Tanah lapang

Rabu, 23 Jun 2010

Entahlah.. Hidup yang bosan dan ku mahu pergi.

Salam sinis pembuka bicara.
Melihat dunia ini penuh sengketa.
Kononnya demi kasih sayang yang berharga.
Akan ku ramalkan ia akan penuh pengkhianatan dan tipu daya.
Muka yang suci tidak semestinya mulia.
Hatinya busuk umpama syaitan durjana.
Namun itu orang semua buta,
melihat yang benar itu salah belaka.

Lama sudah aku tak update "diari peribadi" ini. Bukan apa, sibuk sedikit dengan pelbagai perkara. Sehingga darah naik selalu naik kepala, dan doktor pun dah kata, awak kena jaga-jaga. Ah! Itu semua dunia. Aku sakit atau mati ke, aku peduli apa. Selagi aku hidup, aku akan terus menikmatinya. Aku bersyukur dengan kurniaan-Nya.

Kembara yang jauh hingga ke tengah laut di dunia. Indonesia aku jelajahi untuk seminggu lamanya. Pelbagai perkara aku perolehi disana, pelbagai ragam manusia dapat aku lihat di mata. Indah sungguh tempat orang, namun tanah air sendiri tetap dikenang. Terima kasih wahai teman, kerana membawa aku menambah pengalaman. ( Aku tak dapat upload gambar sebab line macam sial kat kampung ni. Aku nak keluar orang tak bagi, takut aku mati dilanggar lori. )

Sudah hampir dua bulan aku bercuti, kini sudah tiba untuk aku kembali. Namun kini hanya setahun berbaki, akan ku doakan supaya aku tidak kembali ke sana selepas itu lagi. Cukup 3 tahun aku di sini, tiba masanya untuk aku pergi. Siapa yang mahu kekal disini, silalah berkubur disini apabila mati. Ah! Kutuk apa pun tidak berguna lagi, nanti aku yang di maki. Kerana hati mereka suci dan tidak berdaki. Aku tidak berhak untuk dipuji, kerana caraku berbeza sekali. Aku pun tidak peduli, kerana aku bukan cari publisiti.

Kembara aku juga bersambung kembali, banyak tempat akan terus ku terokai. Namun kini, aku mungkin lebih bersendiri, bertemankan bayang dan si matahari. Aku tidak perlu diekori, walau apa pun yang terjadi, jangan duk sibuk nak peduli, walau aku tahu mereka tidak akan peduli walau sekali.

Tamat sudah setahun itu nanti, aku akan hilang bukan berlari. Aku akan menghilang bukan bersembunyi. Cuma aku mahu pergi. Mungkin tidak akan kembali tapi bukan sebab aku dah mati kalau belum ajal lagi. Ada banyak perkara yang aku mahu cari. Bukan wang, harta, kemasyuran dan tempat duduk mewah aku ingini. Aku ingin mencari apa ertinya hidup ini. Jangan risau wahai saudara dan saudari, akan ku doakan kebahagiaan kalian nanti, kalian akan hidup gembira tidak terperi, cuma ku harapkan kewujudan aku jangan dikenang sekali.

Hidup aku tidak penuh pura-pura. Apa yang benar, hanya itu aku percaya.Namun aku tidak pernah benar di mata mereka, kebenaran hanya dipihak mereka.

Hati umpama kaca, sekali dijentik akan pecah segalanya,
namun aku bukan sempurna,
untuk menatang kaca yang berharga,
namun itu tidak mengapa,
mungkin akan tiba jua masanya,
saat bahagia akan menjelma.

- Mengharap sesuatu yang lebih baik dengan mencari cinta yang sempurna -Itulah manusia.

( Semua ini tiada kaitan dengan sesiapa, sekadar dari kaca mata insan yang hina. Berkata tidak bersuara dalam dunia yang penuh tipu daya, bukan berniat untuk menghina atau mengata, sekadar renungan bersama. Inilah segalanya berlaku di dunia, cuma ia di titip umpama cereka hidup manusia. Tidak faham tidak mengapa. Tak faham, jangan baca. Buat pening kepala, nanti jadi gila, nanti penuh pula hospital bahagia.)

Sabtu, 8 Mei 2010

Diberhentikan? Cakap sahaja kena pecat.

