Tanah lapang

Ahad, 31 Januari 2010

Apa erti sebenarnya demokrasi?

Salam kuasa ketiga..

Sinis semanis gula, 
sembah salam pembuka bicara,
cakap banyak pun tak guna,
umpama menjala debu bunga.

Deman pilihan raya kampus sudah berakhir?Aku rasa belum lagi sebab selagi ada mulut yang tak jemu bercerita dan telinga tidak jemu mendengar cerita benar atau tipu belaka, cerita tentang pilihan raya ini akan terus dibicara.
Kecohnya juga pun masih terasa. Namun, suka atau tidak, inilah sistem demokrasi peringkat "rendah" yang perlu dipelajari oleh para pelajar IPT.

Namun, kecohnya masih terasa di sesetengah Universiti. Terutama di Univesiti yang agak hampir dengan rumah aku iaitu Universiti Malaya.. Pro-mahasiswa membantah penggunaan E-undi kerana bagi mereka tidak melambangkan erti demokrasi. Siap main hempas-hempas komputer lagi.. Apa salah komputer tu.. Sorry to say la, aku tengok semua yang berpiket ni semua budak melayu dan aku kira mereka bukanlah dari keluarga yang senang atau kaya. Mungkin belajar dengan tanggungan PTPTN atau biasiswa kerajaan atau lain-lain agensi atau melalui kiriman ibu bapa pada setiap bulan atau melalui kerja sambilan.

Aku hormat dan tabik mereka berani buat macam ni..Aku pun fiqir 2,3 kali juga kalau nak buat macam ni.. Tapi aku tak setujulah dengan cara diaorang ni. Banyak lagi caranya.. Bukan begini cara seorang pelajar Universiti.. Ni esok bila dah kerja dengan kerajaan, buat lagi perangai macam ni. Nak berpiket boleh. Tapi bukan dengan ini caranya. Ko lompat pijak komputer buat apa? Bazir duit jek. Beli komputer kemudian pijak-pijak. Kalau tak nak bagi kat aku, biar aku buat PC khas untuk main game.

Pro-mahasiswa menang besar di 2 universiti seperti Universiti Malaysia Terenggganu dan semestinya Universiti Islam antarabangsa(Walau aku tengok kebanyakkan pelajar dia agak hampeh dan tidak mengikut peraturan terutama masa pergi pasar malam kat depan sekolah teknik gombak setiap rabu.Bawak motor dengan tak setan. Aku cakap betul sebab aku orang gombak dan umah aku dekat dengan UIA. Sapa nak bantah cakap aku sila angkat tangan?). Ini dah tunjuk demokrasi dan aku tengok budak Pro-aspirasi kedua-dua universiti ini tak mengamuk pun.. Mungkin Pro-aspirasi kat 2 universiti ini tak ade perasaan kowt.


Apa erti demokrasi bagi diaorang ni? Kata mereka tidak melaungkan keganasan, keadilan yang seadil-adilnya dan sebagainya.. Tapi dah tunjuk macam ni, macamana nak tadbir negara atau sesuatu organisasi nanti?

Tapi sebenarnya aku masih kabur tentang erti sebenar demokrasi. Sesapa boleh membantu aku menghilangkan kekaburan aku itu?

3 ulasan:

  1. sorry to say la..depa ni kategori orang2 yg bangang & tak ada pemikiran sebagai seorang golongan ahli akademik. sebagai mahasiswa/i kita adalah ahli akademik.

    sorry to say la..dalam dunia ni mana ada demokrasi yg sebenar-benarnya demokrasi..USA yg cakap berapi-api pasal demokrasi pun tak demokrasi sebab masih ada kem tahanan teluk guantanamo..

    sorry to say la..kalau aku jadi VC UM, dah lama dah budak2 tu aku gantung daripada UM..buat apa nak simpan baka2 yg membusukkan nama UM..tindakan paling agresif perlu dilakukan supaya dapat mengajar mereka yg jahil erti demokrasi.

    sorry to say la..sepatutnya setiap IPTA perlu buat temuduga sebelum ambil pelajan bagi memastika mereka tak terlibat dalam melakukan demonstrasi..

    sorry to say la..IPTA perlu buat 1 perjanjian dengan mahasiswa/i jika mereka terlibat dalam demonstrasi maka mereka akan ditendang keluar secara automatik daripada IPTA yg mereka duduki..

    sorry to say la..PTPTN, biasiswa kerajaan & pelbagai jenis tajaan lagi perlu menarik balik pinjaman & tajaan terhadap mereka yg terlibat dalam demonstrasi ini

    sorry to say la..kalau mereka katakan bahawa PRK di UM tidak demokrasi kerana guna sistem e-undi mengapa di UMT puak2 mereka boleh menang besar??? kalah di UM boleh pulak buat demonstrasi..inikah erti demokrasi dalam hidup mereka???

    sorry to say la..mereka inilah yg akan membuat huru-hara dalam negara ni sedikit masa lagi..mereka inilah yg akan menyusahkan peniaga2 Melayu yg hidup kais pagi makan pagi di KL..macam mana nak berniaga kalau asyik buat demonstrasi je???

    sorry to say la..

    BalasPadam
  2. asal plihanraya kampus lain ganas giler...
    fakulti aku senang jer
    hahahaha


    maaflah kalau lari topik tapi nak minta tolong kamu vote entry saya yang bernombor 19 di blog www.denaihati.com

    lebih mudah nak faham sila click entry ini dan harap sudilah vote entry no 19 saya tu..

    terima kasih yer n promotelah dkt member2 sama suruh vote entry saya

    BalasPadam
  3. Syuk, apasal nama ko makin panjang?

    Hans, undi ni buat apa?nak bertanding pililah raya gak ka?hahahaha

    BalasPadam