Tanah lapang

Jumaat, 7 Januari 2011

Sudah-sudahlah

Salam buat semua umat manusia yang membaca ruang maya ciptaan aku ini.

Banyak betul perkara yang berlaku di alam "haiwan politik" ini.. Isu "budak sekolah" pun hendak dibesar-besarkan. Adakah mereka ketandusan idea atau dah tersepit macam ular masuk jaring? Kesian aku tengok manusia. Mempertahankan hak yang belum pasti. Tapi tidak mengapa, aku tidak mahu menafikannya.. Itu adalah hak mereka. Namun begitu, jangan menafikan hak aku untuk berkata-kata. kalau hendak peduli, terima kasihlah. Bermakna kata-kata aku diambil peduli diluar sana. Walau blog aku tidak popular kerana tidak menjaja isu peribadi atau dalam kain sendiri, isu politik atau apa aku hendak pakai masa masa aku hendak 'dating" dengan "awek" aku nanti.

Dipendekkan cerita, banyak isu ingin aku hendak cerita. Isu ini mungkin basi kerana sudah lama dan aku pula lambat dapat cerita. Isu ini agak sensitif kerana akan mempersoalkan tindakan orang yang berkuasa di Malaysia. Aku ini cuma insan kerdil yang tiada tempat di Malaysia. Nama sahaja orang asal tanah Malaysia ini, suara aku umpama titis air menitik ke arus jeram yang berbahaya.



Aku tidak mahu berkata tetapi aku tetap hendak berkata. Ini tentang isu Karam Singh Walia didakwa mengeluarkan kata-kata yang mengeluarkan kata-kata menghina atau mengguris hati dan perasaan orang melayu. Dia didakwa mabuk dan kemudiannya mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati orang melayu yang kemudiannya telah mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada semua orang.

Ramai orang mempertikai kesungguhan beliau dalam isu ini. Kerana wujud dakwaan mengatakan beliau pernah berbuat demikian pada masa dahulu. Namun begitu, aku bukan hendak bercerita tentang itu. Tetapi tentang sikap sesetengah orang. Aku secara peribadi mendapati, orang melayu mudah melenting apabila isu sebegini dibangkitkan terutama apabila orang bukan melayu berbuat perkara sedemikian rupa. Tidak mengapalah kerana mungkin orang melayu peka dengan isu sedemikian rupa.

Tetapi setuju atau tidak ingin aku katakan bahawa, dengan mata kepala sendiri, dengan dengan telinga sendiri, mengalami sendiri peristiwa ini. Dulu masa sekolah, aku pun mengalami peristiwa "Disakaikan" oleh orang-orang "melayu".. Kenapa aku letak dalam kurungan perkataan melayu itu? Sebab aku tidak pasti samada orang yang kata aku macam itu adalah benar-benar melayu kerana hasil dari pemerhatian aku, ibu bapa mereka adalah pemegang kad pengenalan berwarna merah dan kurang fasih berbahasa melayu disamping selalu gagal ketika membuat karangan bahasa melayu.

 Aku pun ada kawan-kawan dari semua jenis bangsa. Tidak kira melayu, orang indonesia, orang asli, punjabi, india, cina, iban, dusun, banjar, jawa, minang, bawean dan sebagainya. Tetapi mungkin kerana aku berkawan dengan golongan orang yang berakal dan bijaksana, mereka tidak pernah mendiskriminasi aku atau sesama kami ketika bersama. Bahkan kami saling menghormati antara satu sama lain. Bahkan aku sendiri mempunyai seseorang yang paling aku sayangi yang berbangsa melayu dan beragama islam.

