Tanah lapang

Khamis, 29 Oktober 2009

Manusia mangsa perang kita peduli, binatang mangsa perang ada kita peduli?

Salam aspirasi, salam perpaduan dan salam mahasiswa sejagat.

Sinis semanis gula,
sindiran yang bisa,
tak suka tak apa..

Terima kasih untuk tidak bersetuju..

Selalu kita lihat di dalam alat propaganda sama ada yang bercetak atau secara digital, di dalam peperangan, manusia sering digambarkan sebagai mangsa peperangan yang harus dibantu, yang harus diberi perlindungan atas dasar sesama manusia dan sesama makhluk bernyawa. Saya tidak menafikan kebenaran itu kerana ianya benar  belaka. Tapi jika benar-benar kita memikirkan nyawa sesama makhluk tuhan yang bernyawa, bagaimana haiwan yang bernyawa turut terperangkap di dalam peperangan itu? Ada diantara haiwan terbabit terperangkap akibat dikurung oleh manusia. Mereka lagi lemah dari manusia kerana haiwan tidak mempunyai "AKAL" seperti manusia. Bahkan saya juga mendapat berita bahawa ada manusia menjadikan haiwan sebagai perisai mereka ketika berperang. Saya amat tidak bersetuju sekali dengan tindakan mereka ini. Haiwan juga adalah bernyawa. Bukan seperti kereta kebal atau APC. Kulit mereka juga tipis seperti kita manusia. Mereka tidak mempunyai suara yang difahami seperti manusia untuk  meminta-minta perlindungan.

Kenapa perlu korbankan nyawa haiwan yang lemah kerana kebodohan manusia yang suka berperang? Bagi yang mengenali saya dengan rapat, mereka tau saya ini memang mempunyai fiqiran yang gemarkan keganasan dan peperangan. Saya akui saya memang ganas, jahat dan zalim. Tapi zalim saya hanya pada manusia tidak pada haiwan. Kerana mereka lemah dan tidak boleh berfiqir seperti manusia. Saya zalim hanya pada manusia yang tidak mahu berfiqir panjang dan bertuhankan emosi. Nak perang, perang sama manusia. Kenapa perlu libatkan haiwan? Apa dosa mereka?

Jika ada yang berfiqir, haiwan mati tak mengapa kerana boleh di tukar ganti. Maka tidak salah jika saya pula berfiqir, manusia mati pun boleh ditukar ganti. Adil bukan? Mungkin ramai mengatakan saya ini gila kerana saya berfiqir begini terutama "Orang Itu".. Tapi itulah saya. Disini juga saya bukan meminta anda semu semua menjadi vegetarian supaya tidak makan daging atau tidak membunuh nyamuk yang menghisap darah anda, mustahil anda sebodoh itu. Betul tidak?

Saya kalau boleh nak berleter lagi tapi malas nak menaip. Sebab saya rasa, para pembaca blog ini memang terdiri dari golongan yang bijak dan berakal. Jadi tentu anda memahami mesej yang cuba saya sampaikan. Sebab saya tulis benda ini bukan dalam bahasa saya iaitu bahasa semelai apatah lagi dalam bahasa siam yang hanya difahami oleh saudara Santhi..
(Cerita ini baru berkaitan dengan kasih sayang. Bukan antara kasih sayang antara sesama manusia, tapi kasih sayang sesama makhluk bernyawa.)

Lelaki yang suka merajuk menjadi pilihan wanita zaman kini?

Salam apirasi,salam mahasiswa dan salam perpaduan.

Sinis semanis gula,
salam pembuka bicara,

sindiran yang penuh bisa,
siapa yang terasa,
padan muka,
ini blog peribadi milik saya,
apa saya nak kata,
saya punya suka.


