Tahun 2013? Mungkin banyak yang bermakna bagi sesetengah manusia di dunia ini.. Atau mungkin hilang makna bagi sesetengah orang.. Namun terpulanglah kepada masing-masing untuk menilai..
Kini, tahun 2014 menjelma dan bermulanya pelbagai cerita di pentas kehidupan ini. Langkah kiri atau kanan dalam episod tahun ini? Terpulang kepada masing-masing untuk mengatur langkah. Setiap orang mempunyai watak dan skrip yang berbeza.
Bagi aku, aku mungkin akan banyak kehilangan. Seperti biasa.. Hilang yang tidak pernah berganti.. Sehingga aku sudah betah dengan setiap kehilangan itu.. Sekadar renungan sahaja.. Bukan apa.
Negara 2014? Makin huru-hara. Semua hendak jadi V for Vendetta tapi seorang pun tidak berani macam V.. Minyak naik, semua naik. Dahulu, otak akademik jadi mengulas pun idea ada tapi sekarang otak mengalahkan keyboard worrier di laman sosial sahaja. Mungkin sudah terasimilasi dengan sikap mereka.
Cuma aku perasan, sedikit kematangan semakin memenuhi diri. Mungkin peningktan usia dan suasana pentas sosial yang semakin berbeza.
Sedih? Mainan dalam hidup. Senyum ibarat jenaka dalam pentas hidup ini. Boleh dijadikan tirai yang menutupi segala permasalah hidup ini.
2013? Diarinya ibarat tiada. Kerana hidup diteruskan dan dibiarkan berlalu begitu sahaja. Muncul seperti bayang tapi menghilang umpama kabus yang tidak berkesan.
Kembara tiada akhirnya. Kembara sentiasa bermula...
Langkah kiri atau langkah kanan?