Salam perpaduan dan Unite we for the right.
Salam pembuka bicara,
indah bahasa jangan dilupa,
berkata benar sentiasa,
walau sinis itu semanis gula,
pahitnya kena diterima jua.
Pak cik sebenarnya malas nak cerita dan ungkit kembali apa yang sudah lepas.. Bak kata orang, barang yang lepas jangan dikenang. Tapi pak cik kena cerita juga demi pembaca semua. Bukan pak cik nak menjatuhkan sesiapa atau mahu menghina sesiapa.. Semua ini jadi pedoman untuk semua.. Terutama adik-adik dan rakan-rakan yang sedang berjuang dengan pena dan kertas di medan peperiksaan di sekolah atau di universiti.
Entry kali ini sebenarnya bagi menyambut entry rakan-rakan seperjuangan Candu Minda dan geng Meja Kedai kopi.. Teringat pak cik tentang bait lirik lagu Cerita Kedai Kopi oleh Malique Too Phat featuring Salam Dan Dj Fuzz... "Cerita kopi, tiada hakim tiada saksi, cerita sensasi di kedai kopi".. Kami berbincang sama-sama tentang semua perkara tidak kira apa jua.. Isu sensitif juga dibincang. Kami terbuka dan menerima.. Tiada persetujuan, perkara biasa.. Adatlah ketika berbicara.. Kadang-kala isu kami bincang adalah remeh bagi sesetengah pihak. Tapi kami tidak peduli apa orang kata. Laman Blog menjadi tempat kami menyambung perbincangan. Tapi kami saling berbeza pendapat kerana kami berbeza tempat asal, berbeza umur, berbeza kursus major dan minor, berbeza minat dan berbeza bangsa. Kami tetap mempunyai persamaan.. Iaitu Kami memegang kata-kata ini "Terima kasih untuk tidak bersetuju"..
Kembali pada cerita, pak cik nak cerita la.. Pak cik ni bukanlah pelajar yang bijak atau disayangi oleh guru-guru di sekolah dulu. Bahkan jika mengenang kembali pada zaman awal persekolahan dahulu, pak cik merupakan pelajar paling lemah sekali. Pernah dapat tempat terakhir pada peperiksaan.. Bahkan pernah dicop sebagai pelajar tiada harapan dan tiada masa depan. Pernah dihina kerana kebodohan, lagi bila mereka tahu pak cik ini orang asli, lagilah orang hina. Tapi pak cik nekad untuk berubah. Pak cik bangkit untuk berjaya.. Walau tidak pernah cemerlang tapi pak cik bangga sebab semua itu hasil usaha pak cik sendiri. Masa sekolah menengah, semua orang kenal pak cik siapa.. Pengawas paling poyo di sekolah. Yang lelaki kata pak cik perasaan bagus, yang perempuan kata pak cik perasaan handsome. Tapi pak cik tahu satu sahaja iaitu pak cik lebih bagus menggunakan akal dan fiqiran dari mereka. Cikgu-cikgu kebanyakkannya pun tak suka pak cik.. Terutama selepas SPM.. Dulu pak cik pernah terasa seperti dihina kerana mahu mengambil subjek tambahan masa untuk SPM.. Ada seorang guru pernah berkata, "Can u handle this subject? This subject is only for science student.. I dont think u can handle this subject". Pak cik tak kisah dan pak cik belajar sendiri dengan bantuan seorang guru.. Kesimpulannya pada hari keputusan SPM, Pak cik dapat keputusan yang agak baik walau tak cemerlang tetapi mampu buat mak pak cik menangis gembira.. Pak cik dapat 4B untuk subjek yang pak cik belajar sendiri itu dan ada pelajar aliran sains yang hari-hari disuap dan ditatang dengan minyak penuh, gagal.. Bukan mahu mendabik dada tapi itulah hakikatnya. Kemudian, pak cik sambung pengajian ke tingkatan enam walau dapat melanjutkan pelajaran ke UITM.. Paling penting tak perlu ambil kertas julai atau belajar di sekolah swasta.
