Tanah lapang

Khamis, 13 Januari 2011

Masih ada harapan buat mereka?

Sahaja ingin berkongsi,
buat tatapan dan renungan siapa yang sudi,
melawat ruang maya kendalian diri ini,
selamat datang ucapan diberi..

Dalam 2 hari ini, aku nampak banyak sangat betapa bodohnya segolongan manusia. Contohnya, macam semalam, masa aku dalam perjalanan balik dari buat PT( Latihan fizikal/senaman tentera/polis ) kat padang minden( USM tempat aku study sekarang), aku nampak satu kejadian yang paling akal aku yang cetek ni terima.




Ada bahalol( Sorry, aku tak boleh nak jadi sopan santun macam kawan-kawan aku. Aku rude boys...) nak langgar anak kucing yang terperangkap kat tengah jalan raya. Yang bagusnya, sekumpulan "Superhero USM" yang 24jam yang menjaga keselamatan USM yang bertugas petang tu, aku rasa nampak kejadian tu. Tapi tiada tindakan yang diaorang amik. Mentang-mentanglah yang pandu kereta yang nak langgar kucing tu perempuan.
Aku pun dengan tak pikir apa, ambik kucing tu bawak ke bilik. Aku buat macam tu bukan nak jadi hero, because in my narrow minded, being a hero is for the loser and I certainly not a loser. Being a hero in right situation. Ah! Lupakan hal itu kerana ianya sudah selesai.

Kembali kepada cerita asal, siang tadi semasa aku teman awek aku cari sekolah memandu, aku ditegur oleh seorang lelaki pertengahan umur. Meminta aku sedikit wang kerana ingin membeli makanan. Aku nak bagi pun aku takde duit sebab baru lepas isi minyak keta dan dalam keta aku tak simpan duit disamping aku dalam keadaan tergesa-gesa. Beliau mengatakan bahawa dia seorang bekas pesakit jiwa yang baru keluar dari hospital dan aku ditunjukan dengan kad pengenalan khas yang dikeluarkan oleh kementerian kesihatan malaysia.

Aku tengok dengan dompet dia yang kosong dan lusuh tu, aku rasa kesian sangat.. Aku rasa dia tak tipu sebab aku macam boleh baca dan agak samada orang itu siuman atau tidak dengan melihat cara renungan mata dia ( orang tak siuman atau pernah jadi tak siuman, mata mereka lain dari manusia normal. Pada pendapat akulah.). Kalau boleh aku nak sangat tolong atleast dia boleh dapat kerja supaya dia dapat meneruskan kelangsungan hidup dia. Dalam masa yang sama, aku pun terpikir, keluarga dia tak ada kew? Lainlah macam aku yang adik beradik tak ada...

Aku rasa orang macam ni patot dibantu berbanding orang rohingya yang hanyut ke malaysia dan suka tipu orang sana-sini. Bukan apa, apa yang ingin aku katakan ialah tentang mentaliti masyarakat Malaysia misalnya. Orang Malaysia mudah sangat paranoid dan salah sangka dengan golongan ini. Kononnya mereka merbahaya dan bahaya. Aku faham semua tu tapi kita nak biar ke golongan macam ni terkontang-kanting tanpa arah tuju? Keluarga dia dan anggota masyarakat macam kita ni? Mana tanggungjawab kita dalam membantu insan bernyawa yang sama seperti kita? Kepada korang duk memperjuangkan hak ketuanan dan istimewa orang melayu tu, yang aku jumpa semalam tu, dia berbangsa melayu dan beragama islam. Tolonglah dia!! Jangan duk julang keris kelangit, anak bangsa kita kebulur di sebalik bukit.

Korang nak tau? Pihak agama lain kalau diaorang tau ada golongan macam ni, diaorang akan segera bantu. Bukan sebab apa tapi atas sebab kemanusiaan. Manusia ni, bila dah termakan budi, dia akan dengan rela hati akan ikut siapa yang tolong dan bantu dia kat dunia ni dengan sekurang-kurangnya sesuap nasi. Dia orang melayu dan beragama islam, korang nak saudara seagama dan sebangsa korang murtad?

Ah! Cerita panjang pun tak guna. Cakap banyak pun bukan didengar sesiapa. Aku cerita bukan nak popular tapi aku cerita apa yang aku nampak di mata. Suka tak suka belakang cerita. Aku tak suka buang masa cerita pasal siapa dapat tender, sapa main bontot siapa, naik roket ke bulan meluaskan pandangan mata, siapa raja dan siapa hamba apatah lagi cerita pasal 1 Malaysia..



Ikhlas dari aku insan biasa lagi hina.
Nak cari aku?
Remie Bin Ramli
Pelajar Ijazah pertama Tahun Akhir semester satu
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia.

Jumaat, 7 Januari 2011

Sudah-sudahlah

Salam buat semua umat manusia yang membaca ruang maya ciptaan aku ini.

Banyak betul perkara yang berlaku di alam "haiwan politik" ini.. Isu "budak sekolah" pun hendak dibesar-besarkan. Adakah mereka ketandusan idea atau dah tersepit macam ular masuk jaring? Kesian aku tengok manusia. Mempertahankan hak yang belum pasti. Tapi tidak mengapa, aku tidak mahu menafikannya.. Itu adalah hak mereka. Namun begitu, jangan menafikan hak aku untuk berkata-kata. kalau hendak peduli, terima kasihlah. Bermakna kata-kata aku diambil peduli diluar sana. Walau blog aku tidak popular kerana tidak menjaja isu peribadi atau dalam kain sendiri, isu politik atau apa aku hendak pakai masa masa aku hendak 'dating" dengan "awek" aku nanti.

