Tanah lapang

Isnin, 28 Julai 2014

Senyum

Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Bukan bercerita tapi sahaja.. Entahlah.. Berat dibenak ini tapi entah kenapa aku boleh tersenyum walau mata aku berkaca.

Dah dekat setahun. Aku yang bersalah dalam hal tu tapi aku rasa aku kena lakukan juga. Aku faham buah keras yang akan kena aku balik tapi aku kena buat juga keputusan tu. Aku berserah sahaja. Aku kena uji diri aku. Adakah aku ikhlas?Adakah aku benar-benar? Atau aku sekadar menabur janji kosong yang aku sendiri pasti tak dapat ditunaikan?

Aku buta tapi aku percaya. Aku lemah tapi aku tetap berusaha. Dia tak bersalah pun dalam hal ini..

Raya kali ni paling sadis.. Aku dengar takbir pun boleh menangis walau aku takde kene mengena.

Tapi hidup mesti diteruskan.. Doakan dia selamat dunia akhirat, hidup diberkati dimurahkan rezeki..

Harusku tabahkan hati, menghadapi next aidilfitri..

Ahad, 9 Februari 2014

Sesat atau menumpang?? Bahagian 1

Hari ini aku balik ke Gombak dimana tempat aku membesar selama ini.. Balik ke teratak usang yang menjadi pelindung kami sekeluarga dari hujan panas ribut petir selama hampir 30 tahun..

Dahulu, aku ramai kawan-kawan di sini tapi sekarang mana aku pergi mesti seorang diri.. Gombak sekarang pun sudah semacam.. Segalanya tampak berbexa.. Kalau dahulu, kami di sini semuanya saling mengenali.. Siap tahu asal usul keturunan.. Berbexa budaya, kepercayaan dan cara hidup namun kami tetap saling hormat-menghormati..

Sekarang ni, aku rasa macam dah hilang arah.. Aku merasakan Gombak tempat aku membesar ini bukan lagi untuk aku.. Kalau dahulu, sangat teruja kalau balik ke Gombak.. Merasakan cuaca yang dingin, kedamaian panorama dan kehijauan alamnya.. Di sini aku boleh merasakan hidup cara di kampung atau cara di bandar. Jika ingin ke Kuala Lumpur, hanya lebih kurang setengah jam dengan kenderaan sendiri atau awam.. Hendak memancing, mandi sungai, tanam pokok buah-buahan, pendek kata semua boleh.. Aku rindukan kehidupan yang dahulu dimana aku rasa bahagia apabila berada di sini. Namun, mungkin kerana masa telah berlalu dan nikmat dahulu hanya dapat ditatap semula dalam lipatan kenangan..

Sekarang, ke mana sahaja aku melangkah atau membawa diri, pasti terasa kosong.. Kalau dahulu, ada insan yang sudi menceriakan atau sekurangnya menyerikan hidup aku tapi kini aku telah keseorangan meneruskan kehidupan ini..

Aku harap ini sekadar mimpi.. Akan ku bangkit esok hari dan merasai kehidupan lampau ku..

Sabtu, 8 Februari 2014

Sedih yang tak pasti

Sedih?
Kecewa?

Entahlah.. Aku pun sebenarnya rasakan tak patut aku bercerita dalam benda ni tapi entahlah.. Aku macam tak tau dah.. Aku perlu luahkan apa yang aku rasa.. Serba tak kena.. Kadang-kadang, hidup aku ni pelik.. Kena korban air mata dan perasaan demi sesuatu..

Hidup tanpa arah di lautan yang tidak berarus,
ke utara pun tidak ke selatan pun belum pasti,
cekal tabah hanya di riak muka,
hati jiwa berkelodak macam tidak berwarna,
hai hati kenapa begini,
hai jiwa kenapa begitu,
ketawa di lautan muka,
serabut di daratan jiwa..

hahahahaha
kah kah kah kah kah

kah kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

Selasa, 31 Disember 2013

Tahun baru?Langkah kiri atau kanan?

Tahun 2013? Mungkin banyak yang bermakna bagi sesetengah manusia di dunia ini.. Atau mungkin hilang makna bagi sesetengah orang.. Namun terpulanglah kepada masing-masing untuk menilai..

Kini, tahun 2014 menjelma dan bermulanya pelbagai cerita di pentas kehidupan ini. Langkah kiri atau kanan dalam episod tahun ini? Terpulang kepada masing-masing untuk mengatur langkah. Setiap orang mempunyai watak dan skrip yang berbeza.

Bagi aku, aku mungkin akan banyak kehilangan. Seperti biasa.. Hilang yang tidak pernah berganti.. Sehingga aku sudah betah dengan setiap kehilangan itu.. Sekadar renungan sahaja.. Bukan apa.

Negara 2014? Makin huru-hara. Semua hendak jadi V for Vendetta tapi seorang pun tidak berani macam V.. Minyak naik, semua naik. Dahulu, otak akademik jadi mengulas pun idea ada tapi sekarang otak mengalahkan keyboard worrier di laman sosial sahaja. Mungkin sudah terasimilasi dengan sikap mereka.

Cuma aku perasan, sedikit kematangan semakin memenuhi diri. Mungkin peningktan usia dan suasana pentas sosial yang semakin berbeza.

Sedih? Mainan dalam hidup. Senyum ibarat jenaka dalam pentas hidup ini. Boleh dijadikan tirai yang menutupi segala permasalah hidup ini.

2013? Diarinya ibarat tiada. Kerana hidup diteruskan dan dibiarkan berlalu begitu sahaja. Muncul seperti bayang tapi menghilang umpama kabus yang tidak berkesan.

Kembara tiada akhirnya. Kembara sentiasa bermula...

Langkah kiri atau langkah kanan?

Dokat setahun eh..

Selamat tahun baru.. Malas hendak update.. Diam jek la..

Isnin, 17 Disember 2012

Apa da..

Disebalik kegundahan dan kesedihan melanda diri, aku perasan satu benda dikalangan rakyat Malaysia khasnya dikalangan orang melayu yang aku percaya beragama islam. Kalau ya pun hendak marah, janganlah sibuk meng"kafir"kan orang lain atas sebab berlainan pendapat. Kalau tidak faham, bertanya. Tidak faham, buat pembacaan dan penyelidikan lagi. Boleh maki hamun orang di internet tetapi malas menggunakan aplikasi google search dan internet explorer. Tunjuk berani tetapi sentiasa "anounymous" dengan alasan tidak berani.. Keselamatan.. Sudahlah.. Dasar pengecut..

Sabtu, 15 Disember 2012

Susahnya

Susahnya menjadi manusia bernama Remie Bin Ramli.. Ramai melihat beliau hidup penuh kesenangan dan kebahagiaan. Namun, itu rasanya cuma ilusi rasanya. Di selut hatinya, banyak yang dipendam dan ditanam. Namun tiada siapa yang mampu faham.. Ketawanya berbunyi, katanya berapi, namun tidak panas seperti difikiri. Kah kah kah.. Adakah dia akan terus begini?Biarlah..