Salam sinis pembuka bicara.
Melihat dunia ini penuh sengketa.
Kononnya demi kasih sayang yang berharga.
Akan ku ramalkan ia akan penuh pengkhianatan dan tipu daya.
Muka yang suci tidak semestinya mulia.
Hatinya busuk umpama syaitan durjana.
Namun itu orang semua buta,
melihat yang benar itu salah belaka.
Lama sudah aku tak update "diari peribadi" ini. Bukan apa, sibuk sedikit dengan pelbagai perkara. Sehingga darah naik selalu naik kepala, dan doktor pun dah kata, awak kena jaga-jaga. Ah! Itu semua dunia. Aku sakit atau mati ke, aku peduli apa. Selagi aku hidup, aku akan terus menikmatinya. Aku bersyukur dengan kurniaan-Nya.
Kembara yang jauh hingga ke tengah laut di dunia. Indonesia aku jelajahi untuk seminggu lamanya. Pelbagai perkara aku perolehi disana, pelbagai ragam manusia dapat aku lihat di mata. Indah sungguh tempat orang, namun tanah air sendiri tetap dikenang. Terima kasih wahai teman, kerana membawa aku menambah pengalaman. ( Aku tak dapat upload gambar sebab line macam sial kat kampung ni. Aku nak keluar orang tak bagi, takut aku mati dilanggar lori. )
Sudah hampir dua bulan aku bercuti, kini sudah tiba untuk aku kembali. Namun kini hanya setahun berbaki, akan ku doakan supaya aku tidak kembali ke sana selepas itu lagi. Cukup 3 tahun aku di sini, tiba masanya untuk aku pergi. Siapa yang mahu kekal disini, silalah berkubur disini apabila mati. Ah! Kutuk apa pun tidak berguna lagi, nanti aku yang di maki. Kerana hati mereka suci dan tidak berdaki. Aku tidak berhak untuk dipuji, kerana caraku berbeza sekali. Aku pun tidak peduli, kerana aku bukan cari publisiti.
Kembara aku juga bersambung kembali, banyak tempat akan terus ku terokai. Namun kini, aku mungkin lebih bersendiri, bertemankan bayang dan si matahari. Aku tidak perlu diekori, walau apa pun yang terjadi, jangan duk sibuk nak peduli, walau aku tahu mereka tidak akan peduli walau sekali.
Tamat sudah setahun itu nanti, aku akan hilang bukan berlari. Aku akan menghilang bukan bersembunyi. Cuma aku mahu pergi. Mungkin tidak akan kembali tapi bukan sebab aku dah mati kalau belum ajal lagi. Ada banyak perkara yang aku mahu cari. Bukan wang, harta, kemasyuran dan tempat duduk mewah aku ingini. Aku ingin mencari apa ertinya hidup ini. Jangan risau wahai saudara dan saudari, akan ku doakan kebahagiaan kalian nanti, kalian akan hidup gembira tidak terperi, cuma ku harapkan kewujudan aku jangan dikenang sekali.
Hidup aku tidak penuh pura-pura. Apa yang benar, hanya itu aku percaya.Namun aku tidak pernah benar di mata mereka, kebenaran hanya dipihak mereka.
Hati umpama kaca, sekali dijentik akan pecah segalanya,
namun aku bukan sempurna,
untuk menatang kaca yang berharga,
namun itu tidak mengapa,
mungkin akan tiba jua masanya,
saat bahagia akan menjelma.
- Mengharap sesuatu yang lebih baik dengan mencari cinta yang sempurna -Itulah manusia.
( Semua ini tiada kaitan dengan sesiapa, sekadar dari kaca mata insan yang hina. Berkata tidak bersuara dalam dunia yang penuh tipu daya, bukan berniat untuk menghina atau mengata, sekadar renungan bersama. Inilah segalanya berlaku di dunia, cuma ia di titip umpama cereka hidup manusia. Tidak faham tidak mengapa. Tak faham, jangan baca. Buat pening kepala, nanti jadi gila, nanti penuh pula hospital bahagia.)
selamat menulis =)
BalasPadamTerima kasih, GKSB..
BalasPadamCUma tiada cerita roti hangit lagi..hahhaha