Dipendekkan cerita, banyak isu ingin aku hendak cerita. Isu ini mungkin basi kerana sudah lama dan aku pula lambat dapat cerita. Isu ini agak sensitif kerana akan mempersoalkan tindakan orang yang berkuasa di Malaysia. Aku ini cuma insan kerdil yang tiada tempat di Malaysia. Nama sahaja orang asal tanah Malaysia ini, suara aku umpama titis air menitik ke arus jeram yang berbahaya.



Aku tidak mahu berkata tetapi aku tetap hendak berkata. Ini tentang isu Karam Singh Walia didakwa mengeluarkan kata-kata yang mengeluarkan kata-kata menghina atau mengguris hati dan perasaan orang melayu. Dia didakwa mabuk dan kemudiannya mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati orang melayu yang kemudiannya telah mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada semua orang.

Ramai orang mempertikai kesungguhan beliau dalam isu ini. Kerana wujud dakwaan mengatakan beliau pernah berbuat demikian pada masa dahulu. Namun begitu, aku bukan hendak bercerita tentang itu. Tetapi tentang sikap sesetengah orang. Aku secara peribadi mendapati, orang melayu mudah melenting apabila isu sebegini dibangkitkan terutama apabila orang bukan melayu berbuat perkara sedemikian rupa. Tidak mengapalah kerana mungkin orang melayu peka dengan isu sedemikian rupa.

Tetapi setuju atau tidak ingin aku katakan bahawa, dengan mata kepala sendiri, dengan dengan telinga sendiri, mengalami sendiri peristiwa ini. Dulu masa sekolah, aku pun mengalami peristiwa "Disakaikan" oleh orang-orang "melayu".. Kenapa aku letak dalam kurungan perkataan melayu itu? Sebab aku tidak pasti samada orang yang kata aku macam itu adalah benar-benar melayu kerana hasil dari pemerhatian aku, ibu bapa mereka adalah pemegang kad pengenalan berwarna merah dan kurang fasih berbahasa melayu disamping selalu gagal ketika membuat karangan bahasa melayu.

 Aku pun ada kawan-kawan dari semua jenis bangsa. Tidak kira melayu, orang indonesia, orang asli, punjabi, india, cina, iban, dusun, banjar, jawa, minang, bawean dan sebagainya. Tetapi mungkin kerana aku berkawan dengan golongan orang yang berakal dan bijaksana, mereka tidak pernah mendiskriminasi aku atau sesama kami ketika bersama. Bahkan kami saling menghormati antara satu sama lain. Bahkan aku sendiri mempunyai seseorang yang paling aku sayangi yang berbangsa melayu dan beragama islam.

Dengan izin tuan speker, saya ingin menggunakan perkataan inggeris, "Come on la". Kadang-kadang, aku tengok orang "melayu" sendiri yang suka mengeluarkan kata-kata berunsurkan perkauman. Contoh seperti, "keling" bagi orang india, "sepet" bagi orang cina dan sakai bagi orang asli. Benda ini sudah lama dan sudah disosialisasikan didalam norma masyarakat kita. Aku tidak pernah mendengar orang cina atau india mengata orang lain( atau aku sendiri yang tidak sedar kerana tidak menguasai bahasa cina dan tamil.). Ada bangsa-bangsa ini melenting? Kalau ada pun, cuma politician yang sudah "El Nino" akal mereka. Lagi-lagi orang asli. Mereka tidak pernah melenting walau dihina. Bukan mereka bodoh, cuma mereka mengambil pendekatan bahawa berdiam lebih baik, penat mulut orang berkata, maka akan berdiamlah mereka, jika mereka berakal, mereka akan berasa malu sendiri dengan tindakan mereka. Bapa aku pernah berkata, biarlah mereka dengan kebodohan mereka yang mengata kita. Mari kita melihat dan menikmati kebodohan mereka.

Kepada saudara-saudari yang saya hormati sekalian, sudah-sudahlah. Lebih baik bersaing dengan cara yang positif. Sebelum anda semua kata anda adalah pejuang bangsa melayu yang sejati, cermin diri kita dahulu. Jika masih melepak di Zouk sambil minum Chivas, membahasakan diri "I" dan "you" kepada orang lain atau gagal SPM bahasa kertas bahasa melayu, anda semua patut malu untuk mengaku anda sebagai bangsa melayu.

Paling penting kita kena ingat, kita ini manusia. Kita dijadikan pelbagai bangsa, warna kulit ini adalah untuk bertujuan saling mengenali antara satu sama lain. Kalau asyik hendak bergaduh, sampai bila kita hendak maju? Negara kucar-kacir, korang nak ke makan ubi kayu? Itu pun kalau ada yang tanam lagi la..

Aku sebenarnya hendak guna ayat panas tetapi, aku masih waras dan berakal lagi. Walau Karam Singh Walia dikatakan rasis, tetapi beliau bangga kerana menggunakan peribahasa melayu yang banyak orang melayu sendiri tidak tahu.

Ikhlas dari aku.

Sabtu, 1 Januari 2011

Ku memerlukan kekuatan

Aduh!
Aku memerlukan kesabaran,
kekuatan dan sebagainya..
Bulan oktober akan aku akhirkan segalanya.

Bulan oktober, akan aku menantikannya..
Aku perlukan kesabaran..