu belia perlu lakukan dan sebagainya. Manakala, Dr. Ahmad Fauzi pula membincangkan dan memberikan pendapat daripada sudut sejarah di mana belia patut belajar dari sejarah dan tidak bersifat bias antara sejarah budaya barat atau budaya islam. Menurut beliau, kita patut belajar dari kedua-dua sudut dan melalui itu, barulah kita akan mendapat maklumat yang sebenar.

Para hadirin yang hadir juga berpeluang mengutarakan soalan walau pada hemat peribadi saya, ada diantara soalan mereka sudah "lari" dari tajuk forum  ini. Namun begitu, terima kasih atas kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh para pengunjung yang hadir ke majlis forum ini.

Namun, apa yang saya ingin kaitkan dengan apa tajuk post saya ini ialah dimana saya terdengar dan teringat kata-kata salah seorang daripada tiga ahli panel, apa yang saya faham dan dengar( maaf jika salah apa saya dengar ini), sikap sesetengah pelajar yang tidak mahu "keluar" dari USM ini. Sikap yang hanya gemar berlegar di suatu sudut sahaja tanpa mahu meneroka perkara lain. Terlalu "Sayang" dan "Setia" kepada USM ini. Tidak salah untuk bersifat begini namun adakalanya kita kena "keluar" dari "kotak" yang kita ada ini. Apabila terjadi perkara sebegini rupa, mereka tidak mampu memberikan hujah yang membina atau hanya gemar memberikan hujah yang sedia ada. Ingin memperjuangkan demokrasi dan kebebasan, namun mereka sendiri tidak faham apa mereka perjuangkan.

Namun, saya tidak menafikan hak kepada mereka yang tidak setuju dengan kata-kata saya ini dan terima kasih untuk tidak bersetuju. Namun begitu, jangan nafikan hak saya untuk berkata begini kerana ia sudah melanggar prinsip demokrasi.

p/s- Saya ada cadangan buat pihak pengurusan USM. Cadangan yang tidak masuk akal lagi tidak munasabah namun itulah kepakaran saya. Cadangan saya ialah, pihak pengurusan USM perlu menyediakan satu kawasan perkuburan khas bagi para pelajar atau sesiapa sahaja yang terlalu "sayang" atau "setia" dengan USM ini. Biarlah mereka hidup dan mati bersama USM ini..

Isnin, 22 Mac 2010

Kenapa orang suka pandu kereta lebih perlahan dari kura-kura?

Salam kuasa ketiga

Sebenarnya saya malas nak buka isu tentang perkara ini tapi saya dah tak tahan dengan perangai sesetengah pemandu di negara kita ini.. Saya akui saya bukanlah pemandu yang baik kerana saya sentiasa memandu had laju lebuh raya walaupun bukan di dalam lebuh raya. Selalu kita dihidangi dengan pemandu yang memandu terlalu laju atau melanggar had laju lalu lintas. Jadi bagaimana pula dengan sikap pemandu yang memandu dengan  terlalu perlahan? Terutama memandu perlahan di lorong memecut di lebuh raya? Bukankah ini membahayakan juga? Sikap yang pentingkan diri?

Disini saya sertakan mengapa pemandu gemar memandu perlahan mengikut gender. Kalau lelaki, mereka gemar memandu perlahan kerana mereka merasakan mereka seorang yang "macho", ingin menayang kenderaan mereka walau hanya Proton Saga BLM  standard yang dibelikan oleh ibubapa mereka atau secara hutang dari bank dan ianya sudah 5 bulan tidak dibayar ansuran bulanannya. Atau ingin mengorat gadis bawah umur yang terdesak inginkan teman lelaki dan bebas dari cengkaman ibubapa.

Manakala yang perempuan mereka, mengapa mereka gemar memandu perlahan tidak mengikut peraturan ialah, ingin menunjukan keseksian mereka kepada orang lain, menikmati pemandangan indah disekitar jalan raya walau adakalanya pemandangan yang terhidang cuma kebun getah atau kawasan kilang macam di kawasan petaling jaya.. Atau mereka ingat jalan raya ini ibubapa mereka yang buat. Atau apa yang selalu saya lihat ialah, mengapa perempuan selalu memandu perlahan ialah, kerana ingin memperbetulkan solekan wajah mereka atau membalas panggilan atau sms dari telefon bimbit.

Namun, secara umumnya, mengapa mereka gemar memandu perlahan ialah, kerana mereka tak gunakan akal dengan sebaik-baiknya. Tak salah jika memandu laju jika sesuai dengan keadaan. Tidak salah memandu perlahan jika kena pada keadaannya.
Tapi lebih baik, tepuk dada, tanya selera.

