Tanah lapang

Ahad, 22 November 2009

Politik dan Serangan peribadi

Salam perpaduan dan unite we for the right.

Salam sinis pembuka bicara
Sinis semanis gula...

Serangan peribadi? Apa tu? Pak cik pun tak taulah maksud yang jelas tentangnya. Yang pak cik tahu, ia satu serangan secara lisan terhadap mental dan fizikal.. Dimana ia menyentuh mengenai keperibadian dan aib seseorang manusia.. Seperti tebiat buruk, sejarah hitam atau sebagainya.. Biasanya ia menjadi senjata semua orang bila dah terdesak terutama ahli politik kelas tiga atau tidak berkelas langsung.. Pak cik lihat, banyak serangan peribadi telah dilakukan. Ia bukan mengkucar-kacirkan arena politik tanah air malah kestabilan negara.. Bila pihak berkuasa ambil tindakkan pula, semakin kusut masalah yang dihadapi.

Tidak kira siapa pun, akan terlibat dalam dalam melakukan serangan peribadi ini... Samada ahli politik yang berteraskan parti agama atau kaum. Semua akan terlibat.. Mungkin mereka dalam keadaan tak sedar kerana terlampau terdesak atau terlalu hendak untuk "menetak" orang..

Namun, setiap perkara ada pro atau kontra.. Secara peribadinya, pak cik rasa serangan ini bagus terutama dalam politik itu kerana rakyat perlu tahu tentang keperibadian bakal atau pemimpin mereka yang sedia ada.. Adakah seorang pemimpin itu akan diterima jika moralnya buruk? Contoh seperti di barat dimana, terdapat pemimpin tertinggi dalam kerajaan terlibat dalam kegiatan homoseksual... Adakah rakyat khasnya di Malaysia ini akan menerima pemimpin seperti itu? Mungkin sama golongan itu mungkin terimalah tapi adakah semua rakyat negara itu gay? Jika beliau seorang yang boleh membuat kerja juga pun, belum  tentu akan diterima oleh rakyat.

Manakala negatifnya pula, serangan peribadi ini pula dikuatiri akan mendatangkan fitnah dan sebagainya.. Kebanyakkan serangan peribadi ini di sebarkan melalui Khabar angin kerana mudah tersebar dan rakyat mudah percayai khabar angin kerana ia percuma dan cepat walau ia tidak tepat atau memang selalu tidak tepat.. Bila melalui keadaan ini, ia akan menimbulkan keadaan tegang atau sedikit "Kucar-kacir"..Adakah rakyat mahu keadaan seperti ini?

Namun, setiap orang ada pendapat atau pendirian mereka.. Ini adalah pandangan peribadi dari saya.. Seorang pemerhati bebas..

3 ulasan:

  1. Serangan peribadi dan politik memang tak dapat dipisahkan. Ia adalah senjata yang ampuh bagi memusnahkan watak politikus yang diserang. Soalnya, sampai bila kita mahu terikut dengan budaya politik sebegini? Najib Altantuya dan Anwar Peliwat...Apa relevannya dengan rakyat?

    Benar, politik adalah persepsi tapi ini tidak mengubah apa-apa selagi dasar tidak berubah. Aku merujuk kepada Pakatan Rakyat yang sepatutnya menumpukan usaha untuk mengubah dasar BN dari terlalu obses dengan kes Altantuya...

    Aku tidak berpihak pada Pakatan atau Barisan, cuma seorang NGI (Non Govermental Individual).

    BalasPadam
  2. mereka terpengaruh dengan Nicolo Machiavelli.. "Matlamat Menghalalkan Cara.."

    BalasPadam
  3. Bagus..Jawapan macam ni aku nak.. Din mana ni?

    BalasPadam