Tanah lapang

Khamis, 19 November 2009

Apa yang ada pada pelajar universiti?

Salam perpaduan dan unite we for the right...

Salam pembuka bicara,
jangan marah atau berduka,
pak cik datang untuk berbicara,
sinis pak cik semanis gula,
harap semua akan terima..

Sebenarnya pak cik malas nak cerita tentang hal ini.. Bukan apa, mungkin sudah lapok ditelan zaman atau isu ini sudah tidak menjadi relevan pada zaman sekarang.. Ada apa pada pelajar universiti? Apa dia? Macam-macamlah... Ada motor, ada kereta dan ada macam-macam.. Perangai pun macam-macam.. Adatlah manusia.. Pelbagai ragam dan sikap.. Pak cik nak buka topik iaitu seks dan dadah di kalangan pelajar universiti.

Emmm... Perkara ini biasa sahaja sebenarnya.. Tidak penting pun bagi sesetengah pihak terutama pihak universiti kerana janji pelajar bayar yuran, ikut program universiti dan belajar ikut arahan, itu sudah mencukupi. Sebab kalau mereka prihatin, mungkin masalah ini dapat di kurangkan sekurang-kurangnya. Betul tak? Ini bukan fitnah.. Semua ini realiti seperti akademi fantasia atau malaysian Idol..

Seks? Bila sebut benda ini, ada yang seronok, ada yang teruja, ada yang malu tapi mahu, ada juga yang pura-pura buat tak tahu.. Seks merupakan aktiviti "kemuncak" bagi terutama pasangan kekasih atau "couple" di universiti.. Seks ini sebenarnya isu biasa jika dibincang secara ilmiah atau sebagainya. Cuma ia menjadi salah jika dibincang secara berlebihan. Dulu zaman video 3GP(Third generation platform Video) sedang memnucak di mana telefon bimbit berkamera, mempunyai kad memori yang boleh menyimpan kenangan "memori daun pisang", pak cik suka tengok video cerita "Haru-biru" terutama "keluaran" anak tempatan dan 100% buatan Malaysia.. Pelbagai aksi yang terlebih 18sx hell-lywood "lakonan" para aktor dan aktress "Malaywood".

Tambah lebih menarik lagi, mereka melakonan secara spontan dan tak perlu hafal skrip macam Seniman Bujang Lapok yang pergi uji bakat nak jadi pelakon. Suka tengok bukan apa, sebab nak tengok sapa pelakonnya.. Setakat ini ada 2,3 orang yang pak cik kenal kerana mereka adalah junior pak cik masa sekolah dahulu.. Hebat! Mereka tidak perlu kelas lakonan dan lakonan mereka berkesan sekali. Masa ini juga banyak para pelakonnya adalah remaja sekolah atau tidak. Pelajar kolej atau universiti. Sama bangsa atau "PBB"..

Seks dimulakan dimulakan aktiviiti ringan-ringan kemudian berat-beratlah.. Bila dah berat, perut dan badan makin berat terutama si perempuan. Mungkin kerana bertambah berat sebab bawak dua badan. Bila dah kantoi, semua sayang hilang, baby yang lahir ke longkang. Yang membuang buat muka bangang.. Bila berulang, boleh buang.. Hotel murah jadi tumpuan.. Sebab budject nak dibawa ke hujung bulan.. Kalau tak dalam hutan, janji puas hati senang. Tak kira lebai atau PMI, kalau dah setan masuk badan, tudung dan kopiah lebai semua terbang.. Jangan ingat pasangan NERD atau skema ini tak terlibat.. Ada juga.. Duk ajak orang sembahyang berdakwah lepas dating kat tasik aman damai.. Apa cerita?