Isnin, 1 Mac 2010

Apa cerita ni?

Salam sinis pembuka bicara,
kerja banyak tidak terkata,
namun blog tetap dijaga,
walau kurang mata menjengahnya,
kerana tiada kisah peribadi yang dijaja,
pak cik tidak kisah untuk terus bercerita.

Salam sejahtera kepada pelawat laman yang tidak seberapa ini. Saya ingin bercerita bukan kisah peribadi. Cuma ini adalah pendapat peribadi saya sendiri, harap pembaca faham isi cerita ini dan jangan menilai ikut nafsu dengki. Harap maaf jika terasa hati, tetapi ini semuanya ikhlas dari hati kecil ini.

Kisah ini bukan baru bahkan ia sudah lama.. Mungkin sudah beratus tahun atau sejak wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia ini.. Senang cerita tidak perlu berkias kerana kerana berkias ini kena menaip dengan lebih banyak dan panjang lagi. Pagi yang hening tadi, saya melakukan perkara rutin saya iaitu membaca akhabar secara talian di internet.. Dalam akhbar Utusan Malaysia (bukan Utusan melayau apatah lagi haprak daily) hari ini, ada menceritakan bahawa satu kumpulan Oang Asli di Temerloh, Pahang telah membuat satu laporan polis terhadap Yang berhormat Tuan Guru Dato Sri Nik Aziz, menteri besar kelantan. Ini kerana Yang Berhormat Tuan Guru telah membuat kenyataan tentang aktiviti "katak" ahli politik iaitu lompat parti dikalangan wakil rakyat pembangkang. Menurut laporan akhbar ini, Tuan Guru telah  menggunakan perkataan "Jakun" bagi mengambarkan sikap ahli politik terbabit.Kalau hendak tahu lebih lanjut, sila klik disini.

Pada pendapat saya, saya faham mungkin Tuan Guru agak emosi ketika ini dan mungkin Tuan Guru memaksudkan perkara lain. Akan tetapi, saya rasa Tuan Guru tentu ingat tentang satu pepatah, "Kerana mulut, badan binasa" bukan? Saya rasa sebagai tokoh yang dikagumi, dan saya sendiri bukan seorang melayu dan bukan orang islam, saya amat kagum dengan ketokohan Tuan Guru sebagai pemimpin. Namun, saya sebagai Orang Asli, saya juga terasa terhina walau saya bukan dari suku kaum jakun. Namun saya banyak kenalan dari suku kaum ini kerana saya tinggal di Batu 12 Gombak dan disini pelbagai suku kaum Orang Asli ada menetap bersama kerana kebanyakkannya mereka berkhidmat dengan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli di Gombak.



Sebenarnya, pelbagai penghinaan yang telah kami terima dari pelbagai manusia. Saya dahulu sudah puas dihina disekolah. Seolah-olah saya ini bukan manusia yang tidak mempunyai perasaan. Bukan ingin meluahkan perasaan tetapi saya ingin memberitahu bahawa perkara ini sebenarnya selalu terjadi. Tetapi saya hanya berdiam diri sahaja bukan kerana saya takut tetapi saya tidak mahu menjadi bodoh seperti mereka.( Jika anda semua mahu tahu, kebanyakkan yang menghina saya ketika sekolah adalah anak orang indonesia yang ibu bapa mereka memegang kad pengenalan merah. Saya sungguh kasihan dengan mereka. Adakalanya, saya bertanya pada diri saya, siapa mereka hendak bersikap demikian kepada saya? Harap maklum.)



Kepada mereka yang gemar menggunakan perkataan "jakun", sakai, ra'ayat dan sebagainya, bawa-bawa bertaubatlah. Kita ini sesama manusia. Darah sama merah. Kalau anda yang begitu bencikan Orang Asli ini, buat apa? Kami Orang Asli ini bukan menggugat sesiapa pun di Malaysia ini, hatta melayu, cina, india dan  sebagainya. Ada kami datang rumah anda semua minta beras sekilo setiap rumah? Rasanya tidak ada. Kami hidup dengan cara kami. Ada kami memperjuangkan hak kesamarataan atau hak ketuanan selama ini? Kami tahu kami ini tiada yang bijaksana dan berpelajaran tinggi tetapi kami tidak bodoh.. Jangan hina dan ganggu kami. We live in our own ways and sorry to say, fuck off from our live!!!!!