Lelaki yang kuat merajuk dan bersifat keanak-anakan dikatakan lelaki maskulin yang sejati? Tidak dinafikan lelaki ada yang bersikap lembut,mudah terasa dan sebagainya. Tidak dinafikan mereka ini lelaki yang romantik dan berjiwa sentimental.. Berseni dan berbakat. Mampu membuatkan ramai gadis menjadi cair dan terpikat. Ditambah juga dengan pakej memiliki rupa paras yang kacak, bijak bergaya, bijak akal fiqirannya dan sebagainya. Jika memiliki kekayaan wang ringgit, itu sudah menjadikan mereka cukup sempurna di mata gadis-gadis. Saya berkata begini bukan kerana saya tidak memiliki satu pun ciri-ciri lelaki idaman para gadis di luar sana dan saya tidak pernah rasa kecewa (bukan kerana ego tapi kerana sifat sentiasa berpijak pada bumi yang nyata dan bersikap sentiasa sedar diri disamping sentiasa bersyukur dengan apa yang tuhan kurniakan pada saya.).

Ada sesetengah manusia itu merajuk pada benda yang kecil sahaja seperti tidak dijemput untuk berbual sama, untuk mengulangkaji pelajaran bersama(Pernah terjadi dihadapan mata saya sendiri.) dan lain-lain yang remeh lagi temeh. Saya bukan menafikan hak mereka untuk merajuk atau apa. Sebab saya tahu mereka juga manusia yang mempunyai perasaan. Sedangkan saya ini "mesin perang" pun masih ada hati dan perasaan. Cuma tak seperti mereka sahaja. Cuma saya ingin nak persoalkan di sini ialah, bawa-bawa bertenanglah. Hal kecil takkan nak menangis sampai menghentak-hentak kaki macam budak kecil mahukan gula-gula. Awak dah dewasa, boleh jadi bapa dah. Takkan bila dah ada anak nanti, si anak yang masih kecil, memujuk bapanya yang sudah berumur 30an yang merajuk kerana si anak tumpahkan susu pada baju bapanya? Dah terbalik dah tu, kawan. Tahniahlah jika mereka mahu berubah. Jika tak mahu berubah, pun tahniahlah kerana mereka berjaya mengekalkan sikap dan sifat mereka yang cengeng tu.. Hidup dan mati sebagai si cengeng..

Dunia makin pelik, lelaki suka merajuk macam perempuan. Lebih baik potong yang kat bawah tu jadi perempuan betul..Hahahaha..
Remie makin kasar dan biadap,
tapi itulah dia.
Lie is lie.

Menentang separuh mati tetapi menyokong sepenuh hati,
itulah sifat manusia pada masa kini.

Terima kasih untuk tidak bersetuju.

Rabu, 28 Oktober 2009

Aku perasaan bagus?

Salam mahasiswa,salam aspirasi dan salam perpaduan.

Mukadimah pembuka bicara,
sinis semanis gula,
ku tujukan buat seseorang,
akan ku goncang perasaannya sehingga panas.

Aku perasaan bagus?Ayat tu aku dengar dari seseorang.Aku perasaan bagus?Sebenarnya aku saja buat macam ni.Aku nak tengok apa reaksi orang lain..Ramai orang kata macam tu..Tapi kadang-kadang aku tak sedar apa aku buat.Tapi tu la..Atleast aku tak menipu.Aku cakap benda yang betul jek.Tak suka tak apa..Aku ucapkan pergi matilah..Aku tak emosi dan rasional emosional..Dia nak aku berlagak betul,ok..Aku berlagak sekarang..So what?Apa neraka?(Pinjam ayat ko,siaran tertunda)

Ini diri aku sebenar..Suka cakap kasar..Sebab apa?Aku orang yang kasar..Aku bukan budak "Skema Dogs"..Ini diri aku sebenar..Aku cakap takkan tapis..Sebab kalau aku tapis,macam menipu pula rasanya..Jaga hati?Nak aku menipu semata-mata nak jaga hati?

Kepada yang tak puas hati tu..Cakap depan beb..Aku ok jek..Aku tak macam ko..

Hantu kamu

I never said I'd lie and and wait forever
If I died we'd be together
I can't always just forget her
But she could try

At the end of the world or the last thing I see
You are never coming home
Never coming home
Could I?
Should I?
And all the things that you never ever told me
And all the smiles that are ever ever

Ever
Get the feeling that you're never
All alone and I remember now
At the top of my lungs in my arms she dies
She dies

At the end of the world
Or the last thing I see
You are never coming home
Never coming home
Could I?
Should I?
And all the things that you never ever told me
And all the smiles that are ever gonna hold me

Never coming home
Never coming home
Could I?
Should I?
And all the wounds that are ever gonna scar me
For all the ghosts that are never gonna catch me

If I fall
If I fall

At the end of the world
Or the last thing I see
You are never coming home
Never coming home
never coming home
Never coming home
And all the things that you never ever told me
And all the smiles that are ever gonna hold me
Never coming home
Never coming home
Could I?
Should I?
And all the wounds that are ever gonna scar me
For all the ghosts that are never gonna

Ingatlah

Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari.


