Salam mahasiswa,salam aspirasi dan salam perpaduan.
Mukadimah pembuka bicara,
sinis semanis gula,
ini bukan cerita cinta atau tentang kekasih yang main kayu tiga,
bukan lagi tentang kecewa bercinta.
Terima kasih untuk tidak bersetuju..
Pagi ini buka internet baca surat khabar "secara talian"..Ada satu lagi tinggalan sejarah yang akan hilang dek kerana mengejar keuntungan dan kebendaan.Macam nak dihentak dengan AIM9-sidewinder heatseekers missile kat kepala mereka yang bersikap sedemikian.Pudu Prison atau Penjara Pudu yang berhampiran dengan Ibupejabat Polis kontigen Kuala Lumpur.Tu pun kalau sengal tak tau gak terutama orang Kuala Lumpur sejati,tempat ini juga dekat dengan Times Square KL..Kat sebelah jek.Nampak dari stesen Monorail.Kalau tak tau juga,nanti aku sumbat sendiri anda semua ke dalam tu.Bagi aku,ia harus dikekalkan kerana ia juga tidak ubah sebagai mercu tanda yang bersejarah di Kuala Lumpur.
Penjara Pudu di Kuala Lumpur dibina semasa zaman penjajahan British pada 1891 untuk mengurungkan 600 orang banduan.
Blok-blok baru kemudian ditambah sehingga enam buah dan mengandungi 130 buah sel dengan kapasiti untuk sebanyak 2,000 banduan. Walaupun begitu, pada 1985, lebih daripada 6,500 banduan dipenjarakan dan menyebabkan banduan terpaksa tidur bergilir-gilir. Keadaan kekurangan ruang yang amat pesat itu telah memaksakan Penjara Pudu berpindah.
Penjara Pudu dibuka kepada orang awam untuk lawatan pada 3 Mei 1997, lebih daripada enam bulan selepas banduan terakhir dipindah keluar ke kemudahan moden di Penjara Sungai Buloh. Sebahagian besar perbelanjaan itu ditelani oleh pembinaan bilik pameran untuk memperagakan koleksi memorabilia dan rekod-rekod sejarah.
Bagi aku,tempat bersejarah walau aku tak pernah masuk penjara ini sebagai penjenayah atau pelawat.Setiap kali aku lalu depan penjara ini,aku fiqir macam-macam. Mungkin bagi anda semua yang tidak sependapat dengan saya(bukan sama tangga gaji,Syukri.),anda semua patut fiqir,sebanyak lagi tinggalan sejarah akan hilang dek kemajuan?Orang luar datang Malaysia bukan sebab nak tengok kemajuan tapi tinggalan sejarah yang menjadi identiti kita.Bukan tentang Konsep 1 Malaysia kita.Aku tengok,kebanyakkan orang Malaysia ni makin tak sedar diri.Kalau mereka mengatakan Penjara Pudu ini merosakkan imej Kuala Lumpur,bagi aku lagi merosakkan imej Kuala Lumpur dengan Mat Rempit,lorong Haji Taib,jalan P.Ramlee dan perangai anak-anak muda Malaysia yang suka "buka api" walaupun depan Masjid KLCC..Minum arak masa merdeka,kebanggaan rakyat Malaysia?Mat Salleh kata Serve on you!(Padan Muka Hang!)
Dulu UM nak dialihkan sebab tapak dia bernilai untuk di"kome memang sial"kan(Komersilkan)..Lepas tu apa pula?Bangunan Sultan Abdul Samad kat dataran pula nak dirobohkan untuk dijadikan Starbuck?Kemajuan tak salah tapi cara menghalakan kemajuan tu salah.Cukup la dengan apa yang ada.Nak buat hotel dan kondomium banyak-banyak buat apa?Banyak projek terbengkalai sana-sani tu,buat semula. Buat jalan bertingkat-tingkat tapi sesak juga.Kemajuan yang menyesakkan.
Baik fiqir pasal tanah kubur yang tak cukup kat kawasan bandar lagi baik.Okla,sampai disini,jumpa lain kali,terima kasih daun keladi.
Baik fiqir pasal tanah kubur yang tak cukup kat kawasan bandar lagi baik.Okla,sampai disini,jumpa lain kali,terima kasih daun keladi.
Kepada sapa yang tak faham cerita ini,baca sambil fiqir dan buka hati.Kalau malas gak nak buat semua ini,pergi mati.Jangan meyemak kat dunia ini.Kalau sesapa terasa gak,pun aku ucapkan pergi mati.
Nak tau lebih lanjut tentang benda ini?
Sila klik dan tubik di sini..http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Wilayah/20091019084808/Article/index_html
sebagai orang yg minat & menghargai sejarah aku harap penjara pudu ni dikekalkan..
BalasPadamkalau nak buat mercu tanda baru atau projek2 MEGA_H carilah tempat lain, tak pun pergi buka kawasan baru..jangan nak tumpu kat tempat2 yg dah sedia sesak..luaskan pembangunan & lebarkan arus pemodenan kat kawasan lain..
sebenarnya penjara pudu tu kita boleh jadikan muzium & sebahagian lagi jadikanlah hotel murah ke, rumah tumpangan untuk mereka yg tidur bawah jambatan ke, apa2 la..janji jangan robohkan penjara tu..
aku peliklah kenapa orang2 yg minat kat benda2 mcm peninggalan sejarah je yg bersuara pasal hal2 macam ni..apa penjara pudu ni tak ada persatuan ALUMNI ke? mana persatuan bekas banduan penjara pudu? bangkitlah buat bantahan..
ada ke ALUMNI penjara pudu???
Mana ada alumni penjara pudu..Hahaha
BalasPadamKo wat dlu la syuk...Aku tak nak join..
Bro,
BalasPadamPenjara Shawshank cam ne?
Tu tanya NYDP kita iaitu saudara Mohd Hanis Haddi..Sebab dia pernah masuk kat dalam tu dan jumpa Bogs..Hahaha
BalasPadamHati aku terpenjara...
BalasPadamasal din makin jiwang???
BalasPadamadakah disebabkan oleh seseorang yang ada di penjara pudu tgah menunggu die???
huhuhu~