Kepada Tuan Guru, mungkin saya tidak layak untuk berkata begini kepada Tuan Guru yang lebih tinggi darjat di mata rakyat malaysia daripada saya ini. Secara jujurnya, saya amat sukar untuk memaafkan Tuan Guru tetapi manusia tidak sempurna dan saya memaafkannya. Sebagai manusia, tidak terlepas dengan kesilapan. Saya juga begitu. Saya rasa kami Orang Asli khasnya Orang Jakun tidak akan mengambil tindakan mahkamah. Kerana kami tidak "terus membikin harta dengan kerjanya menyaman sahaja". Bibit lagu Gasoline Grenade yang bertajuk "Dilarang Melarang". Kepada rakyat Malaysia yang lain juga, bawa-bawalah muhasabah diri. Anda semua pasti tidak mahu terasa terhina bukan? Begitu juga kami ini.

Kepada Tuan Guru dan para penyokongnya atau sesiapa yang berkaitan, saya minta maaflah jika kata-kata saya ini menyinggung antara kalian semua. Rasanya tidak salah saya menegur sesiapa sahaja. Mungkin info saya perolehi ini bukan secara terus dari Tuan Guru dan saya minta maaf jika info ini tidak tepat.

Sorry to say la

Jumaat, 26 Februari 2010

Tahniah

Salam mahasiswa, salam aspirasi, dan salam kuasa ketiga

Sudah sesak laman sesawang ini yang dipenuhi sarang labah-labah. Jadi, saya mahu semakkan lagi ruang ini.
Malas hendak tulis panjang-panjang, cukup 2,3 baris ruang digunakan.

Tahniah saya ucapkan kepada calon-calon STPM tahun 2009.. Sebanyak 44000++ calon telah mendapat keputusan lulus penuh dan purata calon mendapat gred 3.00 keatas.. Angka yang begitu membanggakan. Nampaknya persaingan agak sengit kali ini.. Saya berharap pihak kementerian pengajian tinggi sudah menyediakan tempat yang cukup bagi mereka yang layak.

Saya percaya, kebanyakkan calon STPM adalah calon aliran kemanusiaan yang mengambil matapelajaran seperti geografi, bahasa malaysia, sejarah dan sebagainya. Jikalau boleh, saya harap agar pihak Kementerian Pengajian Tinggi menghadkan tempat bagi para calon lepasan matrikulasi bagi aliran kemanusiaan. Bagilah peluang kepada para calon lepasan STPM ini.

Bukan mahu bersikap bias cuma biarlah calon STPM ini mendapat peluang belajar di Universiti.. Biarlah penat lelah mereka memikul buku setebal 300ms bagi setiap subjek dan perlu memahami semuanya dan diluahkan dalam masa kurang dari 4-5 hari. Disamping itu, mungkin ada diantara mereka mengalami cabaran seperti penghinaan dan ejekan oleh orang yang pendek akal yang menganggap pelajar STPM adalah seorang yang tewas atau "Loser"..

Apa-apa pun, tahniah buat mereka. Ayuh! Pelajar STPM! Kita bangkit dan gegarkan arena akedemik dunia..

Sabtu, 20 Februari 2010

Sampai melopong sampai meleleh air liur

Salam perpaduan dan salam kuasa ketiga


Salam sinis pembuka bicara,
ini semua realiti belaka,
bukan rekaan semata-mata,
bukan mahu menghina atau mengata,
sekadar renungan bersama.

Beberapa hari yang lalu, semasa pulang bercuti ke Gombak, tanah tumpah kelahiran saya, saya lihat banyak perubahan yang berlaku di sekeliling kawasan kediaman saya ini. Antaranya ramai orang yang sudah tiada samada sudah berpindah atau kembali kepada maha pencipta atau merantau ke tempat luar. Jalan raya pun sudah banyak berubah. Saya jangka tiada kesesakkan akan berlaku lagi di sekitar Baru Caves kerana jejambat baru sudah siap dibina dan terima kasih kepada kerajaan atas kemudahan yang telah diberikan ini.

Kembali kepada laluan asal cerita, saya ingin menyelar sikap sesetengah pemandu atau pengguna jalan raya di Malaysia ini, bukan kerana mereka tidak membayar cukai jalan tetapi atas sikap "Prihatin" mereka. Prihatin? Bukankah satu sikap yang bagus? Memang bagus jika kena dengan cara dan keadaannya. Contoh sikap "Prihatin" yang kurang bagus atau lebih tepat sekali, tidak bagus pun ialah suka memperlahankan atau memberhentikan kenderaan apabila berlakunya kemalangan jalan raya tidak kira kemalangan serius yang menyebabkan kematian atau sekadar "bumper" tertanggal. Mereka bukan berhenti untuk menolong atau menyelamatkan mangsa kemalangan tetapi sekadar menjadi penonton atau menjadi "Wartawan" yang tidak bergaji. Apa yang berlaku selepas itu? Sudah tentu perkara yang tidak disukai oleh para pengguna jalan raya iaitu jalan sesak.