...pasanganku


Bila sedih, aku cari....Mak


Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku


Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak


Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku


Bila berduka, aku peluk erat....Emakku


Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku


Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak


Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku


Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"


Selalu.. aku ingat pasanganku


Selalu.. Mak ingat kat aku


Bila-bila... aku akan talipon pasanganku


Entah bila... aku nak talipon Mak


Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku


Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak


Renungkan:


"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...


bolehkah kau kirim wang untuk Mak?


Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".





Berderai air mata jika kita mendengarnya........





Tapi kalau Mak sudah tiada..........


MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....





Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....


berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....


berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....


berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......


berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....


berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....





Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

yg masih mempunyai ibu terus lah mnyayangi ibumu krn tiada nilai didunia ini jika hendak dbanding kan dgn pngorbanan ibu terhadap kita...



"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah kepada sahabat- sahabat anda.


§ 1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu


§ 2-4 orang : Kamu sayang ibumu


§ 5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu


§ 10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu dan awk ckup sgt syg ibu awk...Cry

                      rindu ibu....

Sabtu, 24 Oktober 2009

Aku Bukan Anak Cukong

Salam Aspirasi,Salam Mahasiswa, dan Salam Perpaduan.

Tora datang lagi,
dengan isu merapu yang orang takkan peduli,
ini bukan pasal cinta tiga segi.

Sinis semanis gula.. Sindiran yang bisa umpama bisa.

Cukong? Saudara Siaran Tertunda menggunakan istilah ini sebagai menggambarkan tentang saudagar-saudagar kaya yang terdiri dari kaum cina. Bukan bermaksud Rasis atau sebagainya, lebih kepada "Code Name" dalam perbualan kami dalam seharian. Terlebih dahulu,aku nak jelaskan aku bukan keturunan cina dan apatah lagi tidak pernah menjejakkan kaki ke China. Terlebih dahulu,aku nak mintak maaf la sebab aku sendiri tak tau apa sebenarnya maksud "cukong" tu. Aku nak jelaskan disini, aku bukan anak orang kaya. Sebab aku tengok semua orang terutama perempuan ingat aku anak orang kaya. Aku pun tak faham kenapa. Takkan kerana aku bawa kereta kat campus ni,orang dah kata aku orang kaya? Kaya la sangat.
Kalau nak tau terutama awek-awek yang kat luar sana, aku Remie Bin Ramli ni bukan anak orang kaya. Aku cuma orang biasa saja.. Kalau anda semua nak rapat-rapat dengan saya sebab sangka saya banyak wang dan duit,baik korang gi terjun bangunan la. Salah orang beb!

Kalau nak tau, Parent aku dua2 kakitangan kerajaan jek. Bukan pegawai kerajaan yang ada contact dengan Cukong.. Kalau bab kereta,aku ni agen used car la. Aku tukang jual kereta. Bukan tokey kedai kereta. Kalau korang nak tau, kereta bukan barang mewah lagi tau. Kawan-kawan aku kerja stesen minyak dengan gaji Rm1000+ pun boleh pakai Proton Waja ,Satria GTi dan ada yang pakai Mercedes Turbo.. Boleh saving duit dan bagi kat mak ayah lagi. Nak tau kawan-kawan aku duk mana? Kat Gombak. Gombak tu kalau nak tau cuma 10 minit dari Kuala Lumpur. Tempat kos sara hidup paling tinggi. Aku orang Gombak sejati. Berbalik pada permulaan cerita, aku nak tegaskan disini, ada kereta bukan bermakna orang kaya dan orang senang. Aku bersyukur sangat walau hidup aku tak mewah, rezeki tu tetap ada walaupun sedikit buat aku dalam sehari. Sebab tu aku tak pernah memanjakan hidup aku. Makan kat Restoren mewah, pakai pakaian yang mahal. Bukan aku tak mampu cuma aku tidak mahu dan tetap tak mahu. Lagipun tekak aku cuma boleh terima makanan kat gerai biasa sahaja. Aku boleh makan kat mana sahaja walau kedai tepi jalan. Makan hotel atau tempat yang ada kelas? Baik aku pergi kelas memasak lagi baik. Sebab apa? Aku cuma orang biasa. Kalau aku jadi orang berkuasa pun, aku lebih suka makan ubi kayu cicah ikan kering dari makan pizza extra Cheese.

