Salam masiswa,salam aspirasi,salam sosialis dan salam perpaduan.
Rasanya tidak terlambat saya,insan kerdil penggegar dunia ingin mengulas mengenai satu kenyataan atau satu wawasan yang dipanggil 1 Malaysia.
Disini saya bukan ingin mempersoalkan samada bahawa 1 Malaysia ini adalah gagal atau tidak mencapai matlamat yang dimahukan.Cuma saya ingin katakan bahawa adakah saya yang terlepas pandang atau saya yang tidak melanggan astro dirumah.Saya melihat di semua unit Propaganda kerajaan atau swasta yang percuma mahupun unit propaganda yang berbayar,hanya memberi fokus kepada 3 kaum utama sahaja dalam menerangkan dan mempromosi matlamat 1 Malaysia ini.Sedangkan konsep ini melibatkan semua lapisan etnik dan kaum di Malaysia.Adakah kerana mengikut majoriti semata-mata?Kenapa yang sudah diketahui ramai pun mahu dihebohkan lagi?Kenapa yang tertinggal ini seolah-olah dilupakan?Adakah kaum lain tidak mempunyai nilai eksklusif seperti kaum majoriti yang lain?Saya bukan mahu bersifat rasis dalam hal ini.Saya cuma ingin mempersoalkan ketelusan pihak media dalam menjayakan matlamat ini.Jika tidak,memang benarlah konsep ini hanya satu retorik semata-mata.
Kegagalan unit propaganda boleh membuatkan satu kegagalan besar buat negara.
Saya bercakap bukan kerana cemburu kerana saya bukan dari mana-mana kaum majoriti di Malaysia walau saya mempunyai hak yang sama seperti Orang Melayu.
Cuma inginkan kepastian sahaja.
Mungkin catatan ini tidak akan dibaca kerana saya tidak bercerita tentang hiburan dan kisah hidup saya.Mungkin para pelawat tidak memahami apa yang saya cuba katakan disini atau mereka tidak cuba untuk memahaminya.Tapi saya tidak kecewa walau sedikit dan tidak bertujuan meraih simpati.
Di Malaysia ni, selain Melayu, Cina dan India, semua masuk kategori lain-lain. Tak caya try isi borang rasmi apa pun heh...
BalasPadamKo percaya ke TV ada tanggungjawab sosial? Tanggungjawab nak tambah untung adalah. Bak kata Nami, "Ekonomi beb, ekonomi".
Kenapa benda macam mengketegorikan kaum dalam borang tu masih susah untuk dihapuskan? Kenapa susah nak tulis "satu bangsa Malaysia" atau "warganegara Malaysia"?
BalasPadamSecara luarannya, aku lihat ia sememangnya satu retorik lagi. Tentang borang tu, seakan-akan masih wujud kuota untuk sesuatu kaum dalam mengisi sesuatu tempat, contohnya pusat pengajian ataupun kerja. Apa kata kalau dihapuskan sistem kuota?
Semua orang akan merasakan sama, tak ada prasangka. Orang Melayu jangan nak gila ketuanan Melayu sangat. Semua kaum jangan rasa prejudis, rasakan kita ummat Malaysia.