Yang lucunya ialah, ada diantara penonton atau "wartawan" ini melihat kemalangan ini sehingga ternganga mulut sehingga mulut itu boleh disumbat sebiji periuk dan ada yang sehingga meleleh air liur sehingga air liur itu melimpah menjadi anak sungai semula jadi dan terbeliak biji mata sehingga tiada ruang untuk membeliak biji mata itu. Disini saya ingin bertanya, apa yang peliknya tentang kemalangan jalan raya ini? Bukankah ia berlaku setiap masa dan di mana-mana sahaja? Buat apa hendak dilihat lama-lama? Bukankah kalian semua akan menyusahkan orang lain? Ha! Biasanya mereka yang bersikap begini adalah bersikap bodoh tidak boleh diajar, cerdik tidak bleh mengajar. Jika ditegur akan melenting. Betul tidak?



Ini sedikit nasihat daripada saya kepada mereka yang gemar menjadi penonton atau "Wartawan" ini, apa kata jika kalian semua ingin melihat atau mengalami kemalangan, kalian sendiri menjadi mangsa sekaligus menjadi penonton sekali? Sekaligus kalian dapat merasai kesakitan dan penderitaan seperti mangsa lain? Atau bonusnya ialah kalian mungkin akan mewarnai muka depan surat khabar atau tajuk utama berita dan menyertai statistik kemalangan negara. Bukankah lebih seronok jika begitu? Fiqir-fiqirkanlah..

Saya percaya kalian semua memang bijak jadi kalian gunakan kebijaksanaan kalian itu untuk berfiqir..

Jumaat, 5 Februari 2010

Kereta mahal

Salam mahasiswa dan salam kuasa ketiga..

Salam sinis pembuka bicara,
bukan cerita politik atau satira,
bukan cerita main punggung tukang bancuh kopi dan tuannya,
ini cerita yang tiada cerita,
nadanya marah dan bersahaja.

Saya bukannya penulis yang baik. Tapi saya rasa mesej saya jelas dan saya rasakan semua orang memahaminya. Jemu sudah bercerita pasal politik malaysia ini. Baik saya cerita tentang sikap dan ragam manusia. Gambar ini saya ambil beberapa minggu dahulu, sikap manusia yang pentingkan diri. Disini saya ingin bertanya, jika manusia pemilik kenderaan ini, akan berasa marah jika orang lain melakukan perkara yang sama padanya.

Tempat letak motorsikal dijadikan tempat letak kereta, alasannya pasti tiada tempat letak kenderaan. Apa salah jika letak ditempat letak kereta yang agak jauh sedikit. Tidak salah jika berjalan jauh sedikit. Bukannya akan hitam terbakar kulit.

 
Saya tahu kereta ini mahal dan saya tidak mampu membelinya kerana saya seorang pelajar dan bukan "anak lord" yang bawa Kia Sorento  ke kampus. Tapi saya rasa, sebagai pemandu yang berhemah, pemilik kenderaan ini tidak patutlah meletakkan kereta mahalnya ini ditempat yang tidak sepatutnya. 

Jadi kepada pemilik kereta ini, janganlah begini. Bukan apa, selain disaman oleh pihak keselamatan, kereta anda mungkin akan dicalarkan atau dipecahkan cerminnya. Oleh siapa? Yang pasti bukan saya.

Renung-renungkanlah.

Sorry To Say La!

Selasa, 2 Februari 2010

Dimana profesionalisme sebagai pelajar universiti?

Salam perpaduan dan salam kuasa ketiga politik negara..

Salam pembuka bicara,
seperti biasa,
bukan mahu mengata atau menghina
sekadar berkongsi untuk direnung bersama
cakap banyak pun tak guna,
mari baca blog saya.

Penat minggu ni.. Dalam minggu ni, ada 3 pembentangan. Sampai aku pun dah naik lintang pukang.. Kunchalana hidup aku, penat sudah badan aku, serabut sudah kepala aku.. Semoga aku cekal menghadapinya..

Mulakan cerita, ada seorang anak dara, agak manja dan mengada, belajar di universiti di bahagian utara, bukan mahu mengata atau menghina,
sapa yang marah atau terasa, maaf dipinta, jangan marah ya? Kalau marah juga, aku ucapkan pergi mati la..

