Tanah lapang

Sabtu, 26 Disember 2009

Adakah seorang manusia berhak untuk berasa benci?

Salam perpaduan, salam kemanusiaan dan salam penyatuan seluruh umat manusia..

Kebencian? Perasaan yang berlawanan dengan perasaan kasih sayang. Tapi kenapa perasaan ini wujud? Kerana perasaan kecewa, iri hati dan dengki kianat. Tetapi bagi aku kebencian akibat kecewa amat bahaya sekali.  Ia mampu mengakibatkan permusuhan antara dua insan manusia..Atau satu insan dan emosinya sendiri. Kesannya kematian salah seorang dari dua insan itu atau insan itu sendiri.. Aku pernah lihat kes-kes sebegini dan di media massa juga sering memaparkan kejadian sebegini rupa..

Aku? Kebencian dan kesedihan adalah permainan dalam hidup aku. Aku pernah dibenci dan membenci. Bermusuh dan dimusuhi. Mulut aku ketawa, hati aku menangis.. Cuma perasaan cemburu, iri hati atau dengki tidak ade dalam kamus hidup aku.. Sampai orang kata aku tak ada perasaan.. Sebenarnya aku bukan apa, buat apa nak cemburu dengan orang.. Nasib dan takdir masing-masing tak sama.. Ada lebih, ada kurang.. Jadi kenapa kita perlu iri hati? Bersyukurlah dengan apa kita ada..

Oh....Sebelum terlupa, adakah manusia berhak untuk membenci? Bagi aku terpulanglah...Hak individu... Hak masing-masing.. Kalau mereka rasa berbaloi, kenapa tidak? Macamana dengan anda diluar sana? Adakah anda memliki jawapan yang tersendiri?

Lagu yang aku tuju khas buat seseorang yang paling istimewa buat aku walau dia bukan milik aku.


3 ulasan:

  1. perasaan benci mmg ssh kita nk buang..

    mcm tu gk perasaan sayang...

    walaupun berkali-kali diluka kalo dh syg tu xleh nk wat pa dh melainkan ada prasaan bnci..

    tp np sy susah nk benci org ye??

    BalasPadam
  2. yups....benci tu memang susah nak buang...
    ntahlah..benda n subjective

    BalasPadam
  3. Anis, entahla..Makin kita sayang, benci tu makin datang..
    tapi betul gak kata hans tu, benda ni subjective..

    BalasPadam