salam kemanusian,
salam perpaduan.
Ini bukan pasal perpaduan UMMO dan PAS.
Mahasiswa dan politik? Bagi aku isu ini dah lapok dan bukan sesuatu yang asing bagi aku dan mahasiswa yang lain. Jika kita lihat di tabir masa lalu, tidak kira di Malaysia atau di luar negara, mahasiswa memainkan peranan penting sebagai agen perubahan dalam sesuatu sistem politik. Contoh seperti, regim suharto di Indonesia telah tumbang oleh gerakan mahasiswa.Bahkan di Malaysia juga, mungkin ramai tidak mengetahui tentang gerakan mahasiswa dalam menentang ketidakadilan dalam sistem politik. Antara peristiwa penting yang mejadi catitan sejarah ialah perjuangan kaum pelajar untuk setinggan Tasek Utara yang dirobohkan rumah mereka pada penghujung tahun 1974. Kemudiannya pada Disember 1974 berlaku satu demonstrasi besar-besaran oleh kaum pelajar bagi memperjuangkan nasib petani-petani miskin di Baling. Walaupun ini bukan sejarah yang begitu membanggakan, namun ini sahaja yang dapat dilihat tentang kebangkitan gerakan mahasiswa di Malaysia.
Baru-baru ini, ada khabar gembira buat semua mahasiswa di mana wujud cadangan bahawsa penglibatan mahasiswa dalam politik luar khasnya akan dipertimbangkan oleh pihak Kementerian pengajian tinggi. Namun, cadangan ini masih dalam kajian dan penelitian yang tinggi. Bagi aku, isu ini isu basi. Pada pandangan peribadi aku yang dangkal ini, adakah mahasiswa dan mahasiswi di Malaysia ini sudah bersedia menghadapi apa yang dipanggil sebagai real politic? Situasi politik yang sebenar yang penuh dengan penipuan, tipu muslihat dan sebagainya. Secara peribadi, aku merasakan bahawa mahasiswa dan mahasiswi sekarang tidak bersedia lagi. Ini kerana beberapa masalah dan kekangan berdasarkan pemerhatian dan kajian aku selama 2 tahun di USM.. Sebab dan halangan pertama ialah:
1) Kebanyakkan pelajar yang mahu terlibat dalam politik ini sebenarnya masih belum tahu apa erti sebenarnya apa yang dikatakan sebagai "real politic".
2) Menganggap situasi politik di luar sama seperti berada di dalam kampus.
3) Pemikiran belum lagi matang dan bersikap kebudak-budakan.( Cepat melenting, merajuk, menangis dan bertuhankan emosi ketika membuat keputusan)
4) Tidak berjiwa merdeka dan bebas.( Pemikiran yang tidak luas )
5) Menganggap ilmu hanya diperolehi dari buku dan teori dari kelas.( Segalanya ada dalam nota kuliah dan buku di perpustakaan)
6) Mahu terlibat dalam politik kerana bukan mahu memajukan negara dan bangsa. ( Sekadar mahukan publisiti dan perhatian)
7) Menganggap politik sebagai satu medan untuk berseronok dan bukan sesuatu yang serius.
8) Bersikap bias dan tidak adil. Hanya bergantung pada satu sisi sahaja.
9) Ingin menunjukkan bakat walau mereka tidak ada bakat dalam politik.
10) Tiada kemahiran untuk memimpin dan tidak mahu dipimpin dahulu.
Ini adalah antara wajah-wajah orang-orang yang hebat dalam bidang politik mahasiswa, namun mereka tidak terburu-buru.
Mereka semua(kecuali saya yang bertali leher ungu itu) tidak terburu-buru, tidak emosi dan sentiasa membuat penaakulan yang kreatif dalam membuat tafsiran politik. Saya bukan mahu mengangkat mereka tetapi inilah wajah-wajah yang akan menggegarkan bukan sahaja politik mahasiswa malah politik negara pada zaman akan datang pada hemat saya.
P/s - Kepada din, syuk dan shahril, sorry beb.. Aku tak tau nak taruk gambar sapa.. Hahahah
seperti mana yg telah dinyatakan di dalam ruangan forum Utusan Malaysia, tak kisahlah kalau dibenarkan berpolitik dalam politik kepartian ataupun tidak..kalau diizinkan aku dengan rela masuk..kalau tak diizinkan aku tunggu je la..
BalasPadamsaudara pemilik blog..saya harap anda akan membayar royalti kerana menggunakan gambar saya..
aku belanja berbuka kat masjid usm
BalasPadamaku rasa benda tu xakan dibenarkan
BalasPadamjust ura2 jer
kalau dibenarkan bagus juga
sebab bukan semua tak matang
ada yang sangat matang
P/S : Kalau Minum Batal Puasa Kan?
bila nak update entry baru bro?
BalasPadammeh komen kejap pasal iklan raya tv3 yang baru nih
P/S : Iklan Raya Aidilfitri TV3 Tahun Nih Macam Ada Tak Kena! Ini Bukan Hari Natal....