Tanah lapang

Jumaat, 26 Februari 2010

Tahniah

Salam mahasiswa, salam aspirasi, dan salam kuasa ketiga

Sudah sesak laman sesawang ini yang dipenuhi sarang labah-labah. Jadi, saya mahu semakkan lagi ruang ini.
Malas hendak tulis panjang-panjang, cukup 2,3 baris ruang digunakan.

Tahniah saya ucapkan kepada calon-calon STPM tahun 2009.. Sebanyak 44000++ calon telah mendapat keputusan lulus penuh dan purata calon mendapat gred 3.00 keatas.. Angka yang begitu membanggakan. Nampaknya persaingan agak sengit kali ini.. Saya berharap pihak kementerian pengajian tinggi sudah menyediakan tempat yang cukup bagi mereka yang layak.

Saya percaya, kebanyakkan calon STPM adalah calon aliran kemanusiaan yang mengambil matapelajaran seperti geografi, bahasa malaysia, sejarah dan sebagainya. Jikalau boleh, saya harap agar pihak Kementerian Pengajian Tinggi menghadkan tempat bagi para calon lepasan matrikulasi bagi aliran kemanusiaan. Bagilah peluang kepada para calon lepasan STPM ini.

Bukan mahu bersikap bias cuma biarlah calon STPM ini mendapat peluang belajar di Universiti.. Biarlah penat lelah mereka memikul buku setebal 300ms bagi setiap subjek dan perlu memahami semuanya dan diluahkan dalam masa kurang dari 4-5 hari. Disamping itu, mungkin ada diantara mereka mengalami cabaran seperti penghinaan dan ejekan oleh orang yang pendek akal yang menganggap pelajar STPM adalah seorang yang tewas atau "Loser"..

Apa-apa pun, tahniah buat mereka. Ayuh! Pelajar STPM! Kita bangkit dan gegarkan arena akedemik dunia..

Sabtu, 20 Februari 2010

Sampai melopong sampai meleleh air liur

Salam perpaduan dan salam kuasa ketiga


Salam sinis pembuka bicara,
ini semua realiti belaka,
bukan rekaan semata-mata,
bukan mahu menghina atau mengata,
sekadar renungan bersama.

Beberapa hari yang lalu, semasa pulang bercuti ke Gombak, tanah tumpah kelahiran saya, saya lihat banyak perubahan yang berlaku di sekeliling kawasan kediaman saya ini. Antaranya ramai orang yang sudah tiada samada sudah berpindah atau kembali kepada maha pencipta atau merantau ke tempat luar. Jalan raya pun sudah banyak berubah. Saya jangka tiada kesesakkan akan berlaku lagi di sekitar Baru Caves kerana jejambat baru sudah siap dibina dan terima kasih kepada kerajaan atas kemudahan yang telah diberikan ini.

Kembali kepada laluan asal cerita, saya ingin menyelar sikap sesetengah pemandu atau pengguna jalan raya di Malaysia ini, bukan kerana mereka tidak membayar cukai jalan tetapi atas sikap "Prihatin" mereka. Prihatin? Bukankah satu sikap yang bagus? Memang bagus jika kena dengan cara dan keadaannya. Contoh sikap "Prihatin" yang kurang bagus atau lebih tepat sekali, tidak bagus pun ialah suka memperlahankan atau memberhentikan kenderaan apabila berlakunya kemalangan jalan raya tidak kira kemalangan serius yang menyebabkan kematian atau sekadar "bumper" tertanggal. Mereka bukan berhenti untuk menolong atau menyelamatkan mangsa kemalangan tetapi sekadar menjadi penonton atau menjadi "Wartawan" yang tidak bergaji. Apa yang berlaku selepas itu? Sudah tentu perkara yang tidak disukai oleh para pengguna jalan raya iaitu jalan sesak.

