Salam mahasiswa, salam aspirasi dan salam perpaduan..
Emm...Malaysia makin kucar-kacir..Isu agama dan kaum mula dibangkitkan lagi.. Akhbar mingguan katolik "The Herald' memenangi kes tuntutan penggunaan perkataan "allah" yang membangkitan kemarahanan orang melayu islam khasnya.. Aku nak komen atau nak bagi pendapat lebih-lebih sebab aku malas walau aku pun orang asli beragama kristian.Bagi aku, tu hal korang. Aku malas nak campur. Tapi pendapat aku, ini sebenarnya masalah "BAHASA" sahaja. Tapi yela, masing-masing ada hujah dan dalil sendiri. Kalau bertekak pun, belum tentu selesai. Baik aku diam.. Aku tak mahu masuk campur.
Berbalik pada tajuk asal, tadi aku baca secara talian, kalau nak tahu lebih lanjut sila baca di sini. Kerajaan melalui Timbalan menteri pengajian tinggi iaitu orang Temerluh Pahang merangkap ahli parlimen kawasan terbabit iaitu Datuk Saifuddin Abdullah telah mengumumkan bahawa tiga polititeknik akan di tukar status kepada universiti. Dalam ramalan aku, politeknik ungku omar mesti dapat punya.
Pada pendapat aku, memang bagus kerana ia mungkin mendapat menampung pertambahan pelajar yang layak atau tidak layak langsung ke universiti tetapi menjadi layak selepas menghubungi para wakil rakyat atau para menteri untuk masuk ke universiti dan menggalakkan wujudnya dalam persaingan yang sihat antara universiti yang ada di Malaysia ini. Ia juga mungkin akan mengangkat martabat Malaysia sebagai destinasi atau syurga bagi pelajar dari luar atau dalam negara untuk melanjutkan pelajaran disamping kepelbagaian kursus yang ditawarkan. Secara tak langsung juga mungkin akan mewujudkan peluang pekerjaan pada orang tempatan atau orang dagang atau tender-tender kepada para cukong apatah lagi kroni para menteri bagi membekalkan sesuatu bagi universiti terbabit.
Buruknya pula ialah, akan menambahkan lagi kadar "fenomena menanam anggur yang tidak berbuah" dikalangan para mahasiswa atau para pelajar lepasan ijazah atau diploma. Kerana apa? Kursus yang ditawarkan tidak mengikut gaya pasaran kerja semasa terutama di kalangan kolej swasta kerana pekerjaan yang ditawarkan mengikut pasaran ekonomi sesebuah negara. Hampir ribuan pelajar lepasan diploma dan ijazah masih "tanam anggur" atau sudah atau telah atau masih menyertai "MAS" iaitu singkatan bagi mak ayah support... Semua pihak saling tunding-menunding antara satu sama lain. Tak mahu mengaku salah walau dah terang-terangan dia bersalah.. Siapa mereka?Merekalah..Sapa lagi.
Yang jadi mangsa siapa?Pelajar dan keluarga mereka yang terbabit..
*Tulisan kali ini agak teruk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan