Tanah lapang

Sabtu, 26 Jun 2010

Macam tu agaknya...

Salam sinis pembuka bicara,
kini blog ini kembali bernafas semula,
setelah facebook aku aku matikannya.

Hari ini ada cerita yang agak lama aku perhati. Namun, aku tinggalkan "front page" aku dulu. Aku nak fokus pada hal lain. Baru ini tadi aku tengok, seekor anak kucing yang dibuang oleh entah mana "najis berat"( ada tak gelaran bagi najis ini lagi? Yang lagi hina?) depan rumah aku berdiri depan pintu rumah. Aku tengok anak kucing tu macam nak masuk, tapi dia macam was-was. Mungkin dia macam faham. Mungkin dia tahu yang kehadirannya dibenci manusia. Bila aku dukung, usap kepala dia, aku tengok dia macam sangat-sangat gembira. Lepas tu aku ternampak seekor anjing dengan 3 ekor anak kecilnya melintas depan aku. Si ibu anjing itu, cukup melindungi anak-anaknya sebaik mungkin. Anjing tersebut juga adalah anjing liar yang sering merayau-rayau mencari sisa makanan untuk hidup.

Seekor ibu anjing yang kurus kering, tidak cukup makanan, namun dia tetap melindungi anak-anaknya dan menyusukan anak-anaknya selagi mampu. Walau dia sendiri makan tak cukup aku rasa. Sedangkan manusia yang berakal dan mampu menjaga anak-anak, sanggup membuang atau menggugurkan anak demi kepentingan masing-masing. Ada yang paling hina, menggugurkan anak-anak yang dikandung demi cita-citanya dengan beranggapan, anak tersebut penghalang impian mereka. Secara ini dengan waras dan relevannya, aku mengatakan bahawa, manusia seperti adalah lebih hina daripada anjing dan anjing lebih mulia sehingga boleh memijak kepala mereka.

Selepas itu, sikap manusia yang gemar menyeksa dan mendera binatang lemah. Aku melihat mereka begitu berbangga melihat binatang itu kesakitan, cedera ataupun mati. Seolah-olah ia satu kepuasan. Terutama orang-orang di kampung aku ini. Yang buat ini bukan budak muda yang tidak matang malah orang tua yang nak ke kubur pun ada. Kadang-kadang aku bertanya dalam hati, cuba bayangkan jika anak atau cucu mahupun orang yang mereka sayang, aku hentak dengan batang paip atau aku tembak dengan shotgun guna buckshot shell. Sedih tidak mereka? Binatang tersebut adalah mahkluk bernyawa dan mempunyai perasaan.Yang penting, mereka juga mahkluk tuhan seperti kita. Dicipta atas fungsi dan peranan tertentu. Kenapa kita yang manusia yang mulia dan mempunyai akal bersikap sebegini. Bukankah kalau tak suka tu, buat tak tahu saje. Tak boleh ke? Manusia. Kalau ditegur, melenting. Tunjuk lagak namun, kena acu pistol di muka, menangis macam nak gila.

Melihat kucing di muka pintu tadi, aku rasa begitulah juga kita manusia jika kehadiran kita dibenci.

Rabu, 23 Jun 2010

Entahlah.. Hidup yang bosan dan ku mahu pergi.

Salam sinis pembuka bicara.
Melihat dunia ini penuh sengketa.
Kononnya demi kasih sayang yang berharga.
Akan ku ramalkan ia akan penuh pengkhianatan dan tipu daya.
Muka yang suci tidak semestinya mulia.
Hatinya busuk umpama syaitan durjana.
Namun itu orang semua buta,
melihat yang benar itu salah belaka.

Lama sudah aku tak update "diari peribadi" ini. Bukan apa, sibuk sedikit dengan pelbagai perkara. Sehingga darah naik selalu naik kepala, dan doktor pun dah kata, awak kena jaga-jaga. Ah! Itu semua dunia. Aku sakit atau mati ke, aku peduli apa. Selagi aku hidup, aku akan terus menikmatinya. Aku bersyukur dengan kurniaan-Nya.

Kembara yang jauh hingga ke tengah laut di dunia. Indonesia aku jelajahi untuk seminggu lamanya. Pelbagai perkara aku perolehi disana, pelbagai ragam manusia dapat aku lihat di mata. Indah sungguh tempat orang, namun tanah air sendiri tetap dikenang. Terima kasih wahai teman, kerana membawa aku menambah pengalaman. ( Aku tak dapat upload gambar sebab line macam sial kat kampung ni. Aku nak keluar orang tak bagi, takut aku mati dilanggar lori. )

Sudah hampir dua bulan aku bercuti, kini sudah tiba untuk aku kembali. Namun kini hanya setahun berbaki, akan ku doakan supaya aku tidak kembali ke sana selepas itu lagi. Cukup 3 tahun aku di sini, tiba masanya untuk aku pergi. Siapa yang mahu kekal disini, silalah berkubur disini apabila mati. Ah! Kutuk apa pun tidak berguna lagi, nanti aku yang di maki. Kerana hati mereka suci dan tidak berdaki. Aku tidak berhak untuk dipuji, kerana caraku berbeza sekali. Aku pun tidak peduli, kerana aku bukan cari publisiti.

Kembara aku juga bersambung kembali, banyak tempat akan terus ku terokai. Namun kini, aku mungkin lebih bersendiri, bertemankan bayang dan si matahari. Aku tidak perlu diekori, walau apa pun yang terjadi, jangan duk sibuk nak peduli, walau aku tahu mereka tidak akan peduli walau sekali.

Tamat sudah setahun itu nanti, aku akan hilang bukan berlari. Aku akan menghilang bukan bersembunyi. Cuma aku mahu pergi. Mungkin tidak akan kembali tapi bukan sebab aku dah mati kalau belum ajal lagi. Ada banyak perkara yang aku mahu cari. Bukan wang, harta, kemasyuran dan tempat duduk mewah aku ingini. Aku ingin mencari apa ertinya hidup ini. Jangan risau wahai saudara dan saudari, akan ku doakan kebahagiaan kalian nanti, kalian akan hidup gembira tidak terperi, cuma ku harapkan kewujudan aku jangan dikenang sekali.

Hidup aku tidak penuh pura-pura. Apa yang benar, hanya itu aku percaya.Namun aku tidak pernah benar di mata mereka, kebenaran hanya dipihak mereka.

Hati umpama kaca, sekali dijentik akan pecah segalanya,
namun aku bukan sempurna,
untuk menatang kaca yang berharga,
namun itu tidak mengapa,
mungkin akan tiba jua masanya,
saat bahagia akan menjelma.

- Mengharap sesuatu yang lebih baik dengan mencari cinta yang sempurna -Itulah manusia.

( Semua ini tiada kaitan dengan sesiapa, sekadar dari kaca mata insan yang hina. Berkata tidak bersuara dalam dunia yang penuh tipu daya, bukan berniat untuk menghina atau mengata, sekadar renungan bersama. Inilah segalanya berlaku di dunia, cuma ia di titip umpama cereka hidup manusia. Tidak faham tidak mengapa. Tak faham, jangan baca. Buat pening kepala, nanti jadi gila, nanti penuh pula hospital bahagia.)