Aku tak halang orang lain nak buat benda yang berbeza dari aku. Aku tak nak pun. Cuma aku nak jelaskan sahaja perkara sebenar. Bukan apa, kesian kat orang-orang kat luar sana yang ingat aku orang kaya.

Ahad, 18 Oktober 2009

Satu tinggalan sejarah yang akan hilang

Salam mahasiswa,salam aspirasi dan salam perpaduan.

Mukadimah pembuka bicara,
sinis semanis gula,
ini bukan cerita cinta atau tentang kekasih yang main kayu tiga,
bukan lagi tentang kecewa bercinta.

Terima kasih untuk tidak bersetuju..

Pagi ini buka internet baca surat khabar "secara talian"..Ada satu lagi tinggalan sejarah yang akan hilang dek kerana mengejar keuntungan dan kebendaan.Macam nak dihentak dengan AIM9-sidewinder heatseekers missile kat kepala mereka yang bersikap sedemikian.Pudu Prison atau Penjara Pudu yang berhampiran dengan Ibupejabat Polis kontigen Kuala Lumpur.Tu pun kalau sengal tak tau gak terutama orang Kuala Lumpur sejati,tempat ini juga dekat dengan Times Square KL..Kat sebelah jek.Nampak dari stesen Monorail.Kalau tak tau juga,nanti aku sumbat sendiri anda semua ke dalam tu.Bagi aku,ia harus dikekalkan kerana ia juga tidak ubah sebagai mercu tanda yang bersejarah di Kuala Lumpur.

Penjara Pudu di Kuala Lumpur dibina semasa zaman penjajahan British pada 1891 untuk mengurungkan 600 orang banduan.
Blok-blok baru kemudian ditambah sehingga enam buah dan mengandungi 130 buah sel dengan kapasiti untuk sebanyak 2,000 banduan. Walaupun begitu, pada 1985, lebih daripada 6,500 banduan dipenjarakan dan menyebabkan banduan terpaksa tidur bergilir-gilir. Keadaan kekurangan ruang yang amat pesat itu telah memaksakan Penjara Pudu berpindah.
Pudu Prison KL Aerial.jpg
Penjara Pudu dibuka kepada orang awam untuk lawatan pada 3 Mei 1997, lebih daripada enam bulan selepas banduan terakhir dipindah keluar ke kemudahan moden di Penjara Sungai Buloh.  Sebahagian besar perbelanjaan itu ditelani oleh pembinaan bilik pameran untuk memperagakan koleksi memorabilia dan rekod-rekod sejarah.

Bagi aku,tempat bersejarah walau aku tak pernah masuk penjara ini sebagai penjenayah atau pelawat.Setiap kali aku lalu depan penjara ini,aku fiqir macam-macam. Mungkin bagi anda semua yang tidak sependapat dengan saya(bukan sama tangga gaji,Syukri.),anda semua patut fiqir,sebanyak lagi tinggalan sejarah akan hilang dek kemajuan?Orang luar datang Malaysia bukan sebab nak tengok kemajuan tapi tinggalan sejarah yang menjadi identiti kita.Bukan tentang Konsep 1 Malaysia kita.Aku tengok,kebanyakkan orang Malaysia ni makin tak sedar diri.Kalau mereka mengatakan Penjara Pudu ini merosakkan imej Kuala Lumpur,bagi aku lagi merosakkan imej Kuala Lumpur dengan Mat Rempit,lorong Haji Taib,jalan P.Ramlee dan perangai anak-anak muda Malaysia yang suka "buka api" walaupun depan Masjid KLCC..Minum arak masa merdeka,kebanggaan rakyat Malaysia?Mat Salleh kata Serve on you!(Padan Muka Hang!)

