Tanah lapang

Rabu, 15 Julai 2015

Setiap tahun tidak ku lupa

Setiap tahun tidak pernah ku lupa,
hanya doa dari kejauhan ku kirimkan,
selamat menyambut hari raya,
ampun maaf ku pintakan...



Rabu, 8 April 2015

Kita faham

Dunia setiap manusia itu berbexa.. Dari mata dan akal masing-masing. Bak kata orang, rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Hidup ini mudah kalau kena cara dan akan jadi susah kalau tak kena cara.
Dalam dunia pixelation ini, ibarat dalam rumah kita di alam nyata ini.. Jika kita ada orang yang tidak diingini datang berkunjung, kita akan tutup "pintu" rumah kita itu dan berdiam diri sahaja. Paling teruk pun kita telefon polis, panggil abang angkat, pakwe, scandal(Untuk kaum hawa) dan sebagainya.

Aku sebagai manusia yang biasa, dah biasa dihalau dan diusir. Walau sebaik mana pun niat kita ketika itu, pasti niat kita akan disalah tafsir. Kadang kala kerana sebab yang kecil, memakai baju warna yang pelik atau tidak disukai oleh tuan rumah itu. Hell,mate..Life is funny and unpredictable.

Well.. For you,mate.. I get the message and bloody understand what the fucking hell that you mean..
Damn right..
Life's simple. You make choices and you don't look back.
Remember this qoute,mate?

This door never close for anyone.. And anyone who willing to visiting my Soundless Virtual Grave, you may welcome anytime.. Pleasure is your, mate.,


Ahad, 25 Januari 2015

Adakah dia?

Sedang ku berlenggang, berjalan seolah tiada yang menghalang,
ku labuhkan punggung untuk melepaskan lenguh tulang,
mata aku terpandang, susuk tubuh yang dibaluti serba hitam diseberang.

Ku ingin ketahui,
siapa gerangan itu aku terus memerhati,
terasa berdebar dihati,
terasa ianya sangat disisi apatah lagi di hati,

Jika benar dia,
ku ingin sekali bertanya,
sihatkah dia,
bahagiakah dirinya..

Namun lidah ku kelu,
diam seribu umpama bisu,
badan ku jadi lemah lesu,
terus menjadi kaku.

Siapakah dia yang duduk sedang makan di kawasan tempat letak kenderaan di
Mid Valley sekitar jam 5 Petang pada 25/Januari/2015 itu?

Adakah dia?Yang pernah bertakhta di hatiku,
ingin sekali aku ingin bertanya, apa khabar?

Ahad, 18 Januari 2015

Selamat tinggal Sains Sosial

Selamat tinggal

kepada dunia akademik aku. Kenapa?Entahlah..Sebab pertama, bila ingat apa yang aku belajar, walau terasa hebat di minda tapi amat pedih dihati. Kenapa? Kalau ikut jiwa, ingin bergerak aktif ke dalam dunia akademik kembali tapi bidang aku ni dah penuh dengan kartun dan badut... Tak sebebas seperti aku fikirkan selama ini, pendapat gila sikit akan ditolak mentah-mentah..

Mungkin ada orang kata, buat apa nak fikirkan orang lain tapi mau tak mau aku mungkin akan berurusan juga dengan badut dan kartun tu.. Takpela..

Kedua, aku macam dah beku.. Aku tak nampak apa keperluan kerja aku dengan soc science la..

ketiga, otak aku mungkin dah beku...


Goodbye for now...
Goodbye for now (I'm not the type to say I told you so)
Goodbye for now
So long (I think the hardest part of holdin on is lettin it go)

Rabu, 31 Disember 2014

Seperti biasa ditahun baru.

Seperti biasa, ramai yang sibuk dan ramai yang buat tak tau.
Aku seperti biasa, tak ambil tahu. Sekadar meneruskan kehidupan.
Tidak pasti apa sebenarnya kehidupan ini. Orang kata enjoy, tapi aku tanya diri aku balik,
apa itu enjoy? Kadang aku ketawa, tapi bila aku fikir balik, aku ketawa buat apa?

Dekat setahun, Atau lebih tepat setahun, Nampak biasa tapi tak sama. Yelah, rehat dan rawat kononnya. Tapi aku pulak makin parah rasanya.. Tak baik tipu diri..

Tahun baru dulu-dulu?Aku banyak pengalaman. Biasalah anak muda kota.. Kereta kena rosakkan, kawan aku kena usik pondan masa tengok konsert di KLCC.. Itulah warna-warni kehidupan aku.
Mungkin biasa bagi sesetengah kepada meraka. Tapi aku ada batas dan norma. Hidup aku hanya diatas roda dan jalan raya.  Menyusur lebuhraya kehidupan yang aku sendiri tak pasti. Dari kapasiti kecil hingga ke besar. Dari desa ke bandaraya, dari wilayah ke negeri, dari tanah besar ke pulau, dari sempadan tempatan ke antarabangsa. Banyak aku jelajahi namun nampaknya makin tak bererti. Sudah hilang seri.

Tahun berganti tahun. Ia takkan berulang lagi di maya ini. Yang boleh diundur hanya penyesalan, namun usia dan masa tetap berjalan tanpa sempadan.


Azam dan perubahan?Aku tidak pasti dan tidak mahu berjanji. Ya, kecewa itu sudah sebati tapi aku tidak mahu ia menyakiti insan dikasihi..

Cukuplah nurkilan diambang tahun baru. Jangan banyak merapu.. Dapat dosa kering siapa yang tahu..

Selamat Tahun Baru.. Semoga kembara ku makin luas berlabuh.. Mencari cahaya dan hidayah yang ku inginkan...


Isnin, 29 Disember 2014

Purnama pun merindu, embun pun membeku..

Bait-bait berbunyi,

"ingin ku katakan tapi pada siapa" macam sesuai dengan situasi aku.

Bukan nak mengadu tapi saje nak bercerita..
Nak pulak musim hujan begini..


Jumaat, 19 Disember 2014

Masih adakah sinar buat mereka?

Sudah lama aku terfikir, sudah lama aku ingin bercerita,
walau mungkin nampak biasa, mungkin dimana jua berada bendanya sentiasa ada,
baik yang tersembunyi, baik yang terdedah diluar sana,
siapa biasa, ceruk mana pun dicari mesti ada,
mungkin bagi sesetengah pembaca pojok ini merasakan aku tak layak bercerita,
kerana mereka tau disebalik tirai di jiwa saya,
namun ini sekadar cerita dari mata.



Seperti biasa, setiap gaji masuk, aku pun bayar duit kereta,
semasa di kiosk CIMB disebelah Masjid Besar Kuatan,
ada seorang insan ini berdiri ditepi pintu kiosk itu menyapa,
sapaan yang agak mengejutkan terutama buat lelaki yang lalu dihadapanya,
termasuklah saya,
saya ingin menegur dan bertanya,
tetapi beliau melarikan diri sebelum saya sempat bertanya,
mungkin menyangka saya anggota penguat kuasa(Ya, saya penguat kuasa tapi bukan polis ya),
terus berlalu menempuh dan menyelinap di celah kota kuantan yang suram dan kelam tidak begitu bercahaya,
saya hanya melihat melalui ekor mata,
lalu terfikir dan tertanya-tanya,
tidakkah insan itu mempunyai keluarga?
Mengapa memilih jalan sebegitu rupa?
Tidakkah mereka sudah lanjut usia?
Hanya maut menunggu masa menjemput mereka?
Jawapannya hanya mungkin ada pada mereka.

Bukan ingin menyalahkan sesiapa,
tapi siapakah yang sudi membantu mereka?