Yang lucunya ialah, ada diantara penonton atau "wartawan" ini melihat kemalangan ini sehingga ternganga mulut sehingga mulut itu boleh disumbat sebiji periuk dan ada yang sehingga meleleh air liur sehingga air liur itu melimpah menjadi anak sungai semula jadi dan terbeliak biji mata sehingga tiada ruang untuk membeliak biji mata itu. Disini saya ingin bertanya, apa yang peliknya tentang kemalangan jalan raya ini? Bukankah ia berlaku setiap masa dan di mana-mana sahaja? Buat apa hendak dilihat lama-lama? Bukankah kalian semua akan menyusahkan orang lain? Ha! Biasanya mereka yang bersikap begini adalah bersikap bodoh tidak boleh diajar, cerdik tidak bleh mengajar. Jika ditegur akan melenting. Betul tidak?



Ini sedikit nasihat daripada saya kepada mereka yang gemar menjadi penonton atau "Wartawan" ini, apa kata jika kalian semua ingin melihat atau mengalami kemalangan, kalian sendiri menjadi mangsa sekaligus menjadi penonton sekali? Sekaligus kalian dapat merasai kesakitan dan penderitaan seperti mangsa lain? Atau bonusnya ialah kalian mungkin akan mewarnai muka depan surat khabar atau tajuk utama berita dan menyertai statistik kemalangan negara. Bukankah lebih seronok jika begitu? Fiqir-fiqirkanlah..

Saya percaya kalian semua memang bijak jadi kalian gunakan kebijaksanaan kalian itu untuk berfiqir..

Jumaat, 5 Februari 2010

Kereta mahal

Salam mahasiswa dan salam kuasa ketiga..

Salam sinis pembuka bicara,
bukan cerita politik atau satira,
bukan cerita main punggung tukang bancuh kopi dan tuannya,
ini cerita yang tiada cerita,
nadanya marah dan bersahaja.

Saya bukannya penulis yang baik. Tapi saya rasa mesej saya jelas dan saya rasakan semua orang memahaminya. Jemu sudah bercerita pasal politik malaysia ini. Baik saya cerita tentang sikap dan ragam manusia. Gambar ini saya ambil beberapa minggu dahulu, sikap manusia yang pentingkan diri. Disini saya ingin bertanya, jika manusia pemilik kenderaan ini, akan berasa marah jika orang lain melakukan perkara yang sama padanya.

Tempat letak motorsikal dijadikan tempat letak kereta, alasannya pasti tiada tempat letak kenderaan. Apa salah jika letak ditempat letak kereta yang agak jauh sedikit. Tidak salah jika berjalan jauh sedikit. Bukannya akan hitam terbakar kulit.

 
Saya tahu kereta ini mahal dan saya tidak mampu membelinya kerana saya seorang pelajar dan bukan "anak lord" yang bawa Kia Sorento  ke kampus. Tapi saya rasa, sebagai pemandu yang berhemah, pemilik kenderaan ini tidak patutlah meletakkan kereta mahalnya ini ditempat yang tidak sepatutnya. 

Jadi kepada pemilik kereta ini, janganlah begini. Bukan apa, selain disaman oleh pihak keselamatan, kereta anda mungkin akan dicalarkan atau dipecahkan cerminnya. Oleh siapa? Yang pasti bukan saya.

Renung-renungkanlah.

Sorry To Say La!

Selasa, 2 Februari 2010

Dimana profesionalisme sebagai pelajar universiti?

Salam perpaduan dan salam kuasa ketiga politik negara..

Salam pembuka bicara,
seperti biasa,
bukan mahu mengata atau menghina
sekadar berkongsi untuk direnung bersama
cakap banyak pun tak guna,
mari baca blog saya.

Penat minggu ni.. Dalam minggu ni, ada 3 pembentangan. Sampai aku pun dah naik lintang pukang.. Kunchalana hidup aku, penat sudah badan aku, serabut sudah kepala aku.. Semoga aku cekal menghadapinya..

Mulakan cerita, ada seorang anak dara, agak manja dan mengada, belajar di universiti di bahagian utara, bukan mahu mengata atau menghina,
sapa yang marah atau terasa, maaf dipinta, jangan marah ya? Kalau marah juga, aku ucapkan pergi mati la..

