Salam kuasa ketiga
Sebenarnya saya malas nak buka isu tentang perkara ini tapi saya dah tak tahan dengan perangai sesetengah pemandu di negara kita ini.. Saya akui saya bukanlah pemandu yang baik kerana saya sentiasa memandu had laju lebuh raya walaupun bukan di dalam lebuh raya. Selalu kita dihidangi dengan pemandu yang memandu terlalu laju atau melanggar had laju lalu lintas. Jadi bagaimana pula dengan sikap pemandu yang memandu dengan terlalu perlahan? Terutama memandu perlahan di lorong memecut di lebuh raya? Bukankah ini membahayakan juga? Sikap yang pentingkan diri?
Disini saya sertakan mengapa pemandu gemar memandu perlahan mengikut gender. Kalau lelaki, mereka gemar memandu perlahan kerana mereka merasakan mereka seorang yang "macho", ingin menayang kenderaan mereka walau hanya Proton Saga BLM standard yang dibelikan oleh ibubapa mereka atau secara hutang dari bank dan ianya sudah 5 bulan tidak dibayar ansuran bulanannya. Atau ingin mengorat gadis bawah umur yang terdesak inginkan teman lelaki dan bebas dari cengkaman ibubapa.
Manakala yang perempuan mereka, mengapa mereka gemar memandu perlahan tidak mengikut peraturan ialah, ingin menunjukan keseksian mereka kepada orang lain, menikmati pemandangan indah disekitar jalan raya walau adakalanya pemandangan yang terhidang cuma kebun getah atau kawasan kilang macam di kawasan petaling jaya.. Atau mereka ingat jalan raya ini ibubapa mereka yang buat. Atau apa yang selalu saya lihat ialah, mengapa perempuan selalu memandu perlahan ialah, kerana ingin memperbetulkan solekan wajah mereka atau membalas panggilan atau sms dari telefon bimbit.
Namun, secara umumnya, mengapa mereka gemar memandu perlahan ialah, kerana mereka tak gunakan akal dengan sebaik-baiknya. Tak salah jika memandu laju jika sesuai dengan keadaan. Tidak salah memandu perlahan jika kena pada keadaannya.
Tapi lebih baik, tepuk dada, tanya selera.
baru dapat lesen kowt hehehe
BalasPadamhahahha
BalasPadamaku yg takut bawa kereta pun bawa kereta macam pelesit