 Diberi tugas sudah berminggu tugas agak mudah dan sedia dibantu, itu pun tak mahu. Kalau dipaksa nanti, tarik muka lagi, di nasihat nanti, ada tukang bela nanti. Apa nak jadi?

Aku bukan nak menyibuk atau nak menyanggah. Aku cuma boleh tengok dan gelak berdekah, aku tegur si tukang belanya aku pula yang akan parah, lebih baik aku blah. Kalau aku marah, aku balik yang kena pangkah.

Si tukang belanya ramai, bukan orang lain semua aku kenai, si anak dara ini seorang yang pandai, pembela dia pun semua pandai-pandai, tapi buat apa kalau tak pandai guna akai?

Aku tau aku ni hati batu, ada masalah pun aku buat tak tau, aku bukan nak tunjuk siapa aku, aku cuma tak nak menipu.

Apa tukang bela buat untuk dia, semua betul belaka, cuma kalau terlebih pula, mungkin makin lingkup la jadinya.

Orang lain ada masalah juga, ada yang dah nazak pun masih buat kerja, tapi jawapan semua ada pada mereka.

Sorry to say la buat mereka, tak salah nak bagi muka, kalau selalu dibela, korang akan nampak kesannya nanti bila tiba masanya.

Bukan terhandal atau terkuat, sekadar sekadar yang terhandal yang boleh ku buat.

Hai!Tak puas hati nampaknya? Pergi mati la korang semua...

Ahad, 31 Januari 2010

Apa erti sebenarnya demokrasi?

Salam kuasa ketiga..

Sinis semanis gula, 
sembah salam pembuka bicara,
cakap banyak pun tak guna,
umpama menjala debu bunga.

Deman pilihan raya kampus sudah berakhir?Aku rasa belum lagi sebab selagi ada mulut yang tak jemu bercerita dan telinga tidak jemu mendengar cerita benar atau tipu belaka, cerita tentang pilihan raya ini akan terus dibicara.
Kecohnya juga pun masih terasa. Namun, suka atau tidak, inilah sistem demokrasi peringkat "rendah" yang perlu dipelajari oleh para pelajar IPT.

Namun, kecohnya masih terasa di sesetengah Universiti. Terutama di Univesiti yang agak hampir dengan rumah aku iaitu Universiti Malaya.. Pro-mahasiswa membantah penggunaan E-undi kerana bagi mereka tidak melambangkan erti demokrasi. Siap main hempas-hempas komputer lagi.. Apa salah komputer tu.. Sorry to say la, aku tengok semua yang berpiket ni semua budak melayu dan aku kira mereka bukanlah dari keluarga yang senang atau kaya. Mungkin belajar dengan tanggungan PTPTN atau biasiswa kerajaan atau lain-lain agensi atau melalui kiriman ibu bapa pada setiap bulan atau melalui kerja sambilan.

Aku hormat dan tabik mereka berani buat macam ni..Aku pun fiqir 2,3 kali juga kalau nak buat macam ni.. Tapi aku tak setujulah dengan cara diaorang ni. Banyak lagi caranya.. Bukan begini cara seorang pelajar Universiti.. Ni esok bila dah kerja dengan kerajaan, buat lagi perangai macam ni. Nak berpiket boleh. Tapi bukan dengan ini caranya. Ko lompat pijak komputer buat apa? Bazir duit jek. Beli komputer kemudian pijak-pijak. Kalau tak nak bagi kat aku, biar aku buat PC khas untuk main game.

Pro-mahasiswa menang besar di 2 universiti seperti Universiti Malaysia Terenggganu dan semestinya Universiti Islam antarabangsa(Walau aku tengok kebanyakkan pelajar dia agak hampeh dan tidak mengikut peraturan terutama masa pergi pasar malam kat depan sekolah teknik gombak setiap rabu.Bawak motor dengan tak setan. Aku cakap betul sebab aku orang gombak dan umah aku dekat dengan UIA. Sapa nak bantah cakap aku sila angkat tangan?). Ini dah tunjuk demokrasi dan aku tengok budak Pro-aspirasi kedua-dua universiti ini tak mengamuk pun.. Mungkin Pro-aspirasi kat 2 universiti ini tak ade perasaan kowt.


Apa erti demokrasi bagi diaorang ni? Kata mereka tidak melaungkan keganasan, keadilan yang seadil-adilnya dan sebagainya.. Tapi dah tunjuk macam ni, macamana nak tadbir negara atau sesuatu organisasi nanti?

Tapi sebenarnya aku masih kabur tentang erti sebenar demokrasi. Sesapa boleh membantu aku menghilangkan kekaburan aku itu?

Jumaat, 29 Januari 2010

Hina sangat kew?