 Diberi tugas sudah berminggu tugas agak mudah dan sedia dibantu, itu pun tak mahu. Kalau dipaksa nanti, tarik muka lagi, di nasihat nanti, ada tukang bela nanti. Apa nak jadi?

Aku bukan nak menyibuk atau nak menyanggah. Aku cuma boleh tengok dan gelak berdekah, aku tegur si tukang belanya aku pula yang akan parah, lebih baik aku blah. Kalau aku marah, aku balik yang kena pangkah.

Si tukang belanya ramai, bukan orang lain semua aku kenai, si anak dara ini seorang yang pandai, pembela dia pun semua pandai-pandai, tapi buat apa kalau tak pandai guna akai?

Aku tau aku ni hati batu, ada masalah pun aku buat tak tau, aku bukan nak tunjuk siapa aku, aku cuma tak nak menipu.

Apa tukang bela buat untuk dia, semua betul belaka, cuma kalau terlebih pula, mungkin makin lingkup la jadinya.

Orang lain ada masalah juga, ada yang dah nazak pun masih buat kerja, tapi jawapan semua ada pada mereka.

Sorry to say la buat mereka, tak salah nak bagi muka, kalau selalu dibela, korang akan nampak kesannya nanti bila tiba masanya.

Bukan terhandal atau terkuat, sekadar sekadar yang terhandal yang boleh ku buat.

Hai!Tak puas hati nampaknya? Pergi mati la korang semua...

Ahad, 31 Januari 2010

Apa erti sebenarnya demokrasi?

Salam kuasa ketiga..

Sinis semanis gula, 
sembah salam pembuka bicara,
cakap banyak pun tak guna,
umpama menjala debu bunga.

Deman pilihan raya kampus sudah berakhir?Aku rasa belum lagi sebab selagi ada mulut yang tak jemu bercerita dan telinga tidak jemu mendengar cerita benar atau tipu belaka, cerita tentang pilihan raya ini akan terus dibicara.
Kecohnya juga pun masih terasa. Namun, suka atau tidak, inilah sistem demokrasi peringkat "rendah" yang perlu dipelajari oleh para pelajar IPT.

Namun, kecohnya masih terasa di sesetengah Universiti. Terutama di Univesiti yang agak hampir dengan rumah aku iaitu Universiti Malaya.. Pro-mahasiswa membantah penggunaan E-undi kerana bagi mereka tidak melambangkan erti demokrasi. Siap main hempas-hempas komputer lagi.. Apa salah komputer tu.. Sorry to say la, aku tengok semua yang berpiket ni semua budak melayu dan aku kira mereka bukanlah dari keluarga yang senang atau kaya. Mungkin belajar dengan tanggungan PTPTN atau biasiswa kerajaan atau lain-lain agensi atau melalui kiriman ibu bapa pada setiap bulan atau melalui kerja sambilan.

Aku hormat dan tabik mereka berani buat macam ni..Aku pun fiqir 2,3 kali juga kalau nak buat macam ni.. Tapi aku tak setujulah dengan cara diaorang ni. Banyak lagi caranya.. Bukan begini cara seorang pelajar Universiti.. Ni esok bila dah kerja dengan kerajaan, buat lagi perangai macam ni. Nak berpiket boleh. Tapi bukan dengan ini caranya. Ko lompat pijak komputer buat apa? Bazir duit jek. Beli komputer kemudian pijak-pijak. Kalau tak nak bagi kat aku, biar aku buat PC khas untuk main game.

Pro-mahasiswa menang besar di 2 universiti seperti Universiti Malaysia Terenggganu dan semestinya Universiti Islam antarabangsa(Walau aku tengok kebanyakkan pelajar dia agak hampeh dan tidak mengikut peraturan terutama masa pergi pasar malam kat depan sekolah teknik gombak setiap rabu.Bawak motor dengan tak setan. Aku cakap betul sebab aku orang gombak dan umah aku dekat dengan UIA. Sapa nak bantah cakap aku sila angkat tangan?). Ini dah tunjuk demokrasi dan aku tengok budak Pro-aspirasi kedua-dua universiti ini tak mengamuk pun.. Mungkin Pro-aspirasi kat 2 universiti ini tak ade perasaan kowt.