Salam kuasa ketiga.



Aku dah balik ke Kuala Lumpur untuk bercuti antara sidang. Maka aku sudah masuk tahun 3 dalam pengajian aku. Maknanya aku sudah masuk tahun akhir. Peh! Dah nak habis dah.. Tak sabar rasanya. Nak kerja. Master @ Sarjana? Go to hell.. Nanti dulu.. Sapa nak sambung, sambung la.. Hak korang. Selamat berjaya mencapai cita-cita korang dan aku tumpang gembira dengan kejayaan korang.

Sudah dua hari aku di rumah. Agak bosan. Esok hari ibu. Selamat hari ibu buat para ibu-ibu di luar sana. Aku banyak habiskan masa baca buku, buka facebook, dan tonton TV.

Kembali kepada cerita asal aku. Hari ini aku baca surat khabar dan aku terbaca cerita ini. Perkhidmatan pegawai pemerintah KD Sri Inderapura ditamatkan 
Ingat lagi kes kapal perang TLDM terbakar dan hampir karam? Hari ini pegawai pemerintah besi buruk tu diberhentikan atau lebih tepat sekali bagi aku diberhentikan dari perkhidmatan. Aku tau aku bukan "tentera" apatah lagi bukan seorang anggota Navy yang sama  ada regular atau semestinya aku bukan PSS.. Aku cuma peminat senjata dan seorang penganalisis yang tidak bertauliah. Namun aku berhak mengeluarkan pendapat aku. Baru demokrasi. 


Hari ini pegawai pemerintah atau C.O( Commanding officer ) bagi besi buruk ni telah diberhentikan perkhidmatannya atas kejadian itu setelah dihadapkan ke court-martial dan di dapati bersalah disamping perlu bertanggungjawab kepada kejadian itu.( Bagi askar yang bunguk sangat, court martial adalah mahkamah tentera.) Aku akui, sebagai pegawai, kita perlu bertanggungjawab ke atas yang berlaku. Walaupun benda tu besi buruk sekalipun, ia adalah aset negara yang perlu dijaga. 


Korang semua tau tak? Apa nama sebenar KD Sri Inderapura ni? USS Spartanburg. Kapal Landing tank(Kapal angkut kereta kebal dari laut ke darat) yang aku dengar pernah berkhidmat semasa perang Vietnam( Perang yang menggerunkan kerana askar Vietcong kejar askar U.S dengan parang). Maknanya Malaysia guna, dah second hand. Diulangi, second hand atau terpakai! Perang Vietnam dah tamat selama 30 tahun.









Kesimpulannya ialah, bagi aku tak patot la pegawai tu dipecat begitu sahaja. Sebab apa? Kebakaran tu akibat litar pintas. Litar pintas ni biasala.. Sebab benda tu dah lama.. Buruk. Elok jadi tukun jek. Kerana nak tutup malu, seorang pegawai dipecat. Seorang lagi jadi kambing hitam bagi menutup kesalahan orang lain.

 

Sabtu, 1 Mei 2010

Cerita dari cartoon networks

Hahahhah

Hari ni, blog ni jadi diari peribadi. Bukan sebab nak publisiti, perhatian dan apatah lagi terdesak inginkan kasih sayang seseorang macam sesetengah orang. Namun, konsep tetap biasa dan  bersahaja. Sindiran yang panas dan berbisa seperti 7.26mm yang ditembak dari M60 atau AK-47 yang tepat mengenai kepala seseorang yang kemudiannya mati tak sempat mengucap.

Kembali kepada tajuk asal cerita ini, aku menulis sambil melayan lagu "bebot' daripada Black Eyes Peace nak cerita tentang satu pasangan yang aku kira kekasih. Aku selalu duk perhati mereka daripada jauh kerana aku tidak mengenali mereka. Namun aku mengenali salah satu watak dalam drama cinta melayu mereka( Sebab diaorang ni melayu.). Aku selalu melihat mereka "berdating" disekitar campus ini terutama disekitar cafe desasiswa dan sebagainya. Ketika mereka berdating disekitar campus, mereka akan diiringi oleh seorang budak lelaki(aku amat mengenalinya kerana beliau adalah kenalan aku) yang aku kira sebagai pengawal dan pemandu bagi pasangan kekasih itu.

