Salam mahasiswa, salam aspirasi dan salam perpaduan seluruh umat manusia.
Salam sinis pembuka bicara,
mari kita bermain kata,
pujian umpama gula..
Malaysia terkenal dengan pelbagai pencapaian terutama dalam bidang sukan. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Malaysia terutama kepada pasukan bola sepak bawah 23 tahun kita kerana berjaya mengakhiri musim kemarau pingat emas bagi acara bola sepak.. Walau apa pun, pasukan vietnam juga memang hebat dan jika tak hebat, mengapa cuma satu gol sahaja dihasilkan oleh Malaysia.. Sesuatu keputusan yang diluar jangkaan.. Apa-apa pun tahniah buat Malaysia..
Sejarah Malaysia dan sukan permotoran.
Malaysia sebenarnya sudah lama terlibat dalam sukan permotoran terutama dalam formula 1 khasnya.. Ia dipercayai bermula dengan penajaan terhadap pasukan
Stewart Grand Prix pada tahun 1996 dan pasukan
Sauber Petronas juga pada tahun yang sama. Tidak lama selepas itu, Malaysia telah membina sebuah litar di sepang dan membuatkan ramai orang seperti pekerja estet dan orang asli terpaksa berpindah. Pada tahun 1999,
Litar antarabangsa sepang(Track ni bagus tapi nak guna kena bayar mahal. Mana tak kami geng kereta racing kat jalan biasa) siap dibina dan Grand Prix Malaysia pertama telah berlangsung dan sinilah bermulanya Malaysia menjadi Hos atau tuan tanah kepada sukan permotoran berprestij ini. Disini juga dapat dilihat seorang pelumba formula 1 malaysia pertama mucul dan selalu kalah dalam setiap perlumbaan sehingga beliau terpaksa melupakan karier beliau dalam formula 1. Beliau adalah
Alex Yoong.
Kini Malaysia mengorak langkah dengan penubuhan
Lotus F1 Racing.
Baru-baru ini, media cetak dan media elektronik telah memaparkan tentang penubuhan pasukan One Malaysia F1 atau nama lain iaitu Lotus F1 Racing teams iaitu satu pasukan baru yang akan mewarnai sukan formula 1 edisi 2010. Apa yang saya faham ialah ia merupakan idea dan usahasama antara Kerajaan Malaysia dan sebuah konsortium usahawan malaysia seperti Proton (pemilik Lotus Cars), Litar Antarabangsa Sepang (SIC), AirAsia, Naza Motors, Persatuan Sukan Bermotor Malaysia dan Persatuan Automobil Malaysia. Walaupun demikian, kerajaan Malaysia menegaskan bahawa pihaknya sendiri tidak melabur dalam pasukan F1 ini selain melabur melalui Proton. Khabarnya kepala bagi pasukan ini ialah seorang tokoh kapitalis penerbangan Malaysia iaitu Dato Tony Fernandes iaitu pengasas kepada syarikat penerbangan AIR ASIA(Semua orang boleh terbang)... Manakala para pemandu atau driver atau bahasa kaminya "JOKI" bagi pasukan ini ialah Jarno Trulli dari pasukan Toyota dan Heikki Kovalainen dari pasukan Mclaren.
Salah seorang anak tempatan yang sudah berkurun cuba untuk jadi pelumba F1 iaitu Mohamed Fairuz Fauzy akan menjadi pemandu uji merangkap pelumba ketiga dalam pasukan ini. Bagi aku, orang itali dan orang finland ini sebenarnya tidak dapat mana-mana tempat dalam pasukan lain dalam kalender formula 1 pada tahun 2010.Tapi aku akui mereka berdua ini bagus dan pernah menaik podium dengan bekas pasukan masing-masing.
Tak tau la macamana dia ni esok.. Aku tak yakin bukan sebab dia orang melayu atau apa tapi aku memang tak yakin. Tapi apa-apa boleh jadi nanti. Harap-harap dia berjayalah..
Persoalannya sekarang ialah, adakah semua ini memberi faedah kepada ke semua rakyat Malaysia tentang semua ni? Memanglah ia menawarkan sumber pekerjaan dan ia juga membantu dalam penambahan pendapat negara. Pembinaan Litar sepang dikatakan sebagai pusat sukan bermotor bagi negara dan rakyat.. Tapi hanya pasukan yang bermodal besar sahaja yang mampu menyewanya. Dulu ada litar batu 3 speedway di Shah Alam tapi TOYOL dah kebas tempat tu jadi kawasan perumahan mewah. Racing kat jalan biasa pula kena kejar dengan Skuad 42 dengan peronda lebuh raya.
Ia juga akan mengharumkan nama negara di mata antarabangsa dan rakyat kena berasa bangga dengannya.. Persoalannya sekarang, rasa bangga tu boleh beri makan kepada jutaan rakyat malaysia yang masih kais pagi makan pagi, kais petang makan petang?
Hmm...Tahniah...Menepati janji untuk tulis pasal hal ni...
BalasPadamPasal Fairuz Fauzy tu, aku rasa dia mampu jadi pemandu yang baik...Sebab dia mula dari bawah...X mcm Alex Yoong...Alex Yoong mmg tiba2 je jadi racingboy...hahaha...Mgkn Alex Yoong kena g Yong Peng...Belajar racing dengan Syukri Saadon...hahahaha...Jgn marah ye....
Terima kasih..
BalasPadamHai...serangan peribadi nampak?
Hahahah
Tapi memang lawak. hahaha.
Aku nak tunggu respon syukri..hehehe
Bkn serangan peribadi...kebetulan tempat dia nama Yong Peng...hahahaha
BalasPadam