Tanah lapang

Isnin, 21 Disember 2009

Benda macam ni pun boleh hilang?

Salam mahasiswa, salam aspirasi dan salam perpaduan..





Baru-baru ni kita digemparkan dengan kehilangan enjin jet pejuang.



Hemmm..Makin pelik sistem pertahanan Malaysia ni.. Adakah sistem pertahanan negara kita makin teruk? Boleh di jual beli? Setakat ni enjin aku rasa, aku boleh maafkanlah.. Tapi aku rasa tak boleh di maafkanlah juga. Sebab aku rasa makin teruk Malaysia.. Ingat ni main-main ke? Entah-entah maklumat kekuatan kita pun diaorang dah jual. Atau boleh dapat secara teliti adan terus dalam wikipedia. Dulu kes Al-Maunah, berapa ratus rifle dengan lain-lain peralatan boleh hilang.. Kena angkut bodoh macam tu jek. Mungkin sentri yang jaga bunker dia budak baru lapor diri jadi askar dan terus kena jaga sentri. Atau dia dah mengantuk sebab dah berapa hari tak tidur kena sentri.

Nak salahkan sapa dalam hal ni? 
Depa nak buat apa dengan enjin jet ni? Nak buat kereta batman?



Ke Kapal terbang nak tabur baja kat sawah?

Pemimpin duk sibuk hal ketuanan dan segala macam hal yang mengarut lain. Hal benda macam ni dibiarkan. Yang pembangkang duk nak memerintah, kononnya dia yang adil dan bersih.. Porah! Kalau malaysia perang, depa yang lari dulu. Lepas ni aku nak tengok apa pula yang hilang.. Jangan aku dengar KD Hang Tuah kat labuan tu pula yang tetiba hilang kena jual sudahlah. Atau pun Kapal selam Scorpean yang dibangga-bangga sangat tu.
Nak salahkan siapa dalam hal macam ni?



GILA!

5 ulasan:

  1. Siasatan tentang benda ni dh dijalankan pihak polis...Tahniah pada kerajaan terutamanya Kementerian Pertahanan yang tidak mengambil jalan 'tutup kes'...Ini baru benar-benar telus...

    BalasPadam
  2. Zaman siapa yang jadi menteri pertahanan enjin jet ni hilang?

    Aku ingat dah dua tahun benda ni hilang, tapi kenapa senyap.

    BalasPadam
  3. itulah
    aku ingat baru hilang tapi rupa2nya dah 2 tahun hilang
    skrg baru kecoh2
    adoi
    ntahlah
    semakin ramai tali barut pada negara sendiri

    BalasPadam
  4. Laporan Polis dibuat terus selepas enjin hilang...Cuma wartawan yang lambat tahu...hahahaha...

    BalasPadam
  5. Aku harap, benda macam jangan jadi lagi.. Kita aset tak banyak..
    Ni nak duk jual lagi..

    BalasPadam