Dulu UM nak dialihkan sebab tapak dia bernilai untuk di"kome memang sial"kan(Komersilkan)..Lepas tu apa pula?Bangunan Sultan Abdul Samad kat dataran pula nak dirobohkan untuk dijadikan Starbuck?Kemajuan tak salah tapi cara menghalakan kemajuan tu salah.Cukup la dengan apa yang ada.Nak buat hotel dan kondomium banyak-banyak buat apa?Banyak projek terbengkalai sana-sani tu,buat semula. Buat jalan bertingkat-tingkat tapi sesak juga.Kemajuan yang menyesakkan.
Baik fiqir pasal tanah kubur yang tak cukup kat kawasan bandar lagi baik.Okla,sampai disini,jumpa lain kali,terima kasih daun keladi.
Kepada sapa yang tak faham cerita ini,baca sambil fiqir dan buka hati.Kalau malas gak nak buat semua ini,pergi mati.Jangan meyemak kat dunia ini.Kalau sesapa terasa gak,pun aku ucapkan pergi mati.
Nak tau lebih lanjut tentang benda ini?

Noktah bertindih (:) yang bertanda soal (?)

Salam mahasiswa,salam aspirasi dan salam perpaduan.

Hari ini aku terfiqir tentang satu istilah baru...Tapi aku pun tak tau la samada isitilah ini tepat penggunaan ayat dan maksudnya bagi orang lain.Tapi aku tetap nak ketengahkan idea aku.Tapi sebelum itu aku ingin mengucapkan Terima kasih untuk tidak bersetuju,penatnya menulis dalam bahasa baku...Emm..Istilah itu berbunyi "Noktah bertindih (:) yang bertanda soal (?) " yang bermaksud bagi aku ialah sesuatu perkara yang zahirnya nampak sudah selesai tetapi hakikat sebenarnya ia belum selesai.Contoh seperti,ada satu tugasan itu mempunyai dua perkara yang harus diselesaikan.Kita sudah menyelesaikan satu perkara didalam tugasan itu.Namun,kita masih ada satu lagi tugasan.Sebagai manusia normal kita tentu berasa lapang dan senang sehingga kita lupa sebentar tentang perkara kedua.Satu lagi contoh ialah,kita sudah berjaya dengan kehidupan pada masa sekarang,adakah kita akan berjaya lagi pada masa akan datang?Sekali kita berjaya pada masa sekarang,adakah kita akan berjaya buat kali kedua pada masa akan datang?

Jumaat, 16 Oktober 2009

Tetap merdeka!

Oh, bunga di medan perang,
Yang semerbak di pangkuan ibu,
Mekarlah dikau dalam berjuang,
Sebarkan wangi di atas kuburku.

Tetap merdeka.

Suara yang tidak dihiraukan

Aku berkata tanpa suara di ruangan ini.Namun,siapa aku,bukanlah sesiapa.

Persoalan bermain didalam minda aku,
malam sepi bertemankan cahaya lampu,
bunyi cengkerik umpama berlagu,
jalan hidup penuh berliku,
kembara seorang tanpa tuju,
hati ni tak sunyi apatah lagi pilu,
aku tak perlu mengeluh dan keliru,
aku pasrah apa yang akan berlaku,
kerna siapa aku untuk menhalang apa yang berlaku.

Berkata aku tanpa suara,tangisan aku tanpa air mata,
luka aku tidak berdarah,apa orang kata aku tak endah.

Isnin, 12 Oktober 2009

Balik!

Salam aspirasi,salam mahasiswa sejagat dan salam perpaduan.
Mukadimah bicara dimulakan dengan ucapan Terima Kasih untuk tidak bersetuju.

Balik selagi mereka masih ada.Jangan asyik taksub dengan kebebasan di Universiti ini.Walau mereka kata tak perlu kita balik,tapi sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menjenguk mereka kembali.Tidak cukup dengan sekadar sms atau telefon.
Jangan bila mereka dah tak ada,baru nak meraung macam nak runtuh dunia,
bila ada buat tak tahu saje.Asyik menyalahkan takdir dan ajal yang memanggil mereka.
Balik!

