Salam aspirasi,salam mahasiswa sejagat dan salam perpaduan.
Pembuka kata seperti biasa,Terima kasih untuk tidak bersetuju.
Ini bukan kisah peribadi diri atau pasal cerita kekasih hati main kayu tiga,
Jauh sekali tentang cinta dan duka,
jauh lagi dari syurga atau neraka.
Kenapa tapi tak salah?Belajar dan memperlajari budaya dan bahasa lain.Tidak salah walau seinci atau sebesar zarah tapi seolah-olah membelakangkan budaya sendiri.Adakalanya,budaya sendiri dipandang jelik seolah-olah hina sekali.Apa sudah jadi?Muka melayu kononnya jepun.Fesyen dan artis jepun semua tau tapi disiplin kerja cara jepun pula buat tak tau.Pop dance tahu tapi zapin tak tahu.Pizza tahu tapi ubi kayu tanya dulu mak yang mana satu.Kenape ini berlaku?Adakah aku jek yang tak maju?Masih dengan style dulu.
bab-bab hiburan dan fesyen biasanya mudah diikuti tapi biasalah kalau bab kerja untuk tingkatkan ekonomi tolak tepi..
BalasPadamBak kata bakal ahli parlimen Ayer Hitam,johor,itu semua dunia semata-mata.
BalasPadamdunia dan akhirat kena seiring..
BalasPadamramai pertikai kenapa KLCC tu ada dua..sebenar kalau ikut logik kepala otak aku la menara sebelah kiri tu dunia menara sebelah kanan pulak akhirat..jambatan yg tengah2 tu penyambung dunia dengan akhirat..contoh je..
Apa yang baik ada pada budaya orang lain, kita jadukan contoh dan tauladan. Apa yang buruk pada budaya orang lain, kita jadikan sempadan, jangan diikut.
BalasPadamAnak tak kenal Ubi Kayu sebab kadang-kadang mak sendiri pun sudah tak kenal ubi kayu. Budaya kita sendiri pun banyak yang kurangnya, kadang-kala tak adil untuk dipersalahkan budaya luar sahaja.
Chantek juga logik Syukri tu. Tapi didalam kedua-dua bangunan tu la macam-macam yang berlaku. Samada baik dan buruk. Kat dalam bangunan tu jugalah kita gambarkan dan abadikan budaya kita.
cantik di luar tapi buruk di dalam..
BalasPadampakai tudung tapi nampak aurat..
tutup aurat tapi nampak susuk badan..
pakai tudung tapi baju singkat nampak pusat..
baju dan seluar semua ketat2..
bila kita tegur mereka pulak marah..
kalau tak tegur kita yg parah..
bukan apa, tu boleh mendatangkan ghairah..
silap2 mereka yg kena padah..
bila dah kena baru nak menyesal menangis air mata darah..
tu bukan budaya kita, mereka tiru barat dan eropah..
yg elok2 mereka bantah..
kata kita ketinggalan zaman..
inilah tanda akhir zaman..
yg haram mereka halalkan..
yg buruk mereka indahkan..
yg indah mereka aibkan..
yg bijak mereka perbodohkan..
bila rakan berbicara dengan nada yang berbeza,banyak yang perlu direnung-renungkan...
BalasPadamregards,
fana_mystique9091