Salam mahasiswa dan salam perpaduan,
Pak ngah kembali dengan cerita baru,
bukan cerita pasal cinta dan rindu,
bukan lagi cerita pasal "PLU".
Pagi tadi saya terbaca dalam akhbar online di mana ada menteri mengatakan bahawa pelatih Program Latihan Khidmat Negara atau PLKN adalah aset penting dalam unit pertahan negara. Sebelum itu, saya ingin meminta maaf jika hujah saya di dalam blog ini tidak tepat atau salah. Al-maklumlah, saya ini bukan pernah menjalani latihan sebagai pelatih PLKN atau lain-lain program setaraf dengannya. Kawad pun tidak pernah seumur saya apatah lagi memegang senjata. Kesiankan? Bukan apa, bukan minat saya terhadap perkara-perkara begini.
Sebelum itu, apa kata wikipedia tentang PLKN?
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan kursus latihan wajib bagi sesetengah daripada mereka yang baru menamatkan pendidikan sekolah menengah di Malaysia. Ia bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Program ini bukanlah bersifat Kerahan Tenaga dan tidak mengikut mana-mana model daripada luar kerana dilaksanakan menurut cara Malaysia.
Demikian tadi dari wikipedia bahasa melayu menjelaskan serba sedikit tentang PLKN. Sebelum itu, saya buat post ini bukan sebab hendak menghentam program ni. Tapi ingin berkongsi sedikit info hasil daripada pemerhatian saya sejak program ini dilaksanakan. Program ini berjaya dilaksanakan tapi gagal menghasilkan pelatih atau "Volunteer paramiliter units" jika mengikut istilah saya sendiri. Sebenarnya banyak lagi program begini.. Yang terkenal tentulah Pasukan Latihan Pegawai Simpanan atau PALAPES atau Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi atau SUKSIS di universiti tempatan di Malaysia. Tetapi jangan lupa pada Pasukan Kadet Bersatu Malaysia(PKBM) dan Kor Kadet Polis di sekolah-sekolah menengah di Malaysia. Kepada sesiapa yang pernah menyertai PKBM pada era tahun 2001 hingga 2003, sudah pasti sesiapa jua tidak akan melupakan era itu.. Mereka dilatih pelbagai kemahiran dan kepakaran seperti kawad, asas senjata api, teknik pertempuran, komunikasi, undang-undang dan sebagainya seperti tentera dan polis sebenar.
Kembali kepada tujuan asal saya mengapa saya menulis post ini, bagi saya, program ini gagal melahirkan insan-insan yang berjiwa patriotik. Secara peribadinya, saya rasa sukar sekali kerana ia memerlukan kesedaran dalam diri seseorang individu itu sendiri. Saya tidak mengatakan program ini gagal. Tapi gagal melahirkan insan yang diharapkan. Hasil daripada temubual dan kaji selidik saya yang tidak seberapa ini, saya mendapati kebanyakkannya menyertai program ini atas dasar terpaksa dan sekadar ingin mencuba. Apabila sudah menyertai program ini, mereka akan buat perangai seperti ponteng latihan atau tidak bersungguh-sungguh dalam latihan. Dengan erti kata lain, mereka tidak mempunyai jiwa tentera dan polis ketika menyertai pasukan ini. Semangat itu tidak ada. Adakah orang sebegini akan mempertahankan negara jika berlaku? Maaf saya katakan, tidak.
Mungkin saya tidak layak untuk berkata sebegini namun saya berhak untuk memberi pendapat. Niat saya cuma 1, bukan 1 Malaysia tetapi jika sesiapa ingin menyertai program ini, anda harus mempunyai "jiwa" yang sesuai. Jika tidak, jangan buang masa. Jangan cemarkan pasukan dengan sikap anda. Dan lagi, saya ingin menegur sikap anggota yang suka bersuka-ria ketika menyertai pasukan atau program sebegini. Ingin saya pesan, tidak salah untuk "enjoy", mengumpul kawan atau kenalan, "mencapub"( mencari publisiti terutama orang macam ???????( Nama terpaksa dirahsiakan.) dan sebagainya. Cuma jangan lupa pada tanggungjawab dan peranan asal anda. Jika "red alert" terjadi, jika anda cabut dari medan, saya juga akan sibuk "berperang" namun, bukan dengan musuh yang menyerang kita tetapi saya sendiri akan mencari memusnahkan kalian sendiri jika saya tidak mati atau cedera lagi.. ( Bukan emosi atau apa-apa, sekadar pelengkap bahasa)
Oh ya, sebelum terlupa, saya juga ingin menegur sikap sesetengah anggota pasukan simpanan ini, ada yang terlalu bersemangat sehingga menyebabkan orang lain sakit hati dan tertekan. Kepada mereka saya ucapkan, tahniah. Tetapi janganlah paksa orang lain untuk bersikap seperti anda. Kerana mereka adalah mereka, anda adalah anda. Masing-masing mempunyai masalah sendiri, ok? Janganlah paksa mereka. Anda baru reserve bukan regular.. Bawa-bawa sedar dirilah.. Buat cara macam reserve. Rakan-rakan saya di Unit trafik PDRM dan Regimen Artileri pun biasa-biasa sahaja bila mereka di luar tugas walau mereka regular.
(P/s- Rindukan bau 5.56mm yang dilepaskan dari M-16 dan AUG di pagi hari.)
baik punya sindir..
BalasPadamAku bukan sindir, perli jek.. Aku malas nak berselindung lagi macam james bond..
BalasPadamhahhaha
Looking for any PLKN gift or PLKN Alumni gift.Visit us at PLKNgift.blogspot.com
BalasPadam