Dengan izin tuan speker, saya ingin menggunakan perkataan inggeris, "Come on la". Kadang-kadang, aku tengok orang "melayu" sendiri yang suka mengeluarkan kata-kata berunsurkan perkauman. Contoh seperti, "keling" bagi orang india, "sepet" bagi orang cina dan sakai bagi orang asli. Benda ini sudah lama dan sudah disosialisasikan didalam norma masyarakat kita. Aku tidak pernah mendengar orang cina atau india mengata orang lain( atau aku sendiri yang tidak sedar kerana tidak menguasai bahasa cina dan tamil.). Ada bangsa-bangsa ini melenting? Kalau ada pun, cuma politician yang sudah "El Nino" akal mereka. Lagi-lagi orang asli. Mereka tidak pernah melenting walau dihina. Bukan mereka bodoh, cuma mereka mengambil pendekatan bahawa berdiam lebih baik, penat mulut orang berkata, maka akan berdiamlah mereka, jika mereka berakal, mereka akan berasa malu sendiri dengan tindakan mereka. Bapa aku pernah berkata, biarlah mereka dengan kebodohan mereka yang mengata kita. Mari kita melihat dan menikmati kebodohan mereka.

Kepada saudara-saudari yang saya hormati sekalian, sudah-sudahlah. Lebih baik bersaing dengan cara yang positif. Sebelum anda semua kata anda adalah pejuang bangsa melayu yang sejati, cermin diri kita dahulu. Jika masih melepak di Zouk sambil minum Chivas, membahasakan diri "I" dan "you" kepada orang lain atau gagal SPM bahasa kertas bahasa melayu, anda semua patut malu untuk mengaku anda sebagai bangsa melayu.

Paling penting kita kena ingat, kita ini manusia. Kita dijadikan pelbagai bangsa, warna kulit ini adalah untuk bertujuan saling mengenali antara satu sama lain. Kalau asyik hendak bergaduh, sampai bila kita hendak maju? Negara kucar-kacir, korang nak ke makan ubi kayu? Itu pun kalau ada yang tanam lagi la..

Aku sebenarnya hendak guna ayat panas tetapi, aku masih waras dan berakal lagi. Walau Karam Singh Walia dikatakan rasis, tetapi beliau bangga kerana menggunakan peribahasa melayu yang banyak orang melayu sendiri tidak tahu.

Ikhlas dari aku.

Sabtu, 1 Januari 2011

Ku memerlukan kekuatan

Aduh!
Aku memerlukan kesabaran,
kekuatan dan sebagainya..
Bulan oktober akan aku akhirkan segalanya.

Bulan oktober, akan aku menantikannya..
Aku perlukan kesabaran..

Khamis, 23 Disember 2010

Apa hala tujuku?

Mencari ruang untuk meluahkan,

bukan tidak berteman tetapi ada perkara orang lain perlu tambah sebagai pengetahuan,

Bukan mahu mencerita kisah peribadi dan dalam kain sendiri,

tetapi aku sudah buntu untuk meluahkan isi hati,

ah! aku tidak peduli..

Diri ini sepi tidak berteman,

walau aku tidak keseorangan,

tetapi aku tetap keseorangan,

Semakin hari aku merasakan aku makin tenggelam,

bukan tenggelam sebab hanyut di lautan,

hanyut dalam kekesalan, kesedihan dan kecelaruan,

aku pening dan buntu,

aku tidak tahu apa yang perlu,

lemahnya aku,

gagalnya aku,

aku sudah buntu,

walau sudah banyak yang berlaku,

namun aku tetap begitu,

aku tidak mahu,

berkelakuan sebegitu!

Jumaat, 10 Disember 2010

Siapa?

Persoalan ini senang dijawab namun, apakah jawapan sebenarnya?

Siapakah kamu?
Siapakah aku?
Siapa mereka?


Jawapan tetap ada namun, adakah jawapan itu jawapan sebenar bagi persoalan ini?

Isnin, 15 November 2010

Setiap pembalasan pasti terbalas jua.

