Tanah lapang

Sabtu, 12 Disember 2009

Ragam orang atas jalan kita bahagian satu

Salam perpaduan dan salam kemanusiaan.
Unite we for the right,
salam sinis pembuka bicara.

Aku percaya yang hampir  semua orang ada lesen memandu dan pernah memandu di jalan raya secara sah atau haram. Jangan tipu atau mahu menipu, aku pun pernah buat semua tu. Pejam celik, sudah hampir 10 tahun aku memandu dijalan raya dengan 5 tahun secara haram dan hampir 5 tahun lagi secara sah. Nampak sangat aku ni bukan mat skema yang memperjuangkan "kedaulatan undang-undang".. Setakat ini tidak pernah disaman oleh polis, JPJ dan majlis pembandaran mana-mana negeri atas kesalahan trafik. Bukan aku mahu mendabik dada atau mengangkat diri, rekod peribadi aku ialah 2 jam 50 minit rekod paling pantas aku pernah catat dari penang sampai Kuala Lumpur dengan perodua MYVI standard (Lepas jambatan pulau pinang pukul 7pm dan sampai di Hospital sungai buloh tepat jam 9.50pm.). Dengan Perodua Kembara atau Daihatsu Terios dengan ubahsuai minor dengan catatan masa 3jam lebih atau tepat 4jam (Dalam keadaan hujan lebat). Agaknya kalau aku pandu Toyota Supra aku dulu, lagi pendek catatan masa aku.Tapi bukan itu aku mahu aku ceritakan.

Aku nak cerita tentang kebodohan pemandu jalan raya dan aku akan senaraikan apa kebodohan itu berdasarkan apa yang aku ingat. Kebodohan pertama ialah Tak mahu atau tak guna lampu isyarat atau lampu "signal" semasa ingin memotong, masuk simpang atau sebagainya. Ini kebodohan paling ketara. Aku selalu terkena. Orang selalu masuk simpang dengan keadaan tiba-tiba. Tanpa sebarang isyarat atau tanda. Bayangkan dalam kelajuan tinggi dengan tiba-tiba masuk kiri atau kanan jalan dengan brek kecemasan. Ada kalanya diiringi senyuman dan ketawa gembira. Mungkin merasakan diri mereka hebat jika berbuat demikian. Kalau orang langgar mereka, mereka akan buat satu soalan paling bodoh iaitu "Awak tak nampak saya nak masuk?".. Mereka berasakan mereka tidak bersalah walau mereka tau mereka sebenarnya bersalah. Aku pernah kena macam ni. Memula aku senyum, aku cakap kita selesai cara elok tapi dia tak mau. Dia kata aku salah. Dia tolak-tolak aku. Mungkin dia nak tunjuk hebat kat awek dia kat dalam kereta dia. Aku diam, aku buka but kereta dan aku tunjal remington model 870 dekat muka dia. Terus terkencing dia.(Part ini aku tipu jek sebab na bagi gempak cerita..Hahahahaha)

Kebodohan kedua ialah Membunyikan hon dengan niat menyuruh orang dihadapan bergerak walau keadaan lampu isyarat masih merah ketika di lampu isyarat.. Ini pun jenis-jenis orang yang bodoh.. Lampu merah tapi suruh orang depan gerak. Walau mungkin tidak ada kenderaan dari arah bertentangan tapi kita mana tau ada "Roket" akan lalu.. Tapi orang depan dia kalau gerak juga bermaknanya dia pun bangang jugalah.

Kebodohan ketiga ialah bagi isyarat nak ke kiri tapi ke kanan. Ini pun satu bodoh dan menyusahkan orang lain. Benda ini selalu jadi kat aku. Aku kadang-kadang naik takut. Bahaya orang macam ni.. Orang yang tiada tujuan dan hala tuju.. Orang yang tiada wawasan.. Hahahaha

Cukuplah setakat ini.. Nanti aku sambung lagi. Anda semua boleh bagi pendapat kalau mahu. Terima kasih.

7 ulasan:

  1. Satu lagi masalah, bawa kereta sambil ber'tuuut'.. hahaha

    BalasPadam
  2. Hahaha.. Tu Biasa la,din ..Aku penah nampak kat penang..Hehehehe

    BalasPadam
  3. hahahah
    selalu jadi macam tu
    orang yg bawa moto macam aku nih jugalah yang merana
    sikit2 salah moto padahal si bawa kereta yg bagi signal xbetul atau lambat bagi signal

    eh,thanks sudi follow blog saya yg entah apa2 tu yer

    BalasPadam
  4. Tarak hal brother.. Gua ok jek..Hahaha

    Betol la.. Aku kesian ngan ampa yang bawak motor ni.. Orang tak hormat ampa...

    BalasPadam
  5. Gua sangat teruja bila dengar orang bunyikan hon time lampu isyarat merah, sebab gua sendiri pernah kene. kebetulan pulak gua memang tgh mengelamun time tu, apa lagi gua jalan la.. hampir2 gua nak kene langgar ngan kete lain. kete tu siap brek menggejut, lalu tunjuk fuck kat gua. memang hangin betul gua. malangnya gua x tau sapa yang bunyikan hon tu.. memang sial punye keturunan yang suka pekena orang lain tanpa memikirkan bahayanya.

    BalasPadam
  6. Ui...terok tu..Nasib baik hang takde apa..
    Lain kali jangan berangan msa bawak keta..Hahehe

    BalasPadam
  7. tahu xper
    dah lah kena cop mat rempit
    salah sikit je terus kena cop
    padahal mat rempit tu lain
    lepas tu kena makan asap kereta yg xpernah servis 5 tahun
    asap dah lah hitam
    penyakit lagi
    orang bawa moto memang teraniaya

    BalasPadam