Dadah? You get yourself high! Hahahah.. Dadah isu biasa juga di universiti.. Dalam seratus orang, ada seorang yang guna. Ada yang guna sebab sakit, ada yang guna sebab nak tahan lama bila belajar dan ada yang guna sebab nak suka-suki.. Pak cik "Cadangkanlah" kepada golongan penghafal di luar sana, kalau nak hebat lagi skil menghafal anda, ambillah dadah kerana ia baik untuk anda.. Tapi pak cik pun boleh "high" juga tanpa mengambil dadah iaitu buat tugasan pada saat akhir dengan tak tidur selama 2 hari.. Hahaaha

Semalam, pak cik baru tahu tentang sesuatu kebenaran.. Ada kawan pak cik di campus ini yang mengambil ganja.. Pada mulanya, pak cik ada perasan tapi tidak mahu mendatangkan fitnah dan kesangsian kepada sesiapa... Perbuatannya itu tersembunyi di sebalik sikapnya yang ceria dan suka buat orang ketawa.. Beliau juga seorang yang menjaga amal ibadatnya seperti solat dan sentiasa berpuasa sunat.. Ada juga "kecacatannya".. Mungkin ada sebab kenapa dia buat macam tu.. Semoga dia berubahlah... Bak kata Dr. Zaini, pensyarah sains politik USM dalam kuliahnya, "Jangan nafikan hak mereka".

Pak cik pun tak nak cakap lebih-lebih sebab akan datang pak cik pun tak tau macam mana.. Mungkin lagi "TEGHOOOOKKK" agaknya.. Sekadar renungan buat semua...

Isu yang kita dapat? MORAL seorang pelajar universiti..

4 ulasan:

  1. isu yg terlalu sensitif, tetapi kebenaran tetap kebenaran dan perlu dibongkar serta diteliti sebelum diterima..

    seks dalam kalangan pelajar universiti sesuatu yg sukar hendak dibuktikan tetapi ia adalah realiti. suatu ketika di akhbar harian metro ada menyiarkan berita mengenai penjualan kondom di kedai serbaneka yg berdekatan universiti mengalami penurunan jualan apabila cuti semester, tetapi penjualan kondom meningkat apabila sidang bermula. adakah hanya kebetulan???

    disekeliling kita memang ramai buat perangai macam tu (tak semua)..pakaian menutup aurat, tudung labuh, berkopiah, berjubah, bercelak tetapi itu semua hanya topeng sahaja..

    bab dadah aku tak nak komen sebab aku pun ambil dadah dalam bentuk ubat-ubatan..cuma aku rasa macam dapat agak siapa yg menyalahguna dadah tu..

    BalasPadam
  2. Tau pun ko... Penjualan kondom makin meningkat kat kedai serbaneka.. Tapi aku tak kisah la sebab deme guna kondom atleast budak takkan jadi. Kang buat2nya jadi budak, deme buang pula lagi haru, kawan... Dahla berzina, membunuh pula...

    Dadah?Entahlah... Masing-masing ada masalah sendiri, masalah dunia masalah peribadi.. Bukan semuanya boleh dicerita di kedai kopi..

    BalasPadam
  3. Ku pernah bersandar di tiang sebuah pondok dikampungku. Udara sejuk petang, ladang getah meluas dihadapan, anak-anak pokok getah masih belum kukuh pegangannya pada tanah bumi, dan bukit tinggi yang membiru, melapangkan dadaku dikala kepenatan seharian menghadap guru dan buku latihan disekolah.

    Rokok daun dan tembakau istimewa jadi pengiring alunan suara unggas disekelilingku. Ku rasa satu tenaga menguasai diri ku. Aku rasa bagaikan aku yang punyai hak keatas sang burung yang sedang menghentap sang belalang disebuah ranting tua dihadapanku.

    Ku sedup rokok daun, asap tangkas memasuki rongga tekakku, ketika itulah ku melihat ladang getah dihadapanku bertukar kepada ladang pokok poppy, dan alunan suara unggas bertukar kepada lagu Bob Marley..

    Aku rasakan diriku berada jauh di Jamaica. Ketika itu aku tidak lagi bertutur dalam bahasa ibundaku. Bahasa Taino jadi tuturanku.

    Aaaah..Sungguh indah... Semuanya ketika usia muda mudaku.

    BalasPadam
  4. izzuddin..mujurlah kau tersedar daripada lamunan itu..

    BalasPadam