Tanah lapang

Rabu, 28 Disember 2011

Seni dalam perang politik

Hidup ini umpama peperangan. Ya. Itulah falsafah peribadi yang saya pegang selama ini. Kenapa saya kata hidup ini umpama peperangan? Kerana kita sentiasa "berperang" dengan pelbagai perkara semenjak kita lahir hingga kita mati. Di dalam hidup ini, kita selalu berperang dengan nafsu terutama nafsu dunia dan sebagainya. Ada masa kita menang, dan selalunya kita kalah. Nafsu merupakan musuh paling kuat di dalam hidup kita dan ianya sentiasa ada walau kita "mengalahkannya" setiap masa.

Kembali kepada tajuk asal mengapa saya mencoretkan perkara ini. Post kali ini adalah sebahagian ulasan saya terhadap artikel yang ditulis oleh Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia iaitu Profesor Madya Dr. Sivamurugan Pandian yang merupakan pensyarah yang pernah mengajar saya sebanyak 3 kursus iaitu Sosiologi Politik, Hubungan Etnik dan Rasisme dan kursus Agama dan Hubungan Sosial.Beliau mengatakan tentang Misteri Seni Peperangan Politik dan artikel ini disiarkan di dalam ruangan rencana di akhabar Utusan Malaysia pada hari khamis bersamaan 29 Disember 2011.

Ahli Falsafah dan ahli akademik banyak menceritakan tentang seni peperangan dan teknik peperangan. Khasnya karya "The Art Of War" yang dihasilkan oleh Sun Tzu yang menceritakan bagaimana perlunya kita mengenali diri sendiri dan musuh yang sedang dihadapi atau bakal dihadapi jika kita mahukan kemenangan dalam setiap peperangan kita hadapi. Contoh kata-kata hikmat yang terdapat di dalam karya beliau ialah
"So it is said that if you know your enemies and know yourself, you can win a hundred battles without a single loss.
If you only know yourself, but not your opponent, you may win or may lose.
If you know neither yourself nor your enemy, you will always endanger yourself.".



Ini menunjukkan bahawa pentingnya perkara ini kerana mampu mengukur dan mengagak apa yang bakal berlaku atau bakal dilakukan. Falsafah ini boleh digunapakai dalam seni peperangan politik khasnya dalam politik Malaysia. Mengikut pemerhatian saya, banyak calon Barisan Nasional Kalah di negeri Selangor kerana mereka tidak dikenali dan tidak mahu mengenali rakyat yang merupakan pengundinya. Contoh di Gombak semasa PRU ke 12 dahulu, UMNO atau Barisan Nasional telah meletakkan calon yang majoritinya tidak dikenali oleh masyarakat di Parlimen Gombak itu sendiri. Manakala Pakatan Rakyat melalui Parti Keadilan Rakyat telah meletakkan YB Mohamed Azmin Ali yang sememangnya dikenali bukan sahaja di Gombak malahan boleh dikatakan seluruh Malaysia mengenalinya walaupun beliau dikenali bukan kerana ketokohannya tetapi perkara yang sebaliknya. Disamping itu, saya rasa Pakatan Rakyat ketika itu mampu menggunakan kelemahan yang ada pada Barisan Nasional Gombak yang diwakili UMNO yang dikhabarkan mempunyai masalah didalam pucuk pimpinan di samping masalah peringkat nasional. Bahkan khabar angin yang mengatakan Calon yang dicalon bagi mewakili  Barisan Nasional adalah merupakan calon "payung terjun" kerana calon yang bakal digazetkan oleh kepimpinan menghadapi masalah yang tidak dapat dipastikan.


Ahli Parimen Gombak
YB Mohamed AZMIN ALI
PKR
Bagi saya dalam Pilihanraya Umum akan datang,apa yang golongan politikus yang bertanding boleh gunakan dalam salah satu teknik dalam Seni Peperangan, tidak kira dalam politik atau perniagaan, sesiapa yang mampu mewujudkan apa yang saya panggil "ketakutan dan kebimbangan positif" di mana mampu memberikan "hentakan" kepada rakyat yang majoritinya berada di dalam golongan "swing voter" atau pengundi atas pagar untuk keluar mengundi. Ketakutan yang dimaksudkan ialah kebimbangan rakyat yang mereka tidak boleh membuat atau mendapat apa yang mereka biasa dapat atau lakukan. Contoh, bantuan dan sebagainya. Keadaan yang aman dan pergerakan tidak terbatas seperti sekarang. Kerana masyarakat secara majoritinya mahukan keadaan sekarang berkekalan. Oleh itu, pakatan rakyat perlu membuat satu bentuk "Jaminan yang nyata" kepada rakyat untuk memenangi pilihan raya dan menguasai Malaysia bahawa rakyat tidak akan "hilang" apa yang mereka nikmati selama ini.


