Tanah lapang

Selasa, 8 Disember 2009

Siapa yang berhak sebenarnya?

Salam sinis pembuka bicara.

Sudah lama tidak mencatat diruang siber ini. Ingat nak buat tentang tribute tentang perkara yang berlaku sepanjang semester lalu. Tapi ada isu menarik yang bermain dalam akal fiqiran ini. Kawan-kawan sibuk berkata tentang PLKN dan BTN. Pelbagai hujah dikeluarkan mengikut fahaman masing-masing. Ada pro dan kontra tapi itu semua dunia bak kata Syukri sahabat saya.

Semua perkara tersebut dilakukan demi melahirkan masyarakat yang bersatu padu, saling menghormati dan memahami antara satu sama lain. Ia juga dilihat sebagai satu medium atau alat atau jika lebih tepat sekali bagi faham saya ialah ia merupakan sebuah "kilang" untuk melahirkan seorang warganegara yang patriotik atau seorang patriot sebuah negara.

Persoalannya disini ialah, adakah ia benar-benar melahirkan seorang warganegara yang patriotik? Atau apa yang saya dapat lihat ialah, kebanyakkan yang pergi ke program sedemikian, apabila tamat, mereka berubah menjadi manusia yang baru. Ibarat bayi yang baru lahir. Ada yang bagus. Tapi majoritinya menjadi seorang yang takbur dan angkuh. Mereka merasakan mereka sudah hebat dan berhak mempersoalkan adakah orang lain patriotik seperti mereka? Dimana tahap patriotisme orang lain yang tidak berkesempatan untuk serta dalam program ini? Apakah mereka berhak untuk berbuat sedemikian? Siapa mereka?

Secara jujur, saya mengakui program terbabit bagus dan berjaya. Bukan berjaya melahirkan seorang rakyat yang patriotik tetapi program ini berjaya dijalankan dengan jayanya. Pada saya yang tidak berpeluang mengikuti program seperti ini terutama PLKN kerana sudah menyarung seragam hijau selama 3 tahun dan 3 tahun bagi seragam biru, bagi saya yang serba kekurangan ini, ingin memberitahu bahawa, patriotisme seseorang bukan diukur dengan berapa kali menghadiri kursus BTN atau tabik hormat sambil menangis kepada bendera jalur gemilang. Tapi dengan bermula dengan hati yang ikhlas. Bak kata saudara Adnan Mokhtar dalam satu mensyuarat, "Kita kalau nak buat apa pun, pokok pangkalnya kita kena ikhlas. Kalau tak ikhlas, apa pun tak jadi.".

Lagi satu, adakah ia menyatupadukan semua masyarakat di Malaysia? Dalam kem mungkin ya tapi apabila di luar macamana? Adakah semua rakyat Malaysia bersatu? Tiada sangsi antara satu sama lain? Saya rasa tidak. Sebab masih timbul isu perkauman. Saling mempersoalkan antara satu sama lain.

Saya disini bukan mempersoalkan tentang relevan atau tidak PLKN atau BTN ini.. Cuma saya menyampah dengan segelintir manusia yang kononnya patriotik ini yang gemar memperkecilkan orang lain. Saya ingin melihat sejauh mana patriotisme yang ada pada mereka. Apakah mereka berhak mempersoalkan tahap patriotisme orang lain? Kalau ditakdirkan Malaysia ini berperang, jika mereka ini sudah cabut lari dari medan, saya sendiri akan memburu mereka kembali jika saya tidak gugur lagi

(Kalau nak jadi seorang yang patriotik, mulakan dengan perkara yang kecil seperti contoh jaga kebersihan negara dengan buang sampah dalam tong sampah.)

Siapa yang berhak sebenarnya?

2 ulasan:

  1. entry yg bagus
    betul2
    saya sokong anda
    kadang2 mereka cuba menunjukkan mereka patriotik tetapi bercakap berselang seli antara bahasa melayu dan inggeris
    sangatlah patriotik mereka itu kan?

    BalasPadam
  2. Tentang bahasa tu saudara hans, saya tidak begitu titik beratkan. Bak kata seorang sahabat saya, bahasa itu cuma alat komunikasi. Janji kita boleh memahami dan saling berkomunikasi antara satu sama lain, itu sudah cukup. Tapi saya tak nafikan kata-kata saudara itu. Semua itu benar belaka. Patriotisme harus dimulakan dengan niat dan hati yang ikhlas.
    Namun begitu, terima kasih kerana sudi melawat dan memberi pendapat dalam blog saya ini..

    BalasPadam