Tanah lapang

Jumaat, 26 Februari 2010

Tahniah

Salam mahasiswa, salam aspirasi, dan salam kuasa ketiga

Sudah sesak laman sesawang ini yang dipenuhi sarang labah-labah. Jadi, saya mahu semakkan lagi ruang ini.
Malas hendak tulis panjang-panjang, cukup 2,3 baris ruang digunakan.

Tahniah saya ucapkan kepada calon-calon STPM tahun 2009.. Sebanyak 44000++ calon telah mendapat keputusan lulus penuh dan purata calon mendapat gred 3.00 keatas.. Angka yang begitu membanggakan. Nampaknya persaingan agak sengit kali ini.. Saya berharap pihak kementerian pengajian tinggi sudah menyediakan tempat yang cukup bagi mereka yang layak.

Saya percaya, kebanyakkan calon STPM adalah calon aliran kemanusiaan yang mengambil matapelajaran seperti geografi, bahasa malaysia, sejarah dan sebagainya. Jikalau boleh, saya harap agar pihak Kementerian Pengajian Tinggi menghadkan tempat bagi para calon lepasan matrikulasi bagi aliran kemanusiaan. Bagilah peluang kepada para calon lepasan STPM ini.

Bukan mahu bersikap bias cuma biarlah calon STPM ini mendapat peluang belajar di Universiti.. Biarlah penat lelah mereka memikul buku setebal 300ms bagi setiap subjek dan perlu memahami semuanya dan diluahkan dalam masa kurang dari 4-5 hari. Disamping itu, mungkin ada diantara mereka mengalami cabaran seperti penghinaan dan ejekan oleh orang yang pendek akal yang menganggap pelajar STPM adalah seorang yang tewas atau "Loser"..

Apa-apa pun, tahniah buat mereka. Ayuh! Pelajar STPM! Kita bangkit dan gegarkan arena akedemik dunia..

2 ulasan:

  1. masa STPM kena baca buku yg tebal..belajar banyak perkara..tapi masa peperiksaan sebenar cuma sikit je soalan yg masuk..belajar setahun setengah dengan seksa jawab soalan hanya seketika..waaahhh sungguh terseksa..

    sebab tu aku lebih hormat mereka yg ada STPM daripada matrikulasi..

    BalasPadam
  2. Tau takpe,kawan ku.. Aku pun berpendapat begitu.. Pening kepala masa STPM dulu pun tak hilang lagi...

    BalasPadam