Kalau dahulu, seorang akan berkata, pembalasan akan diperolehi pada hari kiamat.
Jadi, selepas itu, ramai orang ramai akan membuat dosa dan kesilapan. Tapi hanya tersedar pada masa susah atau menghadapi masalah. Namun, itulah manusia yang dikatakan tidak sempurna. Semua manusia adalah sama. Tidak ada beza. Hanya bezanya terletak pada akal fikiran mereka dan hati mereka.

Manusia juga akan mengulangi kesilapan sama. Walau sudah diberikan peluang kali kedua dan seterusnya, mereka tetap akan lakukannya.

Begitu juga aku. Aku tidak tahu ke mana lagi harus diluahkan kekesalan ini.Aku sudah penat sebenarnya. Tapi aku tetap begitu.. Ingin berubah. Tetapi tetap perkara itu berlaku.. Adakalanya aku ingin pergi atau hilang terus dalam hidup ini. Namun, kalau begitu, aku tetap begitu. AKu sudah penat, malu, kecewa dan sebagainya.

Apa yang perlu aku lakukan?

Selasa, 9 November 2010

Sudah-sudahla.

Salam kemanusiaan.

Aku lama tidak menjengah dan menconteng ruang maya ini. Walau tidak segagah macam Tuhan Baru ciptaan Yahudi yang aku kira sebagai Yahudi Ashkenazi bernama Mark Zuckerberg yang menjadi kegemaran sekarang. Namun aku tetap suka ruang maya ini kerana idea boleh disampaikan lebih jelas dan terperinci.


Isu orang asli semakin mendapat perhatian. Walau secara jujurnya, pihak kerajaan secara amnya, seolah-olah ingin menutup isu tentang orang asli terutama untuk dihebahkan kedalam media arus perdana. Aku bukan ingin menuduh secara membuta-tuli namun itulah apa yang aku lihat selama ini. Persoalan yang mengusutkan aku ialah, mengapa sesetengah pihak begitu takut dan fobia pada orang asli. Adakalanya orang asli yang memegang kad pengenalan biru berstatus warganegara Malaysia dan berstatus masyarakat pribumi sering diabaikan. Pihak kerajaan lebih mementingkan atau lebih memberikan perhatian kepada orang rohingya yang datang naik tongkang dari Myanmar atau mat bangla yang kerja stesen minyak atas nama KEMANUSIAAN. Mereka diberi makan dan perhatian lebih dari warganegara sendiri. 


Aku tahu yang orang asli ini tidak begitu memberikan sumbangan kepada negara bahkan jika bagus segala bantuan atau peruntukan orang asli diberikan kepada golongan PENDATANG itu. Kerana ianya lebih afdal kerana ia atas dasar KEMANUSIAAN. Betul tidak? ( Ini ayat menyindir kalau bangang sangat. )

Aku tidak faham mengapa situasi ini terjadi. Tanah diambil atas dasar pembangunan. Kubur dimusnahkan atas tiket kemajuan. Hutan digondol demi perindustrian. Aku faham semua tu tapi mengapa tanah orang asli? 

Orang asli juga sentiasa dihina. Mengapa mereka perlu dihina? Diganggu? Ada mereka mengganggu-gugat hidup sesiapa di Malaysia? Ada meminta hak sama rata macam Parti "Houstan Rocket"? Ada mempersoalkan hak keistimewaan mereka? Mereka cuma tidak mahu hidup mereka diganggu, kewujudan mereka diiktiraf dan apa mereka ada, jangan dirampas atau diambil.

Tidak dinafikan kerajaan ada memberikan bantuan. Terima kasih kepada kerajaan. Aku bukan salahkan kerajaan dalam isu orang asli ini namun yang aku persoalkan kenapa orang asli kena hina dan perlekeh? Aku tau orang asli tidak akan memberontak. Tapi sarang tebuan jangan dijolok.  

Aku jangka, jika orang asli bersatu dan mempunyai pemimpin seperti dia ini pada masa akan datang, macamana? Takde Colt M4 atau MBT PT-91 atau kapal selam scorpean class pun, setakat thompson dan Lee-enfield pun jadi.