Tanah lapang

Selasa, 27 November 2012

Sacred..

Sacred?

Itu dalam bahasa inggeris bermaksud Suci atau sesuatu yang tidak pernah tercemar atau dalam bahasa mudah, bersih. Antara perkara atau sesuatu yang bersih ialah umpama bayi yang baru lahir yang tidak dicemari kekotoran yang biasa pada seorang manusia biasa di dunia ini. Ya, sacred juga bermaksud terlarang atau dilarang bagi sesuatu tempat atau kawasan yang dianggap bermakna bagi sesuatu kelompok agama atau kepercayaan atau "Cult".

Mungkin apa yang akan aku bentangkan disini, akan mengundangkan kemarahan atau menyinggung perasaan jiwa masyarakat Malaysia yang amat-amatlah sensitif walaupun pada zahirnya mereka tidak langsung peduli.
Aku bercakap dari sudut sosial dan akademik. Aku walau cerdik itu tidak tetapi mata dan otak aku tidak "kayu". Aku nampak, aku lihat, aku fikir dan berfikir. Terima atau tidak, terpulang.

Teringat aku tentang satu artikel milik saudara Hishammudin Rais dalam Majalah Mastika tentang sikap sesetengah pihak yang bertopengkan agama dalam memperoleh keuntungan. Aku malas hendak berhujah dengan cara akademik, masukkan petikan jurnal atau petikan buku-buku kerana aku tahu orang akan bosan dan aku bukan buat "assignment" undergrad atau post graduate.

Agama merupakan satu benda yang dianggap "Sacred", suci bahkan dianggap sebagai perkara yang senstitif untuk dibincangkan apatah lagi jika dibincangkan oleh pihak yang berlainan agama. Bahkan orang yang berimejkan agama akan disembah dan setiap tutur katanya akan dibawa hingga ke mimpi atau dijadikan pelekat untuk ditampal di cermin kereta.

Contoh ketara dalam politik ialah, pemimpin parti berasaskan agama aku lihat langsung tidak boleh dikritik atau dijentik. Aku sedar aku ini bukan sesiapa, tidak layak bercakap tentang mereka dan tidak ada walau sedikit ilmu agama. Tetapi, sebagai manusia, aku berhak hendak berkata apa.

Aku pelik dengan sikap manusia yang begitu menyembah manusia yang dianggap "Sacred" tersebut. Sampai ada sesetengah manusia tersebut menyetankan ibu bapa sendiri kerana dengarkan dalil-dalil dari manusia yang "sacred" tersebut.

Aku jelik dengan sesetengah manusia yang begini.. Sepanjang aku hidup, orang yang benar-benar "Sacred" adalah orang yang tidak pernah berkata buruk tentang orang lain.

Bagi aku, relax lah.. Kalian juga manusia.. Tidak terlepas dari salah silap.