Apa erti demokrasi bagi diaorang ni? Kata mereka tidak melaungkan keganasan, keadilan yang seadil-adilnya dan sebagainya.. Tapi dah tunjuk macam ni, macamana nak tadbir negara atau sesuatu organisasi nanti?

Tapi sebenarnya aku masih kabur tentang erti sebenar demokrasi. Sesapa boleh membantu aku menghilangkan kekaburan aku itu?

Jumaat, 29 Januari 2010

Hina sangat kew?

Salam mahasiswa, salam aspirasi dan SALAM KUASA KETIGA!!

Sebelum memulakan langkah, saya ingin menyampaikan salam takziah buat seluruh rakyat negeri johor dan keluarga diraja johor secara khususnya tentang kemangkatan Tuanku Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

Semalam, ada seorang manusia ini berkata kepada saya.. "Remie, nak tahu tak kenapa pak guard U** ni senang kena tipu? Sebab diaorang takde pelajaran tinggi"... Saya tersentak dengan kata-katanya itu.. Saya pun membalas kata-katanya dengan bersahaja dan pedih lagi berbisa, saya berkata padanya, "ko boleh buat kew kerja dia? Duduk tengah panas? Pertama, ko budak master, ko boleh fiqir macam tu? Diaorang bukan tertipu dengan ayat ko tapi, diaorang malas nak layan orang sombong dan tak reti bahasa macam ko! Ko ingat ko belajar tinggi-tinggi ni bagus sangat ke? Ko lagi bodoh.. Takut awek dan bakal takut bini.. Lagi hina.".. Maaflah, saya terlalu marah ketika itu.. Sebagai manusia, saya rasa tindakan dan kata-kata sahabat saya itu terlalu menghina orang kelas bawahan seperti mereka, para pengawal keselamatan.



Saya rasa ramai di kalangan anda para pembaca blog ini terdiri dari golongan kelas pekerja dan boleh dikatakan dari golongan yang sederhana. Saya akui sahabat saya itu lahir dikalangan keluarga yang berada.. Wang bukan jadi ukuran dan masalah baginya. Beliau juga hebat dalam mencari wang dan bijak dalam pelajaran.. Saya ini cuma anak seorang kakitangan kerajaan. Bukan anak golongan kelas atasan. Sudah biasa dengan cara sederhana dan tidaklah begitu bijak.. Bila berada dalam golongan ini, saya dapat melihat dunia dan realiti dunia luar lebih awal dari orang yang berada dalam kelas elit ini. Apabila sahabat saya itu berkata demikian, saya juga terasa kerana ibubapa saya juga adalah kakitangan rendah seperti para pengawal terbabit. Saya terasa kerana seolah-olah hina sungguh seorang kakitangan atau pekerja yang tidak berpelajaran tinggi..

Kita tidak boleh menganggap begitu. Setiap orang sudah tersurat.Nasib setiap manusia berbeza..  Mengapa pengawal terbabit menjadi pengawal kerana mungkin beliau tidak mampu menyambung atau mendapat pendidikan yang sempurna seperti kami. Mungkin pada zaman mereka, tidak ada kemudahan seperti kita sekarang. Ada PTPTN dan sebagainya.. Atau tidak mendapat galakkan oleh keluarga dan ada yang berkorban demi adik-beradik mereka.

Jangan hina orang-orang seperti pengawal keselamatan ini. Mereka juga mempunyai fungsi yang lebih berguna dan mulia kerana mereka menjaga keselamatan nyawa dan harta orang lain daripada sesetengah para menteri dan para pegawai tinggi kerajaan yang duduk melopong di pejabat makan gaji buta.. Mungkin bagi sahabat saya yang bahalol ini akan berkata, "ala, kita upah diaorang..".. Bagi saya, mungkin bagi dia seorang perasuah paling tegar, wang adalah segalanya. Tapi tidak bagi saya, kerana wang tidak mampu menghalang peluru menembusi kepala kita atau membeli tiket masuk ke syurga. Tapi mungkin kita boleh membeli tiket ke syurga jika kita gunakan wang itu untuk bersedekah dan beramal dengan hati yang ikhlas.

