Tanah lapang

Khamis, 29 Oktober 2009

Lelaki yang suka merajuk menjadi pilihan wanita zaman kini?

Salam apirasi,salam mahasiswa dan salam perpaduan.

Sinis semanis gula,
salam pembuka bicara,

sindiran yang penuh bisa,
siapa yang terasa,
padan muka,
ini blog peribadi milik saya,
apa saya nak kata,
saya punya suka.


Lelaki yang kuat merajuk dan bersifat keanak-anakan dikatakan lelaki maskulin yang sejati? Tidak dinafikan lelaki ada yang bersikap lembut,mudah terasa dan sebagainya. Tidak dinafikan mereka ini lelaki yang romantik dan berjiwa sentimental.. Berseni dan berbakat. Mampu membuatkan ramai gadis menjadi cair dan terpikat. Ditambah juga dengan pakej memiliki rupa paras yang kacak, bijak bergaya, bijak akal fiqirannya dan sebagainya. Jika memiliki kekayaan wang ringgit, itu sudah menjadikan mereka cukup sempurna di mata gadis-gadis. Saya berkata begini bukan kerana saya tidak memiliki satu pun ciri-ciri lelaki idaman para gadis di luar sana dan saya tidak pernah rasa kecewa (bukan kerana ego tapi kerana sifat sentiasa berpijak pada bumi yang nyata dan bersikap sentiasa sedar diri disamping sentiasa bersyukur dengan apa yang tuhan kurniakan pada saya.).

Ada sesetengah manusia itu merajuk pada benda yang kecil sahaja seperti tidak dijemput untuk berbual sama, untuk mengulangkaji pelajaran bersama(Pernah terjadi dihadapan mata saya sendiri.) dan lain-lain yang remeh lagi temeh. Saya bukan menafikan hak mereka untuk merajuk atau apa. Sebab saya tahu mereka juga manusia yang mempunyai perasaan. Sedangkan saya ini "mesin perang" pun masih ada hati dan perasaan. Cuma tak seperti mereka sahaja. Cuma saya ingin nak persoalkan di sini ialah, bawa-bawa bertenanglah. Hal kecil takkan nak menangis sampai menghentak-hentak kaki macam budak kecil mahukan gula-gula. Awak dah dewasa, boleh jadi bapa dah. Takkan bila dah ada anak nanti, si anak yang masih kecil, memujuk bapanya yang sudah berumur 30an yang merajuk kerana si anak tumpahkan susu pada baju bapanya? Dah terbalik dah tu, kawan. Tahniahlah jika mereka mahu berubah. Jika tak mahu berubah, pun tahniahlah kerana mereka berjaya mengekalkan sikap dan sifat mereka yang cengeng tu.. Hidup dan mati sebagai si cengeng..

Dunia makin pelik, lelaki suka merajuk macam perempuan. Lebih baik potong yang kat bawah tu jadi perempuan betul..Hahahaha..
Remie makin kasar dan biadap,
tapi itulah dia.
Lie is lie.

Menentang separuh mati tetapi menyokong sepenuh hati,
itulah sifat manusia pada masa kini.

Terima kasih untuk tidak bersetuju.

7 ulasan:

  1. adduuhhhh....tajuk ko ni je dah buat aku gelak besar tadi..tak percaya tanya naim..

    pada pandangan aku secara peribadi tak semua lelaki yang merajuk jadi pilihan perempuan masa kini..

    ko fikirlah..kalau muka macam kapal pecah, tak pun macam Tongkang Pechah (nama tempat kat Daerah Batu Pahat) gerenti perempuan tak nak..pergi mampuslah ko nak merajuk ke apa ke..

    yang jadi pilihan perempuan mestilah ada muka jambu yang macam keanak-anakan..ada perangai manja..ada bakat pikat orang..ada duit..ada segalanya la..

    nak merajuk bab2 kecik tu pada aku tak elok la..sebab dia akan memalukan Persatuan Lelaki2 Maskulin Se-Malaysia..kalau tak pun dia akan menjerumuskan diri mereka ke kancah dunia yang penuh kritikan..awak tu lelaki jadi la lelaki jangan nak jadi sutun..

    yang merajuk tu sebenarnya nak perhatian ko je..haha

    BalasPadam
  2. hahahaha...

    saya plak gelak sbb baca komen syukri...

    berdekah-dekah...

    *ok tarik nafas jap..

    hehehe...

    nk tergelak lg la...

    len kali la sy komen pasal ni nk sambung gelak dlu..

    kah3.....

    BalasPadam
  3. hahahahaaaaaaa...remie tukar tajuk cepat..aku dengan cik KamDar tak tahan nak tergelak je ni..

    BalasPadam
  4. huhuhu...

    ok leh cover gelak dh..

    time nak mengomen plak...

    popuan ni ska berfikir terlampau abstrak sgt mcm kdg2 bnda tu kicik punya hal tp popuan ska pk dgn mendalam..

    lelaki plak ska amik mudah..bg dia xda hal2 pa2 pon...

    sbb popuan ni punya emosi yg mdh tersentuh dan sensitif sbb tu kdg2 depa ni shot gk kat mana2..

    laki nk majuk sket2 boleh.. ala majuk2 manja

    tapi kalo asyik majuk ja

    bleh jalan da...popuan pon xmajuk kerap sgt cm tu..mcm syukri ckp sutun ka pa ka

    hahaha...

    pendek kata lelaki sukar nk memahami popuan

    BalasPadam
  5. ala pmpuan pun sukar nak memahami lelaki..

    BalasPadam
  6. dunia akhir zaman..semua terbalik..lelaki akan jadi perempuan,perempuan jadi lelaki.. Lelaki rambut panjang macam perempuan. Warna rambut untuk nampak muda...Perubahan fizikal...

    Perubahan emosi pun dah ada...

    BalasPadam
  7. Ala,gelak selagi boleh..Hahaha
    Hilangkan tension exam..
    Din,betoi kata ko..

    BalasPadam