Secara jujurnya pada pendapat saya, Barisan Nasional telah memerintah lebih 50tahun  dan telah berjaya mewujudkan ''Zon selesa" kepada majoriti rakyat Malaysia. Rakyat bebas hendak berbuat apa sahaja asalkan ianya tidak bercanggah dengan undang-undang perlembagaan dan sebagainya atau apa yang diperkatakan "norma" masyarakat Malaysia. Apa saya tahu secara amnya, saya mendapati majoriti rakyat Malaysia masih belum bersedia menukar kerajaan yang sedia ada. Oleh itu Pakatan Rakyat wajib membuat "jaminan" bukan melalui kata-kata air liur tapi tindakan nyata lagi sahih di mata rakyat yang bakal memilih mereka atau sebaliknya didalam pilihanraya akan datang. Namun dengan apa yang "diwayangkan" di media arus perdana yang dikawalan oleh kerajaan persekutuan yang dikuasai Barisan Nasional tentang 5 negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat semasa Pilihanraya Umum lalu agak menggugat peluang mereka untuk menguasai seluruh Malaysia disamping konflik dalaman yang dihadapi mereka.Namun seperti di dalam peperangan, satu platun atau seksyen kecil dengan kekuatan sebanyak 10 hingga 30 orang tentera disamping senjata ringan mampu mengalahkan mengalahkan satu regimen dengan kekuatan lebih satu ribu orang tentera yang lengkap dengan senjata berat dan unit udara jika menggunakan kelemahan musuh dengan semaksima mungkin dan ini boleh digunakan di dalam perang politik Malaysia kali ini kerana dalam politik apa pun boleh terjadi. Salah jadi betul, betul jadi salah.

Seperti dalam artikel pensyarah saya ini juga, seorang yang terlibat dalam politik jangan tersilap langkah dengan memijak "jerangkap samar" yang mampu memusnahkan karier politiknya dan paling penting jangan memijak perangkap yang kita pasang sendiri kerana bukan sahaja akan menjejaskan karier politik kita malahan maruah keluarga dan diri kita sendiri jika kita masih menghargai keluarga kita dan tidak mahu mereka malu dengan tindakan kita. Kerana untuk membersihkan dan merawat "kotoran disamping kecederaan" yang kita dapat akibat "terpijak jerangkap samar yang dipasang musuh  atau dipasang sendiri" memerlukan "sabun dan ubat" yang sukar diperolehi walaupun dengan kenyataan "taubat, saya tidak akan buat lagi".

Berkata pun tidak berguna, kita hanya mampu menunggu permulaan dan kesudahannya. Kerananya ianya belum pasti. Selamat menanti dan mengundi. Mungkin kita akan ketawa atau menangis nanti.

Khamis, 22 Disember 2011

Apa la nak jadi.

Selamat kembali kepada penulisan yang serius.

Salam perpaduan.

Panas!! Itu yang dapat saya simpulkan. Atmosfera politik tempatan semakin panas dan membara. Umpama jualan akhir tahun yang diselingkan dengan bonus untuk kakitangan kerajaan disamping sesi persekolahan baru yang akan bermula tidak lama lagi. Namun bukan itu yang mahu diceritakan.

Suara mahasiswa mula kedengaran setelah menyepi sejak tahun 1974 selepas beberapa pemimpin pelajar telah ditahan atas dakwaan menentang kerajaan. Namun hakikat yang kita tahu, mereka benar-benar memperjuangkan hak rakyat yang ditindas. Siapa yang menindas? Hanya mereka yang tahu. Baru-baru suara mahasiswa bergema lagi namun kali ini bermula dengan gerakan yang mahukan kebebasan untuk mahasiswa? Kebebasan apa? Jawapannya hanya pada mereka juga. Nanti kalau dijawab sendiri, orang kata bersikap memandai-mandai. Tidak tahu maka bersikap tidak tahu walaupun kita tahu. Kadang-kadang, ada orang mempunyai sikap memperjuangkan hak untuk menafikan hak orang lain.