Salam mahasiswa, salam aspirasi dan SALAM KUASA KETIGA!!

Sebelum memulakan langkah, saya ingin menyampaikan salam takziah buat seluruh rakyat negeri johor dan keluarga diraja johor secara khususnya tentang kemangkatan Tuanku Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

Semalam, ada seorang manusia ini berkata kepada saya.. "Remie, nak tahu tak kenapa pak guard U** ni senang kena tipu? Sebab diaorang takde pelajaran tinggi"... Saya tersentak dengan kata-katanya itu.. Saya pun membalas kata-katanya dengan bersahaja dan pedih lagi berbisa, saya berkata padanya, "ko boleh buat kew kerja dia? Duduk tengah panas? Pertama, ko budak master, ko boleh fiqir macam tu? Diaorang bukan tertipu dengan ayat ko tapi, diaorang malas nak layan orang sombong dan tak reti bahasa macam ko! Ko ingat ko belajar tinggi-tinggi ni bagus sangat ke? Ko lagi bodoh.. Takut awek dan bakal takut bini.. Lagi hina.".. Maaflah, saya terlalu marah ketika itu.. Sebagai manusia, saya rasa tindakan dan kata-kata sahabat saya itu terlalu menghina orang kelas bawahan seperti mereka, para pengawal keselamatan.



Saya rasa ramai di kalangan anda para pembaca blog ini terdiri dari golongan kelas pekerja dan boleh dikatakan dari golongan yang sederhana. Saya akui sahabat saya itu lahir dikalangan keluarga yang berada.. Wang bukan jadi ukuran dan masalah baginya. Beliau juga hebat dalam mencari wang dan bijak dalam pelajaran.. Saya ini cuma anak seorang kakitangan kerajaan. Bukan anak golongan kelas atasan. Sudah biasa dengan cara sederhana dan tidaklah begitu bijak.. Bila berada dalam golongan ini, saya dapat melihat dunia dan realiti dunia luar lebih awal dari orang yang berada dalam kelas elit ini. Apabila sahabat saya itu berkata demikian, saya juga terasa kerana ibubapa saya juga adalah kakitangan rendah seperti para pengawal terbabit. Saya terasa kerana seolah-olah hina sungguh seorang kakitangan atau pekerja yang tidak berpelajaran tinggi..

Kita tidak boleh menganggap begitu. Setiap orang sudah tersurat.Nasib setiap manusia berbeza..  Mengapa pengawal terbabit menjadi pengawal kerana mungkin beliau tidak mampu menyambung atau mendapat pendidikan yang sempurna seperti kami. Mungkin pada zaman mereka, tidak ada kemudahan seperti kita sekarang. Ada PTPTN dan sebagainya.. Atau tidak mendapat galakkan oleh keluarga dan ada yang berkorban demi adik-beradik mereka.

Jangan hina orang-orang seperti pengawal keselamatan ini. Mereka juga mempunyai fungsi yang lebih berguna dan mulia kerana mereka menjaga keselamatan nyawa dan harta orang lain daripada sesetengah para menteri dan para pegawai tinggi kerajaan yang duduk melopong di pejabat makan gaji buta.. Mungkin bagi sahabat saya yang bahalol ini akan berkata, "ala, kita upah diaorang..".. Bagi saya, mungkin bagi dia seorang perasuah paling tegar, wang adalah segalanya. Tapi tidak bagi saya, kerana wang tidak mampu menghalang peluru menembusi kepala kita atau membeli tiket masuk ke syurga. Tapi mungkin kita boleh membeli tiket ke syurga jika kita gunakan wang itu untuk bersedekah dan beramal dengan hati yang ikhlas.

Jumaat, 22 Januari 2010

Sesak ke?

Salam mahasiswa, salam aspirasi dan salam penyatuan umat manusia..


Sudah lama tidak berkunjung ke ruang ini... Agak "berkarat" sudah ruas jari untuk menekan papan kekunci ini.. Pencaknya sumbang sekali tidak berbisa lagi.. Sukar bermain kata yang penuh sinis dan sindiran..

Emm... Pilihan raya kampus sudah bermula.. Hampir semua pusat pengajian tinggi di Malaysia ini sudah mula terasa bahangnya.. Sudah pasti pelbagai manifesto akan dipertaruhkan pada pilihanraya kampus kali ini.. Ada yang masuk akal dan sudah pasti ada juga yang tidak masuk akal.. Contoh seperti ini "Barang siapa yang undi saya, saya akan pastikan semua rakyat malaysia khasnya penduduk di bahagian pulau di pulau pinang, mereka tidak perlu membayar tol ketika mahu keluar daripada pulau jika menggunakan jambatan pulau pinang."(Walau sememangnya jika mahu keluar dari Pulau Pinang jika menggunakan jambatan, tidak dikenakan sebarang bayaran pun.)

