Tanah lapang

Isnin, 17 Disember 2012

Apa da..

Disebalik kegundahan dan kesedihan melanda diri, aku perasan satu benda dikalangan rakyat Malaysia khasnya dikalangan orang melayu yang aku percaya beragama islam. Kalau ya pun hendak marah, janganlah sibuk meng"kafir"kan orang lain atas sebab berlainan pendapat. Kalau tidak faham, bertanya. Tidak faham, buat pembacaan dan penyelidikan lagi. Boleh maki hamun orang di internet tetapi malas menggunakan aplikasi google search dan internet explorer. Tunjuk berani tetapi sentiasa "anounymous" dengan alasan tidak berani.. Keselamatan.. Sudahlah.. Dasar pengecut..

Sabtu, 15 Disember 2012

Susahnya

Susahnya menjadi manusia bernama Remie Bin Ramli.. Ramai melihat beliau hidup penuh kesenangan dan kebahagiaan. Namun, itu rasanya cuma ilusi rasanya. Di selut hatinya, banyak yang dipendam dan ditanam. Namun tiada siapa yang mampu faham.. Ketawanya berbunyi, katanya berapi, namun tidak panas seperti difikiri. Kah kah kah.. Adakah dia akan terus begini?Biarlah..

Selasa, 27 November 2012

Sacred..

Sacred?

Itu dalam bahasa inggeris bermaksud Suci atau sesuatu yang tidak pernah tercemar atau dalam bahasa mudah, bersih. Antara perkara atau sesuatu yang bersih ialah umpama bayi yang baru lahir yang tidak dicemari kekotoran yang biasa pada seorang manusia biasa di dunia ini. Ya, sacred juga bermaksud terlarang atau dilarang bagi sesuatu tempat atau kawasan yang dianggap bermakna bagi sesuatu kelompok agama atau kepercayaan atau "Cult".

Mungkin apa yang akan aku bentangkan disini, akan mengundangkan kemarahan atau menyinggung perasaan jiwa masyarakat Malaysia yang amat-amatlah sensitif walaupun pada zahirnya mereka tidak langsung peduli.
Aku bercakap dari sudut sosial dan akademik. Aku walau cerdik itu tidak tetapi mata dan otak aku tidak "kayu". Aku nampak, aku lihat, aku fikir dan berfikir. Terima atau tidak, terpulang.

Teringat aku tentang satu artikel milik saudara Hishammudin Rais dalam Majalah Mastika tentang sikap sesetengah pihak yang bertopengkan agama dalam memperoleh keuntungan. Aku malas hendak berhujah dengan cara akademik, masukkan petikan jurnal atau petikan buku-buku kerana aku tahu orang akan bosan dan aku bukan buat "assignment" undergrad atau post graduate.

Agama merupakan satu benda yang dianggap "Sacred", suci bahkan dianggap sebagai perkara yang senstitif untuk dibincangkan apatah lagi jika dibincangkan oleh pihak yang berlainan agama. Bahkan orang yang berimejkan agama akan disembah dan setiap tutur katanya akan dibawa hingga ke mimpi atau dijadikan pelekat untuk ditampal di cermin kereta.

Contoh ketara dalam politik ialah, pemimpin parti berasaskan agama aku lihat langsung tidak boleh dikritik atau dijentik. Aku sedar aku ini bukan sesiapa, tidak layak bercakap tentang mereka dan tidak ada walau sedikit ilmu agama. Tetapi, sebagai manusia, aku berhak hendak berkata apa.

Aku pelik dengan sikap manusia yang begitu menyembah manusia yang dianggap "Sacred" tersebut. Sampai ada sesetengah manusia tersebut menyetankan ibu bapa sendiri kerana dengarkan dalil-dalil dari manusia yang "sacred" tersebut.

Aku jelik dengan sesetengah manusia yang begini.. Sepanjang aku hidup, orang yang benar-benar "Sacred" adalah orang yang tidak pernah berkata buruk tentang orang lain.

Bagi aku, relax lah.. Kalian juga manusia.. Tidak terlepas dari salah silap.

Khamis, 19 Julai 2012

Kaduk dan Padi

Yo!

Sudah berlumut agaknya blog aku ini. Bukan apa, tidak ada buah fikiran untuk diluahkan. Idea banyak cuma sering dilupakan. Ya, sekarang aku hidup di dunia baru. Alam pekerjaan. Walaupun kerjanya tidak seberapa, aku bersyukur sebab aku dapat kerja tetap. Leceh juga. Sebab manusia ini macam-macam ragam.   Usia sudah lanjut pun masih berada didalam keadaan pra-matang lagi. Bergaduh dengan budak-budak. Dalam kehidupan baru ini, aku dapat kawan dan kenalan baru. Namun, rakan-rakan yang mengiringi aku selama ini, seolah-olah mengganggap aku sudah tidak wujud lagi. Ya, tidak mengapa. Resam dunia. Aku terima sahaja. Cuma kesian dengan buah hati aku. Orang yang banyak dibantunya selama ini pijak balik dia. Aku harap dia bersabar sahajalah. Marah pun tidak berguna. Sebelum itu, nurkilan ini bukan ingin menghina sesiapa. Sekadar ingin berkongsi buat pengajaran buat kita bersama.

