Tanah lapang

Isnin, 11 Januari 2010

Ragam orang atas jalan kita bahagian dua

Salam aspirasi, salam mahasiswa dan salam perpaduan..

Lupakan tentang satu malaysia sementara,
salam perpaduan umat manusia buat semua.


Mukadimah pembuka bicara.
Hari sabtu malam menonton Filem The Age Of Stupid atau Zaman kebodohan.. Ia menceritakan tentang tentang pencemaran yang dilakukan oleh manusia yang telah memusnahkan bumi dan manusia amnya... Betapa bebalnya sesetengah manusia yang mementingkan diri terutama poket sendiri. Sambutan agak ramai dan hampir penuh Dewan Budaya USM(A) dengan para penonton.. Ada yang bawa anak, bawa cucu dan sebagainya. Bagus juga..Mungkin boleh mendidik generasi muda tentang alam sekitar.. Namun, aku agak pelik dan hairan macam membaca akhbar "berita hairan" kerana di manakah golongan yang begitu menyokong tentang kelestarian pada masa itu? Adakah mereka tidak tahu tentang tayangan filem ini? Tapi tidak mengapalah kerena mungkin semangat kelestarian begitu menebal didalam diri mereka dan mereka tidak perlu menonton filem ini atau mereka fiqir ini dakyah barat sahaja.
Puak lagi satu lagilah.. Mereka peduli apa dengan semua ni.. Bagi mereka ini cuma dunia dan permainan syaitan sahaja..hahahaha.. Sudah,lupakan kutuk mengutuk para tiang dan tunggul ini. Mari kita kutuk orang lain yang patot dikutuk..hahahah

Ragam pemandu di jalan raya kembali! Pada hari jumaat minggu lepas, aku bersama rakan dan taulan, lelaki dan perempuan dan aku yang memandu,tiba di persimpangan lampus isyarat berhampiran terminal bas sungai nibong, aku mengekori sebuah kereta dari model proton perdana berwarna hitam.. Keadaan kereta itu pelik sekali dimana ia dipandu macam orang minum "thai song" 5 botol..Huyung dan hayang  disamping ia amat membahayakanlah. Apabila aku memotong kereta terbabit(Bukan potong kereta bahagi dua macam kedai potong), kereta terbabit dinaiki oleh aku kira-kira sebagai sepasang kekasih atau suami isteri dan aku minta maaflah kerana mereka adalah orang melayu dan aku kira-kira sebagai orang islam.. Apa mereka buat dalam kereta sedang bergerak? Mereka sedang bermadu asmara dengan berciuman penuh asyik dan nikmat aku jangka.

Maka dengan marah dan geram dengan telatah mereka, maka seorang sahabat candu minda dan aku menjerit dan menunjukkan isyarat jari hantu ke arah mereka..hehehe

Aku tak kisah mereka nak buat apa.. Tapi jangan atas jalan raya.. Kalau sangap dan gersang sangat pun, baik balik rumah, sewa hotel atau buatlah kat merata-rata semak kat penang ni.. Paling kurang pun kena tangkap basah atau mengandung luar nikah bagi sapa yang belum berkahwin. Betol tak?

4 ulasan:

  1. 10 faktor utama kemalangan jalanraya :

    1) kecuaian,
    2) kenderaan yg tidak diselenggara,
    3) jalan yg merbahaya,
    4) haiwan yg melintas tanpa menoleh kiri & kanan,
    5) gila judi,
    6) gila kuasa,
    7) mabuk - mengandung kot..
    8) mabuk cinta,
    9) tak sabar menyalurkan tuntutan hawa nafsu kat tempat yg sepatutnya..
    10) ko gabungkan kesemua faktor ni kemudian jadikan rumusan untuk dapatkan faktor yg ke-10

    BalasPadam
  2. Faktor ke-10 ialah kerana adanya syukri mengusik cik anis di tepi jalan raya.. Orang akan terkejut dan ketawa melihat telatah mereka berdua.. Maka akan berlakulah kemalangan dan kesesakkan jalan raya.

    BalasPadam
  3. hahahhah
    lawak jer ku baca tunjuk jari hantu tu

    BalasPadam