Kalau dahulu, kita mendengar pertubuhan mahasiswa/i hanya di bermula dengan gerakan atau mewujudkan kumpulan yang digelar pro- aspirasi yang menyebelahi kerajaan yang memerintah atau pihak pengurusan universiti dan Pro- mahasiswa yang dikatakan penentang atau pihak yang kontra perjuangan mereka dengan pro- aspirasi. Saya sebenarnya kurang berminat bercerita tentang politik universiti kerana saya cuma belajar di satu universiti saya dan universiti saya bebas. Kami boleh buat apa sahaja yang dikatakan sebagai bergerak didalam konteks akademik dan menolak unsur politik luar kerana tidak mahu "mengotorkan" institusi akademik yang kami hormati. Kami lebih gemar memerhati dan memberikan ulasan yang ilmiah. Kami tidak suka bergaduh sebab bagi kami politik kampus tidak menguntungkan kepada masa depan kami. Seperti yang saya selalu kata tentang politik kampus, "bukan boleh dapat tender pun kalau jadi wakil MPP atau aktif dalam kepimpinan universiti". Namun, bukan bermakna saya ini golongan yang tamakkan harta dan kekayaan sebab mahukan tender kerajaan namun itu tidak lebih kepada sindiran saya kepada ahli politik sahaja.

Pilihan raya akan datang dikhabarkan akan menjelang. Bila? Kena tanya kerajaang(loghat Terengganu walau saya bukan orang Terengganu). Namun pelbagai isu ditimbulkan dari kisah lembu, buku sekolah, gay, tipu sampailah ke kes kapal selam yang tidak boleh tenggelam. Pada saya, sesiapa di dunia ini pasti akan menipu. Tidak kiralah parti agama cap bulan atau parti bangsa keris yang dijulang atau cap mata lebam lambang freemason atau roket yang tidak boleh terbang, pasti yang ada didalamnya terdiri daripada orang yang suka ditipu, sentiasa ditipu, sentiasa penipu dan seorang yang penipu. Yang tersadung berdarah siku, rakyat sendiri juga tu...

Semua orang mahu berhimpun. Kononnya lambang kebebasan. Tidak dinafikan namun adakah ianya berkesan? Kena pukul dengan kawan-kawan dalam Unit Simpanan Persekutuan, kepala benjol, dahi pun lebam.

Menteri hendak berkawan pun jadi isu. Sampai hendak berkawan pun orang lain jadi penentu? Sudah hilang akal ke kata begitu? Ini ke kebebasan yang dijadikan isu? Menteri atau ahli politik yang perangai macam hantu, kalian sembah macam orang zaman jahiliah dahulu.

Sudahlah, tepuk dada tanya selera, bila makan sendiri terasa, sedap atau tidak makanan yang dirasa.

Selasa, 20 September 2011

Sejarah dan kehidupan

 Sudah lima hari di Penang, tempat aku memperoleh gelaran siswazah Universiti. Secara jujurnya, aku tidak gembira dan bangga dengan apa yang aku capai selama ini. Perasaan kosong sahaja. Orang lain bangga tapi mengapa tidak aku?Hahahhaha... Persetankan semua itu kerana itu adalah aku. 

Sepanjang lima hari ini aku gembira sebab dapat orang lain gembira walaupun apa yang aku rancang buat diri aku banyak yang aku tak dapat nak buat. Aku dah rancang macam-macam untuk aku lepaskan diri aku dari neraka kampung aku yang sangat membosankan dengan perangai dan sikap manusia yang keluarga aku duk sanjung sangat. Sorry, aku tak hormat langsung golongan manusia yang tidak tau apa sebenarnya erti ilmu di dunia ini.

Namun begitu, takdir sudah menentukan aku untuk terus begini. Untuk hanya gembirakan orang lain, jaga hati orang lain dan bersikap sama seperti orang lain supaya orang lain tidak kecewa dan berduka. Tidak mengapalah kerana aku dapat merasakan bahawa hidup aku hanya ditakdirkan untuk kecewa dan sentiasa bersabar sahaja di dunia ini. 

Aku cerita benda ini buat sebab mahukan perhatian namun aku tidak tau apa ruang yang patut aku cerita lain. Bukan sebagai diari peribadi untuk tatapan orang ramai namun sebagai panduan dan pengajaran supaya orang lain tidak menjadi seperti aku. 

Aku bukan anggap diri aku macam badut tapi Joker ini membuatkan aku sepertinya, walau senyum aku berdarah tetapi orang lain tetap gembira dan ketawa.