Ah! Persetankan semua itu. Aku ingin bercerita tentang perkara lain. Perkara yang lama aku pendam. Bukan tidak mahu meluah tetapi siapalah aku hendak bercerita. Tidak pandai berteori dan berhujah, bila bercakap semua bersepah. Kata orang, tidak faham apa itu demokrasi. Tidak mengapa. Diam sahaja..hehehe

Kembali pada tajuk, kaduk dan Padi suatu benda yang berbeza namun persamaannya ianya boleh dijumpai di Malaysia dan yang paling penting, ianya adalah tumbuhan. Namun begitu, kedua-dua tumbuhan ini digunakan dalam peribahasa Melayu yang mengambarkan sikap dan perilaku manusia. Ya, peribahasa ini digunakan agar manusia perlu dan tidak perlu bersikap sedemikan rupa. Ya, peribahasa sudah banyak yang dilupakan kerana dianggap sangat kompleks untuk difahami.


Peribahasa yang menggunakan kaduk ialah ibarat kaduk naik junjung. Peribahasa ini banyak sekali maksudnya namun segala keseluruhan, ia membawa maksud atau membayangkan perlakuan dimana seorang manusia yang lupa diri apabila sudah berjaya atau berjaya kerana orang lain dan melupakan terus malah menindas orang yang membantunya.



Ini aku pernah sendiri terkena. Bukan mahu bersikap masuk bakul angkat sendiri namun aku memang suka membantu orang. Tidak mengira siapa dan aku terus membantu. Tidak dinafikan banyak yang aku tolong lebih berjaya dari aku. Ada manusia yang "zero" pada mulanya akhirnya menjadi seorang yang bijaksana dan lebih baik dari aku. Aku tidak mengharapkan apa-apa walau ucapan terima kasih. Cuma ada segelintir yang aku bantu itu sering "memperkecilkan" aku. Aku tidak pasti kata-kata itu sekadar gurauan atau apa namun sepanjang aku kenal dengan individu-individu terbabit, aku pasti ianya satu sindiran. Aku tidak terasa, tidak terhina, sekadar terfikir sahaja. Mudah benar seorang manusia itu menjadi angkuh dengan apa yang miliki walaupun dengan bantuan dan usaha orang lain. Namun begitu, aku tetap redha. Tidak kisah dan menerima dengan seadanya. Biarlah. Aku gembira orang lain gembira. Sekurang-kurangnya aku tidak bersikap "cakap tidak serupa bikin".

Kisah yang sama berlaku pada teman wanita aku. Orang yang selama ini beliau bantu dalam apa jua masalah akhirnya seolah-olah membuat teman wanita aku mempunyai dosa besar baginya. Aku pun tidak pasti apa punca masalah yang berlaku kerana teman wanita aku sendiri tidak mahu menceritakan sepenuhnya. Tidak mengapalah..

Padi merupakan satu tumbuhan yang menghasilkan beras yang menjadi nasi yang menjadi makanan utama kepada hampir semua umat manusia di muka bumi ini. Sesetengah kumpulan manusia di muka bumi ini mempercayai padi mempunyai semangatnya yang tersendiri dan perlu dihormati. Semua manusia yang memakan nasi yang dihasilkan dari beras yang dituai dan diproses dari padi menghargai setiap butir nasi ini kerana ianya memerlukan proses yang panjang untuk mendapatkannya.



Pernah kita mendengar, ikut resmi padi. Makin berisi, makin tunduk. Ini menggambarkan sikap dimana seorang manusia perlu merendah diri dengan ilmu atau apa sahaja yang dimiliki. Namun begitu, tidak semua begitu. Kerana angkuh itu sentiasa ada. Walau sekuat mana ibadat agama kita lakukan, keangkuhan tetap ada. Ibarat selagi ada manusia, keangkuhan tetap ada. Aku pun angkuh tetap ada. Merendah diri pun ada. Keangkuhan ini juga seperti perasaan perkauman. Satu pembohongan jika seorang itu tidak ada pun perasaan "racist" walau dia tersebut seorang yang berfahaman "humanist"... 


Cukuplah aku berhujah. Mungkin aku tidak berhak untuk berkata-kata. Aku tidak maksudkan sesiapa. Aku ada mata dan kepala. Sekadar bercerita sahaja, jika terasa maaf dipinta. Bukan permusuhan yang dipinta, tidak ada apa yang aku tuntut rasa.