Tanah lapang

Memaparkan catatan dengan label Segmen tak puas hati.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Segmen tak puas hati.. Papar semua catatan

Selasa, 20 September 2011

Sejarah dan kehidupan

 Sudah lima hari di Penang, tempat aku memperoleh gelaran siswazah Universiti. Secara jujurnya, aku tidak gembira dan bangga dengan apa yang aku capai selama ini. Perasaan kosong sahaja. Orang lain bangga tapi mengapa tidak aku?Hahahhaha... Persetankan semua itu kerana itu adalah aku. 

Sepanjang lima hari ini aku gembira sebab dapat orang lain gembira walaupun apa yang aku rancang buat diri aku banyak yang aku tak dapat nak buat. Aku dah rancang macam-macam untuk aku lepaskan diri aku dari neraka kampung aku yang sangat membosankan dengan perangai dan sikap manusia yang keluarga aku duk sanjung sangat. Sorry, aku tak hormat langsung golongan manusia yang tidak tau apa sebenarnya erti ilmu di dunia ini.

Namun begitu, takdir sudah menentukan aku untuk terus begini. Untuk hanya gembirakan orang lain, jaga hati orang lain dan bersikap sama seperti orang lain supaya orang lain tidak kecewa dan berduka. Tidak mengapalah kerana aku dapat merasakan bahawa hidup aku hanya ditakdirkan untuk kecewa dan sentiasa bersabar sahaja di dunia ini. 

Aku cerita benda ini buat sebab mahukan perhatian namun aku tidak tau apa ruang yang patut aku cerita lain. Bukan sebagai diari peribadi untuk tatapan orang ramai namun sebagai panduan dan pengajaran supaya orang lain tidak menjadi seperti aku. 

Aku bukan anggap diri aku macam badut tapi Joker ini membuatkan aku sepertinya, walau senyum aku berdarah tetapi orang lain tetap gembira dan ketawa.

Sabtu, 12 Disember 2009

Ragam orang atas jalan kita bahagian satu

Salam perpaduan dan salam kemanusiaan.
Unite we for the right,
salam sinis pembuka bicara.

Aku percaya yang hampir  semua orang ada lesen memandu dan pernah memandu di jalan raya secara sah atau haram. Jangan tipu atau mahu menipu, aku pun pernah buat semua tu. Pejam celik, sudah hampir 10 tahun aku memandu dijalan raya dengan 5 tahun secara haram dan hampir 5 tahun lagi secara sah. Nampak sangat aku ni bukan mat skema yang memperjuangkan "kedaulatan undang-undang".. Setakat ini tidak pernah disaman oleh polis, JPJ dan majlis pembandaran mana-mana negeri atas kesalahan trafik. Bukan aku mahu mendabik dada atau mengangkat diri, rekod peribadi aku ialah 2 jam 50 minit rekod paling pantas aku pernah catat dari penang sampai Kuala Lumpur dengan perodua MYVI standard (Lepas jambatan pulau pinang pukul 7pm dan sampai di Hospital sungai buloh tepat jam 9.50pm.). Dengan Perodua Kembara atau Daihatsu Terios dengan ubahsuai minor dengan catatan masa 3jam lebih atau tepat 4jam (Dalam keadaan hujan lebat). Agaknya kalau aku pandu Toyota Supra aku dulu, lagi pendek catatan masa aku.Tapi bukan itu aku mahu aku ceritakan.

Aku nak cerita tentang kebodohan pemandu jalan raya dan aku akan senaraikan apa kebodohan itu berdasarkan apa yang aku ingat. Kebodohan pertama ialah Tak mahu atau tak guna lampu isyarat atau lampu "signal" semasa ingin memotong, masuk simpang atau sebagainya. Ini kebodohan paling ketara. Aku selalu terkena. Orang selalu masuk simpang dengan keadaan tiba-tiba. Tanpa sebarang isyarat atau tanda. Bayangkan dalam kelajuan tinggi dengan tiba-tiba masuk kiri atau kanan jalan dengan brek kecemasan. Ada kalanya diiringi senyuman dan ketawa gembira. Mungkin merasakan diri mereka hebat jika berbuat demikian. Kalau orang langgar mereka, mereka akan buat satu soalan paling bodoh iaitu "Awak tak nampak saya nak masuk?".. Mereka berasakan mereka tidak bersalah walau mereka tau mereka sebenarnya bersalah. Aku pernah kena macam ni. Memula aku senyum, aku cakap kita selesai cara elok tapi dia tak mau. Dia kata aku salah. Dia tolak-tolak aku. Mungkin dia nak tunjuk hebat kat awek dia kat dalam kereta dia. Aku diam, aku buka but kereta dan aku tunjal remington model 870 dekat muka dia. Terus terkencing dia.(Part ini aku tipu jek sebab na bagi gempak cerita..Hahahahaha)

Kebodohan kedua ialah Membunyikan hon dengan niat menyuruh orang dihadapan bergerak walau keadaan lampu isyarat masih merah ketika di lampu isyarat.. Ini pun jenis-jenis orang yang bodoh.. Lampu merah tapi suruh orang depan gerak. Walau mungkin tidak ada kenderaan dari arah bertentangan tapi kita mana tau ada "Roket" akan lalu.. Tapi orang depan dia kalau gerak juga bermaknanya dia pun bangang jugalah.

Kebodohan ketiga ialah bagi isyarat nak ke kiri tapi ke kanan. Ini pun satu bodoh dan menyusahkan orang lain. Benda ini selalu jadi kat aku. Aku kadang-kadang naik takut. Bahaya orang macam ni.. Orang yang tiada tujuan dan hala tuju.. Orang yang tiada wawasan.. Hahahaha

Cukuplah setakat ini.. Nanti aku sambung lagi. Anda semua boleh bagi pendapat kalau mahu. Terima kasih.