Aku dah balik ke Kuala Lumpur untuk bercuti antara sidang. Maka aku sudah masuk tahun 3 dalam pengajian aku. Maknanya aku sudah masuk tahun akhir. Peh! Dah nak habis dah.. Tak sabar rasanya. Nak kerja. Master @ Sarjana? Go to hell.. Nanti dulu.. Sapa nak sambung, sambung la.. Hak korang. Selamat berjaya mencapai cita-cita korang dan aku tumpang gembira dengan kejayaan korang.
Sudah dua hari aku di rumah. Agak bosan. Esok hari ibu. Selamat hari ibu buat para ibu-ibu di luar sana. Aku banyak habiskan masa baca buku, buka facebook, dan tonton TV.
Kembali kepada cerita asal aku. Hari ini aku baca surat khabar dan aku terbaca cerita ini. Perkhidmatan pegawai pemerintah KD Sri Inderapura ditamatkan
Ingat lagi kes kapal perang TLDM terbakar dan hampir karam? Hari ini pegawai pemerintah besi buruk tu diberhentikan atau lebih tepat sekali bagi aku diberhentikan dari perkhidmatan. Aku tau aku bukan "tentera" apatah lagi bukan seorang anggota Navy yang sama ada regular atau semestinya aku bukan PSS.. Aku cuma peminat senjata dan seorang penganalisis yang tidak bertauliah. Namun aku berhak mengeluarkan pendapat aku. Baru demokrasi.
Hari ini pegawai pemerintah atau C.O( Commanding officer ) bagi besi buruk ni telah diberhentikan perkhidmatannya atas kejadian itu setelah dihadapkan ke court-martial dan di dapati bersalah disamping perlu bertanggungjawab kepada kejadian itu.( Bagi askar yang bunguk sangat, court martial adalah mahkamah tentera.) Aku akui, sebagai pegawai, kita perlu bertanggungjawab ke atas yang berlaku. Walaupun benda tu besi buruk sekalipun, ia adalah aset negara yang perlu dijaga.
Korang semua tau tak? Apa nama sebenar KD Sri Inderapura ni? USS Spartanburg. Kapal Landing tank(Kapal angkut kereta kebal dari laut ke darat) yang aku dengar pernah berkhidmat semasa perang Vietnam( Perang yang menggerunkan kerana askar Vietcong kejar askar U.S dengan parang). Maknanya Malaysia guna, dah second hand. Diulangi, second hand atau terpakai! Perang Vietnam dah tamat selama 30 tahun.
Kesimpulannya ialah, bagi aku tak patot la pegawai tu dipecat begitu sahaja. Sebab apa? Kebakaran tu akibat litar pintas. Litar pintas ni biasala.. Sebab benda tu dah lama.. Buruk. Elok jadi tukun jek. Kerana nak tutup malu, seorang pegawai dipecat. Seorang lagi jadi kambing hitam bagi menutup kesalahan orang lain.
itulah asal
BalasPadampakai senjata lama
pastu bila terbabas, meletup dan terbakar pegawai tu juga yg kena
haih
bro
BalasPadamjgn lupa usha entry nih
p/s : Monalisa Ada Kembar? Ingin Tahu Siapa Kembar Monalisa? Layari Blog www.hanspunyablog.blogspot.com utk mengetahui jawapannya
entry nih juga
BalasPadamSiapa Kekasih Baru Lisa Surihani?Lihat Sini http://hanspunyablog.blogspot.com/2010/05/kekasih-baru-lisa-surihanihahahahaha.html