Isnin, 29 Ogos 2011

Diari peribadi.

Aku pun tak tau macamana nak luahkan perasaan aku. Mungkin diruang maya sahaja agaknya. Aku bukan hendak mengaibkan diri sekaligus mencalarkan maruah diri. Bukan membuka bau busuk pekung didada sendiri cuma bebannya sudah tidak tertahan. Aku sudah muak bercerita tentang orang lain sehingga aku lupa yang aku sudah banyak kutip dan simpan apa yang sudah terbuang.

Emm... Sudah 2 bulan aku begini. Bukan kerana aku sudah tamat pengajian, tapi entahlah. Aku pun tidak pasti apa yang berlaku. Sepatutnya jika sudah tamat pengajian, orang lain akan gembira tapi aku tidak berasa begitu. Aku tidak berasa bangga dengan pencapaian aku walau sedikit pun.

Ok,Balik kepada cerita asal. Aku rasa tak happy hidup ni dan aku rasa hidup aku banyak menyusahkan orang dan membebankan orang.

Aku kadang-kadang baik aku mati tapi kalau mati pun, masih akan menyusahkan orang. Macam aku tak ada pilihan lain dalam hidup ni.

Persoalan yang selalu aku tanya dalam diri aku, adakah aku cuma perlu buat orang gembira sahaja? Aku akui, hati dan perasaan aku tidak perlu dijaga dan dibelai seperti orang lain. Aku seolah-olah tiada perasaan lagi dengan kehidupan di dunia. Bila aku fikir macam ni, aku pun mula terfikir, adakah tanda aku akan pergi buat selamanya?

Aku menanti jawapan yang tidak pasti. Semoga orang diluar sana gembira hendaknya. Jangan jadi seperti saya. Hargai kehidupan anda semua kerana ianya berharga.

Selasa, 24 Mei 2011

Kekuatan

Dugaan datang seolah-olah tiada titik noktah atau memberi tanda untuk berhenti...

Orang kata, orang yang sentiasa diuji, adalah orang yang malang nasibnya.

Ada orang lain kata, orang yang diuji ini adalah balasan dosa yang telah dilakukan pada masa lampau..

Orang lain pula kata, ujian datang untuk mengajar erti kehidupan sebenar di dunia...

Namun, ada pula yang berkata, orang yang diuji dengan pelbagai ujian ini, adalah untuk orang yang bodoh sahaja.

Tetapi, ada yang berkata, orang yang sentiasa diuji ini merupakan orang yang paling cekal. Makin diuji, makin cekal dirinya. 

Dalam semua ni, paling penting adalah kita cekal dalam setiap ujian hidup yang mendatang...

Ahad, 3 April 2011

Kesudahan yang semakin tidak pasti

Betul kata orang... Ada kalanya, bila kita terlalu sayangkan seseorang, kita jadi tidak tentu arah. Kita terlalu sayangkan dia tapi dia tidak bahagia kerana kasih itu tidak sampai kepadanya... Sebab kita hanya pendam sahaja. Kita anggap ia tidak apa... Bila dia mahu melangkah, baru kita gelabah. Baru kita sedar.

Namun, setiap apa yang berlaku, ada hikmah di sebalik itu... Sebenci mana manusia itu terhadap kita, cinta tetap ada walau hanya secukup rasa. Itulah harapan yang ada.

Cinta yang secukup rasa itu, umpama segenggam benih padi yang di tengah sawah yang kontang.
Jika betul di jaga dan disemai, ia mampu memberikan hasil yang tidak terkira buat kita.. Walau hidup manusia tidak menentu masa depannya, namun manusia tetap hidup dengan harapan yang ada. Sebab itu mereka bergelut untuk mempertahankannya.

Berkata-kata perlu dibuktikan dengan niat kita, niat kita pula dimulakan dengan langkah kita.. Yang penting hati yang ikhlas hanya kita yang tau.

Hati kita tiada sapa yang tahu.

Ahad, 20 Februari 2011

Kenal tapi macam tidak kenal

Cerita ini antara dua jiwa, dua cinta dan dua dunia.

Segalanya tampak indah tapi sebenarnya mungkin tidak.
Tidak tau apa salah silapnya,

Jika semuanya sama, kenapa dipilih macam nak gila..
Dikatanya kenal beza dan mempunyai istimewanya.

Tapi akhirnya, terkeluar, semuanya sama sahaja..


Joker is different.