Masa STPM, buku setebal 200 hingga 400 muka surat menjadi teman.. Sejarah dunia, sejarah asia, tamadun islam, pengajian am, bahasa melayu, geografi.. Jika ditimbang, mau dekat 10 kilogram buku kami pikul ke sana-sini semasa belajar setiap masa. Kami juga di minta supaya sentiasa peka dengan isu-isu semasa yang boleh dikaitkan dengan pelajaran yang kami pelajari.. Melalui ini juga, pak cik memulakan langkah untuk belajar berfiqir tentang dunia luar. Kami cuba memahami sejarah yang telah berlaku, apa kesannya, dan apa yang akan berlaku seterusnya. Geografi apa yang mempengaruhi sesetengah manusia dan fizikal dunia. Pengajian am tentang dasar negara, undang-undang am, politik, pentadbiran, dunia semasa dan sebagainya. Bahasa melayu pula tentang fonologi dan sebagainya yang memeningkan kepala. Setahun setengah perjuangan kami di tingkatan 6 dan kami kena muntahkan segalanya dalam masa 4 hingga 5 hari sahaja.. Yang akan menentukan hala tuju kami samada ke universiti atau sebagainya.
Apabila selesai peperiksaan STPM, kertas kami ditanda oleh entah siapa.. Entah di mana. Sedar-sedar keputusan entah sudah keluar. Tak boleh nak bodek atau diampu si pemeriksa.. Tidak seperti Universiti atau mungkin di kolej matrikulasi.. Muka baik dan lawa, dapat baik. Muka hodoh dan bukan kaki bodek, sudah tentu digagalkan atau tak dapat yang baik.. Walau jawapan yang diberikan lebih baik. Masa STPM, sapa yang jadi pengawas, akan terbabit dalam isu masalah disiplin pelajar lain. Adakah di universiti atau matrikulasi ada macam ni? Sudah tentu tidak rasanya. Lagi-lagi di kolej matrikulasi..Kerana sudah tentu mereka dari golongan yang baik-baik dan bijak.. Sudah tentu tidak bermasalah.
Universiti.. Pak cik dengar sebagai gedung ilmu paling lengkap selepas sekolah. Kita boleh dapat apa sahaja ilmu.. Samada di perpustakaan atau melalui pensyarah sendiri.. Disini juga terkumpulnya segala bangsa manusia dari pelbagai jenis dan rupa, asal usul dan negara.. Boleh bertukar-tukar ilmu yang ada.. Tapi sayang sekali.. Pak cik tengok apa yang akan dihasilkan universiti hanya mungkin hanyalah bakal kaki bodek dan kaki ampu sahaja.. Atau penghafal terbaik dari seorang pelajar atau ahli intelektual yang kritis dan kreatif.. Bukan seseorang yang mampu menghasilkan dan memikirkan sesuatu yang Avangard(kalau ejaan salah tolong betulkan)... Paling penting ialah melahirkan seseorang yang tidak boleh belajar atau menerima hakikat terutama HAKIKAT TENTANG KEGAGALAN.. Insan yang lemah dan lembik.. Perlu di tongkat atau di sokong. Tidak merdeka dan bebas.. Semua mahu ikut buku. Bila dimarah akan menangis,bila ditegur akan melenting.. Aset penjahanam negara dan keintelektualan dunia.
Pak cik tahu pak cik tidak bijak mana.. Tapi golongan seperti pak cik inilah yang sedar tentang semua ini.. Kita belajar untuk dapat ilmu dan pengetahuan.. Bukan untuk segenggam kertas bernama ijazah semata-mata dan bukan jadi penghafal terbaik..
Penutup bicara yang tidak seberapa..
Terima kasih untuk tidak bersetuju.
If i born as a loser, but i will be die as a winner..
Not to be the best but should be the great..
tahniah!! akhirnya terluah juga segala perasaan yg terpendam selama ni..
BalasPadamkadangkala sukar mengungkapkan sesuatu perkara di depan orang lain..
bak kata fahmi ydp KeSPol "tak puas hati tulis dalam blog.."
Hahahaha..
BalasPadamSegmen tak puas hati nampaknya...
Avant - Garde he he..
BalasPadam