Back to the roots

Salam aspirasi,salam mahasiswa sejagat dan salam perpaduan.
Pembuka kata seperti biasa,Terima kasih untuk tidak bersetuju.
Ini bukan kisah peribadi diri atau pasal cerita kekasih hati main kayu tiga,
Jauh sekali tentang cinta dan duka,
jauh lagi dari syurga atau neraka.

Kenapa tapi tak salah?Belajar dan memperlajari budaya dan bahasa lain.Tidak salah walau seinci atau sebesar zarah tapi seolah-olah membelakangkan budaya sendiri.Adakalanya,budaya sendiri dipandang jelik seolah-olah hina sekali.Apa sudah jadi?Muka melayu kononnya jepun.Fesyen dan artis jepun semua tau tapi disiplin kerja cara jepun pula buat tak tau.Pop dance tahu tapi zapin tak tahu.Pizza tahu tapi ubi kayu tanya dulu mak yang mana satu.Kenape ini berlaku?Adakah aku jek yang tak maju?Masih dengan style dulu.

Provokasi

Aku memang suka buat provokasi.Hahaha..
Sebab aku nak tengok apa reaksi orang,
apa sifat sebenar mereka,
adakah cengeng seperti sesetengah manusia?
mudah melenting dan marah?
Apa guna belajar sosiologi kalau tak buat macam ni?Hahaha
Takkan nak jadi PTD jek kowt.

Kapal Propaganda Yang Senget Sebelah

Salam masiswa,salam aspirasi,salam sosialis dan salam perpaduan.

Rasanya tidak terlambat saya,insan kerdil penggegar dunia ingin mengulas mengenai satu kenyataan atau satu wawasan yang dipanggil 1 Malaysia.
Disini saya bukan ingin mempersoalkan samada bahawa 1 Malaysia ini adalah gagal atau tidak mencapai matlamat yang dimahukan.Cuma saya ingin katakan bahawa adakah saya yang terlepas pandang atau saya yang tidak melanggan astro dirumah.Saya melihat di semua unit Propaganda kerajaan atau swasta yang percuma mahupun unit propaganda yang berbayar,hanya memberi fokus kepada 3 kaum utama sahaja dalam menerangkan dan mempromosi matlamat 1 Malaysia ini.Sedangkan konsep ini melibatkan semua lapisan etnik dan kaum di Malaysia.Adakah kerana mengikut majoriti semata-mata?Kenapa yang sudah diketahui ramai pun mahu dihebohkan lagi?Kenapa yang tertinggal ini seolah-olah dilupakan?Adakah kaum lain tidak mempunyai nilai eksklusif seperti kaum majoriti yang lain?Saya bukan mahu bersifat rasis dalam hal ini.Saya cuma ingin mempersoalkan ketelusan pihak media dalam menjayakan matlamat ini.Jika tidak,memang benarlah konsep ini hanya satu retorik semata-mata.
Kegagalan unit propaganda boleh membuatkan satu kegagalan besar buat negara.
Saya bercakap bukan kerana cemburu kerana saya bukan dari mana-mana kaum majoriti di Malaysia walau saya mempunyai hak yang sama seperti Orang Melayu.
Cuma inginkan kepastian sahaja.
Mungkin catatan ini tidak akan dibaca kerana saya tidak bercerita tentang hiburan dan kisah hidup saya.Mungkin para pelawat tidak memahami apa yang saya cuba katakan disini atau mereka tidak cuba untuk memahaminya.Tapi saya tidak kecewa walau sedikit dan tidak bertujuan meraih simpati.

Isnin, 5 Oktober 2009

Anda semua mahukan pemimpin yang cengeng?

Salam mahasiswa,salam aspirasi,salam kemanusiaan.Semoga semua dapat keberkatan.


Pemimpin yang cengeng?Bagi Pak Cik,orang macam ni tak layak jadi pemimpin.Ciri-ciri pemimpin cengeng.

