Tanah lapang

Ahad, 9 Februari 2014

Sesat atau menumpang?? Bahagian 1

Hari ini aku balik ke Gombak dimana tempat aku membesar selama ini.. Balik ke teratak usang yang menjadi pelindung kami sekeluarga dari hujan panas ribut petir selama hampir 30 tahun..

Dahulu, aku ramai kawan-kawan di sini tapi sekarang mana aku pergi mesti seorang diri.. Gombak sekarang pun sudah semacam.. Segalanya tampak berbexa.. Kalau dahulu, kami di sini semuanya saling mengenali.. Siap tahu asal usul keturunan.. Berbexa budaya, kepercayaan dan cara hidup namun kami tetap saling hormat-menghormati..

Sekarang ni, aku rasa macam dah hilang arah.. Aku merasakan Gombak tempat aku membesar ini bukan lagi untuk aku.. Kalau dahulu, sangat teruja kalau balik ke Gombak.. Merasakan cuaca yang dingin, kedamaian panorama dan kehijauan alamnya.. Di sini aku boleh merasakan hidup cara di kampung atau cara di bandar. Jika ingin ke Kuala Lumpur, hanya lebih kurang setengah jam dengan kenderaan sendiri atau awam.. Hendak memancing, mandi sungai, tanam pokok buah-buahan, pendek kata semua boleh.. Aku rindukan kehidupan yang dahulu dimana aku rasa bahagia apabila berada di sini. Namun, mungkin kerana masa telah berlalu dan nikmat dahulu hanya dapat ditatap semula dalam lipatan kenangan..

Sekarang, ke mana sahaja aku melangkah atau membawa diri, pasti terasa kosong.. Kalau dahulu, ada insan yang sudi menceriakan atau sekurangnya menyerikan hidup aku tapi kini aku telah keseorangan meneruskan kehidupan ini..

Aku harap ini sekadar mimpi.. Akan ku bangkit esok hari dan merasai kehidupan lampau ku..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan