Tanah lapang

Sabtu, 24 Oktober 2020

Sempit

 Langkah baru,hidup baru,

Dulu melenggang, sekarang merancang,

Dulu banyak lapang, sekarang tidak senggang,

dulu tenang, sekarang tegang..

oppssss..

Berenti... Jangan asyik dikenang... 

Terus pandang kehadapan.. 

Walau jalannya SEMPIT dan penuh dengan ujian mendatang, 

terus melangkah tapi jangan lupa sesekali pandang ke belakang,

takut ada yang kita terlepas pandang....


Rabu, 11 Mac 2020

Kejar

Kejar!!!!

Mengejar apa yang sangat tidak pasti...
mengejar apa yang tidak mungkin terjadi..
Mengejar apa yang sudah terpatri..
Mengejar apa yang sukar dirobek dan dibina kembali..
Mengejar apa yang sudah berlalu pergi..
Mengejar apa yang sudah....

Rabu, 9 Oktober 2019

Tahniah

Tahniah Kurator S41.

Selamat bertugas dan menjalankan amanah negara..

Boleh berhubungi di emel 1govuc..

Selasa, 13 Ogos 2019

Tahniah

Selamat Pengantin Baru..

Semoga kekal abadi dan bahagia..

Doaku mengiringi mu..

Goodbye!!!!!

And!!!!!!

Good night!!!!

Sabtu, 20 April 2019

Tahniah@congratulation...

Khabar gembira kedengaran..
Jika benar, baguslah..
Jika tidak, bertabahlah...

Selamat berbahagia..
Tahniah
Doaku mengiringimu..



Isnin, 11 Februari 2019

Apa khabar?

Dari jauh aku hanya melihat..
Dari jauh juga aku hanya mendengar..
Walau hanya sekilas dan tak berapa jelas..
Aku terpaku tidak membalas..

Hidup berterusan umpama masa yang tidak terhalang..
Yang tinggal hanya kenangan yang adakalanya terpadam..
Mungkin juga terpendam..
Langkah hanya berhenti sesudah nyawa lari..

Oh ya.. Lupa pula..

Apa khabar terjun ke langit?"
Apa Khabar langkah kiri?
Apa khabar 2103?

Minda yang bercandu yang akhirnya bercelaru iaitu aku..

2008-2011

Selasa, 19 Disember 2017

Jatuh

Manifesto yang bercanda,

siapa sangka tidak menyangka,

riak yang waja hanya ibarat besi tidak bertempa,

rakus nafsu yang tidak bermakna,

padan muka aku kata,

bukan pada engkau tapi pada aku yang gila,

goodbye bukan kata nak pergi buat selamanya,

move on bukan ertinya bahagia,

happy bukannya aku gembira,

ko nampak aku senang di dunia,

mungkin sementara dan akan menderita sehingga hujung usia,

aku bukan menghukum sekadar berkata tanpa suara,

aku terus jatuh tanpa orang melihatnya....