Jumaat, 22 Januari 2010

Sesak ke?

Salam mahasiswa, salam aspirasi dan salam penyatuan umat manusia..


Sudah lama tidak berkunjung ke ruang ini... Agak "berkarat" sudah ruas jari untuk menekan papan kekunci ini.. Pencaknya sumbang sekali tidak berbisa lagi.. Sukar bermain kata yang penuh sinis dan sindiran..

Emm... Pilihan raya kampus sudah bermula.. Hampir semua pusat pengajian tinggi di Malaysia ini sudah mula terasa bahangnya.. Sudah pasti pelbagai manifesto akan dipertaruhkan pada pilihanraya kampus kali ini.. Ada yang masuk akal dan sudah pasti ada juga yang tidak masuk akal.. Contoh seperti ini "Barang siapa yang undi saya, saya akan pastikan semua rakyat malaysia khasnya penduduk di bahagian pulau di pulau pinang, mereka tidak perlu membayar tol ketika mahu keluar daripada pulau jika menggunakan jambatan pulau pinang."(Walau sememangnya jika mahu keluar dari Pulau Pinang jika menggunakan jambatan, tidak dikenakan sebarang bayaran pun.)

Sekarang, di dalan arena politik tanah air ini, heboh dan kecoh kerana kemunculan pihak ketiga atau third force. Pihak ini sebenarnya sudah lama wujud dalam arena politik tanah air ini cuma pada awal kemunculan mereka, mereka tidak mendapat perhatian oleh kebanyakkan rakyat Malaysia.. Kini, didalam pilihan raya kampus juga, sudah wujud pihak ketiga ini.. Adakah ini tsunami politik? Ini kerana poltik kampus banyak dinominasi oleh Pro-aspirasi dan pro-mahasiswa.. Pro-aspirasi ini dikatakan sebagai pro kepada pihak universiti dan sering mendominasi kerusi politik kampus di seluruh universiti di Malaysia ini.. Manakala Pro-mahasiswa ini dikatakan pro kepada pihak mahasiswa..Dikatakan Memperjuangkan hak mahasiswa secara total.Betul ke? Kini, muncul pula pihak ketiga iaitu golongan bebas. Mungkin Mereka ini mampu mengubah senario politik politik kampus dan mampu mengkunchalanakan pihak pro-aspirasi dan Pro-mahasiswa.. Tapi persoalannya ialah, sejauh mana perjuangan pihak ketiga ini dan paling penting ialah, adakah semua pelajar sudah sedia maklum tentang kewujudan pihak ketiga ini dalam politik kampus?

Namun begitu, belum sempat pihak ketiga ini melabuhkan sauh didalam politik kampus ini, sudah ada pihak yang panas punggung rupanya.. Ketika sedang minum tadi, saya mendapat maklumat melalui unit risikan saya, ada pihak menggunakan kaedah gertakan atau ugutan terhadap calon pilihan raya campus dan calon yang digertak itu khabarnya calon bebas.. Menurut "telefon karat" itu, ancaman itu datangnya dari pihak selalu mendominasi politik kampus ini.. Pihak yang mana? Entah la.. Malas nak cerita walau nak cerita.. Hai! Dah panas punggung ke? Takut kalah? Hahahaahahahah

Kalau pihak ketiga ini menguasai pilihan kampus, agaknya apa tindakan mereka? Takkan nak buang calon-calon bebas dari universiti walau ianya tidak mustahil.. Belum apa-apa, sudah main ugut-ugut.. Inikah demokrasi terpimpin?? Baru ditahap politik kampus, sudah begini rupa.. Kalau sudah terlibat politik di luar, macamana pula?

Kepada calon yang diugut itu, nyalakan tekad.. Usah gentar dan risau. Teruskan perjuangan anda.. Persetankan meraka yang menggugut kamu itu.

Kepada yang menggugut tu, teruskan kerja-kerja menggugut itu dengan penuh komitmen.

Selamat berkempen dan mengundi..