Tanah lapang

Sabtu, 24 Julai 2010

Bukan menafikan tapi sekadar mahu tahu

Salam perpaduan,
salam satu harapan.

Mukadimah pembuka bicara, bukan menghina atau mengata, bukan emosi dan sakit hati tetapi kepala pening asyik fikir apa yang dah jadi.

Semalam ada perkara yang menyakitkan jiwa telah berlaku. Saya hampir bertekak dengan pengawal keselamatan kerana beliau cuba menghalang saya membawa masuk kenderaan ke dalam kawasan asrama saya di kampus. Beliau mengatakan bahawa saya tidak memiliki pas masuk yang baharu dan saya harus meletakkan kereta saya di luar kawasan asrama. Secara peribadi, saya akur dengan arahannya itu dan tidak menafikan hak dan peranannya sebagai penguatkuasa undang-undang di dalam kampus ini disamping mengetahui undang-undang universiti ini. Disamping itu juga, permohonan saya untuk mendapatkan pelekat, pas baharu masih dalam proses dan paling penting ialah, permohonan pelekat dan pas baharu hanya baru dibuka kepada pelajar seperti kami hanya pada minggu lalu dan sidang akedemik yang baru bermula hanya dua minggu!!!!!!!! Namun, apa yang saya persoalkan di sini, mengapa banyak kenderaan lain yang diletakkan di dalam kawasan asrama terbabit dan saya melihat tidak ada sebarang tindakan daripada pihak keselamatan terbabit.



Apa yang saya lihat ialah, kebanyakkan kenderaan yang diletakkan di dalam ruang letak kereta di dalam kawasan asrama ini kebanyakkannya adalah milik pelajar tahun pertama yang tidak langsung mempunyai pelekat kenderaan sidang akademik yang lalu!!!!! Apa yang saya faham ketika mula-mula belajar di kampus ini dahulu, kami pelajar tahun pertama dilarang menggunakan kenderaan dan tidak mendapat peluang untuk mendapatkan pelekat dan pas kenderaan melainkan anda mempunyai jawatan dalam persatuan dan anda merupakan anak kepada VVVIP yang mempunyai akses dan kelebihan tersendiri.

Pernah satu ketika dahulu, semasa saya dalam tahun kedua pengajian, saya pernah bertanya kepada seorang pengawal yang bertugas di kampus ini tentang mengapa mereka tidak menahan pelajar atau menyaman pelajar tahun pertama yang membawa kenderaan dalam kampus, jawapan beliau ialah "diaorang tu lain..". Lain? Apa bezanya kami dengan mereka? Mulia sangatkah kedudukan mereka sebagai kumpulan pelajar "APEX" yang pertama? Kebanyakkan daripada pelajar tahun pertama ini tidak menghormati dan tidak mematuhi peraturan. Seperti meletakkan kenderaan sesuka hati. Pernah sekali, kereta saya telah tercalar kerana ada pelajar tahun pertama cuba mengeluarkan kenderaannya dari petak tempat letak kereta dari ruang sempit. Kereta saya berada dalam petak yang betul manakala kereta pelajar terbabit berada dalam keadaan serong! Saya cuba menegur namun pemandu terbabit hanya menjengkilkan mata kononnya ingin tunjuk hebat. Saya cuma berdiam diri dan melihat di samping memegang "steering lock" kereta sambil membayangkan apa jadi jika saya menghayunkan besi padu itu ke arah kepala pelajar tadi. Namun saya masih waras dan bersabar sahaja.



Sikap begini juga bukan berlaku oleh pelajar tahun satu tetapi pelajar luar negara. Sama sahaja. Pernah seorang "babarian padang pasir" membunyikan hon ketika lampu isyarat sedang merah, menyuruh kenderaan dihadapannya bergerak. Tetapi pemandu dihadapannya enggan kerana lampu isyarat masih berwarna merah. Pak arab terbabit terus meluru meredah lampu merah terbabit sambil menunjukkan isyarat lucah ke arah pemandu kenderaan dihadapannya. Saya dan rakan menyangka pak arab terbabit, mempunyai hal kecemasan namun, apabila sampai di hadapan pondok pengawal, pak arab terbabit berhenti hanya untuk mengambil rakannya di tepi jalan sambil berborak dan bergelak ketawa. Perkara terbabit turut di saksikan oleh para pengawal keselamatan yang bertugas di pondok pengawal terbabit namun, tiada sebarang tindakan.

Saya bukan mahu menghentam atau menghina. Tetapi apa yang terjadi ini, buat saya tertanya-tanya.

3 ulasan:

  1. Pikir sendiri dan jangan hanya terus menafi

    BalasPadam
  2. hmmmm....perlukan pemantauan kes ni....

    BalasPadam
  3. yups
    aku sokong bab anak2 vvip tu
    ada juga aku mengeluh
    aku pernah berkata dekat lecture aku
    kalau dah diorang kaya sangat pergilah study dkt oversea
    nih dah study dkt tempat orang biasa2 maka ikutlah cara orang biasa2
    bak kata pepatah, masuk kandang kambing mengembeng masuk kandang singa mengaum

    P/S : Review Filem : The Sorcerer's Apprentice Cool Giler Beb! Terbaik!

    BalasPadam