Tanah lapang

Khamis, 17 Disember 2009

Kenapa?

Salam perpaduan,salam mahasiswa dan salam aspirasi..

Sinis pembuka bicara,
bukan mahu mengata atau menghina,
ingin mengubah rasa dan perisa,
ini luahan rasa..

Ini blog bukan diari peribadi,
duk cerita hal dalam kain sendiri,
jangan siapa terasa hati,
ini cuma pandangan peribadi.

Perkara ini selalu aku dan sahabat candu minda sering lakukan. Kami sering mengelak untuk bercakap atau bertembung atau duduk bersama apatah lagi bercampur dengan golongan yang kami labelkan sebagai golongan elit. Mereka ini terdiri daripada golongan cerdik pandai atau penghafal terbaik, pelajar yang mempunyai pengaruh di kalangan pelajar atau pihak Universiti, golongan yang cantik dan kacak bergaya, anak-anak golongan elit yang memandu Kia Sorento atau Mercedes Benz dan lain-lain golongan lagi yang agak berbeza dengan kami. Namun begitu, kami dan mereka tetap sama sebagai manusia.

Tetapi kami tidak pernah membenci mereka walau sekali.

Berbalik pada tujuan asal, aku cerita benda ini bukan mahu meraih simpati atau apa.. Cuma nak cerita dan ini bukan segmen tak puas hati.. Cuma menjawab persoalan seorang kawan. Tapi sebelum tu, aku nak mintak maaf terutama kat "Honey" aku.. Ini bukan nak bagi sakit hati kamu tetapi sekadar menjawab soalan kawan sahaja. Soalannya berbunyi, "Remie, Kenapa ko tak nak ngorat "dia" walau dah terang-terang suka dengan ko?".. Lalu aku pun dengan serius lagi riaknya dan meminjam mimik muka syukri untuk menjawab, "Aku tak nak.. Dia anak "lord"... Aku lemah dan lemas dengan anak lord ni.. Lagipun, akukan dah ada awek."..

Anak lord? "Lord" bagi aku dalam situasi begini ialah, anak orang kaya.. Walau kita tau terang-terang mak bapak dia yang kaya dan bukannya dia.. Hahahaha.. Tapi itulah hakikatnya.. Aku memang tak nak couple apatah lagi kahwin dengan anak orang kaya.

Pertama sebab aku segan.. Aku orang biasa.. Hidup biasa dengan kesusahan. Suka makan ubi kayu dengan ikan masin. Lepak di gerai tepi jalan bukan makan di hotel. Pakai Dr. Martens bukan Prada atau Gucci.. Pakai Lonsdale bukan jenama mewah lain. Pakai Nissan sunny bukan Mercedes Benz.

Kedua, aku tak handsome. Segan beb.. Awek macam puteri raja tapi berkepit dengan ..

Memang la kata orang, cinta mampu mengubah segalanya dan aku akui kebenarannya. Tapi rendah diri dan sedar diri perlu ada. Berpijak pada bumi yang nyata.

Tapi ini pendapat peribadilah..Aku bukan  mewakili semua sekali..hehehe

Dan ini bukan Diari peribadi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

5 ulasan:

  1. sometime bila kita dah attached with someone, kita dah rasa nak ignore je anasir-anasir lain yg cuba tuk membuat kita berfikir dua kali ttg apa yg kita dah ada kan...

    BalasPadam
  2. ahahhaha
    dah jadi diari peribadi juga sedikit nih

    BalasPadam
  3. hahaha..Ntah la hans...Weh..Hang smbg belajar kt shah alam yek?Tahniah..Selamat kembali ke dunia gila...

    BalasPadam
  4. Lama membisu akak izzudin ni..hehehe
    Emm...betul tu cik fana...

    BalasPadam
  5. hehe..ada je remie...kadang kala bila kita senyap,lagi kita dapat memahami dengan teliti kan...

    BalasPadam