Salam sinis pembuka bicara,
kerja banyak tidak terkata,
namun blog tetap dijaga,
walau kurang mata menjengahnya,
kerana tiada kisah peribadi yang dijaja,
pak cik tidak kisah untuk terus bercerita.
Salam sejahtera kepada pelawat laman yang tidak seberapa ini. Saya ingin bercerita bukan kisah peribadi. Cuma ini adalah pendapat peribadi saya sendiri, harap pembaca faham isi cerita ini dan jangan menilai ikut nafsu dengki. Harap maaf jika terasa hati, tetapi ini semuanya ikhlas dari hati kecil ini.
Kisah ini bukan baru bahkan ia sudah lama.. Mungkin sudah beratus tahun atau sejak wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia ini.. Senang cerita tidak perlu berkias kerana kerana berkias ini kena menaip dengan lebih banyak dan panjang lagi. Pagi yang hening tadi, saya melakukan perkara rutin saya iaitu membaca akhabar secara talian di internet.. Dalam akhbar Utusan Malaysia (bukan Utusan melayau apatah lagi haprak daily) hari ini, ada menceritakan bahawa satu kumpulan Oang Asli di Temerloh, Pahang telah membuat satu laporan polis terhadap Yang berhormat Tuan Guru Dato Sri Nik Aziz, menteri besar kelantan. Ini kerana Yang Berhormat Tuan Guru telah membuat kenyataan tentang aktiviti "katak" ahli politik iaitu lompat parti dikalangan wakil rakyat pembangkang. Menurut laporan akhbar ini, Tuan Guru telah menggunakan perkataan "Jakun" bagi mengambarkan sikap ahli politik terbabit.Kalau hendak tahu lebih lanjut, sila klik disini.
Pada pendapat saya, saya faham mungkin Tuan Guru agak emosi ketika ini dan mungkin Tuan Guru memaksudkan perkara lain. Akan tetapi, saya rasa Tuan Guru tentu ingat tentang satu pepatah, "Kerana mulut, badan binasa" bukan? Saya rasa sebagai tokoh yang dikagumi, dan saya sendiri bukan seorang melayu dan bukan orang islam, saya amat kagum dengan ketokohan Tuan Guru sebagai pemimpin. Namun, saya sebagai Orang Asli, saya juga terasa terhina walau saya bukan dari suku kaum jakun. Namun saya banyak kenalan dari suku kaum ini kerana saya tinggal di Batu 12 Gombak dan disini pelbagai suku kaum Orang Asli ada menetap bersama kerana kebanyakkannya mereka berkhidmat dengan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli di Gombak.
Sebenarnya, pelbagai penghinaan yang telah kami terima dari pelbagai manusia. Saya dahulu sudah puas dihina disekolah. Seolah-olah saya ini bukan manusia yang tidak mempunyai perasaan. Bukan ingin meluahkan perasaan tetapi saya ingin memberitahu bahawa perkara ini sebenarnya selalu terjadi. Tetapi saya hanya berdiam diri sahaja bukan kerana saya takut tetapi saya tidak mahu menjadi bodoh seperti mereka.( Jika anda semua mahu tahu, kebanyakkan yang menghina saya ketika sekolah adalah anak orang indonesia yang ibu bapa mereka memegang kad pengenalan merah. Saya sungguh kasihan dengan mereka. Adakalanya, saya bertanya pada diri saya, siapa mereka hendak bersikap demikian kepada saya? Harap maklum.)
Kepada mereka yang gemar menggunakan perkataan "jakun", sakai, ra'ayat dan sebagainya, bawa-bawa bertaubatlah. Kita ini sesama manusia. Darah sama merah. Kalau anda yang begitu bencikan Orang Asli ini, buat apa? Kami Orang Asli ini bukan menggugat sesiapa pun di Malaysia ini, hatta melayu, cina, india dan sebagainya. Ada kami datang rumah anda semua minta beras sekilo setiap rumah? Rasanya tidak ada. Kami hidup dengan cara kami. Ada kami memperjuangkan hak kesamarataan atau hak ketuanan selama ini? Kami tahu kami ini tiada yang bijaksana dan berpelajaran tinggi tetapi kami tidak bodoh.. Jangan hina dan ganggu kami. We live in our own ways and sorry to say, fuck off from our live!!!!!
Kepada Tuan Guru, mungkin saya tidak layak untuk berkata begini kepada Tuan Guru yang lebih tinggi darjat di mata rakyat malaysia daripada saya ini. Secara jujurnya, saya amat sukar untuk memaafkan Tuan Guru tetapi manusia tidak sempurna dan saya memaafkannya. Sebagai manusia, tidak terlepas dengan kesilapan. Saya juga begitu. Saya rasa kami Orang Asli khasnya Orang Jakun tidak akan mengambil tindakan mahkamah. Kerana kami tidak "terus membikin harta dengan kerjanya menyaman sahaja". Bibit lagu Gasoline Grenade yang bertajuk "Dilarang Melarang". Kepada rakyat Malaysia yang lain juga, bawa-bawalah muhasabah diri. Anda semua pasti tidak mahu terasa terhina bukan? Begitu juga kami ini.
Kepada Tuan Guru dan para penyokongnya atau sesiapa yang berkaitan, saya minta maaflah jika kata-kata saya ini menyinggung antara kalian semua. Rasanya tidak salah saya menegur sesiapa sahaja. Mungkin info saya perolehi ini bukan secara terus dari Tuan Guru dan saya minta maaf jika info ini tidak tepat.
Sorry to say la
yup...yea sokong mandey me gie chel key..mmg betul spt yg dikata,"kerana mulut badan binasa" bila dah camtu,nak tarik balik x guna dh.."terlajak perahu bleh d undur,tlajak kata......"sama la ngan pngalaman dihina n diejek ms kat sekolah..sy pun sm gak,ms tu sy sekolah kat kwsn felda...mmg sakit otak n sakit ati lau layan dorg....ape2 pun yea mmg tabik cek rom gie..gie mmg kali..kali bersuarak..bagusss..hehehe
BalasPadampayah gop nahak nok.. Deh cakap erei yok deh dak de seder nemoh me de cel..
BalasPadamyups....
BalasPadamkena tgok dgn siapa kita bercakap dan kesannya kepada orang lain
senang cakap fikir dulu sebelum buat
Aku sangat benci blog yg letak lagu. Saja cakap. Macam sial.
BalasPadam