1)Bila dikritik,emosi,
bila ditegur,terasa hati,
bila berhujah,penuh emosi.
Cakap perjuangan penuh moral dan kredibiliti.Tapi suka maki dan hina orang sana-sini.Pendapat orang tak nak terima sama sekali,ikut suka hati.Bila orang tak sokong dia,dia kata orang tu sesat dan munafik.
Kononnya kalau sokong dia,aman dunia dan akhirat,padahal dia kat belakang duk sibuk buat maksiat.

2)Cakap dia tak korap,please la kawan.Semua benda kat dunia ni korap.
Cakap dia adil dan saksama,yang bahagia dia,yang seksa kita.

3)Agama dijadikan modal dalam perjuangan.
Woi!Siapa dia nak mengkafirkan orang?
Dia kata dunia tak penting,bila dia berniaga,barang 10sen jadi 50sen.

Ini ciri paling ketara pada seorang pemimpin yang cengeng.

-Cakap banyak,buat kerja sikit.
-Janji lain,buat lain.

Jadi,pak cik nak tanya para pelawat sekalian,apa pilihan anda sekalian?
Kalau pak cik,PAK CIK ELAK untuk pilih orang macam ini jadi pemimpin.
Kalau orang macam ni terkam  pak cik macam harimau,PAK CIK TENDANG MACAM TIKUS.
Lepas tu PAK CIK KELUAR KUNCI KELANTAN.DIA TERSEPIT,KEMUDIAN,PAK CIK SABIT KEPALA DIA,DIA BERPUSING MACAM GASING.Apa jadi lepas tu?Tanya pada
http://syukri2103.blogspot.com/..Dia ada jawapannya.

Sabtu, 3 Oktober 2009

Kenape?Ada aku kisah?

Kenapa aku mention nama aku The Street Ruffian?Ada banyak sebab aku kenapa aku gelarkan diri aku macam tu.Pertama,sebab ini idea pasal nama ni timbul masa aku tingkatan 5 masa aku dengan kawan-kawan aku nak buat band.Kami cari macam-macam nama sehinggalah aku aku terbuka kamus nampak perkataan Ruffian ni yang membawa maksud Samseng atau tingkah-laku musnah dimana aku pada masa itu tak tau pasal Devian lagi.Kemudian aku tambah lagi perkataan supaya jadi The Street Ruffian supaya nampak lagi ganas walau kami main lagu kurang ganas iaitu punk rock dan lain-lain lagu genre alterntif lain.Tapi kawan aku tak nak sebab nama tu lebih kepada nama hip-hop.So,aku ambillah nama tu sebagai nickname.The Street Ruffian?Sesuai dengan aktiviti hidup aku penuh dengan aktiviti kurang sihat. Suka bawak kereta atau lebih tepat lagi aku suka racing kereta kat mana-mana highway terutama masa hujan.Sebab aku suka bawak kereta laju masa hujan.Ada sesapa berani?Tapi aku suka race sorang-sorang la sebab aku tak nak libatkan orang lain.Biar aku mati sorang.Tapi sapa yang pernah naik kereta dengan aku masa hujan da aku bawak macam setan,setakat ni diaorang masih umur panjang.

Aku akui yang aku ni bongkak dan angkuh.Sampai semua orang naik menyampah dengan aku.Tapi aku tak kisah sebab semua tu diri aku.Aku tetap aku.Itu mungkin kekurangan aku paling besar.Aku suka fiqir sampai naik gila pasal isu nampak remeh tapi mampu bagi kesan besar.Bagi orang lain,maybe buang masa.Baik layan perasaan dan layan awek.Tapi aku tak kisahlah sebab tu hak diaorang.Aku pun peduli apa.Hahahahah...Aku ni jujur sangat kadang-kadang.Ni pulak nampak dengan budak skema.Aku nak sentiasa nak sesuatu yang lain dari lain dari apa yang biasa.Yang ada "Gold Standard" dia sendiri.Dah nama pelajar universiti dan kononnya bakal pewaris kepimpinan negara.Kenalah berfiqiran kritis dan kreatif disamping radikal.Radikal bukannya radikal dari segi perbuatan tapi cara berfiqir tu.Tiada halangan dan sekatan masa berfiqir asalkan jangan sampai fiqir takde tuhan sudahlah.Berfiqir diluar kotak fiqiran sebenar.

