Tanah lapang

Rabu, 31 Disember 2014

Seperti biasa ditahun baru.

Seperti biasa, ramai yang sibuk dan ramai yang buat tak tau.
Aku seperti biasa, tak ambil tahu. Sekadar meneruskan kehidupan.
Tidak pasti apa sebenarnya kehidupan ini. Orang kata enjoy, tapi aku tanya diri aku balik,
apa itu enjoy? Kadang aku ketawa, tapi bila aku fikir balik, aku ketawa buat apa?

Dekat setahun, Atau lebih tepat setahun, Nampak biasa tapi tak sama. Yelah, rehat dan rawat kononnya. Tapi aku pulak makin parah rasanya.. Tak baik tipu diri..

Tahun baru dulu-dulu?Aku banyak pengalaman. Biasalah anak muda kota.. Kereta kena rosakkan, kawan aku kena usik pondan masa tengok konsert di KLCC.. Itulah warna-warni kehidupan aku.
Mungkin biasa bagi sesetengah kepada meraka. Tapi aku ada batas dan norma. Hidup aku hanya diatas roda dan jalan raya.  Menyusur lebuhraya kehidupan yang aku sendiri tak pasti. Dari kapasiti kecil hingga ke besar. Dari desa ke bandaraya, dari wilayah ke negeri, dari tanah besar ke pulau, dari sempadan tempatan ke antarabangsa. Banyak aku jelajahi namun nampaknya makin tak bererti. Sudah hilang seri.

Tahun berganti tahun. Ia takkan berulang lagi di maya ini. Yang boleh diundur hanya penyesalan, namun usia dan masa tetap berjalan tanpa sempadan.


Azam dan perubahan?Aku tidak pasti dan tidak mahu berjanji. Ya, kecewa itu sudah sebati tapi aku tidak mahu ia menyakiti insan dikasihi..

Cukuplah nurkilan diambang tahun baru. Jangan banyak merapu.. Dapat dosa kering siapa yang tahu..

Selamat Tahun Baru.. Semoga kembara ku makin luas berlabuh.. Mencari cahaya dan hidayah yang ku inginkan...


Isnin, 29 Disember 2014

Purnama pun merindu, embun pun membeku..

Bait-bait berbunyi,

"ingin ku katakan tapi pada siapa" macam sesuai dengan situasi aku.

Bukan nak mengadu tapi saje nak bercerita..
Nak pulak musim hujan begini..


Jumaat, 19 Disember 2014

Masih adakah sinar buat mereka?

Sudah lama aku terfikir, sudah lama aku ingin bercerita,
walau mungkin nampak biasa, mungkin dimana jua berada bendanya sentiasa ada,
baik yang tersembunyi, baik yang terdedah diluar sana,
siapa biasa, ceruk mana pun dicari mesti ada,
mungkin bagi sesetengah pembaca pojok ini merasakan aku tak layak bercerita,
kerana mereka tau disebalik tirai di jiwa saya,
namun ini sekadar cerita dari mata.



Seperti biasa, setiap gaji masuk, aku pun bayar duit kereta,
semasa di kiosk CIMB disebelah Masjid Besar Kuatan,
ada seorang insan ini berdiri ditepi pintu kiosk itu menyapa,
sapaan yang agak mengejutkan terutama buat lelaki yang lalu dihadapanya,
termasuklah saya,
saya ingin menegur dan bertanya,
tetapi beliau melarikan diri sebelum saya sempat bertanya,
mungkin menyangka saya anggota penguat kuasa(Ya, saya penguat kuasa tapi bukan polis ya),
terus berlalu menempuh dan menyelinap di celah kota kuantan yang suram dan kelam tidak begitu bercahaya,
saya hanya melihat melalui ekor mata,
lalu terfikir dan tertanya-tanya,
tidakkah insan itu mempunyai keluarga?
Mengapa memilih jalan sebegitu rupa?
Tidakkah mereka sudah lanjut usia?
Hanya maut menunggu masa menjemput mereka?
Jawapannya hanya mungkin ada pada mereka.

Bukan ingin menyalahkan sesiapa,
tapi siapakah yang sudi membantu mereka?

Rabu, 17 Disember 2014

Junjung?

Patah tumbuh hilang berganti?
Buah yang sama, dari pokok yang berbeza,
manis yang sama tapi tetap tak serupa dicicip lidah terasa dihati?

bangkit dari lurah dugaan dunia, 
akan ku junjung segalanya,
bangkit semula, 
salam rindu buat dia...