Sekarang, di dalan arena politik tanah air ini, heboh dan kecoh kerana kemunculan pihak ketiga atau third force. Pihak ini sebenarnya sudah lama wujud dalam arena politik tanah air ini cuma pada awal kemunculan mereka, mereka tidak mendapat perhatian oleh kebanyakkan rakyat Malaysia.. Kini, didalam pilihan raya kampus juga, sudah wujud pihak ketiga ini.. Adakah ini tsunami politik? Ini kerana poltik kampus banyak dinominasi oleh Pro-aspirasi dan pro-mahasiswa.. Pro-aspirasi ini dikatakan sebagai pro kepada pihak universiti dan sering mendominasi kerusi politik kampus di seluruh universiti di Malaysia ini.. Manakala Pro-mahasiswa ini dikatakan pro kepada pihak mahasiswa..Dikatakan Memperjuangkan hak mahasiswa secara total.Betul ke? Kini, muncul pula pihak ketiga iaitu golongan bebas. Mungkin Mereka ini mampu mengubah senario politik politik kampus dan mampu mengkunchalanakan pihak pro-aspirasi dan Pro-mahasiswa.. Tapi persoalannya ialah, sejauh mana perjuangan pihak ketiga ini dan paling penting ialah, adakah semua pelajar sudah sedia maklum tentang kewujudan pihak ketiga ini dalam politik kampus?

Namun begitu, belum sempat pihak ketiga ini melabuhkan sauh didalam politik kampus ini, sudah ada pihak yang panas punggung rupanya.. Ketika sedang minum tadi, saya mendapat maklumat melalui unit risikan saya, ada pihak menggunakan kaedah gertakan atau ugutan terhadap calon pilihan raya campus dan calon yang digertak itu khabarnya calon bebas.. Menurut "telefon karat" itu, ancaman itu datangnya dari pihak selalu mendominasi politik kampus ini.. Pihak yang mana? Entah la.. Malas nak cerita walau nak cerita.. Hai! Dah panas punggung ke? Takut kalah? Hahahaahahahah

Kalau pihak ketiga ini menguasai pilihan kampus, agaknya apa tindakan mereka? Takkan nak buang calon-calon bebas dari universiti walau ianya tidak mustahil.. Belum apa-apa, sudah main ugut-ugut.. Inikah demokrasi terpimpin?? Baru ditahap politik kampus, sudah begini rupa.. Kalau sudah terlibat politik di luar, macamana pula?

Kepada calon yang diugut itu, nyalakan tekad.. Usah gentar dan risau. Teruskan perjuangan anda.. Persetankan meraka yang menggugut kamu itu.

Kepada yang menggugut tu, teruskan kerja-kerja menggugut itu dengan penuh komitmen.

Selamat berkempen dan mengundi..

Isnin, 11 Januari 2010

Ragam orang atas jalan kita bahagian dua

Salam aspirasi, salam mahasiswa dan salam perpaduan..

Lupakan tentang satu malaysia sementara,
salam perpaduan umat manusia buat semua.


Mukadimah pembuka bicara.
Hari sabtu malam menonton Filem The Age Of Stupid atau Zaman kebodohan.. Ia menceritakan tentang tentang pencemaran yang dilakukan oleh manusia yang telah memusnahkan bumi dan manusia amnya... Betapa bebalnya sesetengah manusia yang mementingkan diri terutama poket sendiri. Sambutan agak ramai dan hampir penuh Dewan Budaya USM(A) dengan para penonton.. Ada yang bawa anak, bawa cucu dan sebagainya. Bagus juga..Mungkin boleh mendidik generasi muda tentang alam sekitar.. Namun, aku agak pelik dan hairan macam membaca akhbar "berita hairan" kerana di manakah golongan yang begitu menyokong tentang kelestarian pada masa itu? Adakah mereka tidak tahu tentang tayangan filem ini? Tapi tidak mengapalah kerena mungkin semangat kelestarian begitu menebal didalam diri mereka dan mereka tidak perlu menonton filem ini atau mereka fiqir ini dakyah barat sahaja.
Puak lagi satu lagilah.. Mereka peduli apa dengan semua ni.. Bagi mereka ini cuma dunia dan permainan syaitan sahaja..hahahaha.. Sudah,lupakan kutuk mengutuk para tiang dan tunggul ini. Mari kita kutuk orang lain yang patot dikutuk..hahahah

