Aku seperti biasa, tak ambil tahu. Sekadar meneruskan kehidupan.
Tidak pasti apa sebenarnya kehidupan ini. Orang kata enjoy, tapi aku tanya diri aku balik,
apa itu enjoy? Kadang aku ketawa, tapi bila aku fikir balik, aku ketawa buat apa?
Dekat setahun, Atau lebih tepat setahun, Nampak biasa tapi tak sama. Yelah, rehat dan rawat kononnya. Tapi aku pulak makin parah rasanya.. Tak baik tipu diri..
Tahun baru dulu-dulu?Aku banyak pengalaman. Biasalah anak muda kota.. Kereta kena rosakkan, kawan aku kena usik pondan masa tengok konsert di KLCC.. Itulah warna-warni kehidupan aku.
Mungkin biasa bagi sesetengah kepada meraka. Tapi aku ada batas dan norma. Hidup aku hanya diatas roda dan jalan raya. Menyusur lebuhraya kehidupan yang aku sendiri tak pasti. Dari kapasiti kecil hingga ke besar. Dari desa ke bandaraya, dari wilayah ke negeri, dari tanah besar ke pulau, dari sempadan tempatan ke antarabangsa. Banyak aku jelajahi namun nampaknya makin tak bererti. Sudah hilang seri.
Tahun berganti tahun. Ia takkan berulang lagi di maya ini. Yang boleh diundur hanya penyesalan, namun usia dan masa tetap berjalan tanpa sempadan.
Azam dan perubahan?Aku tidak pasti dan tidak mahu berjanji. Ya, kecewa itu sudah sebati tapi aku tidak mahu ia menyakiti insan dikasihi..
Cukuplah nurkilan diambang tahun baru. Jangan banyak merapu.. Dapat dosa kering siapa yang tahu..
Selamat Tahun Baru.. Semoga kembara ku makin luas berlabuh.. Mencari cahaya dan hidayah yang ku inginkan...