Salam aspirasi, salam perpaduan dan salam mahasiswa sejagat.
Sinis semanis gula,
sindiran yang bisa,
tak suka tak apa..
Terima kasih untuk tidak bersetuju..
Selalu kita lihat di dalam alat propaganda sama ada yang bercetak atau secara digital, di dalam peperangan, manusia sering digambarkan sebagai mangsa peperangan yang harus dibantu, yang harus diberi perlindungan atas dasar sesama manusia dan sesama makhluk bernyawa. Saya tidak menafikan kebenaran itu kerana ianya benar belaka. Tapi jika benar-benar kita memikirkan nyawa sesama makhluk tuhan yang bernyawa, bagaimana haiwan yang bernyawa turut terperangkap di dalam peperangan itu? Ada diantara haiwan terbabit terperangkap akibat dikurung oleh manusia. Mereka lagi lemah dari manusia kerana haiwan tidak mempunyai "AKAL" seperti manusia. Bahkan saya juga mendapat berita bahawa ada manusia menjadikan haiwan sebagai perisai mereka ketika berperang. Saya amat tidak bersetuju sekali dengan tindakan mereka ini. Haiwan juga adalah bernyawa. Bukan seperti kereta kebal atau APC. Kulit mereka juga tipis seperti kita manusia. Mereka tidak mempunyai suara yang difahami seperti manusia untuk meminta-minta perlindungan.
Kenapa perlu korbankan nyawa haiwan yang lemah kerana kebodohan manusia yang suka berperang? Bagi yang mengenali saya dengan rapat, mereka tau saya ini memang mempunyai fiqiran yang gemarkan keganasan dan peperangan. Saya akui saya memang ganas, jahat dan zalim. Tapi zalim saya hanya pada manusia tidak pada haiwan. Kerana mereka lemah dan tidak boleh berfiqir seperti manusia. Saya zalim hanya pada manusia yang tidak mahu berfiqir panjang dan bertuhankan emosi. Nak perang, perang sama manusia. Kenapa perlu libatkan haiwan? Apa dosa mereka?
Jika ada yang berfiqir, haiwan mati tak mengapa kerana boleh di tukar ganti. Maka tidak salah jika saya pula berfiqir, manusia mati pun boleh ditukar ganti. Adil bukan? Mungkin ramai mengatakan saya ini gila kerana saya berfiqir begini terutama "Orang Itu".. Tapi itulah saya. Disini juga saya bukan meminta anda semu semua menjadi vegetarian supaya tidak makan daging atau tidak membunuh nyamuk yang menghisap darah anda, mustahil anda sebodoh itu. Betul tidak?
Saya kalau boleh nak berleter lagi tapi malas nak menaip. Sebab saya rasa, para pembaca blog ini memang terdiri dari golongan yang bijak dan berakal. Jadi tentu anda memahami mesej yang cuba saya sampaikan. Sebab saya tulis benda ini bukan dalam bahasa saya iaitu bahasa semelai apatah lagi dalam bahasa siam yang hanya difahami oleh saudara Santhi..
(Cerita ini baru berkaitan dengan kasih sayang. Bukan antara kasih sayang antara sesama manusia, tapi kasih sayang sesama makhluk bernyawa.)
dah la letih berfikir sebab nak exam, ko plak bagi letih dengan benda2 macam ni..tapi betul jugak apa yg ko tulis tu bab perang tu..
BalasPadamcontoh paling mudah, bila manusia kena langgar dengan kereta, lori, motor mesti masuk berita / surat khabar..tapi bila ada lembu, kucing, ayam kena langgar mati pulak tu ramai tak kisah..siapa yg salah bila manusia mati langgar lembu? tuan lembu jugak yg salah sebab dibiar merayap..
hidup biarlah berperikemanusiaan..bagi binatang yg suka baham manusia pulak aku nasihatkan kamu kaum2 binatang & haiwan hidup mestilah berperikebinatangan sikit..
to syukri,
BalasPadamselalu buat sy ketawa baca komen kamu...
hahaha...