Salam mahasiswa, salam aspirasi dan SALAM KUASA KETIGA!!
Sebelum memulakan langkah, saya ingin menyampaikan salam takziah buat seluruh rakyat negeri johor dan keluarga diraja johor secara khususnya tentang kemangkatan Tuanku Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.
Semalam, ada seorang manusia ini berkata kepada saya.. "Remie, nak tahu tak kenapa pak guard U** ni senang kena tipu? Sebab diaorang takde pelajaran tinggi"... Saya tersentak dengan kata-katanya itu.. Saya pun membalas kata-katanya dengan bersahaja dan pedih lagi berbisa, saya berkata padanya, "ko boleh buat kew kerja dia? Duduk tengah panas? Pertama, ko budak master, ko boleh fiqir macam tu? Diaorang bukan tertipu dengan ayat ko tapi, diaorang malas nak layan orang sombong dan tak reti bahasa macam ko! Ko ingat ko belajar tinggi-tinggi ni bagus sangat ke? Ko lagi bodoh.. Takut awek dan bakal takut bini.. Lagi hina.".. Maaflah, saya terlalu marah ketika itu.. Sebagai manusia, saya rasa tindakan dan kata-kata sahabat saya itu terlalu menghina orang kelas bawahan seperti mereka, para pengawal keselamatan.
Saya rasa ramai di kalangan anda para pembaca blog ini terdiri dari golongan kelas pekerja dan boleh dikatakan dari golongan yang sederhana. Saya akui sahabat saya itu lahir dikalangan keluarga yang berada.. Wang bukan jadi ukuran dan masalah baginya. Beliau juga hebat dalam mencari wang dan bijak dalam pelajaran.. Saya ini cuma anak seorang kakitangan kerajaan. Bukan anak golongan kelas atasan. Sudah biasa dengan cara sederhana dan tidaklah begitu bijak.. Bila berada dalam golongan ini, saya dapat melihat dunia dan realiti dunia luar lebih awal dari orang yang berada dalam kelas elit ini. Apabila sahabat saya itu berkata demikian, saya juga terasa kerana ibubapa saya juga adalah kakitangan rendah seperti para pengawal terbabit. Saya terasa kerana seolah-olah hina sungguh seorang kakitangan atau pekerja yang tidak berpelajaran tinggi..
Kita tidak boleh menganggap begitu. Setiap orang sudah tersurat.Nasib setiap manusia berbeza.. Mengapa pengawal terbabit menjadi pengawal kerana mungkin beliau tidak mampu menyambung atau mendapat pendidikan yang sempurna seperti kami. Mungkin pada zaman mereka, tidak ada kemudahan seperti kita sekarang. Ada PTPTN dan sebagainya.. Atau tidak mendapat galakkan oleh keluarga dan ada yang berkorban demi adik-beradik mereka.
Jangan hina orang-orang seperti pengawal keselamatan ini. Mereka juga mempunyai fungsi yang lebih berguna dan mulia kerana mereka menjaga keselamatan nyawa dan harta orang lain daripada sesetengah para menteri dan para pegawai tinggi kerajaan yang duduk melopong di pejabat makan gaji buta.. Mungkin bagi sahabat saya yang bahalol ini akan berkata, "ala, kita upah diaorang..".. Bagi saya, mungkin bagi dia seorang perasuah paling tegar, wang adalah segalanya. Tapi tidak bagi saya, kerana wang tidak mampu menghalang peluru menembusi kepala kita atau membeli tiket masuk ke syurga. Tapi mungkin kita boleh membeli tiket ke syurga jika kita gunakan wang itu untuk bersedekah dan beramal dengan hati yang ikhlas.
aiyooo mulut itu org mcm longkang la...
BalasPadamTau takpe,cik anis..Kita ni mulut laser gak la tapi takde la sampai macam tu..
BalasPadamapa boleh buat dah orang tu perangai dia macam tu..mana la tau orang yg berkawal kat pintu2 masuk usm ni pemegang ijazah kelas 1 ke...jangan suka2 hina orang la
BalasPadamyes brother... sekarangkan susah nak dapat kerja... mana tau orang tu lagi pandai dari dia...hahaha
BalasPadamThere's a Chinese saying : A thousand steps is more voluble than reading a thousand books. Sekian, terima kasih. - KAK JANZ
BalasPadamtq jumie..thats inspired me more!!
BalasPadam