Salam perpaduan dan salam kemanusiaan...
Unite we for the right..
Sinis semanis gula,
salam pembuka bicara..
Sudah hampir seminggu aku tak buat sebarang catatan dalam ruangan maya ini...Bukan tak ada idea tapi sibuk di medan "perang" yang menyesakkan fiqiran aku. Akan tetapi ia sudah hampir berakhir.. Nak tau apa? Exam la... Apa lagi... Sepanjang seminggu tu, macam-macam benda berlaku. Kucar- kacir hidup aku dan kuchalana fiqiran Sampai aku lupa apa yang berlaku.. Ada duka, ada gembira. Minggu depan, aku akan kembali menyedut udara Batu 12 Gombak setelah hampir sebulan lebih menyedut udara Pulau Pinang. Akan sebulan juga aku disana sehingga kembali ke Pulau Pinang. Pejam dan celik, kunyah dan telan, sedut dan hembus, sedar tak sedar hampir 2 tahun aku menuntut ilmu di Pulau yang sesak ini tapi jasanya besar kepada aku. Banyak aku pelajari dan aku ketahui.. Setahun setengah lagi baki pengajian aku jika mengikut jadual dan aku akan melangkah kembali ke dunia luar walau aku sudah terdedah dengan senario dunia luar. Adakah aku cekal dan tabah menghadapinya? Ah! Lupakan seketika hal ini. Hidup mesti di teruskan.
Semester satu tahun kedua pengajian aku ini, banyak perkara sudah terjadi. Setakat ini, semester ini merupakan semester yang paling seronok bagi aku. Aku mengenali ramai orang dan ramai sifat. Ada gembira dan duka antara kami. Disamping itu, semester ini aku berasa bahagia kerana hati yang kosong sudah berisi.. Kembara aku makin luas, jejak langkah aku makin panjang. Perjuang aku jelas cuma masih terhuyung-hayang mencari arah sebenar. Oh,sebelum terlupa aku ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan lagi penggunaan kereta lama kerana aku pun salah seorang dari pengguna kereta lama juga.. "Jasa" pihak kerajaan tidak saya akan lupakan.
Setiap langkah yang bermula, pasti berakhir. Walau kita mara selangkah sekali pun setiap masa, namun langkah itu akan berakhir jua. Sudah la setakat ini..Nantikan coretan peristiwa yang telah berlaku sepanjang semester ini. Tapi bukan kisah cinta atau berapa kali saya kecewa kerana ditipu oleh kedai alat ganti kereta.
kalau ko cuti, aku pun cuti..
BalasPadamlaaa tak sedar dah nak abis sem ni..cepat betul masa berlalu..
hurm...org ada balance 1 lg paper yg sungguh menyesakkan dada...it's reeve's....
BalasPadamITS REE BUNNY BOOST TUMMY LA...HELO..CHOY!!!
BalasPadamDearie, who are you?
BalasPadam