Ragam pemandu di jalan raya kembali! Pada hari jumaat minggu lepas, aku bersama rakan dan taulan, lelaki dan perempuan dan aku yang memandu,tiba di persimpangan lampus isyarat berhampiran terminal bas sungai nibong, aku mengekori sebuah kereta dari model proton perdana berwarna hitam.. Keadaan kereta itu pelik sekali dimana ia dipandu macam orang minum "thai song" 5 botol..Huyung dan hayang  disamping ia amat membahayakanlah. Apabila aku memotong kereta terbabit(Bukan potong kereta bahagi dua macam kedai potong), kereta terbabit dinaiki oleh aku kira-kira sebagai sepasang kekasih atau suami isteri dan aku minta maaflah kerana mereka adalah orang melayu dan aku kira-kira sebagai orang islam.. Apa mereka buat dalam kereta sedang bergerak? Mereka sedang bermadu asmara dengan berciuman penuh asyik dan nikmat aku jangka.

Maka dengan marah dan geram dengan telatah mereka, maka seorang sahabat candu minda dan aku menjerit dan menunjukkan isyarat jari hantu ke arah mereka..hehehe

Aku tak kisah mereka nak buat apa.. Tapi jangan atas jalan raya.. Kalau sangap dan gersang sangat pun, baik balik rumah, sewa hotel atau buatlah kat merata-rata semak kat penang ni.. Paling kurang pun kena tangkap basah atau mengandung luar nikah bagi sapa yang belum berkahwin. Betol tak?

Tambah lagi?3 kali baru cukup syarat..

Salam mahasiswa, salam aspirasi dan salam perpaduan..

Emm...Malaysia makin kucar-kacir..Isu agama dan kaum mula dibangkitkan lagi.. Akhbar mingguan katolik "The Herald' memenangi kes tuntutan penggunaan perkataan "allah" yang membangkitan kemarahanan orang melayu islam khasnya.. Aku nak komen atau nak bagi pendapat lebih-lebih sebab aku malas walau aku pun orang asli beragama kristian.Bagi aku, tu hal korang. Aku malas nak campur. Tapi pendapat aku, ini sebenarnya masalah "BAHASA" sahaja. Tapi yela, masing-masing ada hujah dan dalil sendiri. Kalau bertekak pun, belum tentu selesai. Baik aku diam.. Aku tak mahu masuk campur.

Berbalik pada tajuk asal, tadi aku baca secara talian, kalau nak tahu lebih lanjut sila baca di sini. Kerajaan melalui Timbalan menteri pengajian tinggi iaitu orang Temerluh Pahang merangkap ahli parlimen kawasan terbabit iaitu Datuk Saifuddin Abdullah telah mengumumkan bahawa tiga polititeknik akan di tukar status kepada universiti. Dalam ramalan aku, politeknik ungku omar mesti dapat punya.

Pada pendapat aku, memang bagus kerana ia mungkin mendapat menampung pertambahan pelajar yang layak atau tidak layak langsung ke universiti tetapi menjadi layak selepas menghubungi para wakil rakyat atau para menteri untuk masuk ke universiti dan menggalakkan wujudnya dalam persaingan yang sihat antara universiti yang ada di Malaysia ini. Ia juga mungkin akan mengangkat martabat Malaysia sebagai destinasi atau syurga bagi pelajar dari luar atau dalam negara untuk melanjutkan pelajaran disamping kepelbagaian kursus yang ditawarkan. Secara tak langsung juga mungkin akan mewujudkan peluang pekerjaan pada orang tempatan atau orang dagang atau tender-tender kepada para cukong apatah lagi kroni para menteri bagi membekalkan sesuatu bagi universiti terbabit.

Buruknya pula ialah, akan menambahkan lagi kadar  "fenomena menanam anggur yang tidak berbuah" dikalangan para mahasiswa atau para pelajar lepasan ijazah atau diploma. Kerana apa? Kursus yang ditawarkan tidak mengikut gaya pasaran kerja semasa terutama di kalangan kolej swasta kerana pekerjaan yang ditawarkan mengikut pasaran ekonomi sesebuah negara. Hampir ribuan pelajar lepasan diploma dan ijazah masih "tanam anggur" atau sudah atau telah atau masih menyertai "MAS" iaitu singkatan bagi mak ayah support... Semua pihak saling tunding-menunding antara satu sama lain. Tak mahu mengaku salah walau dah terang-terangan dia bersalah.. Siapa mereka?Merekalah..Sapa lagi.

Yang jadi mangsa siapa?Pelajar dan keluarga mereka yang terbabit..

*Tulisan kali ini agak teruk.