Aku tak handsome dan tak pandai sampai jadi golongan elit di mana-mana tempat.Jadi "Teachers pets" memang tak pernah seumur hidup dan aku tak nak sampai bila-bila.Aku memang bukan kaki angkat atau kipas orang.Cara berpakaian memang selekeh.Tapi aku tak peduli.Sebab aku memang suka nampak selekeh.
Mulut memang laser.Semua orang yang dengar mahu terasa.Tidak kira la sesiapa.Lecture atau kawan-kawan hatta awek aku sendiri.Maaf dipinta.Hahaha
Sudahlah.Aku malas merapu lagi.Baik aku basuh baju.

Kembali senyum

Adakah aku berjaya membuatkan seseorang itu tersenyum kembali?
Selepas dia asyik berada dalam kesedihan dan kekecewaan?
Kembara dari Penang ke Taiping pada hari ini,3hb 10 2009.
Mencari jejak yang hilang,
yang dicari dan ditunggu lambat tiba,
duduk berdua di tepi sungai,
duduk berdua di tepi tasik,
bercerita dan bercanda.
Hanya kami berdua.
Aku tersenyum puas dapat membantunya sehingga berjaya.

Adakah dia kembali tersenyum?
Kembali gembira?
Jawapannya hanya ada pada dia.

Khamis, 1 Oktober 2009

Pembuka bicara aku ialah politik

Salam aspirasi,salam mahasiswa dan salam perpaduan.
Mari kita borak pasal politik.Peh!Politik?Perkara yang paling membosankan tapi paling orang suka.Betul tak?Sekarang deman pilihan raya kecil Bagan Pinang dan Tan Sri Isa Samad menjadi calon National Front atau Barisan Nasional cakap melayunya.Manakala Pesuruh dan Jaya PAS Negeri Sembilan iaitu Zulkefly Mohamad Omar sebagai calon pembangkang di Dun Bagan Pinang ini.Adakah Barisan National ini mampu mempertahankan Kerusi yang dimenangi dulu?Jawapannya ada pada hari itu.
Aku terbaca kat satu blog tentang satu lagi pencalonan pilihan raya tapi bukan pilih dan raya mana-mana DUN@DONT atau Parlimen@Party Time For Man And Women tapi Pilihan dan Raya Kampus USM(A)..Hebat!Nampaknya calon wanita mula menonjol dan Si Manis bernama Elfarida Syahfitri Binti Soeshahri Efendi(Jangan marah tau.Aku puji ni.Hahaha) iaitu Pengarah Convex 2009 dengar khabarnya turut mahu bertanding sebagai YDP MPP USM(A)!Aku sokong Elfa ni jadi YDP MPP sebab dia ni amat berdedikasi dan mampu memberikan komitmen yang penuh terhadap tugas terutama ketika menjadi Pengarah CONVEX 2009.Bukan nak bodek la cuma saya juga turut terlibat dalam CONVEX 2009 jadi sepanjang itu saya dapat lihat la kebanyakkannya.Calon lain bagus juga cuma Elfa sahaja yang saya kenali walaupun tidak rapat tapi boleh diajak bergurau.Hahaha
OkLa,cakap banyak pun tak guna pasal politik ini.Bak Kata Dato Raja Niza,Politik itu Hantu..Hahahahaha
Kita tunggu apa akan jadi pada hari pengundian.

Selamat Datang!

Ini blog baru saya yang menggantikan bicara neguran bicara sindiran.Namun,konsep saya tetap sama.Radikal,sinis tetapi saya selitkan teguran tentang apa-apa isu yang berkaitan manusia dan dunia.Bukan niat untuk menyibuk atau hendak masuk campur,tapi sebagai manusia,kita harus saling mengingati antara satu sama lain supaya kita tidak sama-sama lalai didunia ini.Ini sebagai pembuka selera dan kata,biar blog ini yang bersuara.Janga takut unutuk bertanya,jangan takut untuk menegur,kerana sebagai manusia,kita belajar bersama-sama.Lagipun saya hanya manusia biasa.tidak sempurna dan tidak akan sempurna sehingga akhir hayat saya.Ini pembuka kata dan selera bagi saya.

Welcome to my freakshow