Aku kasihan melihat kenalan aku itu. Namun aku adakalanya marah dan adakalanya, terasa lucu kerana pelbagainya ragam manusia ini. Aku mendapat maklumat bahawa kenalan aku ni pernah menyimpan perasaan terhadap si perempuan pasangan kekasih ini. Namun perempuan itu tidak menerima cinta kenalan aku ini kerana kononnya dia memerlukan lelaki yang 'beriman untuk membimbingnya ke jalan yang benar". Hahahhahhahahhaha

Namun, aku kagum dengan kenalan aku itu mempertahankan apa yang dirasakan benar baginya dan sanggup melihat wanita idamannya memperkotak-katikkan hidupnya. Kalau aku, dah lama aku blah atau aku langgar dengan troli tesco kalau tak puas hati sangat. hehehhe

Lawak kowt. Lelaki beriman. Mana ko nak cari beb.. Ko couple dengan pak lebai pun belum tentu ko dapat lelaki beriman. Hahahhaha. Aku tengok boyfriend dia pun huru-hara gak.  Namun, aku sebagai manusia yang berakal, tidak menafikan haknya. Namun dia pun tidak berhak menafikan hak aku untuk mengutuk dan mengata mereka. Baru demokrasi. heehehee

Aku nak tengok, sejauh mana kenalan aku ni tadi sanggup bertahan. Aku nak tegur tapi aku malas nak campur hal orang. Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya. Hehehhee



Moralnya ialah, macam-macam sikap dan ragam manusia yang kita dapat lihat di dunia ini. Warna-warni manusia.hehhehe

Aku bukan nak sindir atau kutuk sesiapa dalam hal ini. Cuma bercerita apa yang aku nampak sahaja, kalau terasa, apa aku nak kata, pergi mati de.

Khamis, 22 April 2010

Sunyi? Sendiri? Kecewa?

Salam pembuka bicara,
Kali ini tiada kaitan dengan kuasa ketiga.

Esok ada exam tapi aku masih sempat update blog ni. Bukan apa, ada satu soalan yang orang asyik tanya kat aku dalam minggu ni. Mereka tanya, ko anak tunggal, tak rasa sunyi kew? Tak boring takde adik beradik? Ko kawan pun tak ramai.

Aku cuma mampu tersenyum. Aku jawab, " aku dah lahir seorang. Hidup aku cuma ada mak dan bapak aku sahaja. Aku hidup tak mewah walau hidup seorang. Hidup dikawal walau umur dah naik belasan tahun.". Aku dah biasa hidup seorang. Aku tidak mengharapkan simpati orang untuk mendampingi aku. Orang tak mahu rapat dengan aku, apa lagi aku nak buat? Aku tak terhegeh-hegeh.



Selama ni, aku susah senang, aku seorang. Aku mampu berdiri seorang selama ini(kecuali sekali sahaja orang bangunkan aku semula setelah aku benar-benar jatuh.). Kecewa, sedih dan duka adalah permainan hidup aku. Aku biasa dikecewakan. Bagi aku, adatlah hidup didunia. Aku senyum dalam duka. Aku cerita ni bukan kerna nak simpati. Mintak maaf.. Aku bukan terlalu terdesak mahukan perhatian.

Ada orang kata, aku tidak pernah hargai sesiapa yang ada bersama aku. Jawapan itu salah sama sekali. Aku sentiasa menghargai apa sahaja yang ada. Cuma aku tak tunjuk sangat. Aku gemar melakukan sesuatu tanpa alasan. Sebab banyak cakap pun tak guna, buktikan dengan perbuatan. Mungkin akan mengambil masa yang lama dan akan menghilangkan orang yang tidak sabar. Aku nak dia sedar sendiri apa yang aku buatkan untuk dia.

( Aku rindukan seseorang. Aku mimpi dia semalam. Aku harap aku akan mimpi dia lagi malam ni. Walaupun dia dekat namun jaraknya jauh untuk aku. Biar aku pilih derita merinduinya. )

Isnin, 12 April 2010

Apa cerita ya?

Salam kuasa ketiga

Aku cuma mahu mengisi ruang senggang aku ini. Aku ingin mengutarakan satu persoalan.

