Kembali kepada tajuk asal mengapa saya mencoretkan perkara ini. Post kali ini adalah sebahagian ulasan saya terhadap artikel yang ditulis oleh Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia iaitu Profesor Madya Dr. Sivamurugan Pandian yang merupakan pensyarah yang pernah mengajar saya sebanyak 3 kursus iaitu Sosiologi Politik, Hubungan Etnik dan Rasisme dan kursus Agama dan Hubungan Sosial.Beliau mengatakan tentang Misteri Seni Peperangan Politik dan artikel ini disiarkan di dalam ruangan rencana di akhabar Utusan Malaysia pada hari khamis bersamaan 29 Disember 2011.
Ahli Falsafah dan ahli akademik banyak menceritakan tentang seni peperangan dan teknik peperangan. Khasnya karya "The Art Of War" yang dihasilkan oleh Sun Tzu yang menceritakan bagaimana perlunya kita mengenali diri sendiri dan musuh yang sedang dihadapi atau bakal dihadapi jika kita mahukan kemenangan dalam setiap peperangan kita hadapi. Contoh kata-kata hikmat yang terdapat di dalam karya beliau ialah
"So it is said that if you know your enemies and know yourself, you can win a hundred battles without a single loss.
If you only know yourself, but not your opponent, you may win or may lose.
If you know neither yourself nor your enemy, you will always endanger yourself.".
Ini menunjukkan bahawa pentingnya perkara ini kerana mampu mengukur dan mengagak apa yang bakal berlaku atau bakal dilakukan. Falsafah ini boleh digunapakai dalam seni peperangan politik khasnya dalam politik Malaysia. Mengikut pemerhatian saya, banyak calon Barisan Nasional Kalah di negeri Selangor kerana mereka tidak dikenali dan tidak mahu mengenali rakyat yang merupakan pengundinya. Contoh di Gombak semasa PRU ke 12 dahulu, UMNO atau Barisan Nasional telah meletakkan calon yang majoritinya tidak dikenali oleh masyarakat di Parlimen Gombak itu sendiri. Manakala Pakatan Rakyat melalui Parti Keadilan Rakyat telah meletakkan YB Mohamed Azmin Ali yang sememangnya dikenali bukan sahaja di Gombak malahan boleh dikatakan seluruh Malaysia mengenalinya walaupun beliau dikenali bukan kerana ketokohannya tetapi perkara yang sebaliknya. Disamping itu, saya rasa Pakatan Rakyat ketika itu mampu menggunakan kelemahan yang ada pada Barisan Nasional Gombak yang diwakili UMNO yang dikhabarkan mempunyai masalah didalam pucuk pimpinan di samping masalah peringkat nasional. Bahkan khabar angin yang mengatakan Calon yang dicalon bagi mewakili Barisan Nasional adalah merupakan calon "payung terjun" kerana calon yang bakal digazetkan oleh kepimpinan menghadapi masalah yang tidak dapat dipastikan.
Bagi saya dalam Pilihanraya Umum akan datang,apa yang golongan politikus yang bertanding boleh gunakan dalam salah satu teknik dalam Seni Peperangan, tidak kira dalam politik atau perniagaan, sesiapa yang mampu mewujudkan apa yang saya panggil "ketakutan dan kebimbangan positif" di mana mampu memberikan "hentakan" kepada rakyat yang majoritinya berada di dalam golongan "swing voter" atau pengundi atas pagar untuk keluar mengundi. Ketakutan yang dimaksudkan ialah kebimbangan rakyat yang mereka tidak boleh membuat atau mendapat apa yang mereka biasa dapat atau lakukan. Contoh, bantuan dan sebagainya. Keadaan yang aman dan pergerakan tidak terbatas seperti sekarang. Kerana masyarakat secara majoritinya mahukan keadaan sekarang berkekalan. Oleh itu, pakatan rakyat perlu membuat satu bentuk "Jaminan yang nyata" kepada rakyat untuk memenangi pilihan raya dan menguasai Malaysia bahawa rakyat tidak akan "hilang" apa yang mereka nikmati selama ini.
Secara jujurnya pada pendapat saya, Barisan Nasional telah memerintah lebih 50tahun dan telah berjaya mewujudkan ''Zon selesa" kepada majoriti rakyat Malaysia. Rakyat bebas hendak berbuat apa sahaja asalkan ianya tidak bercanggah dengan undang-undang perlembagaan dan sebagainya atau apa yang diperkatakan "norma" masyarakat Malaysia. Apa saya tahu secara amnya, saya mendapati majoriti rakyat Malaysia masih belum bersedia menukar kerajaan yang sedia ada. Oleh itu Pakatan Rakyat wajib membuat "jaminan" bukan melalui kata-kata air liur tapi tindakan nyata lagi sahih di mata rakyat yang bakal memilih mereka atau sebaliknya didalam pilihanraya akan datang. Namun dengan apa yang "diwayangkan" di media arus perdana yang dikawalan oleh kerajaan persekutuan yang dikuasai Barisan Nasional tentang 5 negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat semasa Pilihanraya Umum lalu agak menggugat peluang mereka untuk menguasai seluruh Malaysia disamping konflik dalaman yang dihadapi mereka.Namun seperti di dalam peperangan, satu platun atau seksyen kecil dengan kekuatan sebanyak 10 hingga 30 orang tentera disamping senjata ringan mampu mengalahkan mengalahkan satu regimen dengan kekuatan lebih satu ribu orang tentera yang lengkap dengan senjata berat dan unit udara jika menggunakan kelemahan musuh dengan semaksima mungkin dan ini boleh digunakan di dalam perang politik Malaysia kali ini kerana dalam politik apa pun boleh terjadi. Salah jadi betul, betul jadi salah.
Seperti dalam artikel pensyarah saya ini juga, seorang yang terlibat dalam politik jangan tersilap langkah dengan memijak "jerangkap samar" yang mampu memusnahkan karier politiknya dan paling penting jangan memijak perangkap yang kita pasang sendiri kerana bukan sahaja akan menjejaskan karier politik kita malahan maruah keluarga dan diri kita sendiri jika kita masih menghargai keluarga kita dan tidak mahu mereka malu dengan tindakan kita. Kerana untuk membersihkan dan merawat "kotoran disamping kecederaan" yang kita dapat akibat "terpijak jerangkap samar yang dipasang musuh atau dipasang sendiri" memerlukan "sabun dan ubat" yang sukar diperolehi walaupun dengan kenyataan "taubat, saya tidak akan buat lagi".
Berkata pun tidak berguna, kita hanya mampu menunggu permulaan dan kesudahannya. Kerananya ianya belum pasti. Selamat menanti dan mengundi. Mungkin kita akan ketawa atau menangis nanti.
Ahli Parimen Gombak YB Mohamed AZMIN ALI PKR |

Wah dah macm ahli politik. Baru ternampak blog kau.-vivi-
BalasPadamApa guna belajar social science...hehehhe
BalasPadam