Tanah lapang

Sabtu, 20 Februari 2010

Sampai melopong sampai meleleh air liur

Salam perpaduan dan salam kuasa ketiga


Salam sinis pembuka bicara,
ini semua realiti belaka,
bukan rekaan semata-mata,
bukan mahu menghina atau mengata,
sekadar renungan bersama.

Beberapa hari yang lalu, semasa pulang bercuti ke Gombak, tanah tumpah kelahiran saya, saya lihat banyak perubahan yang berlaku di sekeliling kawasan kediaman saya ini. Antaranya ramai orang yang sudah tiada samada sudah berpindah atau kembali kepada maha pencipta atau merantau ke tempat luar. Jalan raya pun sudah banyak berubah. Saya jangka tiada kesesakkan akan berlaku lagi di sekitar Baru Caves kerana jejambat baru sudah siap dibina dan terima kasih kepada kerajaan atas kemudahan yang telah diberikan ini.

Kembali kepada laluan asal cerita, saya ingin menyelar sikap sesetengah pemandu atau pengguna jalan raya di Malaysia ini, bukan kerana mereka tidak membayar cukai jalan tetapi atas sikap "Prihatin" mereka. Prihatin? Bukankah satu sikap yang bagus? Memang bagus jika kena dengan cara dan keadaannya. Contoh sikap "Prihatin" yang kurang bagus atau lebih tepat sekali, tidak bagus pun ialah suka memperlahankan atau memberhentikan kenderaan apabila berlakunya kemalangan jalan raya tidak kira kemalangan serius yang menyebabkan kematian atau sekadar "bumper" tertanggal. Mereka bukan berhenti untuk menolong atau menyelamatkan mangsa kemalangan tetapi sekadar menjadi penonton atau menjadi "Wartawan" yang tidak bergaji. Apa yang berlaku selepas itu? Sudah tentu perkara yang tidak disukai oleh para pengguna jalan raya iaitu jalan sesak.

Yang lucunya ialah, ada diantara penonton atau "wartawan" ini melihat kemalangan ini sehingga ternganga mulut sehingga mulut itu boleh disumbat sebiji periuk dan ada yang sehingga meleleh air liur sehingga air liur itu melimpah menjadi anak sungai semula jadi dan terbeliak biji mata sehingga tiada ruang untuk membeliak biji mata itu. Disini saya ingin bertanya, apa yang peliknya tentang kemalangan jalan raya ini? Bukankah ia berlaku setiap masa dan di mana-mana sahaja? Buat apa hendak dilihat lama-lama? Bukankah kalian semua akan menyusahkan orang lain? Ha! Biasanya mereka yang bersikap begini adalah bersikap bodoh tidak boleh diajar, cerdik tidak bleh mengajar. Jika ditegur akan melenting. Betul tidak?



Ini sedikit nasihat daripada saya kepada mereka yang gemar menjadi penonton atau "Wartawan" ini, apa kata jika kalian semua ingin melihat atau mengalami kemalangan, kalian sendiri menjadi mangsa sekaligus menjadi penonton sekali? Sekaligus kalian dapat merasai kesakitan dan penderitaan seperti mangsa lain? Atau bonusnya ialah kalian mungkin akan mewarnai muka depan surat khabar atau tajuk utama berita dan menyertai statistik kemalangan negara. Bukankah lebih seronok jika begitu? Fiqir-fiqirkanlah..

Saya percaya kalian semua memang bijak jadi kalian gunakan kebijaksanaan kalian itu untuk berfiqir..

3 ulasan:

  1. gambar tu kat gombak ke? tapi kalau tak silap kat malaysia susah nak nampak lori2 kontena tu..

    depa prihatin bukan setakat bumper kereta jatuh je tapi kalau ada motor tayar pancit kat tepi jalan pun kadang2 jalan boleh sesak..pelik betul la..

    BalasPadam
  2. NI kat america la..aku upload dr internet..Eh..dh balik ko?

    Para pengguna jalan raya memang pelik di Malaysia memang pelik..

    BalasPadam
  3. pikiran makin kusut kat johor jadi aku balik awal ke penang yg pening ni..

    bas yg aku naik pun memang laju, bas laju macam mana pun aku tetap akan jadi orang paling lewat turun sebab aku duduk belakang sekali..

    aku rasa semua kenderaan kat negara ni mesti di pasang alat untuk hadkan kelajuan setakat 90 km je..biar lambat macam kura2 tapi dapat kalahkan arnab..bila semua lambat jadi kebarangkalian untuk berlaku kemalangan mungkin akan kurang dan aksi2 melopong sampai meleleh air liur susah nak nampak lagi..

    BalasPadam