Apabila aku mengatakan sesuatu, ada manusia akan sanggah dan mengatakan ianya tidak benar sama sekali bagi mereka.
Namun, ada ketikanya, manusia itu akan mengatakan perkara yang sama, dan beliau mengatakan ianya benar sama sekali baginya.
Aku bukan nak marah atau nak sindir sesiapa. Cuma aku pelik dengan sikap manusia begitu. Kadang-kadang aku rasa kelakar.

Selasa, 6 April 2010

Khianat! Pengkhianat dan cakap tak serupa bikin.

Salam sejahtera kepada pengunjung semua.

Salam sinis pembuka bicara,
sinis itu semanis gula.

Kata-kata ini bukan kata-kata kosong sahaja,
aku sudah muak bergelumang dengannya.

Khianat, pengkhianat dan mengkhianati, merupakan satu perbuatan yang paling bahaya, menyakitkan, merugikan dan segala lagi macam kesan yang negatif akibat daripada perbuatan ini. Perbuatan dan sikap ini juga boleh meruntuhkan apa jua seperti organisasi, kumpulan, puak, bangsa, negeri dan negara atau satu tamadun. Mengikut sejarah juga, banyak empayar atau negara yang kuat pada awalnya, runtuh akibat daripada perbuatan khianat ini. Perbuatan ini juga terbahagi kepada sukarela dan paksa-rela atau tanpa disedari kerana ia bergantung kepada keadaan. Biasanya, orang yang bersikap begini amat pandai bersikap "talam dua muka". Jujurnya, bagi pendapat peribadi aku, sikap begini ada pada semua manusia.

Suka rela untuk bersikap khianat adalah muncul daripada sikap tamak, dendam, dengki atau iri hati, kecewa dan sebagainya. Orang yang bersikap begini biasanya adalah "Duri dalam daging" dalam satu kumpulan. Mereka mampu meruntuhkan sesuatu kumpulan itu kerana mereka sendiri adalah berasal daripada kumpulan itu sendiri dan segala kelemahan kumpulan terbabit berada dalam tangan mereka. Biasanya pengkianat sebegini akan dihukum bunuh jika tertangkap..

Paksa rela pula akibat daripada sesorang itu telah dipaksa oleh pihak lain untuk mengkhianati pihaknya. Ugutan biasa melibatkan nyawa dan keselamatan atau aib dan maruah individu itu sendiri atau keluarganya. Biasanya, individu yang terlibat dalam situasi begini akan berfikiran tidak waras kerana terlalu bimbang dan takut. Dalam hal begini, individu yang terlibat tidak boleh dipersalahkan 100% kerana mereka tidak mampu berbuat apa ketika itu.



Seterusnya ialah sikap khianat tanpa disedari. Dalam situasi begini, ia boleh dilihat dalam pelbagai aspek. Antaranya mereka yang gemar bercakap, mereka ini adakalanya akan membongkarkan rahsia tanpa disedari. Mungkin ini adalah kelemahan mereka. Atau sikap yang gemar menyimpan "kelemahan" di tempat yang tidak sesuai dengan beranggap ia akan selamat.




Paling akhir sekali ialah, sikap cakap tak serupa bikin. Sudah pasti anda tertanya-tanya mengapa dikaitankan dengan sikap khianat. Cakap tak serupa bikin ini adalah sikap dimana seseorang itu berkata-kata dengan penuh tekad dan azam. Namun, kata-kata itu hanya tinggal kata-kata sahaja. Aku pun pernah bersikap begini namun aku tidak pernah mengkhiatnati sesiapa. Aku hormat dengan orang dan tidak pernah menuntut seseorang mengotakan janjinya kepada aku. Tapi apabila aku persoalkan sesuatu, mereka akan memberikan seribu satu alasan kepada aku. Bagi aku, jangan cakap kalau tak boleh buat. Hipokrit namanya. Tapi apakan daya, manusia tidak sempurna.

Moralnya disini, jangan marah jika dikhianati. Imbas kembali apa yang sudah anda lakukan.

P/s- Sapa terasa, padan muka. Cermin-cerminlah muka.

Khamis, 1 April 2010

Akhirnya ada yang sependapat dengan aku.

Salam mahasiswa, salam aspirasi dan salam kuasa ketiga.



