Hahahhah
Hari ni, blog ni jadi diari peribadi. Bukan sebab nak publisiti, perhatian dan apatah lagi terdesak inginkan kasih sayang seseorang macam sesetengah orang. Namun, konsep tetap biasa dan bersahaja. Sindiran yang panas dan berbisa seperti 7.26mm yang ditembak dari M60 atau AK-47 yang tepat mengenai kepala seseorang yang kemudiannya mati tak sempat mengucap.
Kembali kepada tajuk asal cerita ini, aku menulis sambil melayan lagu "bebot' daripada Black Eyes Peace nak cerita tentang satu pasangan yang aku kira kekasih. Aku selalu duk perhati mereka daripada jauh kerana aku tidak mengenali mereka. Namun aku mengenali salah satu watak dalam drama cinta melayu mereka( Sebab diaorang ni melayu.). Aku selalu melihat mereka "berdating" disekitar campus ini terutama disekitar cafe desasiswa dan sebagainya. Ketika mereka berdating disekitar campus, mereka akan diiringi oleh seorang budak lelaki(aku amat mengenalinya kerana beliau adalah kenalan aku) yang aku kira sebagai pengawal dan pemandu bagi pasangan kekasih itu.
Aku kasihan melihat kenalan aku itu. Namun aku adakalanya marah dan adakalanya, terasa lucu kerana pelbagainya ragam manusia ini. Aku mendapat maklumat bahawa kenalan aku ni pernah menyimpan perasaan terhadap si perempuan pasangan kekasih ini. Namun perempuan itu tidak menerima cinta kenalan aku ini kerana kononnya dia memerlukan lelaki yang 'beriman untuk membimbingnya ke jalan yang benar". Hahahhahhahahhaha
Namun, aku kagum dengan kenalan aku itu mempertahankan apa yang dirasakan benar baginya dan sanggup melihat wanita idamannya memperkotak-katikkan hidupnya. Kalau aku, dah lama aku blah atau aku langgar dengan troli tesco kalau tak puas hati sangat. hehehhe
Lawak kowt. Lelaki beriman. Mana ko nak cari beb.. Ko couple dengan pak lebai pun belum tentu ko dapat lelaki beriman. Hahahhaha. Aku tengok boyfriend dia pun huru-hara gak. Namun, aku sebagai manusia yang berakal, tidak menafikan haknya. Namun dia pun tidak berhak menafikan hak aku untuk mengutuk dan mengata mereka. Baru demokrasi. heehehee
Aku nak tengok, sejauh mana kenalan aku ni tadi sanggup bertahan. Aku nak tegur tapi aku malas nak campur hal orang. Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya. Hehehhee
Moralnya ialah, macam-macam sikap dan ragam manusia yang kita dapat lihat di dunia ini. Warna-warni manusia.hehhehe
Aku bukan nak sindir atau kutuk sesiapa dalam hal ini. Cuma bercerita apa yang aku nampak sahaja, kalau terasa, apa aku nak kata, pergi mati de.
emo je nampak?
BalasPadamhak3..
Saya tak main la emo tak tentu hala..hehhehe
BalasPadamerrkkk???
BalasPadamwaaa menarik citer ni...ni yg nak bergosip..
BalasPadam