Syukurlah.. Semalam, forum WACANA DEMOKRASI DI KALANGAN GENERASI MUDA anjuran Kelab Sains Politik USM selamat diadakan dan segalanya berjalan dengan lancar walau pada mulanya penuh dengan cabaran. Kepada rakan-rakan di Kelab Sains Politik, tahniah dan syabas atas usaha yang anda semua lakukan. Disini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan peralatan audio untuk majlis pada malam itu. Ribuan kemaafan jika ada salah dan silap saya sepanjang perjalanan program disamping itu saya juga ingin meminta maaf kerana saya tidak mampu memberikan yang terbaik pada malam itu.

Sambutan forum ini agak menggalakkan walaupun pada malam yang sama juga, saya difahamkan bahawa banyak aktiviti lain berlaku di USM seperti AGM dan peperiksaan disamping keadaan cuaca yang tidak mengizinkan kerana hujan turun sejak petang. Forum ini dikendalikan oleh saudara Izzudin atau pemilik blog terjun ke langit.blogspot sebagai moderator. Manakala ahli panel pula terdiri daripada Prof Madya Ahmad Fauzi dari Pusat Pengajian Jarak Jauh USM, Dr. Abu Bakar selaku ahli panel kedua yang didatangkan khas daripada UUM dan ahli panel ketiga ialah En. Mohammad Maliki iaitu presiden bagi Majlis Belia Malaysia dan bekas pelajar USM sendiri.

Perbincangan isu hangat di mana apa yang saya faham dapat lihat ialah, ahli panel memberikan hujah mereka berdasarkan sejarah, peranan kerajaan dan sebagainya. Contohnya seperti Dr. Abu Bakar dari UUM, beliau memberikan hujah mengikut perspektif negara indonesia kerana beliau adalah rakyat indonesia. Ini agak menarik kerana ia boleh dilihat forum ini agak bersifat international.

Manakala En. Maliki melihat dan memberi perspektif mengikut perspektif beliau dari sudut belia di Malaysia. Peranan belia, apa yang perlu belia perlu lakukan dan sebagainya. Manakala, Dr. Ahmad Fauzi pula membincangkan dan memberikan pendapat daripada sudut sejarah di mana belia patut belajar dari sejarah dan tidak bersifat bias antara sejarah budaya barat atau budaya islam. Menurut beliau, kita patut belajar dari kedua-dua sudut dan melalui itu, barulah kita akan mendapat maklumat yang sebenar.

Para hadirin yang hadir juga berpeluang mengutarakan soalan walau pada hemat peribadi saya, ada diantara soalan mereka sudah "lari" dari tajuk forum  ini. Namun begitu, terima kasih atas kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh para pengunjung yang hadir ke majlis forum ini.

Namun, apa yang saya ingin kaitkan dengan apa tajuk post saya ini ialah dimana saya terdengar dan teringat kata-kata salah seorang daripada tiga ahli panel, apa yang saya faham dan dengar( maaf jika salah apa saya dengar ini), sikap sesetengah pelajar yang tidak mahu "keluar" dari USM ini. Sikap yang hanya gemar berlegar di suatu sudut sahaja tanpa mahu meneroka perkara lain. Terlalu "Sayang" dan "Setia" kepada USM ini. Tidak salah untuk bersifat begini namun adakalanya kita kena "keluar" dari "kotak" yang kita ada ini. Apabila terjadi perkara sebegini rupa, mereka tidak mampu memberikan hujah yang membina atau hanya gemar memberikan hujah yang sedia ada. Ingin memperjuangkan demokrasi dan kebebasan, namun mereka sendiri tidak faham apa mereka perjuangkan.

Namun, saya tidak menafikan hak kepada mereka yang tidak setuju dengan kata-kata saya ini dan terima kasih untuk tidak bersetuju. Namun begitu, jangan nafikan hak saya untuk berkata begini kerana ia sudah melanggar prinsip demokrasi.

p/s- Saya ada cadangan buat pihak pengurusan USM. Cadangan yang tidak masuk akal lagi tidak munasabah namun itulah kepakaran saya. Cadangan saya ialah, pihak pengurusan USM perlu menyediakan satu kawasan perkuburan khas bagi para pelajar atau sesiapa sahaja yang terlalu "sayang" atau "setia" dengan USM ini. Biarlah mereka hidup dan mati bersama USM ini..